Sunday, June 26, 2011

Akhirnya perkahwinan di Negeri Sembilan yang complicated tuh dah selesai ! Hehehe.

Assalammualaikum !

Lamanya tak menaip dekat blog yang semakin hari semakin bersawang ni. Semakin hri semakin malas nak menaip and online. And kadang-kadang tuh, aku rasa menyampah sangat tengok blog aku ni sebab bila bukak, entry yang sama je keluar. Wei ! Ada tak sesiapa nak kerja part time tolong update blog aku ni hah ? Huhuhu.

Sebelum ni aku ada  tulis pasal macam mana complicatednya orang Negeri Sembilan kalau nak kahwin kan. Kalau nak baca lagi sekali boleh tekan dekat SINI. So aku ingatkan bila dah buat majlis ni, still senang je nak kahwin. Tak jugak ! Pon mengada-ngada jugak. Yelah nak tepung tawar pun kena ada orang tertentu yang start dulu. Kejadahnya aku tak faham langsung.

Tapi nak buat macam mana. Semua ni dipanggil adat istiadat. So kita ikut kan je lah. Layankan je ! Even kadang-kadang tuh aku rasa macam annoying sikitlah sebab banyak sangat prosesnya. Hehehe. Dahlah ! Aku malas nak cerita pasal adat-adat lagi. Jom layan semua gambar dekat bawah.

IMG_0443

Best tau bila balik kampung and jumpa saudara mara ni. Rasa macam best je jumpa balik cousin yang dulu kita tidur sama-sama dah ada anak masing-masing. Yang mampu aku buat just pandang, cium, gigit anak-anak diorang. Huahua ! Nak ada anak sendiri tak layak lagi. Hehehe !

IMG_0444

Aku memang minat betul design pelamin ni. Sebabnya, ada kerusi yang besar tuh. Aku memang suka kerusi panjang-panjang ni. Nanti aku nak kahwin nanti aku nak design kerusi macam ni lah. Hahaha ! Boleh ?

IMG_0451

Temanya warna cokolat ye kawan-kawan ! Tapi abang pengapit tuh buat spoil lah sebab dia sorang je yang berwarna purple. Hehe !

IMG_0469

Seorang lagi mangsa gigitan di pipi dari aku ! Tuhlah siapa suruh comel sangat. Anak buah aku ni memang baik sangat-sangat. Tak takut orang langsung. Aku usung sana sini pun dia dok ikut je.

IMG_0490

My Kak Tam and abang apa entah nama dia. Aku pun lupa. Biasalah kan bila baru-baru kahwin ni, abang ipar mesti macam malu-malu sikit sampaikan aku nak tangkap gambar pun, dia dok pandang tempat lain. Huhu !

IMG_0495

Last but not least ! Gambar bilik pengantin yang serba purple. Dekat luar temanya warna cokolat. Dekat dalam warna purple pulak. Aku pun pelik kenapa lain-lain warna. Nasib baik cantik ! Hehehe. Decoration bilik dia simple je. Tapi tak apa lah. Simple but nice ! Hehehe.

Ok itu sahajalah gambar yang aku nak share. Memang banyak gambar tapi aku malas nak letak banyak-banyak. Lambat bebenor uploadnya. Apa-apa pun kenduri cousin aku ni boleh dikatakan memang serba mewah. Sebab door gift pun home made chocolate yang memang banyak nak mampos ! Satu bekas tau ! Siapa nak bagi. Aku banyak kali pergi songlap cokolat tuh. Sebab sedap gile oiit ! Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

Bebboii !

 

Thursday, June 23, 2011

Serius tak boleh nak terima bila ada orang buat macam ni. Geram tau tak !

Assalammualaikum !

Actually benda ni dah lama sangat dah pun terjadi. Tapi disebabkan aku asyik teringat pasal benda alah ni. So aku jadikan lah sebagai idea untuk update blog yang semakin hari semakin berhabuk ni.

Sebenarnya benda yang aku geram ni pun tak adalah besar sangat pun isu dia. Tapi sebagai peminat tegar dengan kartun Angry Bird, sedikit sebanyak hati aku ni rasa geram jugaklah kan. Maybe kalau korang tak hairan pun kalau tengok benda alah ni. Tapi bagi aku, kalau benda tuh comel, so kena lah jaga elok-elok. Betul tak ? Mehh ler aku nak share apa yang buatkan aku teringat-ingat and rasa geram bila ingat balik benda ni.

