Showing posts with label Beauty is pain. Show all posts
Showing posts with label Beauty is pain. Show all posts

Sunday, March 15, 2015

OOTD. Ilham dalam berpakaian untuk menyorokkan badan yang besar. Yang penting confident.

Assalammualaikum.

Sajalah nak buat entry untuk OOTD. Apa benda alah nya OOTD ni ? OOTD means Outfit of The Day bagi sesiapa yang tak tahu maksud OOTD tu. Gedik je rasanya kan tapi tak salah kan kalau aku nak share dekat insan-insan yang berbadan besar cara berpakaian. Untuk makluman, aku ni tak adalah selim mana pun. Besar hokayy atau dengan kata lain gedabak. Hahaha jarang lah nak dengar orang cakap dekat aku ehh kurus nya kau. Tak pun slim nya kau. Selalunya mesti dengar, ehh apasal kau comel sangat hari ni eh. Sesiapa yang cakap aku comel tu aku sukalah, try cakap aku gemuk. Memang aku pandang atas bawah je orang yang cakap aku gemuk. Ehh ehh macam lah kau cantik/handsome sangat. Hahaha emosi.

Aku ni memang dari kecil tembam and bawalah ke besar ni haa. Orang kata masalah keturunan. Aku rasa masalah aku ni bukan disebabkan keturunan tapi diri aku ni sendiri haa. Kalau makan tu memang tak ingat dunia. Rela habis duit makan dekat tempat yang sedap-sedap dari beli handbag atau kasut yang cantik-cantik. Nak kata tak pernah kurus tu, macam tipu je kan. Pernah lah aku kurus sekejap tapi tak ada lah kurus sangat pun. Lepas tu bila orang puji dah kurus mulalah nak kembang. Lepas tu melantak tak ingat dunia balik macam dalam badan tu ada bela jin. Muahahaha.

Sekarang ni memang aku kena ubah 100 percent cara pemakanan aku tau. Yelah nak kahwin woii ! Bukan lah aku nak kata, kalau nak kahwin je mesti kena kurus. Tak kisah pun. Terpulang pada pemikiran masing-masing. Ada je pengantin yang berbadan besar kan, comel je aku tengok. Happily ever after. Tak salah pun kan. Tapi tu lah dah sejak azali pemikiran aku memang kalau nak kahwin, kau kena jugak kurus. So sekarang ni aku tengah berusahalah. Tapi selalu je kelaut, cheat je memanjang. Wahhh gua tak kuat der. Muahahaha

So hari ini aku dengan murah hati nak bagi ilham berpakaian untuk sorokkan badan yang besar. Aku selalu praktik kan ilham berpakaian ni and kadang-kadang bila tangkap gambar, ada je orang cakap. Ehh Areen kau dah kurus lah. Padahal kan mana ada. Sama je tak ada beza. Muahahaha. Kita yang berbadan besar ni kadang-kadang teringin jugak nak pakai cantik-cantik macam orang selim melim yang lain kan. Macam aku, aku sangat-sangatlah suka pakai baju putih tapi kadang-kadang tu aku rasa tak confident sebab warna putih buatkan kita nampak lagi besar. 

So aku dah jumpa cara untuk buatkan kita-kita yang berbadan besar lebih confident dengan warna putih.



Ilham yang pertama : Kalau nak pakai baju yang cerah-cerah macam warna putih, make sure korang cover dengan cardigan yang berwarna gelap, Bagi aku cardigan ni penting sebab cardigan boleh sorokkan lelemak dekat badan ni. Huhuhu. Siapa yang setuju dengan aku, sila angkat tangan and senyum sengeh. 




Cara kedua: Gunakan seluar yang sama warna dengan cardigan. Nak warna lain pun boleh tapi make sure seluar yang berwarna gelap. Macam aku, aku ni berbadan buah pear, so memang aku sangat titik beratkan warna seluar. Memang semua seluar-seluar aku pilih warna yang gelap.





Cara ketiga : Tudung haruslah dilabuhkan sampai menutup dada untuk membuat ilusi kurus. Kebanyakan kita yang berbadan besar ni memang nampak sangat tak cantik kalau tudung atas dada. Nampak macam lagi besar. So sesambil mengumpul pahala istiqomah dalam melabuhkan tudung, boleh lah sesambil nampak kurus. Hehehe





Cara keempat : Gunakan bag yang besar, tujuannya untuk sorokkan badan yang besar and sambil-sambil tu boleh lah buat alat untuk cover lelemak perut. Muahahaha




Cara ke lima : Jangan pakai baju terlalu ketat. 
Macam aku yang memang dah ada badan bentuk buah pear ni, memang kena sorokkan peha yang besar. So pakai lah baju labuh-labuh. Kalau pakai baju singkat-singkat mesti kena jelingan maut dari emak aku. Takut wooo. Tapi kejap je. Muahahahaha.




