Friday, September 15, 2017
Menjadi Orang Yang Pertama Mengajarkan Al-Fatihah Kepada Anak-Anak.
Tuesday, February 17, 2015
Kurus salah. gemuk lagilah salah. Cantik salah, tak cantik lagilah salah.
Monday, February 2, 2015
Mari main buih sabun !
Tuesday, January 6, 2015
Misi untuk preparation kahwin.
Monday, January 5, 2015
Orang yang lahir tahun 1990 mesti akan teringat benda ni..
Sunday, March 16, 2014
Memori bertaut kembali.
Assalammualaikum.
Hai semua ! Rasa macam dah lama je tak meluahkan perasaan yang semakin hari semakin kacau bilau ni. Tak tahu lah kacau bilau sebab apa, tapi perempuan kan, paham-paham je lah, hormon selalu je tak consistent kan. Kejap ada rasa nak menangis, sekejap rasa nak tergelak, sekejap rasa nak marah. Semua tuh hormon punya pasal. And day by day rasa sayang terhadap seseorang tuh semakin menebal. Dekat mak ayah and adik-adik lelaki yang super nakal of course lah makin bertambah-tambah. So rasa macam nak share something:-
I love that feeling of being in love, the effect of having butterflies when you wake up in the morning. That is special.
“Jennifer Anniston”
I need You KFC !
Sunday, December 29, 2013
Impian tak semudah yang disangka untuk dilaksanakan .
Sunday, February 17, 2013
For the first part, hal ini sangat meng-gumbirakan hati ini. Alhamdulillah !
Assalammualaikum !
First story.
Masa Khamis malam Jumaat hari tuh, hati aku dah start berdebar-debar dah. Yelah mana tak nya, hari Jumaat bersamaan dengan 15.02.2013, result aku untuk first part dekat Uitm nak keluar. Memang tak tenanglah aku nak tidur malam tuh kan. Tapi seperti biasa, memang sampai ke pagi aku tak sedar-sedar pun. Nampak sangat propa lebih kan kata hati tak tenang.
So time terjaga pagi tuh, tengok-tengok dah lewat, terus mandi and sembahyang semua, aku dengan semangat pergi iron baju kurung nak pergi kerja. Time iron baju tuh, hanya Allah je lah tahu perasaan aku macam mana. Rasa nak termuntah, nak batuk kuat-kuat, nak buang air semua aku rasa sebab terlampau nervous lah katakan. So pergi kerja pun dengan perasaan malas, and masa start kan enjin kereta, aku saja je tunggu lama-lama sampailah temperature kereta naik tiga bar. Kalau tak selalu tuh, hidup je enjin, tak naik pun satu bar lagi dah berdessup pergi kerja. Mana tak jahanam kereta kan.
Sampai je tempat kerja, benda first aku buat, aku check email aku semua. Wahh dah nampak dah perkataan Uitm Examination Result ! Aku terus klik and tengok semua detail secara perlahan-lahan. Fuhh suspen betul. And secara spontan aku terus cakap yeahh semua lulus. So semua kakak dalam office aku dengar and nak tahu berapa pointer aku. Berapa pointer aku ? Terpaksa lah dirahsiakan. Gile nak bagitahu. Buat malu je. Hahaha ! Tapi yang penting tak ada subject pun yang kena repeat and aku boleh teruskan Part 2 dengan jayanya. Hehehe.
Result aku tak seberapa pun and tak dapat dean list pun. Tapi aku bersyukur yang aku tak ada subject yang kena repeat. Memang aku takut aku kena repeat sebab masa time exam hari tuh, semua benda aku baca last minit. One day before nak exam tuh lah aku pulun baca semua. So aku rasa banyak yang aku tak dapat jawab masa exam hari tuh. Time exam tuh pun, sempat aku imagine meja aku dekat office yang melambak-lambak dengan kertas. Ohh sungguh tak tenteram hati aku time tuh. Tapi Alhamdulillah dengan izin tuhan dan doa mak ayah aku, aku lulus semua. Alhamdulillah !
So gudluck yaaaww for Part 2 as PJJ student !
Second story
Hari ni semua benda berlaku sebab tak dirancang. Semua nya bermula sebab ehem-ehem aku punya motor, roadtax nya dah mati and disebabkan jalan nak ke Kuala Pilah tersangatlah banyak JPJ and polis trafik, so amat bahaya kalau dia balik Bahau dengan tak ada roadtax.