Dalindareen7216

Sorry lah sebab kualiti handphone camera aku entah apa-apa rupanya. Huhuhu ! Aku suruh adik aku zoom dekat sikit, tapi kereta ni laju sangat pulak. Kejap je berdesssuupp hilang. Haiyoo !

So korang perasan tak apa yang aku nampak ? Kereta ni ada letak something dekat bawah tuh. Mula-mula aku macam pelik jugak, apa lah yang dok tergantung dekat bawah kereta tuh. Bila dah betul-betul ada dekat belakang kereta tuh barulah aku perasan ada anak patung comel digantung dengan sengaja oleh pemilik kereta tuh.

Yang paling sadis tuh, patung Angry Bird yang warna merah pulak tuh. Wei ! Comel kot patung tuh. Aku nak beli pun asyik tak lepas je sebab patung Angry Bird tuh boleh buatkan semua duit gaji korang yang tiap-tiap bulan tuh habis. Ingat comel lah kan letak patung bawah kereta. Kejadahnya comel ! Haiiishhh. Oklah aku malas nak melalut lagi. Karang banyak pulak aku dok ngumpat kat sini.

Bebboiii !

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday # 2- Tak boleh makan benda ni sebab tengah pantang. Hehehe !

Dalindareen3971

Kak Limah cakap:

Sedap Nyeeeew !

( Kak limah guna bahasa Rempit kejap )

 

Monday, June 20, 2011

GiveAway : AnisUmbrella Boutique

Assalammualaikum !

Merajinkan diri lagi untuk update pasal join Giveaway. Kejap lagi dah nak tidur. Haishhh ! Sekarang ni asyik nak tidur awal je. Kenapa entah. Huhuhu. So second giveaway yang aku akan join ialah:

HeaderAutumn1 2

TEKAN GAMBAR ATAS KALAU NAK JOIN !

Serius kalau bukak je blg ni akan nampak muka tuan blog yang comel. Hehehe ! Blogshop dia pun semuanya ada skirt and dress yang comel-comel. Yang penting vintage ok ! So kalau sesiapa nak tengok blogshop dia. Kenalah join giveaway ni dulu ok ! So seperti biasa aku akan tag dua insan kesayangan di dunia blogger. Tak lain tak bukan ialah:-

Bebboiii !

 

Myeaqma 1st GA !

Assalammualaikum !
Disebabkan hari ni kerja tak terlampau banyak, aku memang rajin sangat-sangat lah nak update entry banyak-banyak hari ni. Tapi entry hari ni semuanya adalah pasal contest saja ok ! Tak ada benda lain pun. Dah lama kot aku tak join contest dengan giveaway. So GA yang pertama aku akan join ialah:-
1st GA
Kalau nak join tekan dekat gambar perempuan comel dekat atas ni ok ! Hehehehe.
So mehh aku nak bagitahu apa yang aku rasa bila masuk belog Cik Mai ni. First impression bila aku masuk belog ni, dalam hati aku cakap, ehh ringan nak mampos belog ni. Tak macam blog aku. Sama berat macam tuan dia. Hahaha. Lepas tuh yang bestnya, bila bukak-bukak je, ternampak gambar Cik Mai yang cantik sangat dekat kiri blog Cik Mai pakai baju warna peach. Betul ke peach ehh. Ke warna pink? Entah mata aku nampak warna peach lah. And apa-apa pun blog Cik Mai ni tak serabut macam belog aku. Kalau boleh, semua benda alah aku nak letak. Hehehe.
So seperti biasa aku nak tag kawan blogger merangkap kawan realiti di alam fana. Siapa lagi kalau bukan:-
Bebboiii !

KONTEST MENANG SEPASANG TIKET LIVERPOOL!

Assalammualaikum !