Ok adik-adik semua paham kan apa yang kak Azreen Zunairah try nak terangkan. Nak bergaya tu tak salah, tapi biarlah kena pada tempat nya and sesuai dengan badan kita. 
Peace !!




Ehh lagi satu lupa nak cakap, pakai tudung hitam boleh sorokkan pipi pau ok. Try lah. Hehehe


Oklah bye !

Parcel Whitening Intensive Booster dah sampai ! Bermulalah cabaran 30 hari untuk membuat kulit menjadi cerah dan gebu.

Assalammualaikum.

Kalau ada sesiapa yang ingat, aku ada masuk Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare dekat blog kakak famous Mia liana and aku adalah di antara 50 orang yang terpilih untuk mencuba skincare ni. Kalau nak tahu baca dekat sini. Tapi giveaway tu tak stop sampai situ je, still kena pakai untuk menang wang tunai and produk dari My Beauty herbs. Aku tak kisah pun sebab aku memang suka produk-produk yang jadikan kulit gebu gebas ni. Muahahaha.

So masa hari Jumaat, lepas balik kerja and masuk-masuk je dalam bilik nampak ada satu parcel pos laju. Aku pun fikir, ehh macam tak ada je beli barang online. Tapi dekat parcel ni nama aku. Memang lupa sangat-sangat time tu. biasalah kan, makin nak kahwin makin lupa ingatan jadinya. So dengan rakus aku bukak lah parcel yang tertera nama aku tu. Rakus wei ! Yelah excited sebab ingatkan ada secret admire hantar hadiah ke hape kan. Memang poyo sangat masa tu. Hahahaha. Bila dah bukak parcel tu, taraaaaaaa....




Baru lah time ni ingatan dah pulih sikit. Ohh hadiah Giveaway hari tu. Happy nya. Tapi tak payah nak happy sangat lah kan. tugas belum selesai lagi. Ada cabaran 30 hari untuk guna produk ni. 

Dalam kotak yang comel ni ada 3 barang untuk jadikan korang gebu gebas. 
Antaranya ialah :-




Whitening Booster Soap




Day Cream




Night Cream

Starting esok aku akan pakai produk ni ok and nantikan testimoni aku selepas 30 hari. Heee tak sabarnya nak try. Apa yang aku boleh cakap semua 3 produk yang aku dapat ni, semuanya wangi-wangi and bau dia lembut je. So tak ada lah rasa macam kau tepek getah dekat muka. Bau sekerappp. Hahahaha tau dok apa benda alah sekerap ni ? Malas aku nak cakap, korang google lah sendiri getah sekerap ok. Nak lagi best google image je terus. Muahahaha.


Oklah bye !

Tuesday, February 17, 2015

Kurus salah. gemuk lagilah salah. Cantik salah, tak cantik lagilah salah.

Assalammualaikum.

Haa amek kau. Kemain panjang tajuk aku kan. Tak ada lah, lately ni aku rasa macam semakin emosi je bila fizikal seseorang tu jadi kayu pengukur untuk sesebuah perhubungan. Cewahh ayat skema tak nak kalah kan. Tak tahulah kenapa emosi kemain sekarang ni. Maybe tengah diet kot. Bukan saja-saja diet ok. Aku ada aim tau sebab apa aku nak diet habis-habisan ni. Salah satu sebab terbesarnya  adalah sebab nak kahwin. 

Ok short story pasal aku dengan Sham. Aku kenal dia ni masa time study dekat Melaka dulu, then masa dia kenal aku ni, memang fizikal aku sangat-sangat lah gedabak hokayy ! Sangat ok. Time tu pun layan Sham macam nak tak nak je sebab ye lah tak percayakan dengan orang lelaki ni. Yeye je cakap sayang tapi sebenarnya saja nak main-main kan kita. 

Sebab yang buatkan aku jadi tak percaya ni adalah sebab before aku kenal Sham, aku adalah kenal dengan seseorang ni. And dia cakap dia suka kan aku, sayang kan aku. Time tu pun baru habis sekolah, hati pun rasa bunga-bunga je bila ada lelaki yang cakap dia suka dengan kita. 

