Wednesday, May 20, 2015
Terima Kasih Cinta - Tasha Manshahar. Tiba-tiba ter suka dengan lagu ni.
Monday, January 5, 2015
Lama tukar baru.
Saturday, March 23, 2013
Satay tulang yang terbaik ! Waa ngidam ~~
Teaser entuk next entry ok ! Nanti aku cerita pasal bff aku si Wani ni ehhh ! Wani nanti pergi Korea belikan souvenir Hello Kitty yang comel-comel tau. Love you so much ! Semoga kita bertemu kembali. Ahhh aku tetap akan pergi jumpa kau balik Wani. Tak puas nak borak-borak.
Ok bye !
Sunday, February 17, 2013
For the first part, hal ini sangat meng-gumbirakan hati ini. Alhamdulillah !
Assalammualaikum !
First story.
Masa Khamis malam Jumaat hari tuh, hati aku dah start berdebar-debar dah. Yelah mana tak nya, hari Jumaat bersamaan dengan 15.02.2013, result aku untuk first part dekat Uitm nak keluar. Memang tak tenanglah aku nak tidur malam tuh kan. Tapi seperti biasa, memang sampai ke pagi aku tak sedar-sedar pun. Nampak sangat propa lebih kan kata hati tak tenang.
So time terjaga pagi tuh, tengok-tengok dah lewat, terus mandi and sembahyang semua, aku dengan semangat pergi iron baju kurung nak pergi kerja. Time iron baju tuh, hanya Allah je lah tahu perasaan aku macam mana. Rasa nak termuntah, nak batuk kuat-kuat, nak buang air semua aku rasa sebab terlampau nervous lah katakan. So pergi kerja pun dengan perasaan malas, and masa start kan enjin kereta, aku saja je tunggu lama-lama sampailah temperature kereta naik tiga bar. Kalau tak selalu tuh, hidup je enjin, tak naik pun satu bar lagi dah berdessup pergi kerja. Mana tak jahanam kereta kan.
Sampai je tempat kerja, benda first aku buat, aku check email aku semua. Wahh dah nampak dah perkataan Uitm Examination Result ! Aku terus klik and tengok semua detail secara perlahan-lahan. Fuhh suspen betul. And secara spontan aku terus cakap yeahh semua lulus. So semua kakak dalam office aku dengar and nak tahu berapa pointer aku. Berapa pointer aku ? Terpaksa lah dirahsiakan. Gile nak bagitahu. Buat malu je. Hahaha ! Tapi yang penting tak ada subject pun yang kena repeat and aku boleh teruskan Part 2 dengan jayanya. Hehehe.
Result aku tak seberapa pun and tak dapat dean list pun. Tapi aku bersyukur yang aku tak ada subject yang kena repeat. Memang aku takut aku kena repeat sebab masa time exam hari tuh, semua benda aku baca last minit. One day before nak exam tuh lah aku pulun baca semua. So aku rasa banyak yang aku tak dapat jawab masa exam hari tuh. Time exam tuh pun, sempat aku imagine meja aku dekat office yang melambak-lambak dengan kertas. Ohh sungguh tak tenteram hati aku time tuh. Tapi Alhamdulillah dengan izin tuhan dan doa mak ayah aku, aku lulus semua. Alhamdulillah !
So gudluck yaaaww for Part 2 as PJJ student !
Second story
Hari ni semua benda berlaku sebab tak dirancang. Semua nya bermula sebab ehem-ehem aku punya motor, roadtax nya dah mati and disebabkan jalan nak ke Kuala Pilah tersangatlah banyak JPJ and polis trafik, so amat bahaya kalau dia balik Bahau dengan tak ada roadtax.
Emak aku pun cadang, kita hantar lah ehem-ehem sampai Bahau, nanti boleh singgah kampung kita nanti sebab nak ambil ubat Imran yakni adik aku yang ada sakit pelik. Hahaha ! So aku terus lah mesej ehem-ehem and volunteer nak hantar sampai Bahau sebab aku confident time tuh mak aku ada sekali.
