Wednesday, March 4, 2015

Red Velvet Cream Cheese Frosting & Rainbow Cake Butter cream Frosting. Alhamdulillah.

Assalammualaikum !

Dah berzaman dah pun gambar ni. Tak silap aku dalam minggu lepas punya gambar kot. Baru sekarang ada rasa rajin sikit nak masukkan dalam blog. Apa-apa pun yang aku boleh cakap, alhamdulillah syukur dengan apa yang Allah beri. Walaupun aku penat, yelah balik je kerja terus membakar kek then sampailah ke pagi esok, pergi kerja balik macam biasa, aku still rasa puas hati. 

Aku suka bila nampak muka orang tu happy je bila dapat kek yang cantik-cantik dan comel-comel. Lagi suka kalau orang yang tempah tu suka dengan hasil yang kita buat. Best feeling ever wei  ! Jatuh cinta pun tak ada rasa macam ni tau. Huhuhu 

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.


Syukur dekat Allah yang bagi semua rezeki ni. So gambar-gambar dekat bawah ni lah hasil berhempas pulas dari malam sampai ke pagi. Hehehehe.




Red velvet + Cream cheese frosting








Red velvet + cream cheese frosting






Rainbow cakes + butter cream frosting

So kalau ada sesiapa yang nak order, boleh PM je aku dekat facebook ok. Jangan segan-segan jangan malu-malu. Tapi diingatkan awal-awal, priority tempahan kek ni hanya untuk orang Seremban sahaja ye. Kalau jauh-jauh tu susah sikitlah. So sorryyyy ok ! Hehehehe


Oklah bye !


Tips nak jimatkan space dalam laci. Super jimat.

Assalammualaikum !

Hello hello uolls ! Konon janji dalam instagram nak update pasal benda alah ni malam semalam. Tapi habuk pun tarak. Aku bantai krohh krohh dalam bilik emak aku. Sedar-sedar dah pagi. Lepas tu menyesal sebab dah tertidur. 

Ok ni nak cerita ni, kita semua ada almari kan. Almari mesti ada laci kan. Nampak beno nipunya kalau tak ada kan. Macam kita yang perempuan ni biasalah kan, almari memanjanglah penuh. Kadang-kadang tu rasa nak beli almari lain sebab banyak benda tak muat nak simpan. Tapi space dalam bilik dah tak ada pulak kan. Entah apa lahh yang kita semua ni beli kan wahai kawan-kawan perempuan sekalian kan ? Asyik tak muat je lah lemari ko tuh ! Huh marah.

So hari ni saja je lah nak ajar macam mana cara nak jimatkan ruang dalam almari atau dalam laci mekap korang tu. Memang jimatkan ruang, jimat kan masa and jimatkan duit. Tu sebab tajuk entry pun nak letak super jimat kheennn. So jomlah kita mulakan !!




Barang-barang yang diperlukan hanya partition border je. Aku beli benda alah ni dekat Daiso je, 5 hengget je pun. Tapi dalam satu plastik adalah 3 keping dia bagi. Sekarang ni Daiso memang dah jadi tempat lepak aku dengan emak aku dah, yelah aku memang suka dengan benda-benda yang comel dan merepek-repek. Emak aku pulak memang suka sangat dengan pinggan mangkuk dekat Daiso tu. Haaa ngam lah kan.



Muahahahaha malunya nak tunjuk laci bilik aku ni. Maafkan lah patik yang memang pemalas ni ye. Cenggini lah rupanya, bila emak aku memekak-mekak suruh kemas bilik, and then sebab pemalas punya pasal. Semua benda aku sumbat and pudat-pudat dalam laci. Paham kan pudat-pudat tu apa, pudat-pudat means sumbat jugak tapi makna dia lagi hiperbola dari sumbat. Hahaha paham kan. So environment bilik bersih je lah, padahal kan cuba try test bukak lemari tu. Nasiblah siapa-siapa yang kahwin dengan aku nanti. Hahahaha




Keluarkan barang-barang dalam laci tu semua then ukur kepanjangan partition tadi tu. Kalau panjang, potonglah. Kalau pendek, korang sambungkan je. Senang dan mudah dan jimat masa.




Teruskan mengukur ye. Suka hati lah korang nak buat bentuk macam mana pun. Dah nama pun partition kan. Kalau macam aku, aku lebih suka buat bentuk T je. Sebab banyak benda aku nak isi. Hehehehe.





Border ni memang senang sangat-sangat nak patah-patahkan. Patahkan ikut panjang yang korang nak. Eiii comel sangat border ni kan. Huhuhuhu.



Memang partition ni kita kena gunting lepas dipatah-patahkan. Jangan mengada-ngadalah kau pergi tarik kuat-kuat. Ada jugak herot berot partition ni nanti tau. Huhuhu




Haaa cenggini lah rupanya lepas dah cantum-cantumkan partition tu. Tak susah mana pun kan. Cuma kena ada kerajinan sikit je sebab nak kemas almari ni memang malas sikit lah kalau bagi dekat aku. Huhuhuhu. 




Memula susun shawl dulu and penuhkan dua petak dalam laci tu. Kalau boleh lipat dululah shawl tu semua kecil-kecil. Kata tadi nak jimatkan space kan. 



Dah siap !! Haaa lebih tersusun kan. Tak ada pun kelam kelibut macam tadi kan. Apa yang penting dekat sini just kerajinan korang je tau. Jangan jadi macam aku, kerajinan tu datang kejap je. Macam malam tadi 3 laci je aku kemas. Yang kain melambak-lambak dalam bakul, malas aku nak lipat. Nantilah dulu. Hahahahaha





So sekarang dah boleh happy-happy lah sebab tak kena marah dengan emak lagi. Hehehehe. Ehh tapi tak jugak. Baju dalam bakul siapa nak lipat, bila nak lipat? Haa siapa nak jawab semua ni kan. Tunggulah bila datang mood rajin aku nanti. Sekarang ni tengah mood malas.



Oklah bye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...