Saturday, April 23, 2011

Segmen : Saya nak jadi kawan vespa degil !

Assalammualaikum !

Nampak benor nipunya kan ! Tadi aku cakap aku nak study kan, tapi sekarang ni tangan aku tengah galak nak update belog yang tak semenggah ni pulak. Adoi !! Sila berhentikan ketagihan aku ni. Aku nak study ni wei ! Tadi masa lepas update, aku tengok ramai pulak yang singgah dekat belog aku. Rupa-rupanya sebab Abang Ben yang handsome tuh ! Hehehe.

Tapi sekarang bukan nak cerita pasal Abang Ben yang handsome tapi aku nak cerita pasal Abang yang ada Vespa comel sangat-sangat ni. Hehehe.

vespa degil friend

Kalau nak join sila tekan gambar bawah ni atau link yang aku bagi dekat bawah kejap lagi ok !

>   >    >    >   >    >   >  TEKAN    <   <    <   <    <    <  

Actually aku baru je kenal dengan Abang Vespa ni and yang aku nampak lepas baca entry-entry dia yang lepas, dia seorang yang baik and aku rasa boleh jadi kawan aku. Hehehe. Tuh pun kalau Abang Vespa nak jadi kawan aku kan. Kadang-kadang aku suka baca blog dari golongan lelaki sebab diorang ni memang ssesuka hati sesedap gigi akan bagi pendapat masing-masing. Even kadang-kadang pedas tapi memang best bila baca.

Macam belog Abang Vespa ni, dia memang tersangat baik. Sebab apa aku cakap dia baik? Sebab dia follow aku dulu and lepas tuh barulah invite aku untuk join segmen dia. Auwww ! Terharu gile lah. Hehehehe. So dekat sini aku nak cakap dekat Abang vespa yang comel ! Terima kasih sangat-sangat sebab follow Areen Tembam ok ! Tengok dari gaya penulisan Abang Vespa, tak mustahil lepas ni abang memang akan jadi famous amos macam Abang Ben ! Hehehehe. Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

So aku nak tag kawan terbaik saya abad ini : Cik Pelangi !

Bebbooii !

Korang pernah tak ada abang angkat, adik angkat, or kakak angkat ? Terangkat tak ? Huhuhu !

Assalammualaikum !

Huh ! Gusi yang membengkak secara tiba-tiba buatkan aku malas nak senyum, malas nak bercakap and malas lah nak kacau bff aku. Sakit yang amat sampaikan rasa macam nak lempang je orang. Tadi aku tanya bff aku si Wani, dialognya lebih kurang macam ni lah bunyinya:-

Areen Tembam: Wei Wani sakitnya gusi aku ni. Nak lempang kau boleh tak ?

Wani si Bff : Kau lempanglah aku ! Aku lempang kau balik nanti.

Haiyoo semnejak dua menjak ni, Bff aku ni semakin mengganas dengan aku. Kejap-kejap cubit aku, kejap-kejap tampar aku. Entah kenapa entah. Tahulah dah nak habis belajar kan. Kalau ye pun nak balas dendam, janganlah sampai macam tuh sekali kan. Huhuhu.

Oklah panjang bebenor dah aku ni melalut. Mehh sini aku nak tanya. Korang dulu time sekolah ada tak abang angkat or adik angkat or kakak angkat ? Cecite kat aku. Ok mohh le aku cerita. Dulu time sekolah agama Port Dickson dulu, aku adalah seorang kakak angkat tau. Tuh pun kakak angkat aku siap nak hantar notes bagai dekat aku sebab nak suruh aku ni jadi adik angkat dia. So bila dah declare tuh, memang rasa heaven gila lah. Sebabnya aku selalu dapat makanan macam coklat Cadbury. Lepas tuh dekat kertas pembalut tuh mesti ada ucapan dari kakak angkat aku tuh. Auwww ! Memang sweet gile. Kalau dia balik rumah dia, mesti dia akan bawak untuk aku makanan yang dia masak. Memang nak cakap aku gemuk sebab makanan yang dia bagi tuh je lah.

symbol-sign-male-female

Hah ! Yang tuh cerita pasal kakak angkat, mohh dengar pasal abang angkat aku pulak. Dulu masa dekat sekolah agama, kalau lelaki dan perempuan ada hubungan apa-apa. Memang siaplah kau ! Ustaz aku siap buat surat cerai tuh yang tak tahan. So aku dulu ada lah jugak admire dekat seorang abang dari kumpulan nasyid sekolah aku yang memang top lah jugak dikalangan junior-junior macam aku. Aku pandang dari jauh je lah sebab kawan-kawan aku boleh dikatakan semua minat dia.

Satu hari ni, masa tuh aku tengah training netball, aku dulu wakil sekolah and negeri tau. Nada riak kejap. Tapi kalau korang tengok badan aku sekarang mesti tak percaya yang dulu aku ni budak sport kan. So berbalik kepada cerita, masa aku tengah training tuh, abang nasyid yang aku minat tuh pun turun padang jugak. Memang dasarlah ! Yelah ambil kesempatan tengok perempuan terlonjak-lonjak and terlompat-lompat kan.

Then masa tuh boleh dikatakan semua budak netball main dalam keadaan yang ayu nak mampus sebab abang nasyid tuh ada termasuklah dengan aku. Cett ! Entah apa-apa je kan. Sampaikan cikgu aku dok jerit-jerit suruh kejar bola pun, aku still berlari dalam keadaan ayu. So korang bayangkanlah, budak yang tengah berlengas dengan peluh, berlari sambil tunjuk ayu. You got what I mean? Hahaha. Serius memang buruk nak mampos ! Then abang nasyid tuh berambus dari situ sebab cikgu aku suruh. Hahahah keciwa !