Tup tup pagi-pagi Subuh tadi ehem-ehem aku call, tanya jadi tak nak ikut dia balik kampung. Dia dah bagitahu mak dia yang aku ikut sekali. Ohh apa yang telah terjadi ! Aku just plan nak hantar dia sampai pekan Bahau je, so sampai dekat pekan tuh, suruhlah adik ehem-ehem jemput dia. Tapi dah lain dah jadinya. Aku cerita dekat mak aku and straight dia cakap dia tak dapat ikut sebab malam ni ada kenduri dekat belakang rumah aku. Apa ni mak ! Siapa nak ikut along ni ?
So dari pagi tuh lah aku rasa dah tak sedap badan, kejap-kejap sakit perut lah. Macam-macamlah. Tanya mak aku, baju apa yang sesuai nak pakai. Nak cakap apa dengan mak ehem-ehem. Semua aku tanya. Then petang tuh, bergerak jugak aku teman ehem-ehem balik kampung dia dekat Bahau. For the first time hokeyy selepas 5 tahun aku kenal dia, aku ikut dia balik kampung.
Sampai-sampai kampung dia berteman ehem-ehem dengan adik aku, aku nampak mak dia pakai baju polka dot. Wahh maju orang kampung sekarang. Baju semua berfesyen tau and rumah ehem-ehem tersangat lah comel.
Cover cun sikit, borak-borak sikit and senyum lebar-lebar sampai kejang otot muka. Wayang gile aku rasa hari ni. Emak tolonglah anak mu ini ! Then dia tanya bila nak langsungnya majlis dengan ehem-ehem. Ohh alamak ! Aku ke yang kena jawab semua soalan tuh ? So jawabnya, aku teruskan je lah kejang kan otot muka aku dengan senyum lebar-lebar. Wei serius tak tahu nak cakap apa. Hahaha !
Then disebabkan nak rushing punya pasal sebab nak ambil ubat Imran dekat kampung aku, terus minum and makan laju-laju sebab nak kejar masa punya pasal. Salam-salam dengan mak ehem-ehem and tetibe rasa best dapat kenal mak ehem-ehem. Erkkk motif sangat kan !
Bawak ehem-ehem jumpa nenek aku, and nenek aku tanya macam-macam soalan. Hahaha pandai-pandai lah jawab ye wahai ehem-ehem. Sorry yang teramat sebab entry kali ni panjang pulak ceritanya. Tapi tuhlah, semua benda yang berlaku ni for the first time ! But its doing well. Alhamdulillah.
Sayang mak ! Thanks sebab sentiasa doakan yang baik-baik untuk satu-satunya anak perempuan mak yang sorang ni.
Oklah nak marathon Running Man dekat Astro dah tak larat. Jomlah tidur semuanya.
Assalammualaikum.
Bye !
Sunday, May 13, 2012
Dia ~ Memang selalu faham dengan apa yang aku nak.
Assalammualaikum !
Actually dari semalam dalam hati ni dah menjerit-jerit nak update seketul dua entry yang tak seberapa. Tapi tangan still dok klik benda lain. Malas bebeno nak taip panjang-panjang. Last-last hari ni baru aku semangat sikit nak taip panjang-panjang. Tuh pun sebab internet dah laju sikit. Kalau terkemut-kemut, memang kirim salam lah kan aku nak update. Ehh macam dah lari tajuk je. Selalu tau melalut. Padahal mukadimahnya bukan ada isi penting pun.
Disebabkan hari ni, hari untuk ibu-ibu diraikan. So aku dengan rajinnya nak ceritalah sikit pasal emak aku yang tersayang. (Kejap kejap nak set mood jadi sedih jap). Oklah semua sedia maklum yang dalam family aku ni, just aku dengan emak aku je yang perempuan ayu lagi comel dan cantik. Erkkk muntah tak dengar aku cakap macam tuh. Kira oklah tuh aku cakap macam n kan. Better cakap macam ni dari tulis macam ni, ‘kiteeww hodoh, tak shommell, tak hot shangatt pun’. Sajalah tu kan nak suruh orang puji dia kan. Lepas tuh berduyun-duyun lah orang cakap, ehh tak, awak comel lah sayang, awak itu, awak ini. What the… ! Macam ada nada jeles je dekat sini. Muahahahaha.