Emak aku pun cadang, kita hantar lah ehem-ehem sampai Bahau, nanti boleh singgah kampung kita nanti sebab nak ambil ubat Imran yakni adik aku yang ada sakit pelik. Hahaha ! So aku terus lah mesej ehem-ehem and volunteer nak hantar sampai Bahau sebab aku confident time tuh mak aku ada sekali.
Tup tup pagi-pagi Subuh tadi ehem-ehem aku call, tanya jadi tak nak ikut dia balik kampung. Dia dah bagitahu mak dia yang aku ikut sekali. Ohh apa yang telah terjadi ! Aku just plan nak hantar dia sampai pekan Bahau je, so sampai dekat pekan tuh, suruhlah adik ehem-ehem jemput dia. Tapi dah lain dah jadinya. Aku cerita dekat mak aku and straight dia cakap dia tak dapat ikut sebab malam ni ada kenduri dekat belakang rumah aku. Apa ni mak ! Siapa nak ikut along ni ?
So dari pagi tuh lah aku rasa dah tak sedap badan, kejap-kejap sakit perut lah. Macam-macamlah. Tanya mak aku, baju apa yang sesuai nak pakai. Nak cakap apa dengan mak ehem-ehem. Semua aku tanya. Then petang tuh, bergerak jugak aku teman ehem-ehem balik kampung dia dekat Bahau. For the first time hokeyy selepas 5 tahun aku kenal dia, aku ikut dia balik kampung.
Sampai-sampai kampung dia berteman ehem-ehem dengan adik aku, aku nampak mak dia pakai baju polka dot. Wahh maju orang kampung sekarang. Baju semua berfesyen tau and rumah ehem-ehem tersangat lah comel.
Cover cun sikit, borak-borak sikit and senyum lebar-lebar sampai kejang otot muka. Wayang gile aku rasa hari ni. Emak tolonglah anak mu ini ! Then dia tanya bila nak langsungnya majlis dengan ehem-ehem. Ohh alamak ! Aku ke yang kena jawab semua soalan tuh ? So jawabnya, aku teruskan je lah kejang kan otot muka aku dengan senyum lebar-lebar. Wei serius tak tahu nak cakap apa. Hahaha !
Then disebabkan nak rushing punya pasal sebab nak ambil ubat Imran dekat kampung aku, terus minum and makan laju-laju sebab nak kejar masa punya pasal. Salam-salam dengan mak ehem-ehem and tetibe rasa best dapat kenal mak ehem-ehem. Erkkk motif sangat kan !
Bawak ehem-ehem jumpa nenek aku, and nenek aku tanya macam-macam soalan. Hahaha pandai-pandai lah jawab ye wahai ehem-ehem. Sorry yang teramat sebab entry kali ni panjang pulak ceritanya. Tapi tuhlah, semua benda yang berlaku ni for the first time ! But its doing well. Alhamdulillah.
Sayang mak ! Thanks sebab sentiasa doakan yang baik-baik untuk satu-satunya anak perempuan mak yang sorang ni.
Oklah nak marathon Running Man dekat Astro dah tak larat. Jomlah tidur semuanya.
Assalammualaikum.
Bye !
Monday, January 14, 2013
Lumrah Kehidupan !
Assalammualaikum !
Rasanya macam dah terlambat sangat nak ucap selamat tahun baru. Tapi aku tak kira. Aku nak wish selamat tahun baru jugak ! So macam mana kawan-kawan, semua impian dah tercapai belum ? Diharap semua yang dihajati tercapailah ek ! Kalau tak tercapai lagi, boleh continue impian yang sama untuk tahun 2013. Mih mih mih ! Eh ?
So far, aku pun tak tahu apa impian aku masa 2012. Yang aku tahu, satu je impian yang memang sejak dari dulu lagi tak tercapai. Nak kurus ! Nak kurus ! Nak kurus ! Haaaa memang sejak dari dulu lagi, impian nak kurus ni just dipandang sepi je. Kadang-kadang tuh nak pandang pun tak sudi. Makanan depan mata lagi sedap mata memandang.
