Tuesday, February 15, 2011

Shawl yang dah pernah aku pakai sepanjang hidup aku ni. Bukan nak menunjuk tapi berapa sangatlah shawl yang aku ada ! Sob sob

Assalamualaikum !

Boringnya hari ni. Aku tak tahu nak buat apa dekat rumah sewa aku ni selain online, makan dan tidur. Nak keluar tak boleh sebab aku tengah save duit untuk beli something. Nak beli apa ? Tunggu.. Nanti kalau ada rezeki aku update lah ehh sebab apa aku save duit aku ni. Ok sebelum tuh aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul bagi semua blogger yang muslim. Semoga hari ni kita akan buat sesuatu yang diberkati oleh Allah s.w.t.

Before this aku ada tulis pasal aku gaduh dengan boipren aku kan. Kalau nak baca lagi sekali boleh klik dekat *SiNi* and so far aku dah berbaik semula dengan dia. Tuhlah aku cakap, aku ni jenis senang nak lupakan apa yang aku marah. Sebenarnya untuk entry ni, aku sebenarnya tak ada idea nak tulis pasal apa tapi disebabkan nak memenuhi azam aku untuk tahun 2011 supaya ada 100 entry untuk tahun 2011, aku gigih jugak nak update belog yang tak semenggah ni tau.

Kadang-kadang kan bila keluar dating dengan mak aku or bff aku or boipren aku, mesti aku akan nampak orang yang pakai shawl cantik je terletak dekat kepala dia tuh. Nak katakan jeles tuh of course lah kan. Yelah, kadang-kadang tuh aku rajin-rajin kan jugak diri aku ni untuk tengok tutorial dekat youtube macam mana nak pakai shawl yang cantik-cantik tau. Tapi kan bila aku dah ikut tutorial dekat youtube tuh, rasa macam tak cantik pulak. At last aku main belit ikut kepala otak aku asalkan shawl yang aku belit tuh tak adalah bila orang tengok tuh macam nak tarik-tarik je shawl yang aku pakai ni sebab serabut sangat.

Fesyen-fesyen shawl ni pun ikut peredaran zaman jugak kan. Aku ingat baju je yang updated. Oklah aku nak tunjukkan shawl yang pernah aku pakai sepanjang aku hidup ni. Boleh dikatakan shawl aku tak adalah banyak mana pun sebab aku pakai pun time keluar dating or jalan-jalan. So memang koleksi shawl aku tak banyak sangat pun.

Shuweet!050

Hah ! Sila gelak sekarang sebab ni lah shawl yang pertama aku pakai dalam hidup aku. Tak silap, semester pertama aku dekat poli lah aku baru kenal shawl-shawl bagai ni. Masa semester satu ni boleh dikatakan hidup aku just dengan tudung bawal je tapi sebab tengok orang lain pakai cantik je shawl macam ni, aku pun nak try jugaklah. Ni pun salah satu tudung yang boleh dikatakan easy to handle sebab kau tak payah nak gosok bagai. Just sarung and terus keluar huha huha. Masa ni jugak lah boipren yang aku baru kenal time semester satu ni, cakap aku cantik gile bila pakai shawl macam ni. Siapa yang tak kembangkan bila kena pujikan, so memang dari dulu sampailah sekarang aku dok pakai shawl rambu ramba ni even dah ada koyak-koyak sikit. Huahuahua

Areen!042

Ok yang ni memang shawl yang hot dari dulu sampailah sekarang tau. Kalau malas nak pakai yang fesyen-fesyen or rambu ramba tuh, aku prefer untuk pakai shawl plain ni je lah tau. Senang pun senang sebab dia basic shawl je kan so tak ada masalah lah bagi orang yang baru nak belajar pakai shawl. Macam dulu aku pakai shawl ni sebab nak melawa je lah. Yelah dulu kan shawl ni hot gile kan. Macam-macam warna ada kan, tinggal kau nak beli je. Kalau ada duit, terus je rembat.

areen tembam !

Ok yang ni kira sama je macam shawl plain dekat gambar atas yang warna hitam tuh cuma aku buat shawl ni macam tudung biasa tuh je lah. Mula-mula pun aku memang tak tau macam mana nak pakai shawl cara macam ni. Tapi nasib baiklah ada bermacam-macam sumber yang boleh ajar aku. Aku lebih prefer pakai basic shawl yang macam ni sebab senang je nak pakai and the most important thing, selesa lah wei ! Kalau tak selesa, tak ada maknanya sampai sekarang aku minat nak pakai shawl kan.

Dalindareen5610

Jangan tanya aku kenapa aku makin tembam ! Oklah aku jawab. Jawapannya senang je. Sebab aku makan banyak uolls ! Masa aku pakai shawl yang diberi nama shawl gipsi ni, serius aku tak tahu kenapa lah aku malu sangat tau. Maybe sebab lain daripada yang lain kot, lepas tuh masa ni fesyen ni tak hot sangat so sebab tuhlah kot aku jadi macam extraordinary di pandangan mata orang lain. Sebenarnya tak ada apa-apa pun, just aku je yang malu tak tentu pasal. Maybe sebab self confident aku tak ada kot. Maybe lah kan !

Dalindareen5688

Masa aku pakai shawl ni pulak, memang tengah hot shawl yang pelangi ni. Bila pakai nampak ceria je even baju kau takdalah vogue mana kan. Shawl pelangi ni antara shawl yang paling aku suka nak pakai lah sebab satu dia senang nak apply kat kepala kau and lagi satu masa nak belit-belit tuh, dia memang akan ikut shape yang macam mana kau nak.

Dalindareen6251

Ni shawl pashmina yang memang yang paling selesa pernah aku pakai. Sebabnya kan, aku tak payah nak iron bagai tudung ni, tak payah nak pakai inner, and tak payah nak pakai banyak pin. Apa yang penting kau pandai nak belit pashmina ni. Sebenarnya aku beli pashmina nie pun sebab terpengaruhlah dengan trend yang Hana Tajima bawak. Nampak comel je bila Hana Tajima tuh pakai. So untuk nampak kan aku comel dalam gambar ni, gaya peace akan menjadi trend bagi budak-budak yang mahukan gambar yang budget comel and budget cute.

Dalindareen6350

Jangan tanya aku lagi kenapa aku makin tembam ! Kan aku dah jawab tadikan. So ni lah shawl yang diberi nama cotton ball yang terbaru aku pernah pakai. Sebenarnya ada lagi shawl yang aku beli tapi disebabkan aku tak sempat nak pakai, so aku tak boleh lah nak tempek gambar dekat sini. Masa pakai shawl cotton ball, boleh dikatakan aku pakai sebab nak rupa macam baby. What the fat ? Apa kau kata, macam baby Areen ? Hahaha, yelah kan dulu masa kita baby baby kan kita ada pakai topi yang ropol-ropol dulu kan. So sebab nak merasa suasana  baby balik, aku belilah shawl cotton ball ni. Tak dapat pakai topi baby, aku pakailah shawl ni pulak. Gile perasan comel nak mampos !

So far, buat masa ni tuh je lah shawl yang pernah aku pakai. Sikitkan ! Tuhlah aku suruh kau percaya, kau tak nak kan. Nantilah kalau ada masa, aku tempek lagi gambar aku yang pakai shawl yang lain. Biar kau termuntah hijau sampaikan terus tutup laptop bila tengok gambar aku tau ! Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

Bebbboii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...