Ok berbalik kepada tpik pasal emak aku ni, disebabkan just aku berdua je dengan mak aku yang perempuan, so memang banyak lah benda yang aku akan share dengan mak aku. Dari baju, lipstik, minyak wangi, kasut..ehh tak share sebab tak sama saiz, makanan semualah nak share. Sebenarnya bukan share pun tapi lebih kepada sesi merembat. Heee ~ Kalau diikutkan masa kecik dulu aku tak adalah rapat dengan mak aku sangat, aku lebih rapat dengan ayah.Kira biasalah tuh kan, anak perempuan rapat dengan ayah. Tapi bila aku dah start masuk asrama, makin lama aku makin rapat dengan emak aku.
Bila dah rapat, memang semua benda lah kan kau nak cerita, even kadang-kadang tuh pasal spender kau dah hilang satu pun still nak cerita jugak. Bila dah kerja sekarang ni, aku memang ikut mak aku pergi mana-mana je. Kalau pergi kenduri kahwin tuh, selalu orang bandingkan aku dengan emak aku, then cakap ehh ini anak ke adik. Teruslah mak aku kembang kempis.
Bila dah pergi kenduri kahwin, memang dah jadi lumrah orang yang umur 22 tahun macam aku ni, mesti berangan, nanti kahwin nak buat macam ni lah. Nanti time orang makan-makan nak buat gempak skit, buat lah tarian singa ke. Disebabkan aku ni bila berangan, mesti nak cerita dekat mak aku, selalu jugaklah mak aku layan impian perkahwinan yang entah bila nya entah. Selalu lah aku cakap dengan mak aku, mak nanti kan bila along kawin kan, along nak buat tema polkadot lah emak. Jarang kan orang buat macam tuh. Dari alas meja sampailah ke pelamin, semua along nak polkadot tau mak. Adik semua pun kena pakaibaju melayu tema polkadot. Kau mampu nak buat baju melayu polkadot ? Mak aku ni, malas-malas nak layan pun, dia layan kan je lah tapi sambil buat muka euwwwwww ! Tak dapat nak digambarkan. Terus terang je lah cakap malas nak layan aku kan.
Disebabkan aku dah obses sangat dengan polkadot ni, memang semua benda polkadot yang mak aku nampak bila kitorang keluar, mesti dia suruh aku beli. Kadang-kadang aku beli, bila tak berkenan, takdanya aku nak beli. Tapi kalau diikutkan memang banyak lah jugak mak aku berkorban untuk aku. Tak terkira banyaknya. Tuh belum lagi berkorban kena pakai wedges polkadot yang aku beli. Haaa ~dah kena paksa, kenalah pakai kan.
Actually memang banyak sangat benda yang aku nak tulis tapi tiba-tiba je memory lost. Hee ~ Tapi walau macam mana mak aku bising pun, aku tetap sayang mak aku dunia akhirat. Sampai akhir hayat dia aku akan try buat dia happy. Begitu juga lah dengan ayah. Along sayang mak dengan ayah !
Emak kenapa pandang tempat lain !
Yeahhh mak dah pandang kamera !
SELAMAT HARI EMAK !!!!
Bebboii~
Monday, July 25, 2011
Serius wei !! Harry Potter memang buat aku nangis macam frust putus cinta. Hikhik !
Assalammualaikum !
Sebelum aku menutupkan mata malam ni, aku nak update blog dulu sebab kawan aku ada dah tanya kenapa aku tak update-update blog yang berhabuk ni. Actually bukannya aku malas nak update. Tapi disebabkan idea memang dah tak ada. So blog aku ni, aku biarkan je tak berusik. Serius aku memang tak ada idea langsung. So bila dah datang idea nak update ni, baik aku taip and merepek macam-macam. Sambil-sambil tuh boleh aku lepaskan tension dekat sini.
