Sunday, March 6, 2011

Malam-malam buta ni teringin nak makan Hot and Roll pulak. Tak habis-habis dengan melantak, melahap, memakan dan sebagainya !

Assalammualaikum !

Alahai nak taip salam dekat atas ni pun berkali-kali backspace. Sebabnya tangan ni dah macam nak patah rasa nya sebab petang tadi main-main wrestling dengan adik aku sampaikan rambut aku segumpal tercabut dari kepala and now tangan aku dah ada lebam yang warna biru. Siapa yang menang? Ehh sibuk je nak tau ! Of course lah bukan aku yang menang. Wei perempuan nak lawan kederat orang lelaki, mana boleh kan. Lainlah kalau aku ni memang dah lama training dalam WWE tuh hah ! Memang sebelah mata je aku boleh kalahkan adik aku.

So bila dah sakit-sakit ni, tekak pun sama jugak menggedik-gedik nak makan macam-macam padahal tengah diet tuh. Ahh ! Takpe. Disebabkan balik rumah Seremban, so aku bagi chance dekat tekak aku ni nak makan macam-macam. Nanti dekat Melaka tak dapat dah nak makan macam-macam. Semuanya kena kawal sebab one word ni, DIET !

Oklah aku nak tanya korang, pernah tak makan hot and roll ? Apa dia? Panas dan pusing? Kalau rock and roll aku pernah dengar, kalau hot and roll pulak macam sipi-sipi je aku pernah dengar. Alah remaja-remaja sekarang yang advance macam aku, tak kan lah tak pernah langsung makan benda alah ni kan. Kalau aku dekat Melaka lah kan, memang benda panas dan pusing ni macam dah jadi benda wajib yang aku kena beli setiap kali keluar dating dengan boipren or kawan-kawan aku. Memang sedap tau. Lagi-lagi kalau chicken and cheese. Cett ! Tiba-tiba meleleh air liur aku ni fikirkan benda alah ni. What the fat !

Dalindareen4920

Sesiapa yang selalu lepak and buang masa dekat Dataran Pahlawan, Melaka macam aku memang akan kenal perempuan ni. Dialah yang bertanggungjawab nak buat benda alah panas and pusing tuh. Kalau perasan lah kan. Soalan hanya ditujukan kepada sesiapa yang selalu melepak kat depan Hot and roll ni saja ok ! Kalau korang perasan lah kan. Muka tukang buat Hot and Roll ni sepesen je aku rasa. Apa diorang ni memang 7 muka seiras dalam dunia tuh ehh ? Dari cashier sampailah tukang buat Hot and Roll, sama je ghoman ehh ! Huiissh, tak puas hati betul aku. Ekk motif !

Dalindareen4921

7 muka seiras tengah buat Hot and Roll aku ! Sedapnya. Bila tengok gambar ni, rasa macam malam ni jugak aku nak ajak boipren aku dating and cari benda alah ni dekat Melaka. Paling sedap aku pernah rasa cheese and chicken ni lah. Aku pernah rasa satay dengan black pepper beef. Tapi rasa dia tak boleh lawan benda alah panas and pusing cheese and chicken tau. Wuu ! Nak makan bnda alah ni sekarang.

Dalindareen4923

Dekat kiosk Hot and Roll ni dia ada sediakan dua jenis. Ada prata dengan crispy. Macam aku, aku tak pernah lagi rasa yang prata tuh. Tapi aku lebih prefer untuk makan crispy. Sebab nya bila dah sampai dekat tang bawah sekali yang hujung-hujung tuh. Auwww ! Memang heaven gile rasanya. Padat dengan inti dia je.

Dalindareen4927

Boipren aku kalau makan benda ni memang dia tak pandang aku langsung lah. Tapi nasib baiklah kan sebab bagus jugak untuk aku. Yelah dia tak pandang awek lain. Girlpren mana yang tak happy oiiit ! Boipren aku ni flavor apa-apa je dia bedal sebab dah kata naga kan. Kau sumbat lah cicak goreng ke, ayam goreng ke. Memang semua dia telan. Nasib baiklah batu dengan pasir dia tak telan.

Dalindareen5942

Tapi boleh dikatakan, kalau aku dapat Hot and Roll ni pun aku tak layan boipren aku. Baik aku melayan perasaan aku sambil main tarik-tarik benda alah panas and pusing ni kan. Eii ! Dekat Seremban ni mana nak cari ehh? Aku nak sangat-sangat makan benda alah ni. Esok jugak aku bangun awal pagi cari benda alah ni.

Oklah aku malas nak seksa perasaan aku lagi. So better aku tidur. Esok pagi-pagi nak hantar adik aku pergi sekolah pulak. So kepada sesiapa yang tak pernah langsung rasa benda alah ni. Please lah rasa. Memang sedap sangat wei ! Menyesal kalau kau tak rasa tau.

Bebooii !

For the first time aku menang contest. Selama ni mana pernah menang pun. Alhamdulillah !

Assalammualaikum !

Heavennya duduk rumah lama-lama and esok lagi heaven sebab aku tak balik Melaka lagi. Malas nak pergi kelas so jawabnya memonteng lah aku. Tak apa ! Baru first time kot aku ponteng kelas ni. Kawan aku yang lain dok rileks je ponteng kelas berkali-kali tau. Tapi rasa bersalah jugak ponteng kelas ni. Yelah untuk final semester ni aku tak pernah lagi nak ponteng kelas, tiba-tiba ponteng kelas. So macam ada perasaan serba salah menjelma dalam diri ni. Wahh ! Motif.

Tadi masa dok godek-godek recent update dari belog-belog yang aku follow, aku terbaca belog akak senior masa aku kat politeknik and aku tengok dia ada update pasal * Congrate’s for the Winner ! *. So aku macam excited lah nak bukak sebab aku ada join contest akak ni. Alah contest dia simple je. Contest Merahnya Makngah and diutamakan kepada sesiapa yang ada gambar yang berunsurkan warna merah. Aku ni punyalah excited ni terus buka and wah ! macam terkedu kejap yang aku ni adalah first winner. Hehehehe ! Selama ni mana pernah tau aku join contest mana-mana, aku menang tau. Maybe belum rezeki lagi kan.

winner

Hah ! Macam ni lah ghoman ehh gambar aku dalam belog akak tuh. Memang tak sangka boleh menang. Hadiah dia just duit yang bernilai 50 hengget je. Even nilai dia sikit tapi ada orang nak bagi kau duit free free jek? Ado ? Nan ado yolah kan !

Thanks kepada sesiapa yang dok like gambar aku dekat fan page belog akak Qila ni. Rasa masa mula-mula masuk contest ni, macam penat je nak suruh orang dok like gambar kita, buat campaign bagai supaya ada orang like gambar kita. Sampaikan ada blogger yang memang baik hati gile, dok buat entry and promote pasal aku. Memang best betul lah ! Lepas tuh bila aku dok wat campaign dekat cousin aku yang sekarang tengah study dekat Canada, cousin aku tuh siap tanya, boleh tak nak suruh kawan-kawan dia yang dekat universiti tuh like? Aku apa lagi. Boleh je. Mak lagi suka nyah ! Like lah gambar mak banyak-banyak. Mak suke !!

Oklah tak tahu nak merepek and meraban apa lagi. Sebabnya aku sekarang terover excited lah pulak. Maybe entry ni macam ada berunsurkan riak dan takbur. Tapi tak ada niat pun aku nak riak just aku nak share kegembiraan aku dengan korang. Tak salah kan.

Oklah bebboi !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...