Hari ni aku nak merajinkan diri untuk join semua contest. Hehehe ! So contest yang pertama aku akan join ialah contest untuk menang tiket untuk menyaksikan perlawanan Liverpool nanti. Kalau nak join boleh TEKAN SINI ok kawan-kawan. Hehehe ! So gambar yang akan diletakkan adalah gambar dibawah :-

yayunk

Caption untuk gambar diatas ialah:

* Mula-mula aku memang tak tahu satu apa pun pasal bola and yang paling penting, Liverpool pun aku tak tahu apa kejadahnya tuh. But now ! Bila dah berkawan dengan pencinta bola yang gila sangat dengan Team Liverpool, Aku mula tahu siapa Steven Gerrard and apa itu corner kick or penalty. Huahuahua ! By the way thanks kepada bestfriend aku yang kenalkan aku kepada dunia bola !

So the reason why aku nak pergi saksikan perlawanan Liverpool bersama-sama Dilakochan & the gang sebab benda first sekali adalah aku nak kenal dengan lebih rapat siapa Dilakochan and the gang. Tak cukuplah kan kalau sekadar kenal dekat belog je. Hehehe. Nanti bolehlah kita buat stadium tuh macam kita yang punya kan. You never walk alone bebeyh !

Yang kedua pulak sebab aku nak jugak tengok international player dengan dua biji mata aku ni lagi-lagi player-player Liverpool yang handsome-handsome.

And lastly adalah kerana aku nak bawak bestfriend aku yang memang minat gile dekat team Liverpool ni sampai kan bila ada match yang melibatkan team Liverpool, mesti sms aku tak dilayan. Even aku ada depan dia pun, dia tak pandang langsung walau dengan sebelah mata. Sadis kan !

So aku berharap Dilakochan bermurah hati lah nak hadiahkan aku tiket Liverpool tuh. Hehehe ! Untuk contest ni, aku nak tag dua kawan blogger yang merangkap bestfriend aku di dunia yang nyata juga. Mereka-mereka adalah:

Tak ada apa lagi kot yang nak dikatakan lagi. Apa-apa pun harap Dilakochan terpikat lah dengan entry aku ni. Amin !

Bebboii !

 

Sunday, June 19, 2011

Cara nak kempiskan perut yang buncit or boroi ! So lepas ni aku nak try lah. Huhuhu !

Assalammualaikum !
Wahh ! Dengan secara tiba-tiba aku rajin pulak nak update pagi-pagi buta ni kan. Huhuhu ! Bukan apa, masa terluang harus digunakan dengan sebaik-baiknya kan. Lagipun nanti weekdays aku macam susah nak update. Hehehehe ! So tadi masa sesi menggodek-godek email yang aku tak pernah bukak, aku terjumpa lah satu email yang quite interesting bagi aku.

Email pasal nak kempiskan perut yang buncit. Siapa yang tak nak cuba ye tak. Huhuhu ! So aku malas nak cakap banyak. Jom kita tengok step-step dekat bawah ni:-

securedownload

Siapkan satu straw. Tak kisahlah kau nak guna straw bentuk apa pu. Yang gulung-gulung ke, yang straight ke. Tak kisah ! Asalkan benda alah tuh nama ehh straw. Huhu !


securedownload (1)


Potong straw tuh dalam 5 cm je. Jangan kau nak buat macam-macam pulak dekat straw tuh tau. Karang dibuatnya lubang-lubang macam seruling tuh, bukan straw lagi nama nya.


securedownload (2)


Ratakan salah satu hujung straw. Satu je tau. Jangan dua-dua pulak.
securedownload (3)securedownload (5)

Then tutup lubang straw dengan cellotape tuh tau. Make sure betul-betul tak ada ruang udara tau.
securedownload (4)securedownload (6)

So the games begin ! Tarik nafas dalam-dalam lalu tiup straw dengan kuat selama 5 saat.
securedownload (7)securedownload (8)

Lakukan selama 3 minit sehari. Yang pentingnya disini, meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat. Nak lebih 10 saat pun boleh tapi takut biru pulak muka kau ! Hahaha.
securedownload (9)
Hasilnya diperolehi selepas 8 orang dok pakat ramai-ramai buat taktik ni. Hasil dia berbeza-beza tapi yang penting semuanya dapat kempiskan perut yang buncit.
securedownload (10)securedownload (11)

Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas. Tak percaya?! Cubalah…
Ok lepas ni aku nak cuba. Kalau tak menjadi jugak tak tahulah aku nak cakap apa. So kawan-kawan mohh lerr kita ramai-ramai cuba taktik kempiskan perut ni. Dahlah aku nak tidur.
Bebboiii !