This week memang aku rasa sangat-sangat busy dengan kerja aku. Kadang-kadang tuh rasa macam nak bawak balik je semua kerja aku tuh balik rumah. Tapi kalau bawak balik rumah belum tentu aku buat. So disebabkan aku sedikit penat dengan kerja, aku ajaklah bestfriend aku keluar jalan-jalan. Sambil-sambil tuh boleh jugak aku survey baju untuk office. Yelah, hari-hari pakai baju kurung, aku pun boring kot ! Tujuan utama sebenarnya adalah kerana aku nak tengok cerita Harry Potter sangat-sangat. So sebelum melayan cerita Harry Potter jom kita isi perut yang semakin membuncit dulu !
Aku memang teringin sangat nak makan seefood spageti Pizza hut dari dulu lagi tapi asyik-asyik tak menjadi. Sebab kalau aku datang Pizza Hut mesti benda lain aku tak pandang selain daripada pizza. So disebabkan aku memang tak teringin langsung nak makan pizza, aku just order seeafood spageti. Memang mengada-ngada nak makan dekat sini. Padahal kalau dekat rumah tuh, satu periuk aku boleh dapat. Yang si bestfriend aku pulak order creamy fettuccini. Add on dia just mushroom soup ngan garlic bread. Last-last garlic bread tuh tak habis pun. Membazir gile kot sebab tinggal setengah lagi.
Abaikan muka tembam and mata aku yang sembab tuh ok ! Aku tau badan aku naik sekarang ni. Gambar tak ada motif sebenarnya tapi disebabkan nak tunggu makanan sampai punya pasal. Gambar perasan-diri-cantik diri sendiri haruslah ada dalam koleksi. Hahaha ! Then makanan pun sampai. Last-last seafood spageti aku tak sedap langsung. Masam nak mampus. Bestfriend aku punya makanan jugak yang habis. Then makan dia jugak yang aku bedal. And spageti aku, aku biarkan je tak habis. Gile membazir kot sebab setengah pinggan tak habis.
Wahhh ! Gedabak pipi aku dalam gambar ni kan sampai tak muat nak masuk dalam camera. Serius aku memerlukan diet yang ketat. Hahaha berangan je lah ko kan Areen. Yang penting bestfriend aku pun sama-sama tembam macam aku dah. Nasiblah wei ! Sesiapa yang jadi kawan aku memang akak gedebab punya.
So dah habis makan semua, aku ajaklah bestfriend aku ni survey blazer. Sambil-sambil tuh ada jugak aku usha-usha shawl yang boleh ditambah untuk jadi koleksi dalam almari aku tuh. Huhuhuhu !
Sekarang ni semua blazer dah fesyen ada shoulder puff tau. Memang nampak style lah jugak tapi aku rasa macam ada yang tak kena je. Huhuhu. By the way, bdan aku memang dah naik sangat-sangat. So tak perlu nak kata apa-apa. Hahaha !
Dah penat merayau semua, time untuk tengok movie lah pulak ! Memang penug satu cinema tuh sebab semuanya nak Harry Potter. Rasanya tak payahlah kot aku cerita apa jadi dalam Harry Potter yang last ni. Korang semua pun dah tau kan. Yang penting Voldemort dah mati. Part yang paling best bila masing-masing dah tua and hantar anak dekat train station. Satu cinema kot gelak sebab macam kelakar je diorang semua ada anak. By the way anak Harry Potter memang handsome and comel gila. Rambut stok-stok nak tiru Justin Bibir. Opps salah Justin Bieber. Hahaha ! Part yang aku nangis sangat-sangat adalah bila flashback semua kisah Professor Snape. Rupa-rupanya Snape ni kekasih lama mak Harry. Gile sedih kot sebab sampai mati, professor Snape still jaga Harry dalam diam-dia. Urmm sedih gile !