Bila dah setahun kawan dengan mamat sekor ni, dia tiba-tiba je menghilangkan diri and siap pesan dekat kawan aku, bukan cakap dengan aku sendiri ok , jangan cari dia lagi sebab dia dah tak suka dekat aku yang gemuk gedabak ni. Time tu aku dah tak terkata dah, nak menangis pun rasa macam tak ada guna je. Maybe tuhan tahu yang aku tengah sedih, aku pun dapatlah tawaran study dekat Melaka. Time tu memang dah tekad and berazam dah, tak akan percaya dekat lelaki lagi. Memang poyo sangat aku rasa time tu. Hahahaha. Sampailah aku jumpa Sham. Prinsip tu pun berubah. Alhamdulillah setakat ni dia masih terima aku yang besar gedabak ni. Setakat ni lah. Ehh ni bukan shorty story. Long story dah ni. Tapi apa kena mengena cerita aku ni dengan tajuk ehh ?

Then masa scroll-scroll facebook semalam, terbaca lah kisah macam dalam gambar bawah ni:-




So habis baca dah? Apa pendapat korang? Apa yang korang rasa? Marah ? Suka? Sedih? Aku pun tak tahu nak gambar kan perasaan aku macam mana. Sebab aku pun tak kahwin lagi, tak ada suami lagi, tak ada anak lagi. Tapi satu je aku nak cakap dengan lelaki ni, KAU MEMANG TAK RETI BERSYUKUR !

Aku tak marah bila si suami selamba dek je biar si isteri kendong anak sorang-sorang. Tapi aku rasa marah, rasa nak tumbuk, rasa nak sepak dengan si suami tu sebab memalukan si isteri depan orang ramai dengan bahasa-bahasa yang kasar. Weii anak kau dengar tu kan ! Malulah sikit. Kalau tak malu dengan orang ramai, malu sikit dengan anak-anak. Haa kan emosi lagi !

Cuma aku pelik, si suami tu tak sedar ke apa yang mengubah bentuk badan isteri dia tu. Dia tak sedar ke badan tu berubah untuk siapa. Takkan tak perasan, tak faham. Ke buat-buat tak perasan? Kenapa perlu nak jerit kuat-kuat pasal fizikal si isteri. Buruk sangat ke ? Aku agak kalau dia kahwin dengan perempuan yang selim melim, selamanya selim melim kot. Tuh yang dalam fikiran si suami kot. 

Aku maybe tak pernah mengalami suasana berumah tangga lagi tapi bila dah dekat-dekat tarikh aku nak kahwin ni, aku selalu perhatikan emak and ayah aku. Macam mana pun emak ayah aku bergaduh, last-last dorang akan berbaik jugak. Mana nak lari kan. Emak aku, walaupun marah-marah dengan ayah aku, emak still sendukkan nasi ayah, mandikan ayah, pakaikan baju ayah. Tu yang aku suka sangat dengan emak ayah aku and kalau boleh aku nak jadikan diorang contoh sampai bila-bila. Ingat senang-senang ke nak sendukkan nasi orang, nak siapkan pakaian orang kalau tak ada rasa sayang and kasih dekat seseorang. 

Aku pun akan marah kot kalau tiba-tiba je Sham mintak gosokkan baju dia ke, buatkan kerja dia ke? I feels like, wah wah belum kahwin lagi, dah mengada-ngada nak suruh aku buat itu ini. Kau apahal ? Hahahaha brutal tak. Tunggu dah kahwin baru aku buat semua benda tu. Tu pun kalau aku jadi kahwin dengan dia lah. Hahahaha doa-doakan je. So far tak ada lah Sham mintak aku buatkan benda bukan-bukan sekarang ni. Nasib baik. Huhuhu. 

So lelaki-lelaki dekat luar sana yang akan berkahwin or yang dah berkahwin, silalah menghargai wife anda ye. Sorrylah emosi terlebih pulak. Lagi satu nak cakap, perempuan mana yang tak nak cantik, ada ke yang nak jadi buruk ? Nak jadi cantik pun untuk siapa, untuk lelaki jugakkan. Renung-renungkan dan selamat beramal. Huhuhu.

Oklah bye !


Saturday, January 17, 2015

Review Beauty Product : Kiss Proof Soft Lipstick

Assalammualaikum.