Saturday, June 18, 2011

Kadang kala…. ( PERHATIAN ! Ni cerita pasal emosi ok )

Assalammualaikum !

Crying-Baby

Kadang kala
ketika kita menangis
tiada orang nampak tangisan kita..

suffer1

Kadang kala
ketika kita sedang menderita
tiada orang nampak derita kita

images (20)

Kadang kala
ketika kita risau
tiada orang nampak kerisauan kita

Happy_smiley_face

Kadang kala
ketika kita gembira
tiada orang nampak kegembiraan kita

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

tapi KENTUT!! Sekali je cukup....

images (21)

Semua orang tau!!

Hahahaha!!


GOTCHA!!!


Korang ingat ni nak buat cerita menyayat hati ker?

Bebboiii !

Thursday, June 16, 2011

Matlutfi yang popular tuh nak jadi K-pop wannabe ? Ala-ala 24:7 tuh.. What ! Serius ke ?

Assalammualaikum !

Korang kenal Matluthfi tak ? Alah mamat yang vlog nya semua meletop habis kat youtube tuh ! Siapa yang tak kenal mehh sini aku sepak laju-laju sekor-sekor. Nak ! Kalau sesiapa yang hidup dah lama dengan internet and youtube memang akan kenal siapa mamat handsome ni. Tapi pada sesiapa yang tak kenal tuh. Ohh tidak mengapa. Kejap lagi aku perkenalkan dia dekat korang. Jangan risau.

Tapi sebelum tuh aku nak tanya lagi. Korang kenal tak group 24:7 dengan Gula-gula. Kalau tak kenal tuh, memang boleh dimaafkan lagi. Tapi sure tak kenal ni ? Kalau aku letak gambar bawah ni, agak-agak korang ingat lagi tak diorang semua ni?

224892_216700128356658_216664301693574_847078_7710679_n

225137_116098578473251_116094985140277_134961_4205553_n

See see dah ingat kan. Diorang ni memang popular kalau korang nak tahu. Yelah mana taknya, kononnya tak nak meniru K-pop pun. Tapi bila tengok dekat Youtube, tarian dengan lagu yang group-group ni pakai, lagu K-pop jugak. Aduhai pelik betul. Kalau tak kenal jugak, mehh sini baca balik entry aku yang sebelum ni. TEKAN SINI

But then aku dengar cerita, Matluthfi yang popular tuh pun nak jadi K-pop wannabe jugak ! Biar betul wei? Serius ke ! Relax wei. Takkan lah Matluthfi nak jadi K-pop kot ! Dia dah cukup popular kot dekat Malaysia ni.  Sebenarnya Matluthfi baru buat satu video yang memang membuatkan aku terbahak-bahak gelak tadi sampai kan rasa macam nak muntah lah sebab gelak banyak sangat. Huhuhuhu !

Tapi sebelum tuh, aku nak bagi warning awal-awal lah dekat peminat K-pop. Aku rasa dia buat video ni bukan sebab nak perli peminat K-pop tapi dia sebenarnya nak perli group yang aku letak gambar dekat atas tuh ! Hehehehe. Diorang kan popular ! Mestilah Mathlutfi pon nak tiru diorang kan. So mari sama-sama tergelak terbahak-bahak dengan aku ! Saksikan vlog terbaru dari Matluthfi. Hehehehe !

Matluthfi–New Album !

Serius kelakar nak mampos lah haii ! Kalau korang tengok sampai habis memang rasa nak ulang berkali-kali tau tak. Masuk ni, dah dekat 10 kali kot aku dok ulang-ulang. Lepas tuh relax kejap sebab penat gelak. Kejap lagi aku nak ulang balik. Hahaha !

Yang tak tahannya tuh, siap ada lagu bonus pakai music Doraemon lagi tuh. Aduhai Matluthfi, kenapalah kau ni kreatif sangat hah. Aku harap-harap bila kau dah balik Malaysia nanti, ramai producer and pengarah filem berebut-rebut offer kau untuk kerja dengan diorang. Huhuhu ! Oklah aku dah tak ada benda nak cakap lagi. Kejap lagi nak layan video ni balik. Apa-apa pun layannnnnnn !