Oklah aku pun dah ngantuk. Esok da nak kerja dah. Yang penting esok memang tersangat-sangat busy sebab kena buat inventory and stock take ! Ahhhh malas.
Bebbboiii !
Monday, May 9, 2011
Rasanya tak terlambat lagikan nak ucapkan Selamat Hari Ibu. I love you mak !!
Assalammualaikum !
Walawei ! Gila heaven sebab dah boleh update balik pakai Windows Live Writer kesayangan aku ni. Lepas ni nampaknya selalulah aku update belog aku yang tak semenggah ni dengan cerita-cerita yang tak berfaedah. Hehehe korang jangan marah dekat aku. Aku tak paksa pun korang baca, tapi kalau nak baca dipersilakan.
Sempena Hari Ibu yang dah terover date nya ni, aku nak ucapkan terima kasih sangat dekat mak aku sebab bayarkan duit berukband aku ni. Hehehe ! Tanpa duit mak aku dan ayah aku, tak hiduplah aku dekat muka bumi ni. Hahaha boleh ? Nampak sangatlah aku ni just pentingkan duit mak ayah aku kan. Rasa sedih tiba-tiba sebab aku tak dapat nak bagi hadiah dekat mak aku sempena Hari Ibu semalam. Yelah aku kan baru habis belajar, kerja pun tak start lagi, so duit memang selalu tak adalah kan. Just harapkan duit yang mak aku bagi je.
Masa semalam aku siap cakap dekat mak aku lagi yang aku tak ada duit so tak boleh nak belikan mak aku hadiah. Then mak aku jawab tak apalah along, asalkan along ikut cakap mak dah cukup dah. Tak payah nak bagi hadiah bagai. Tapi kalau nak bagi hadiah boleh jugak, mak terima je ! Cehhhh. Nanti along dah kerja nanti mak, along belikanlah untuk mak ok. Hehehe.
Alolo comelnya mak aku kan ! Sebab mak aku comel lah, terhasilnya aku yang comel and cantik ni. Hahaha boleh ? Kalau nak diikutkan, mak aku memang terlalu banyak tolong aku sepanjang aku hidup ni. Kalau nak difikirkan pasal duit, aku rasa kalau kira start dari kecil, memang dah berjuta-juta hengget mak and ayah aku spent untuk aku. Kalau nak ganti memang makan tahun jugaklah kan. Tapi cinta and kasih sayang yang mak aku bagi memang tak boleh aku nak bayar dengan apa-apa.
Mak aku ni boleh dianggapkan bff aku sampai bila-bila. Bila aku rasa marah, aku terus cakap dekat mak aku. Kalau dekat Melaka dulu bila time study dekat sana, bila aku tengah sedih and rasa nak happy sikit, aku telefonlah mak aku.
Ramai orang cakap, anak perempuan mesti rapat dengan ayah kan. Yup ! Memang betul semua tuh. Tapi tuh dululah sebelum ayah aku sakit. Then bila ayah aku dah sakit ni, aku makin rapat dengan mak aku and makin rapat. Dengan ayah aku pulak makin kurang. Seriously kalau bab-bab nak mintak duit aku lebih selesa nak mintak dekat ayah aku sebab ayah aku tak cakap banyak. Hehehehe. Tapi kalau mak aku, dia akan membebel dulu dekat aku and tanya macam-macam, mana perginya duit yang dia bagi sebelum ni. Tapi dalam bebel-bebel mak aku pun, esoknya mesti duit dah ada dalam bank. Hehehehe !
Sepanjang masa dalam hidup ni, memang aku perlukan mak aku ni. Pergi mana-mana harus ada emak aku ni sebab dia banker terbaik aku. Hehehehe ! Kalau aku nak makan apa, dia akan tanya. Kalau aku nak something tuh, pun mak aku akan tanya aku betul-betul nak ke tak. Mak ! You are really mean to me ! So untuk menghangatkan lagi celebration Mother’s Day. Mehh sini layan video mamat hot bermata sepet dekat bawah ni :-
Auuww !! Serius comel tau mamat handsome mata sepet ni. Mak, walaupun dalam video ni bukannya along. Tapi along tujukan video ni untuk mak sebab walau dekat mana pun along berada, mak tetap yang akan jadi reference untuk along ! Hehehehe. I love you mak !!