Haaa kelas kan hakak hari isnin nak exam tapi sempat lagi nak update blog kan. Lepas tu nak update pasal lipstick pulak tu. Tak pernah-pernah kan nak review pasal produk-produk kecantikkan ni. Selalunya update pasal tempat makan je kau suka kan Azreen Zunairah. Huhuhuhu.

Aku rasa Kiss Proof Lipstick ni memang tengah trend sekarang ni kot. Sebab aku tengok dekat instagram melambak-lambak orang jual, tapi aku rasa mahal pulak. Yelah kan, memang lah harga sebatang 12 hengget tapi bila dah campur postage charges bagai. Dah berapa kan harganya kan. Kedekut sangat kau kan. Muahahaha. Yelah hakak kan layan produk 10 hengget je. Lebih dari 10 hengget aku tak nak beli. So hasrat nak beli lipstick ni terpendam macam tu je. Sampailah aku ternampak bff aku si Bibiey jual lipstick ni. And kebetulan dia pun ada dekat Seremban kan. Yelah sejak dia kahwin, dia dah jadi orang Miri dah. So memang susah nak jumpa dia sebab dia pun tak selalu balik Seremban. Haaa terus aku whatsapp dia laju-laju sebab nak beli lipstick punya pasal.



Haa macam ni je rupanya Kiss Proof Lipstick ni. Dia jenis yang pensil. So memang senang je nak bawak pergi mana-mana. Campak je dalam handbag then pergilah jalan.




Yang aku pakai ni no 14 then beli satu untuk emak aku no 2. No 2 dengan 14 ni kiranya warna-warna yang hot lah sebab selalu je sold out. Hehehe



Nampak macam krayon kan. Haa make sure sesiapa yanga da anak kecik or adik kecik. Sorok kan lah lipstick ni kalau tak nak benda alah ni patah or tumpul. Lagi sadis dinding rumah korang ada macam-macam corak abstrak lagi. Nanges ! 



Warna bibir mestilah sama dengan warna baju. Merah menyala. Muah ciked. Huhuhu. 


So kepada sesiapa yang nak beli tu, pm lah aku dekat facebook. Harga murah punya. Warna pun ada macam-macam. Nanti aku tunjukkan. 



Hari ni dating dengan adik aku yang kerjanya asyiklah nak mencubit aku dalam kereta tu. Taulah rindu dengan aku kan. Aku bila dah tak tahan, terus aku cubit and gigit kuat-kuat. Haaa amek nak sangat kan. Adik aku ni semenjak belajar dekat Melaka dah macam di pam-pam dah badan tu. Aishhh diet wei. Hahaha. 

Oklah bye !



Tuesday, January 13, 2015

Siapa kata perempuan ni kalau bersiap lambat?

Assalammualaikum.

Lama nya tak update blog hitam legam kesayangan ni. Ni semua sebab exam punya pasal. So far alhamdulillah, dua paper dah lepas. Tinggal lagi satu paper je next week. Student PJJ jangan nak ambil banyak-banyak sangat subjek boleh tak? Tak penat ke kerja, lepas tu nak siapkan assignment semua ? Hahahaha emosi pulak kan. Exam nya 3 paper je, tapi aku bantai ambil cuti lama-lama. Nak study kononnya kan. Penyudahnya aku bantai merayau dengan emak aku satu hari ni, then update blog pulak.

Emak aku, ayah aku, adik-adik aku and Sham memang dah sedia maklum yang aku ni kalau bersiap untuk keluar tu memang berejam. Lepas tu bila aku keluar-keluar je bilik, muka masing-masing dah ketat sebab tunggu aku. Terpendam terus hasrat nak tanya cantik ke tak mekap aku, cantik ke tak baju aku. Muahahaha. Tapi selalunya emak aku lah jadi mangsa nak jawab soalan aku tu semua walaupun aku tau yang dia memang geram je tunggu aku lama-lama. 