Tapi apa pun aku bersyukur sebab aku dikelilingi oleh family yang banyak menyokong aku tak kira lah apa pun yang aku buat. Menyokong time aku betul-betul nak sambung belajar and yang paling penting tak lokek nak membantu dari segi kewangan. Ngada kan dah kerja pun nak mintak duit dekat mak dengan ayah. Alah normal lah tuh kot, genap 25 hb je setiap bulan, dengan secara tiba-tiba duit dalam purse dah ghaib. Tak tahulah pergi mana. So disebabkan tak tahu mana hilangnya duit tuh, pinjam lah sepuluh hengget dari mak nak isi minyak kereta Bolehlah tahan sampai gaji nanti. Kesian kan aku.
Yang aku perasan lah kan, semenjak aku dah start belajar ni, duit aku dah macam air dah keluarnya. Pergi mana pun aku tak tahu. Disamping itu, aku sentiasa ada kawan-kawan yang sentiasa menasihati aku, dan juga ehem ehem yang sentiasa menyayangi aku sebagaimana mak dengan ayah sayang dekat aku. Boleh dikatakan tahun 2012 memang dah cukup-cukup bermakna lah bagi aku. Tak ditambah lagi, berjaya tambah sesuatu yang merupakan aset paling bernilai yang juga dari hasil titik peluh aku sendiri. Apakah aset itu ? Biarlah aku dan orang-orang terdekat je yang tahu. Mih mih mih ! Ehh ? Cara gelak pun dah lain. Salah satu azam 2013 jugak rasanya.
Last Saturday , salah seorang geng bas sekolah aku yang jugak merangkap bff aku masa muda remaja time sekolah teknik dulu dah bertunang. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Ditambah dia buat time malam, lagilah sejuk je suasana time tuh. Macam tak percaya, geng yang selalu teman time cuci baju dekat toilet, mandi kolah sama-sama, naik bas pergi terminal one sama-sama, ponteng kelas kimia yang 3 jam straight terus sama-sama, yang kalau boleh semuanya nak buat sama-sama, dah selangkah ke alam perkahwinan. Tak percayanya !!!
Cantiknya Atiq ! Kitorang memang dah lama gile tak jumpa. Last jumpa pun masa form 5 kot. Then di umur 23 tahun ni kitorang jumpa balik. So masa nak bercakap ni, masing-masing dah segan and cakap pun cover-cover lagi. Just aku dengan Yana je lah yang still boleh nak gelak sampai kejang otot muka. Sebab kitorang selalu jumpa. Apa-apa pun tahniah Atiq. Selamat bertunang wahai Geng bas sekolah !
So esok bermulalah perjuangan sebagai student Part 1 PJJ Uitm Shah Alam. Actually exam dah start last week pon. Tapi this week aku ada lagi 2 paper yang kena seat, so debaran didada semakin terasa. Calculation ok ! Otak aku bukan nya terror kalau bab calculation ni, kalau memorize, iye itu aku. Bagilah aku buku setebal tilam sekalipon, aku akan sudi nak menghafalnya. Tapi bab calculation, ahhh tolong !
“Change is the law of life. And those who look only to the past or present are certain to miss the future.”
Insyaallah saya akan cuba. Semoga tahun 2013 lebih memberi kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup saya.
P/S:
Ada kawan ofis aku pesan, kalau nak doa apa-apa pun lah. Mesti kena ada perkataan segera. Contohnya, ‘murahkan lah rezeki hamba mu ini dengan segera’. Haa begitulah lah kot. Maybe kalau kita tak ada perkataan segera tuh, hajat tuh macam tergantung kot. Kotlah ! Kalau salah aku mintak maaf. Just sharing. Sharing is caring.
Bebboiiii !
Sunday, December 30, 2012
Adik sound kakak? Ehh bukan kakak ke yang kena sound adik !
Assalammualaikum !
Sejak dua menjak ni kan, adik aku yang dah nak masuk darjah 4 hari rabu ni makin banyak tanya soalan yang kadang-kadang aku sendiri pun susah nak jawab and explain. Lepas tuh bila aku dah jawab then dia tak paham-paham lagi. Dengan secara automatik aku pulak hangin jadinya. Tak memasal kan nak marah-marah. Huhuhu
Ditambah pulak dengan mak aku yang dah baca entry Hanis Zalikha pasal Benda kecil dipandang besar tuh. Terus mak aku pun backup adik aku. Then cakap, kakyong ada baca tak entry yang Hanis Zalikha tulis, cuba jawab soalan adik tuh betul-betul. Haaaa ! Kalau tak baca lagi entry dia tuh pasal apa, Better korang pergi baca. Sebab entry yang dia tulis tuhlah, aku terpaksa explain pelan-pelan dekat adik aku apa-apa yang dia tak faham sampailah dia teranggung-angguk then cakap Ooooo adik dah paham dah kak yong ! Ok fineeeeee.