Bebboiii !
Monday, May 2, 2011
Sesi men-dating-kan diri dengan boipren buat kali terakhir sebagai student di bumi Melaka !
Assalammualaikum !
Disebabkan nak menikmati saat-saat terakhir dekat bumi Melaka yang indah ni sebelum aku jadi balik orang Seremban, aku dengan ‘bestfriend’ tersayang plan nak pergi jalan-jalan dekat bandar Melaka buat kali terakhir. Lepas ni tak dapat lagi dah nak keluar selalu dah. Aku bukannya student lagi pun yang sepanjang masa nak hoyeah-hoyeah ! Nasib baiklah dah ada kerja yang menunggu dekat Seremban tuh. So tak payah aku nak susah-susah cari kerja lagi.
Macam biasalah kan, kalau aku keluar dating dengan bestfriend aku ni, memang tak sah kalau keluar mesti nak melahap or dalam bahasa yang lagi lembut melantak. Ehhh lembut ke? Lagi kasar adalah aku rasa. Goshh ! Macam mana lah nak kurus ye tak. Dari pagi ke malam asyik makan je, lepas tuh bangun balik tidur, dok melahap lagi. Hehehe !
Mula-mula memang tak tahu nak pergi mana dah sebab boleh dikatakan semua tempat dekat Melaka ni aku dah jelajah. Tapi disebabkan dah tak ada tempat lain boleh pergi, nak tak nak Mahkota Parade and Dataran Pahlawan menjadi destinasi utama. Hukhuk. Boringnya !
Gambar bersama bestfriend haruslah ada kan sebab lepas ni susah kot aku nak jumpa dia lagi. Sedihnya sebab lepas ni tak adalah setiap hari aku nampak dia lagi depan mata kepala aku. Cehhh ! Gediklah hai.
Dah lama gile kot aku tak pakai inner yang budget cute macam ni. Kalau tak tuh asyik nak pakai inner yang boleh sorokkan muka tembam aku ni. Disebabkan dah naik boring dengan inner yang sorokkan muka tembam aku tuh, maka aku pun beralih arah ke inner yang budget cute ni. Huhuhu !
Keluar ni pun sebenarnya sebab nak makan KFC punya pasal. Entah kenapa tiba-tiba je aku mengidam dekat ayam KFC yang flavor hot and spicy ni. Untuk makluman semua, dinner plate di atas ni adalah kepunyaan bestfriend aku ok ! Aku makan snack plate je. Cehhh !
Aduhai ! Nampak sangat muka macam tak ikhlas je makan KFC ni. Taulah aku just mampu belanja KFC ni je tapi janganlah buat muka macam ni. Sentap tau tak ! Hahahaha.
Kalau korang perasanlah kan, KFC sekarang ni dia sediakan tempat sos macam dekat Mcd. So korang boleh nampaklah kan betapa banyak nya bekas sos dalam gambar atas ni. Last-last tak habis pun. Tuhlah ! Tamaklah lagi kan. Aku macam tak sukalah KFC buat macam ni sebab aku dah terbiasa tengok dekat meja KFC mesti ada tiga botol sos. Bila dah buat macam ni, aku rasa macam tak best pulak. Hehehe !
Sementara nak tunggu wayang start, haruslah berfoto gedik bersama bestfriend. Jangan nak komen banyak ok kenapa aku nampak pendek dalam gambar ni. Diam-diam sudah ! Kejap lagi aku sentap dengan korang padan muka.
Bestfriend aku yang setia membawa handbag aku walau kemana jua aku pergi. Hehehe ! Dah nama nya pemalas nak bawak handbag, so bestfriend aku ni lah yang jadi mangsa untuk bawak.
So masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Aku dengan bestfriend aku tengok cerita yang boleh tahan lah bestnya. Apalagi kalau bukan cerita dekat bawah ni. Jeng jeng jeng !