Masa dah habis training ni, ada seorang abang nasyid yang kawan kepada abang nasyid yang aku minat tuh panggil aku. Aku macam nervouslah jugak kan. Then abang nasyid tuh bagi aku seketul coklat Cadbury yang paling besar gedabak tuh. Masa tuh kalau kau dah dapat coklat Cadbury dari seorang lelaki dekat sekolah aku tuh, memang kau akan faham terus yang abang tuh nak jadikan kau adik angkat or girlfriend dia. Aku time tuh memang frust habis lah sebab bukan abang nasyid yang aku minat tuh bagi coklah dekat aku. Tapi kawan dia pulak yang bagi. Masa tuh mentality budak-budak yang baru nak up macam aku akan cakap, alah, abang tuh tak handsome. Tak nak lah buat abang angkat ! Serius what the fat wei aku time tuh ! Hahaha.

Picnik collage

So korang bayangkan macam ni lah ! Aku nak abang nasyid yang hot dan handsome macam Pasha ungu yang sebelah kiri tuh. Tapi sekali dapat abang nasyid yang muka macam unknown person macam sebelah kanan tuh. Kau rasa kau kuciwa tak time tuh? Hahaha. Masuk-masuk je dorm semua kawan aku tanya kenapa muka aku masam and masa tuh jugak aku bagi kawan-kawan aku coklat yang abang nasyid tuh bagi. Siap suruh diorang habiskan lagi. Huhuhu tak boleh tahan.

Sekali tuh satu dorm aku menjerit and kecoh-kecoh. Semua terus terkam aku and siap cakap and melaung-laung “ Aku tak percaya !!”. Gile ke hape ! Masa tuh jugaklah baru aku tahu dekat pembalut coklat tuh ada ucapan yang abang nasyid tuh tulis. Yang buatkan aku lagi terkejut, bukan abang nasyid yang sebelah kanan tuh yang bagi. Tapi sebenarnya abang nasyid yang muka macam Pasha Ungu tuh yang bagi. Kawan aku ada yang siap tak nak bertegur dengan aku lah bila aku declare dengan abang nasid tuh. Yelah, tak boleh terima kenyataan punya pasal. Hahaha. And aku memang betul-betul terangkat dengan dia sebab aku declare dengan dia as couple sampailah aku form 5. Sekarang pun, even dah tak ada apa-apa, dia still contact aku and chating-chating dengan aku dekat FB.

Bila dah masuk Form 4, aku tukar sekolah teknik pulak. Masa ni kalau ada relationshiop dengan kakak angkat and abang angkat, aku rasa macam extreme sikitlah. Yelah dulu masa aku dekat sekolah teknik, kakak angkat aku sepanjang masa nak dating dengan aku dekat tangga asrama. Abang angkat aku pulak, tak habis-habis call aku. Ouppss ! Kantoi dekat asrama bawak handphone kan. Hehehe.

Tapi aku rasa ada kakak angkat, abang angkat and adik angkat dekat sekolah agama lah paling best. Sebabnya kakak and abang aku memang take care gila dekat aku. Even adik angkat aku pun siap bagi makanan macam-macam dekat aku. Haiishh ! Muka aku ni agaknya memang mintak simpati makanan je lah kan. Hahahaha.

Sorilah ehh ! Kali ni entry aku memang panjang sangat. Aku tahu mata korang pun dah berpinar kan. Oklah aku dah nak start pulun study balik. Doakan aku ehh !

290520101661

Bebboiii !

 

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !

Assalammualaikum !

bersantai8

Siapa yang rajin nak join segmen abang Ben handsome ni boleh klik dekat gambar atas ni ok ! Atau pun tekan dekat link bawah ni ok !

>     >     >      >      >       >       >       >       >  TEKAN

Soalan yang perlu dijawab dengan mudah dan tanpa ragu-ragu sambil korek telinga adalah seperti dibawah :-

Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog ? Dan sumber inspirasi anda?

Actually dunia blogging ni aku dah start lama dah since 2008 and masa tuh yang jadi inspirasi aku untuk jadi semangat gile buat belog ialah insan terpilih dekat bawah ni :-

Untitled

Blog Kak Yenadey !!

See see cute kan blog kak Ynaa ni kan, sama dengan tuan punya belog ni. Dulu aku memang excited sangat nak buat belog sebab bila baca semua cerita yang kak Ynaa tulis, rasa macam terbang-terbang di awangan. Kejap rasa nak menangis, kejap rasa nak tergelak. Masa tuh kak Ynaa dia gunakan Blogspot lagi. So masa tuh dia memang banyaklah cerita pasal life dia dengan ex-tunang dia. Memang sweet gile. Sampaikan masa Kak Ynaa ni cerita kenapa dia putus tunang, aku siap dok sreettt sreettt sedut hingus sebab menangis sekali. See ! Boleh nampakkan macam mana dia bagi pengaruh yang besar dekat aku dalam dunia belog ni.

Now, dia dah pakai wordpress. And aku still suka semua entry yang dia update. Kadang-kadang dok tertunggu-tunggu bilalah dia nak update entry baru. Kak Ynaa ! I love u. So stop sampai sini je story mory !

17155_281592222474_119697087474_3550828_3284938_n

Untuk kak Ynaa, sorry sebab copy gambar akak dari FB akak. Apa-apa pun akak akan sentiasa menjadi sumber inspirasi kita dalam dunia blog ni. Terima kasih banyak-banyak sebab sedikit sebanyakbagitahu macam mana life berblogging ni. Semoga akak sentiasa hidup dalam keadaan yang ceria. Aminn !

Bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...