Bebboiii !

Wednesday, June 15, 2011

Monday, June 13, 2011

Suka sangat dengan lagu Hatimu Milikku by Nera and jatuh hati dengan video klip dia. Huhuhu !

Assalammualaikum !

Quick update from me and alhamdulillah dah tahu result MUET. Memuaskanlah jugak even kalau boleh aku nak lebih dari tuh. Tapi padanlah dengan usaha aku yang main-main and tergagap-gagap time speaking. So jom kita nyanyi lagu Nera ni sama-sama. Hehehehe !

Nera AF9-Hatimu Milikku !

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Ulang [*][**]

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Ulang [*][**]

Best kan lagu ni ! Masa mula-mula aku dengar aku ingat ZiziAF yang nyanyi. Sebab suara dia serak-serak basah. Tapi apa-apa pun memang aku suka Nera ni dari awal. And yang paling sengal, aku pernah vote dia wei ! Tap pernah-pernah aku habiskan kredit pasal AF. Ada pun dulu, masa vote Adam Af. Hahaha. Oklah nak pergi mandi.

Bebboii !

Sunday, June 12, 2011

Complicated nya kalau orang Negeri Sembilan nak kahwin ! Hehehehe

Assalammualaikum !

Memang semua tahu kan kalau bab adat istiadat ni memang Negeri Sembilan yang paling banyak pantang larang dia. Dulu kalau masa belajar Sejarah kan, aku punyalah suka kalau belajar bab Adat Perpatih. Sebabnya, aku rasa syiook je dengar bila semua harta pusaka akan diturunkan kepada anak perempuan sahaja.

Sebab apa aku suka ? Yelah dalam family aku ni, just aku je lah yang anak perempuan nya. Memang masa tuh tak matang langsung sebab dalam kepala hotak ni asyik dok fikir harta pusaka tuh macam harta karun lah. Alah, peti yang banyak emas and batu permata tuh ! Serius memang budak-budak time tuh.

Lepas tuh bila dah makin besar and dah bergaul dengan orang-orang yang lagi tua dekat kampung aku Kuala Pilah tuh. Lagi macam-macam benda alah yang aku tahu. And sometimes aku rasa macam merepek je benda tuh. Tapi nak buat macam mana kan. So disebabkan kakak saudara aku nak kahwin tak lama lagi, saudara belah ayah aku semua berkampung nak rancang untuk majlis kahwin kakak saudara aku ni.

Dalindareen7153

Gambar tak ada motif langsung. Hahaha ! Tapi yang penting masa nak berkampung dekat kampung ayah aku ni, aku dengan family aku semua secara kebetulan pakai baju warna biru. Padahal tak rancang apa-apa pun. Then mak aku memang pantang kalau satu family pakai baju warna yang sama. Tapi nak buat macam mana kan. Semua ni satu kebetulan.

Then masa dah sampai dekat kampung ni, aku macam pelik sebab orang-orang tua ni bincang pasal nak bayar Buapak berapa, nak bayar Lembaga berapa, nak bayar Luak berapa. Haiissshh ! Serius aku tak faham apa-apa pun. Mak aku dok cakap dengan kakak saudara aku pasal benda alah ni pun aku dok tenung lama-lama sebab satu patah haram pun aku tak faham. Dekat situ dengan secara tiba-tiba aku malu jadi anak Negeri Sembilan sebab satu benda pasal adat pun aku tak tahu. So untuk mengelakkan keboringan yang teramat, aku pun layan lah anak saudara aku ni.

Dalindareen7156

Budak ni namanya Naqif Al-Mukri ! Huh kau tengok gile advance dah nama budak-budak zaman sekarang. Berbelit lidah aku nak sebut. Budak ni serius tak takut orang sebab dia asyik tergelak je kerja nya. Aku paling menyampah kalau budak yang tak suka dengan orang, kalau orang selain mak dia yang dukung mesti nak menangis. Huisshh ! Rasa nak lempang. Nasib baik budak-budak.