Water for Elephants ! See see korang boleh nampak kan siapa yang berlakon. Siapa lagi kalau bukan Robert Pattinson a.k.a Edward Cullen tersayang. Tapi dalam cerita ni, Edward pergi tukar nama jadi Jacob Jankowski. Sesuka hati je nak ambil nama Jacob dalam cerita Twilight tuh kan. Heroin dia pulak Reese Witherspoon a.k.a Marlena dalam cerita ni. Tapi yang tak bestnya, heroin dia tualah. Aku tak suka ! Aku lagi suka Bella !
Cerita ni pasal seorang perempuan yang bekerja as entertainer, Marlena kat dalam satu show circus ni jatuh hati dekat Jacob ni yang merupakan seorang penjaga gajah. Actually Jacob ni sebatang kara je and student vaterinar. Disebabkan nak cari kerja punya pasal, dia ni kerja lah dekat Circus ni. Dahlah malas lah aku nak cerita lagi. Korang tengoklah sendiri ok.
Apa-apa pun cerita ni sedikit boring kalau tak ada Jacob ni. Aku rasa kalau bukan Edward ni yang jadi Jacob, memang tak ada nya aku nak tengok cerita ni. Baik aku tengok cerita lain. Oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi.
Bebboiii !
Sunday, April 24, 2011
Siapa kenal dengan Vera Wang ? Semua gaun pengantin dia buat semuanya gorgeous !
Assalammualaikum !
Ya Allah pemalasnya aku nak study ! Apa nak jadi dah ni Areen oiiit ! Tadi kau layan game Zomba zombie. Sekarang ni dok update belog balik pulak. Kalau mak aku baca ni, mesti dia cakap “ Along ni tak study ke ? Mak tengok asyik online je !” Hadoii ! Memang naya kalau mak aku online tengah-tengah malam kejap lagi. Mak ! Sorry mak. Bukan along tak nak study, tapi mood tak datang lagi. Kalau mood dah datang, memang tak berhenti-henti along study mak. Betul ~~ Along tak tipu mak ! Hahaha motif nak buat short message untuk mak aku dekat sini kan !
So aku nak tanya. Siapa yang kenal dengan Veraa Wang ? Jangan korang fikir dia adalah seorang pembuat duit yang tegar pulak. Hal tuh memang tak ada kaitan dengan nama dia. Tapi seriously dia memang seorang yang rajin bekerja. Wah Areen ! Kau cakap macam dia tuh sepupu belah mak kau yang paling kau rapat je kan ! Poyo lah lu matt.
Actually Veraa Wang ni adalah seorang pereka baju pengantin yang memang vogue de vasss ! Serius aku tak tipu. Aku kenal dia pun masa aku tengah syok layan cerita Oprah Winfrey Show. Masa tuh ada pasal Veraa Wang ni lah. Semua tahu kan yang Oprah yang sememangnya seorang jutawan, suka sangat buat amal jariah kan. So disebabkan masa tuh Veraa Wang ni datang and bawak semua koleksi baju pengantin dia. Oprah ni suruh lah audience yang tak lama lagi akan berkahwin dekat rancangan tuh, untuk bangun. Dekat limapuloh orang penonton lah yang bangun. Kau nak tahu apa Oprah buat dengan diorang ? Oprah bagi setiap limapuloh orang ni hadiah gaun pengantin Veraa Wang. Gilelah syiokk ! Dahlah satu gaun Veraa Wang ni sama dengan harga sebijik kereta Porsche or Ferrari kau tahu ! Gile bertuah semua limapuloh pengantin tuh.
So mehh sini aku nak tunjukkan muka Veraa Wang tuh ! yelah mana lah tahu korang teringin nak tempah gaun pengantin dekat dia kan. Nanti bila dah tengok gambar, senanglah nak contact-contact kan. Cehhh !