For example, adik aku ada tanya aku, macam mana baby keluar dari perut mak dia. Aduhhh ! Aku pun susah nak jawab. Apatah lagi nk explain panjang-panjang kan. So jawabnya aku kata, adik tanya mak and apa kata adik cari kat Google je. Then boleh selamba badak je dia sound, ehhh kakyong sepatutnya terangkan kat adik sampai adik paham. Bukannya suruh adik tanya mak. Sebab adik tanya dekat kak yong, bukannya dekat mak.
So korang bayangkan lah budak 9 tahun sound direct dekat aku macam tuh je. Pedih sioot ! Hahahaha. So nak tak nak aku pelan-pelan lah explain even aku tak pasti benda yang aku cakap tuh betul ke tidak. Takpelah, kadang-kadang budak kecik ni kalau kita explain sikit pun dia dah puas hati asalkan kita menjawab soalan yang dia tanya.
Actually memang banyak soalan yang dia tanya dekat aku, and kadang-kadang aku malas nak layan ! Finally bila dia diam je dengan aku, aku pulak yang rasa menyesal. Sometimes aku rasa mak dengan ayah aku hebat sebab diorang boleh jawab semua soalan yang adik-adik aku tanya dengan cara yang memang reasonable lah benda tuh.
Yeahhhh budak kecik ni memang suka sangat-sangat buli aku. And bila aku nak pergi kerja je, suka pesan tolong belikan gula horlicks dia. Semalam bila aku baru balik kerja, dia cepat-cepat keluar rumah mengadu dekat aku yang adik aku yang sorang lagi tuh dah ambil gula-gula Horlicks dia sepeket. Takpelah adik, nanti kak yong belikan lagi ehhh !
Nasiblah dapat adik yang jaraknya 13 tahun dengan aku. Kadang-kadang jalan tuh, dah macam anak aku dah jadinya. Aku memang garang tapi bila part adik-adik ni terus jadi lembut.
Adik besar yang mencuri gula-gula horlicks adik kecik. Kerja nak mencubit peha aku and mengePOW kakak dia yang takdalah banyak sangat duit ni. Aiishhhh nasib baik kakyong kau ni baik tau Imran.
Last but not least, adik aku angah yang paling istimewa dalam hidup. Even dia istimewa tapi dia memang suka tolong aku and paling tak tahan kalau part bergaduh, habis rambut aku segumpal dia tarik. Tak pasal-pasal kepala aku botak setompok ! Demmmm. Hahahaha.
Terima kasih adik-adik sebab selalu buli kak yong ! Takpe nanti kakyong balas balik.
Ok bye !
Monday, November 5, 2012
Pernah tak kita terfikir ~
Assalammualaikum !
Saja je letak gambar yang banyak-banyak ni as intro entry. Sebenarnya tak ada idea pun nak cakap apa tapi tahulah kenapa dari pagi tadi sampailah ke malam ni aku pikir macam-macam benda and aku rasa aku buat kerja lembab yang amat dekat office hari ni.
Semua nya sebab aku terbaca macam-macam status budak-budak yang nak ambil SPM hari ni. Ada yang mintak dimaafkanlah dari semua kesilapan. Ada yang time ni lah buat status nak study lah kononnya, then nak bangun awal lah. And tak kurang jugak yang buat tak tahu je dengan SPM. Seolah-olah tak ada apa pun yang berlaku.
Bagi aku, zaman belajar lah yang paling paling paling best. Haaa nampak tak 3 kali aku ulang paling, so dekat sini aku nak cakaplah, waktu belajar lah yang paling best. Sebab apa aku cakap macam tuh? Sebabnya, as a student, korang tak payah bersusah payah nak fikirkan masalah. Yang korang just perlu pikir ialah macam mana nak solve kan past year question, nak study ke nak tidur time prep nanti, nak makan apa lepas balik sekolah, nak buat kerja sekolah time bila, nak copy paste answer assignment dekat wikipedia or buat sendiri.
See senangkan hidup as a student. Sebab tuh sedaya upaya time dah kerja ni aku nak try jadi student balik. Tak ada rezeki buat full time, aku buat part time. Asalkan aku boleh jadi student balik. Sebabnya aku tersangat-sangat suka belajar and jadi student.