Ok back to the topic, masa orang-orang tua termasuklah ayah aku dok berbincang mak aku siap cakap macam ni, “ Huh ! Kak Yong tak payahlah kahwin dekat kampung, susah and banyak procedure. Baik kahwin dekat rumah kita dekat Seremban tuh.”. Kakak saudara aku yang nak kahwin tuh pun tergelak je dengar mak aku cakap.

And lagi satu adat yang aku baru tahu lah kan. Kalau sesiapa yang dari Negeri Sembilan nak kahwin dengan orang Negeri Sembilan jugak, kena selidik pasangan dia tuh suku apa. Suku ni kira macam puak lah. Kalau sama suku tak boleh kahwin sebab tuh dikira macam adik beradik jugaklah. So better cari pasangan yang suku lain. Tak pun nak senang, kau jangan kahwin dengan orang Negeri Sembilan. Kahwin dengan orang negeri lain. Huh ! Serius complicated.

So tuh je lah aku nak merepek hari ni. Whoahhh ! Lama gile kan aku tak update belog. Sori lah sebab ke-busy-an melanda hidup aku sejak dua menjak ni. Apa-apa pun before that, vote aku dulu dekat Project XL by Annas Easkey ni. Cara-cara dia senang je :-

Dalindareen5653

  • Korang LIKE dulu Fanpage Annas Easkey Photography ni.
  • Then please tekan LIKE dekat picture aku ni.
  • Terima Kacih ! Hehehehe

Bebboiii !

Tuesday, June 7, 2011

Bila terjumpa balik gambat time cinonet @ muda-muda dulu ! Serius aku nak comel macam dulu balik ! Ahhhhh.

Assalammualaikum !

Bila ke-busy-an terlampau minggu ni, semakin rajin pulak aku nak update belog ni. Bukan apa, rasa boring kot sebab tengok entry yang sama je. Kadang-kadang tuh kan, rasa malu balik bila baca entry yang di hupdate masa zaman-zaman baru bukak belog dulu. Mana dengan tulisan macam-macam warna. Dahlah macam-macam warna ada lepas tuh kecil pulak tuh size tulisan tuh. Haiyooo ! Diharapkan korang tak ada masa lah nak godek-godek entry lama aku ehh.

So sesi menggodek-godek folder yang berkurun dalam laptop aku ni terjadi lagi. Tengok-tengok aku ada koleksi gambar time aku cinonet je dulu. Ada orang cakap, muka aku time kecil sama je dengan time besar sekarang ni. Tak tahulah ! Tapi boipren aku cakap lain pulak. Entah mana satu lah hai. Jom tengok sama-sama dengan aku and bandingkan muka aku sekarang and masa zaman dulu-dulu. Serius entry ni memang tak ada motif ! Hahahahaha.

6-7-2011 1;56;45 PM

Hah ! Gambar yang ni aku rasa memang sama pun rupa aku. Tak ada yang nak disangkal lagi. Memang sejibik sejiban nak sama dengan muka yang sekarang. Tombam pun dah sama dah just taik lalat aku masa ni tak over shadow sangat. Hehehe !

6-7-2011 1;58;54 PM

Cuba teka aku yang mana satu ????? Hehehehe ! Takkan tak dapat teka kot. Mestilah yang baju hijau tuh. Masa ni aku dengan kakak saudara aku Kak Anis. Masa ni memang kitorang rapat gile lah. Tapi bila dia dah start belajar dekat Canada sana tuh hah, aku dah macam segan-segan kalau jumpa dia time dia balik Malaysia. Hehe ! Cehh mengada-ngada lah kau.

Lepas tuh kan, dulu aku selalu rasa rendah diri bila dengan Kak Anis ni. Sebabnya dia kalau bab study memang stok nak straight A’s je. Tapi aku ? Tak payah cerita lah. Then bila dia dapat sambung dekat oversea, lagilah aku rasa macam nak hantuk-hantuk kepala dekat dinding. Yelah jeles kot ! Hahahaha. Harap Kak Anis tak baca belog aku ni.

6-7-2011 1;54;05 PM

Profile picture Facebook aku buat masa sekarang ni. Hehehe ! Masa ni kalau tak silap aku, aku dekat rumah lama wan aku. Masa ni pakat ramai-ramai dok tidur dekat ruang tamu dengan cousin aku semua.

