Sunday, July 17, 2011

Drama Korea yang aku paling banyak diulang tayang buat masa ni. Hehehe !

Assalammualaikum !

Waktu bekerja yang sememangnya memenatkan tidak membuatkan aku letih nak mengadap cerita Korea hari-hari. Makin semangat nak tengok muka-muka comel and jambu semua pelakon Korea. Cerita dia pun even buatkan kita selalu berangan-angan nak dapatkan lelaki handsome, tapi sekurang-kurang nya cerita dia memang logik. Selalunya drama yang Korea buat ni pasal apa yang terjadi dalam daily life kita. So mehh sini aku nak review satu-satu drama Korea yang pernah aku tengok. Kat sini aku nak bagi amaran, sesiapa yang memang tak minat langsung dengan Korean drama, better lah membawa diri pergi dari blog ni ok ! Atau pun tekan je butang pangkah dekat atas tuh ok.

First drama yang aku akan review adalah drama bawah ni:-

pst

pasta_newsletter

Drama ni mengisahkan tentang seorang perempuan, Seo Yoo Kyung yang menjadi kitchen helper selama tiga tahun berturut-turut di sebuah restoran Itali, La Sfera yang menyediakan hidangan Pasta. Hidupnya mula berubah apabila seorang chef, Choi Hyun Wook dari Itali mula bekerja disitu sebagai head chef. Lebih malang lagi, disebabkan Hyun Wook tidak mempercayai kebolehan wanita, seorang demi seorang pekerja wanita dipecat termasuklah kitchen helper yang sudah lama berkhidmat disitu iaitu Yoo Kyung.

Namun disebabkan minat yang mendalam terhadap bidang masakan, Yoo Kyung tetap bekerja seperti biasa walaupun dipecat. Ini menyebabkan Hyun Wook marah dan sentiasa membuat pelbagai cara untuk menghalau Yoo Kyung. Dalam masa yang sama, Hyun Wook telah jatuh cinta terhadap Yoo Kyung. Namun perasaannya dipendamkan kerana tidak mempercayai wanita.

Dahlah ! Tuh je aku nak bagitahu serba sedikit pasal drama Pasta ni. Dari sepuluh tuh, aku bagi dalam lapan setengah lah sebab cerita dia memang best tau ! Mula-mula aku tengok heroin dia tak adalah cantik sangat tapi bila lama-lama tengok hati aku cakap, Eh ! Cute pulak minah ni. Hehehehe !

Ok ok next drama is :-

250px-ProsecutorPrincess

psprin

Prosecutor Princess !

Drama ini tentang seorang gadis, Ma Hye Ri yang sangat meminati bidang fesyen dan kecantikan dipaksa oleh ayahnya untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Disebabkan Ma Hye Ri adalah seorang yang sangat cerdik, dia lulus semua ujian undang-undang sehingga ditawarkan bekerja dia pejabat peguam. Disitu Ma Hye Ri menarik perhatian semua pekerja disitu kerana gayanya yang stylish, fashionable dan lain dari peguam yang lain. Disebabkan tidak meminati bidang undang-undang, banyak kes yang diselesaikan sambil lewa dan menimbulkan kemarahan banyak client yang datang ke pejabat tersebut. Hal ini menyebabkan rakan sekerja nya memulaukan Ma Hye Ri dan sejak itu Ma Hye Ri mula serius dengan tugasnya sebagai seorang peguam.

Apa yang aku suka pasal cerita ni sebab hero nya jugak. Mula-mula aku ingat Rain yang berlakon. So aku macam tak excited sangat nak tengok sebab aku tak minat Rain. Tapi nasib baik bukan Rain yang berlakon and yang penting heronya handsome gilo !!! Tuh je sobab ehh aku nak tengok cerito ni. Hahaha.

Next drama is:-

oh

Oh-My-Lady-Choi-Si-Won-and-Chae-Rim1

Drama ini mengisahkan tentang seorang suri rumah yang berumur 35 tahun, Yoon Gae Hwa yang baru bercearai dengan suaminya dan berusaha mencari kerja di merata-rata tempat. Nasibnya baik apabila mendapat pekerjaan sebagai pengururs seorang artis lelaki yang sangat popular, cantik dan diminati ramai, Sung Min Woo. Hal bertambah rumit apabila Gae Hwa mendapat tahu Min Woo mempunyai seorang anak yang dihantar oleh seseorang ke apartment Min Woo. Disebabkan hal tersebut, Min Woo meminta Ga Hwa menjaga anaknya dan dia akan diberi gaji. Disebabkan Ga Hwa sentiasa bersama dengan Min Woo, hal ini menyebabkan mereka saling jatuh cinta dan merindui antara satu sama lain.

Whoahhhh ! Gile kentang kan ayat aku yang last tuh. Teremosi lah pulak. Tapi apa-apa pun aku nak tengok cerita ni sebab ada abang aku dari Super Junior si Choi Siwon ni. Hahaha boleh? Muka heroin cerita ni pun comel je. Tak nampak yang dia lagi tua dari Siwon. Dahlah dalam cerita ni lagu semua pakai suara Siwon, memang lagi angau lah aku jadinya. Dah stop cerita pasal Siwon !

Next Drama is:-

1999899

1

Dalja’s Spring

Drama ini mengisahkan tentang wanita berumur 33 tahun, Oh Dal Ja yang masih tidak berkahwin dan bertemu dengan lelaki impiannya. Hidupnya bertambah tertekan apabila lelaki yang diminatinya selama 8 tahun rupa-rupanya meminati orang lain. Disebabkan mahu menunjukkan kepada lelaki tersebut bahawa dia juga boleh mendapatkan teman hidup yang lebih baik, Oh Dal Ja telah menandatangani kontrak perjanjian bersama Kang Tae Bong yang berumur 27 tahun supaya menjadi teman lelaki nya selama sebulan. Dalam masa sebulan itu pelbagai perkara terjadi dan dalam diam-diam Kang Tae Bong dan Oh Dal Ja menyimpan perasaan antara satu sama lain. Namun, perasaan tersebut harus dipendamkan kerana telah tertulis didalam kontrak perjanjian, sekiranya salah seorang diantara mereka mempunyai perasaan terhadap pasangannya, kontrak tersebut serta merta akan terbatal.

Cerita ni memang antara cerita yang berkali-kali aku ulang tayang. Even hero dia tak lah handsome mana pun, tapi dah kata Korea, memang ia bisa meluluhkan hati ku in. Wahh ! Lagi satu yang aku suka sebab heroin dia, Chae Rim adalah orang yang sama berlakon dalam cerita Oh My Lady. Aku suka ! Seriously dia memang tak nampak tua langsung. Lagu dalam  drama ni pun semua best-best tau !

Sebenarnya banyak lagi drama yang aku tengok, tapi aku dah penat nak review satu-satu. Tengoklah next time kalau ada masa lagi, aku review semua drama yang aku dah tengok ok ! Yang aku perasan lah kan, kalau dalam drama Korea tuh, mesti hero-hero dia macam cover macho je. Nasib baik kau memang handsome. Tapi kalau dalam drama Jepun tuh, hero dia memang tak cover langsung. Tak tahu malu lah ! Hehehe.

changsung_2pm_21082009033826

ChanSung 2PM

Gambar tak ada motif ok ! Oklah tak tahu nak cakap apalagi. Bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...