So aku dah buat eksperimen banyak kali dah cara nak jadikan masa mekap ni short tapi cantik. Cewahhh perasan sangat kau kan. Muahahahaha. Mehh sini aku tunjuk cara-cara aku jadi kan time tuh short:-

  • Pakai krim safi Rania Gold. (Muka aku sesuai pakai krim ni je untuk foundation. Kata nak jadi macam Che Ta kan. Kalau pakai foundation lain sure muka tumbuh jerawat. Sob sob)
  • Pakai bedak pixy. (Ni pun sama jugak, bedak compact ni je yang sesuai untuk muka aku yang kuat berpeluh dekat hidung and dengan bawah mata. Kalau pakai bedak lain sure jadi tepung gomak and berkerak-kerak )
  • Pakai celak kening untuk bentukkan kening. ( Tak ada lah pandai sangat bentukkan kening, tapi oklah kalau nak nampakkan bentuk dia sebab kening aku berserabut. )
  • Pakai eyeliner ( Haa yang ni hakak pakai yang murah-murah je. Kadang-kadang pakai eyeliner kedai 2 hengget je tau. Alhamdulillah tak allergic langsung)
  • Blusher Silky Girl (Agaknya muka aku ni sesuai murah-murah je kot. Takpe jimat. Hakak suka. Boleh kumpul duit kahwin. Weee tetiba sangat !)
  • Pakai lip eyes Nivea perisa cherry.
SIAP !

KEJAP NAK TUNJUK HASILNYA.


BEFORE


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



AFTER


CLOSE UP SIKIT



Haa simple je kan, and nak tahu tak aku ambik masa berapa lama je nak buat semua ni. Nak tahu tak ? Nak tahu tak? Apa tak nak ! Nak lah.. Kalau nak tau, hakak ambil masa 5 minit je uolllsss !!! Aku boleh short kan dari 30 minit ke 5 minit tau. Tu pun jadi 5 minit sebab pakai bawal je. Kalau pakai shawl maybe dalam 10 minit kot.

So lepas ni dah tak ada alasan nak lambat-lambat lagi. Boleh keluar dengan senang hati tanpa ada orang jeling-jeling aku and sentap dengan aku. Muahahaha. Muah ciked.

Oklah bye !



Sunday, November 16, 2014

Obses dengan kening atau omputihnya eyebrow


Assalammualaikum !

Penatnya hari ni. Satu hari kelas, test, kuiz non stop. Bayangkan lah, pukul 6.30 pagi dah keluar dari rumah, gerak dari Seremban ke Shah Alam. Now pukul 7 malam baru sampai rumah. Nak pengsan rasanya. Tapi bila nak update blog, terus rasa bersemangat balik. Dua tahun dah aku ulang-alik dari Seremban ke Shah  Alam, lama-lama rasa macam penat sangat. Tapi demi mu wahai Degree ku sayang, aku tabahkan jua. Gitueww kan. Takkan nak stop setengah jalan kan, mahu nya emak aku tak nak cakap dengan aku sebulan. Yelah dah banyak wei duit keluar. Kalau kumpul duit belajar aku tu, mesti dah boleh kahwin dah tahun ni. Ehh tiba-tiba kan. Huhuhuhu.

Semalam sambil-sambil buat assignment, sambil-sambil tengok Running Man, saja-saja lah kan tengok cara-cara nak buat kening dekat Youtube. Tak tahulah kenapa, aku ni memang obses dengan kening diri sendiri. Tuh yang gigih tu nak belajar bentukkan kening tanpa cukur ye wahai kawan-kawan. Orang lain beria-ia letak eyeshadow warna-warni, letak bulu mata pelesu tebal-tebal. Tapi aku ni tak habis-habis belajar macam mana nak cantikkan kening. Hehehe.

So bila dah search macam-macam dekat youtube, aku dah jumpa satu video yang menyenangkan beginner macam aku ni untuk belajar cara-cara nak bentukkan kening. Jom kita tengok kejap.



Haa cantikkan ! Memang cantik gile lah kot aku rasa. Disebabkan dah terpengaruh, dengan tak mandi lagi, terus aku conteng-conteng kening kejap and terjadi lah macam dalam gambar dekat bawah ni.



Mengada-ngada sangat nak letak gambar before and after kan. Padahal tak mandi lagi tu. Huahuahua. Oklah kot first try ni, and kening aku memang tak cukur tau. Aku just lukis and letak foundation dekat kening yang bersepah-sepah tu. Hehehe.




Selfie sementara tunggu emak aku siap. Tiba-tiba rasa macam tebal pulak aku warnakan kening tu. Rasa macam sin chan pulak. Alah first try  memang selalu macam ni. Ayat nak sedapkan hati kan. Huahuahua Lepas ni nak belajar cara-cara bentukkan kening guna teknik gam pulak. Haaa ! Guna gam? Macam pelik kan, tunggu.... Stay tuned !

Oklah bye !


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...