Kadang-kadang aku terfikir. Kalau lah boleh diputarkan masa, paling dekat pun time aku SPM dulu, aku sedaya upaya akan buat yang lagi bagus dari apa yang aku dapat dulu. Bukan lah aku nak cakap aku tak bersyukur dengan apa yang aku dapat dulu, tapi kalau boleh aku nak buat lagi bagus dari apa yang aku dapat. Kalau boleh nak pergi belajar over the sea ! Haaaa over tak kalau nak berangan.
Sangat-sangat lah beruntung pada orang-orang yang dapat continue full time study. Anda-anda semua tak payah menyusahkan diri nak budget duit macam saya yang bekerja ni. Memang sangat-sangat jeles ! Wuwuwuwuwu. Fikirkan pasal study je. Tak payah fikir pasal lain kan.
Tapi alhamdulillah, tuhan still bagi peluang aku rasa full time study even just merasa untuk 3 tahun time diploma dulu. And sekali lagi tuhan bagi aku study tapi dengan cara yang lain, iaitu part time study.
So bila aku tengok budak-budak sibuk dengan SPM, aku cakap dalam hati, please lah buat betul-betul wahai adik-adik. Memang betul lah orang cakap. SPM lah penentu kehidupan korang selepas habis sekolah. Kalau bagus result korang, baguslah tempat yang akan korang dapat untuk continue study. Kalau teruk, paham-paham lah sendiri. So please lah adik-adik. Buat elok-elok ye.
Actually banyak benda lagi aku nak bebel dekat sini. Tapi memandangkan aku nak siapkan macam-macam malam ni, aku malas nak melalut panjang-panjang. tak tahulah kenapa malam ni kenapa tiba-tiba terover emosi. Memang motif sangat tiba-tiba kan.
Ok bye !
Wednesday, January 25, 2012
Entry sebelum melelapkan mata =)
Assalammualaikum !
Yeahh esok kerja ! Mood gembira dalam keadaan terpaksa muncul secara tiba-tiba. Padahal kalau boleh aku nak extend cuti aku sampai minggu depan. Tuh pun kalau boleh lah kan. Setelah melepakkan diri dekat rumah selama 4 hari. Esok, kiranya hari ni lah ! Yelah kan, jam dah lepas pukul dua belas kan. Esok aku kena start kerja balik.
Rutin harian macam dok mengadap komputer lama-lama, tekan-tekan kalkulator sampai answer jadi negatif lepas tuh berubah jadi positif balik, then layan supplier yang datang nak ambil cheque diorang. Dengan secara tiba-tiba aku rasa bosan ! Tapi nak buat macam mana kan, dah namanya kerja. Kalau tak kerja siapa lagi nak bagi aku duit untuk shopping kan. Nak mintak dekat emak and ayah aku ? Memang tak lah kan ! Bukan emak dengan ayah tak bagi. Tapi aku rasa segan nak mintak. Nak mintak dengan boipren ? Lagilah tak nak ! Dia pun ada benda lain nak bayar dari dok melayan aku shopping.
Kadang-kadang tuh kan, aku selalu terfikir, bilalah aku nak cuti panjang macam time sekolah and time study dekat politeknik dulu. Yelah ! Dekat sekolah ada cuti sekolah. Dekat politeknik pulak ada cuti semester. Ahhh ! Rindu nak cuti lama-lama macam dulu balik. Sekarang ni memang mimpilah kan nak dapat cuti lama-lama. Tak cuti Sabtu Ahad and kalau nasib baik sikit, adalah Public Holiday. Boleh lah cuti lama sikit. Tuh pun sehari dua je. So now aku memang betul-betul fokuskan pasal cuti ehh dekat entry ni. Tak tahulah kenapa. Hehe !
Oklah sebelum aku melalut dengan lebih banyak lagi. Jomlah kita tidur secara berjemaah ehhh ! Siapa yang tak kerja esok memang best lah kan. Siapa yang terpaksa kerja esok, mohhh mari kita tidur. Huhu.
Bebbboiii !
Sunday, August 7, 2011
Rasa kelakar lah pulak bila tengok balik gambar-gambar time zaman Friendster, Myspace, dan Tagged. Muahahahaha !
Assalammualaikum !