Memang rasa best kalau difikirkan balik zaman kecil-kecil dulu. Yelah kalau dulu, nak mandi sama-sama pakai seluar dalam dengan cousin lelaki pun tak hairan. Tapi sekarang ni, alahai nak tegur pun malu. Cuma sekarang ni aku lebih rapat dengan cousin lelaki belah mak aku. Kalau belah ayah aku pulak, macam segan nak tegur sebab mostly abang saudara aku semua dah kerja and dah nak kahwin dah pon !

So itu jelah gambar yang aku nak share untuk entry ni. Malas aku nak share banyak-banyak. Oklah aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. Before that jangan lupa vote aku dekat sini page Annas Easkey untuk Project XL tau !

Cara-caranya ialah:-

Dalindareen5653

  • Korang LIKE dulu Fanpage Annas Easkey Photography ni.
  • Then please tekan LIKE dekat picture aku ni.
  • Terima Kacih ! Hehehehe

Bebboiii !

500 orang follower ?? Terima kasih semua !

Assalammualaikum !

Sedar-sedar bila tengok blog balik, lama jugak aku tak dok meng-hupdate belog kesayangan ni. Bukan tak nak update. Nak ! Tapi ke-busy-an yang terlampau buatkan aku malas nak update. Bila dah lama tak update blog, macam-macam lah jadi dekat belog yang tak semenggah ni. Antaranya buffered earning aku dekat Nuffnang dah tinggal dua bijik je. Padahal sebelum ni ada empat buffered earning yang setia betul dengan belog aku ni. Yelah berbulan-bulan kot dia menempekkan diri dekat belog aku yang mengong-mengong ni.

Lepas tuh, bila dah lama tak bukak belog, buatkan aku tak tahu langsung isu semasa yang berlaku dekat belog ni. Antaranya pasal Adinda Evans. Who is she? Aku malas nak cerita. Korang rajin-rajinkan lah diri tuh untuk Google ehh ! Malas nak cetus kontroversi dekat sini. Huahuahua ! Boleh ?

Tapi yang paling best nya, even aku tak bukak blog lama mana pun, follower aku still bertambah and now dah cecah 500 orang dah pun. Bagi blogger otai, angka 500 ni nampak kecil je. But not for me lah ! Susah kot nak taruk orang baca and datang dekat blog kita ni tau. Lagi-lagi blog aku ni banyak sangat cerita yang tak berfedah, so bila follower semakin meningkat dari sehari ke sehari. Itu adalah satu perubahan yang positif. Hehehe. Biarlah lembab mana pon follower tuh nak naik but at least dia bagi perubahan jugak dekat belog aku ni kan. Hehehe.

Oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi dah ! Memang betul-betul dah tak ada idea pagi-pagi buta ni. 

Dalindareen7128

Gambar masa pergi holiday hari tuh ! Abaikan kenapa aku semakin debab dan semakin tombam. Makan tak boleh nak control wei sekarang ni ! Pahal entah. Huhuhu. Oklah aku pun dah nak tidur ni.

Sebelum tuh jom beramai-ramai dok Like gambar aku yang dekat bawah ni. Gambar ni untuk Project XL by Annas Easkey !

Dalindareen5653

Cara-caranya adalah :-

  • Korang LIKE dulu Fanpage Annas Easkey Photography ni.
  • Then please tekan LIKE dekat picture aku ni.
  • Terima Kacih ! Hehehehe


Bebboii !

Monday, June 6, 2011

Sticky Post : Project XL by Annas Easkey !

Assalammualaikum !
Walaupun contest ni baru berjalan tapi aku nak mintak jasa baik korang untuk vote gambar aku dekat page Annas Easkey ! Korang kenalkan Annas Easkey. Jangan kata korang tak kenal ! Kalau tak kenal, mehh sini aku cepuk sorang-sorang. Mau ? Hehehe. Tak adalah aku gurau je. So marilah beramai-ramai like gambar aku dekat Fan Page Annas Easkey. Hehehe ! Gambar yang dipertaruhkan untuk masuk contest XL ni ialah:
 Dalindareen5653
Cara-cara untuk LIKE :
Korang LIKE dulu Fanpage Annas Easkey Photography ni.
Then please tekan LIKE dekat picture aku ni.
Terima Kacih !!! Hehehehe
Bebboii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...