Saturday, December 4, 2010

Kenapa eh aku tak boleh connect dengan Gengblogger ? Plez help me !!

Assalammualaikum !

Dah dekat seminggu lebih dah aku tak boleh nak connect dengan Gengblogger tau. Rasa macam sedih, geram, sakit hati semua ada bila orang lain senang je nak ping or publish entry terbaru diorang dekat Gengblogger. Arggghh ! Benda ni memang buat aku stress sebab readers dah makin berkurangan datang dekat blog aku. So anyone yang pandai and boleh setelkan hal aku ni, please tolong aku ! Aku tak tau nak buat macam mana dah ni. Setiap kali aku masuk web Gengblogger je dia mesti akan jadi macam ni :-

gengblogger 1

* Sila klik untuk tumbesaran *

Aku memang connect via Facebook but bila aku nak dah tekan kotak warna biru tuh dia akan jadi macam ni :-

gengblogger 2

* Sila klik untuk tumbesaran *

Bila aku klik dia memang tak keluar apa-apa pon ! Geram sangat aku. Just kotak kosong je yang keluar. Benda ni semua starting bila aku format laptop dekat member aku. Selalunya sebelum formatm, memang aku boleh je masuk Gengblogger ni sebab aku memang log in kan je dia. Tapi now bila semua dah tukar, semua dah baru, laptop aku pun dah format, terus dah tak dapat masuk web Gengblogger. Aku tak tau kenapa. Dah naik pening aku mengadap benda ni hari-hari. Ada rasa nak menangis pun ada. Please wei ! Aku mintak tolong sangat-sangat kepada sesiapa yang tau kenapa benda ni semua terjadi, sila inform dekat aku keyh ! Aku mintak tolong sangat-sangat.

P/S : Aku memang betul-betul tak ada mood sekarang ! Sedih nya! Sad smile

160520101521

Bila masing-masing menggila and dah tak reti nak tido !

Assalammualaikum !

Lamanya aku dah tak hupdate blog kan. Memang selalu macam tuh lah. Bila aku dah balik poli je mesti kemalasan untuk berblogging tuh macam membuak-buak. Tapi disebabkan tadi aku tengok nuffnang aku makin naik earningnya, so aku jadi semangat balik nak meng-hupdate blog ! Bila dah balik Melaka aku memang rasa boring nak mampos lah. Sebab yang first nak kena start belajar balik and tak boleh nak pergi jalan-jalan sebab loan tak masuk lagi.

Tapi bila dah balik Melaka memang tak sah lah kalau tak keluar berjalan. Ada duit ke tak ada ke, still nak berjalan gak. Same goes to aku dengan member-member yang lainlah. Memang tak reti nak dok diam-diam dekat rumah tuh and bila keboringan sudah berada di tahap maksimum, aku terus call kawan aku untuk sewa kan kereta. Nak pergi ber hoyay-hoyay !  Destinasi masih lagi samar-samar but yang penting kereta, mekap semua telah lengkap..huhu.

Dalindareen5343

Jangan tanya aku kenapa gambar jadi macam ni. Tanya boipren aku yang duduk dekat sebelah aku. Yess ! memang aku jadi driver malam tuh. Membawa budak-budak yang tak reti nak tido malam. Lagi satu aku tak pakai camera mahal, maybe sebab tuhlah gambar jadi macam ni. Sob3

Dalindareen5345

Padan muka nak sangat ikutkan masing-masing. Kan dah berhimpit masing-masing. And salah satu sebab aku jadi driver malam tuh sebab kesian dekat budak baju biru yang tengah ni sebab dia menjadi driver dari pagi tadi membawa ehem ehem nya ! Kesian bff aku si wani sebab mukanya just nampak half je. Kih kih marah dekat Sham eh nanti Wani.

Dalindareen5353

Aishhh kenapalah muka aku nampak gelap sangat kan ! Memang aku tak boleh nak salahkan sesiapa sebab bff aku si Wani memang terlampau putih. So bila aku tangkap gambar dengan dia, so dengan automatiknya aku akan menjadi gelap yang teramat. Damn ! Kalau uolls perasan kan, memang mostly gambar aku banyak yang pakai tudung hitam kan. Sebabnya aku nak nampak putih..hahaha. Boleh terima tak reason tuh ? Disebabkan aku memang minat sangat dengan tudung hitam legam ni, saudara aku hadiahkan semua tudung hitam dia dekat aku…hahaha !

Dalindareen5357

Destinasi yang pertama dituju ialah Subaidah Dataran Pahlawan, Melaka. Memang kedai mamak yang menjadi antara favourite student-student yang tak reti nak tido macam kami semua sebab kedai dia bukak 24 jam ! Sesi meng-order makanan and memang rutin yang sangatlah tak sihat sebab makan tengah-tengah malam. Hei macam mana kau nak kurus hah Areen !

Dalindareen5358

Sapa yang selalu pergi Subaidah ni mesti kenal sangat dengan mamak sorang nih ! Aku memang tak suka dekat dia sangat-sangat sebab beliau teramatlah kurang ajar bila aku asyik nak tukar-tukar order. Hei suka hati akulah, aku customer kan, so layanlah baik-baik. Suka hati aku lah kalau nak tukar order seratus kali sekalipun. Huishhh emosi gile aku ! So mamak ni dah termasuk dalam list orang yang aku benci okeyh ! sumpah bila aku datang sini lagi, aku tanak order dekat kau, aku nak order dekat mamak lain yang lagi hensem dari ko. Beware eh ko mamak ! Hahaha..gile tak gile emosi aku !

Dalindareen5361

So destinasi seterusnya ialah Ayer Keroh, Melaka. Nampak tak kereta sewa dekat belakang budak baju biru nih? Serius bila aku bawak kereta tuh aku rasa macam bawak lori pasir. Macam nak terbelah dua aku rasa, dengan bunyi enjin yang mengaum bising. Maybe sebab kelaparan kot ! And penumpang yang overload..hahaha ! Cadangnya masa mula-mula nak makan Mcd tapi masing-masing macam dah kenyang, so kami semua hanya berjalan-jalan saje.

Dalindareen5363

Kualiti kamera handphone yang tak best ! Memang tak ada apa-apa pun yang best dekat sini. Ditambah pulak dengan hujan yang merosakkan mood, memang tak best sangat !

Dalindareen5373

Disebabkan tak ada amaran taman permainan ini just untuk kanak-kanak, so aku dan budak bercardigan hijau beranggapan taman permainan ini sesuai untuk semua golongan. So kami dengan senang hatinya menghayunkan badan masing-masing dengan sekuat hati dan setinggi yang mampu di capai. Memang sangat heaven sebab pak guard yang menjaga kawasan itu just memandang dari jauh dengan penuh ke-jeles-an sebab tidak dapat menghayun badan seperti kami..huhu.

Destinasi seterusnya adalah Tanjung Agas, Muar. See..see kami boleh berda sekelip mata di tempat yang berlainan. Gambar tidak disertakan kerana kawasan yang teramat gelap. Memang tersangatlah best. Oklah sampai sini saja ok. kalau saya rajin, malam nanti saya akan update lagi..HUHU. Bebbooii..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...