Sebelum aku menutup mata malam ni, izinkan aku mengupdate blog yang tak seberapa nak menggah ni. Cewahhh ! Sedih je bunyi nya kan. Bukannya apa, sebenarnya hari ni birthday bestfriend aku then dia pulak busy sangat kerja hari ni. Sampaikan mesej aku pun tak terbalas dek kerana ke-busy-an dia tuh. Tak apalah. Nak buat macam mana kan. Masing-masing dah ada kerjaya sendiri. Ahhh sudah sudah ! Jangan nak touching-toching dekat sini ! Stop cerita sedih dekat sini.
Masa tadi lah kan, sementara nak tunggu waktu berbuka masuk, aku dok lah menggodek-godek semua account friendster, myspace and tagged yang dah berkurun berabad lamanya aku tak bukak. Serius bila bukak-bukak, hah ! Amek kau. Punyalah banyak friend request, message, comment, gift bagai. Hahaha ! Kelakar lah pulak. Lepas tuh bila aku bukak message punya ramailah mamat yang agak desperate dok tanya nombor telefon. Siap ajak ehem-ehem pun ada. Hai dunia-dunia. Pantang tengok perempuan letak gambar cute sikit. Mulalah nak add. Lepas tuh kalau tak dapat add. Dok tanya and message, kenapa tak approve? Saya nak berkawan dengan awak. Hadui ! Sadis betul bunyinya.
Kalau tak silap lah kan, aku kenal myspace dulu dari friendster. Tuh pun aku buat account friendster sebab nak cari kawan-kawan sekolah aku balik. Kalau dekat myspace tuh macam susah nak cari sebab masing-masing guna nama samaran bagai.
Lepas tuh sampai pulak turn nak bukak balik semua album lama aku dekat myspace. Serius terbahak-bahak aku gelak sorang-sorang sebab gile budak-budak muka aku. Perasan time tuh kau lah paling comel sebab buat mulut itik. Lepas tuh bila scroll sampai bawah, berlambak orang komen. Alolo comelnya ! What the.. Serius aku rasa nak delete account myspace time tuh jugak. Kalaulah kawan facebook aku tengok mahunya dibahan aku balik ! Haiyoo. Disebabkan masa tuh masing-masing budak yang baru nak up, fenomena perempuan add lelaki yang handsome and lelaki add perempuan yang cantik dah jadi lumrah kehidupan myspace. Budak-budaklah katakan. So mehh sini aku nak share gambar-gambar aku dari zaman aku dekat myspace, friendster and tagged. Sebelum korang cakap apa-apa, aku nak warning dulu. Kalau nak gelak tuh pastikan aku tak tahu apa-apa ok ! Hahahaha.
Zaman Myspace !
Hah ! Gile edit kan. Masa ni kan budak-budak. Baru lepas SPM kot aku rasa. Time ni pun tak silap aku, bukan aku yang edit pun. Aku mana pandai nak edit-edit bagai. So yang jadi mangsa kawan Myspace aku lah. Nama dia Zul kot. Hahahaha aku pun tak ingat. Rasa macam nak nyorok je bila tengok gambar ni balik. Huahuahuahua. Gile malu aku tengok gambar ni.
Zaman Friendster !
Konon cantiklah kan ! Friendster ni tak silap aku, aku buat masa dekat poli. Entahlah aku pun tak ingat sangat. Masa ni baru pandai edit-edit. Masa ni toksah cakaplah. Kalau edit tuh manjang nak putihkan muka je. Kadang-kadang tuh macam over je putih dia. Ahh lantaklah kan asalkan nampak putih berseri. Hahaha ! Tembam tak payah cakaplah kan. Dah tahap maksimum dah ni.
Zaman Tagged !
Kan aku dah cakap, kalau edit tuh, melampau-lampau putihnya aku edit. Siap tulis caption dekat gambar si pari-pari. Ahhh tension pulak aku tengok gambar ni kan. Hahaha.
Dahlah wei ! Aku pulak rasa tension tengok gambar-gambar ni semua. Tapi yang penting, dengan adanya account myspace, friendster and tagged ni lah aku boleh kenal ramai orang and rapat sampailah ke zaman fecebook sekarang ni.
Oklah aku dah ngantok dah ni. Korang nak gelakkan aku pun, gelakkan lepas aku tidur tau. Hahaha boleh?
Oklah bebboiii !

