So inilah dia yang dinamakan Veraa Wang. Serius masa dia datang Oprah Winfrey Show tuh, nampak macam tak percaya yang dia ni fashion designer. Nampak simple gile lah ! So mohh aku nak tunjukkan koleksi gaun pengantin yang dia buat. Jeng jeng jeng jeng…
Ohhh mana pergi kepala saya ! Hehehehe. Kalau aku, aku memang pantang tengok baju yang ada riben-riben ni. Rasa terliur je aku tengok. Boleh ? Hahahahaha !
Kan aku cakap aku pantang tengok baju yang ada riben-riben ni. Mula-mula dulu, aku ingat masa malam Annual Dinner pra-graduan aku dulu, aku nak pakai macam ni. tapi bila fikir bilik. Macam mana agaknya aku nak bawak kereta ehh. Dahlah aku ni driver ! Cettt. Mahunya pintu kereta tak boleh tutup kan.
Kalau aku lah kan beli baju Veraa wang ni. For sure duit PTPTN aku nanti, sampai aku mampos pun tak dapat bayar balik. Hari-hari makan nasi dengan kicap dengan lauk ayam dengan telur goreng. Wah ! Tak nampak macam menu orang yang tak ada duit je Areen. Hahaha
Gaun pengantin yang berwarna ceria ! Serius cantik. Kalau tak tuh, kita tengok most of wedding dress mesti warna putih kan. Tak pun warna cream kan. So disebabkan nak lain daripada yang lain, Vera Wang ni buatlah warna lain pulak. Hehehe
See see cantik kan ! Nampak sweet je kan. Aku sukalah. Eleh Areen, kau tembam berangan pulak nak pakaikan. Hei der ! Biarlah akan aku nak berangan ke hape ke kan ! Yang penting aku ada inspirasi untuk kurus. Paham ! Emosi tiba-tiba kan.
Cantiknya, cantiknya, cantiknya ! Gaun ni nama apa entah dia. Tapi ada mermaid mermaid lah belakang dia. Biarlah apa-apa pun nama dia kan. yang penting memang gorgeous gila wei !
Actually aku suka dengan gaun kembang sebab aku suka bila ada gaun yang sorokkan peha aku yang besar ni. So bila pakai gaun macam ni, bolehlah feeling-feeling selim melim kan. Hahahaha Boleh ?
Oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau mak aku baca entry ni mesti dia cakap aku dah gatal nak kahwin tau.
Oklah bebboii !
Sunday, April 10, 2011
Bread Butter Pudding yang memang senang nak mampos ! Buat siang tadi tapi baru sekarang nak bagitahu.
Mula-mula korang carik-carikkan roti and susun dalam loyang. Lepas dah susun, tuangkan pulak susu segar samapai roti tuh terendam tau. Biarkan setengah jam. Sementara nak tunggu setengah jam tuh habis, boleh lah kau dok gelek-gelek kat dapur. Ehh salah-salah ! Korang cairkan butter and sejukkan. Lepas dah sejuk campur pulak dengan gula, telur dua biji and esen vanilla. Pukul sampai dia jadi kembang macam aku tau. Ekkk !
Dah kembang benda alah tuh semua, tuangkan dekat roti yang yang dah kembang semangkuk dek air susu tadi. Taburlah segala jenis buah-buahan or coklat dengan rasa gelojoh. Then bakar pada suhu 180 celcius selama 30 minit. Dah siap !
Dah macam roti bakar pun ada jugak rupanya kan. Ouuhh ! Lupa pulak aku nak bagitahu cara nak buat sos custard dia. Actually benda ni sedap kalau makan dengan sos tau. Jangan lah dek kerana terdesak and malas sangat kau dok pulun letak sos cili. Boleh tuh memang boleh. Tapi sanggup ke kau nak telan. Hahaha. Kalau dalam peti ais korang ada aiskrim vanila boleh jugak makan dengan puding ni. Gerenti sodap !
So cara-cara nak buat sos custard ni senang je. Panaskan satu tin susu cair dalam periuk kecil then masukkan dua sudu tepung custard and dua sudu gula. Ikut dekat korang lah. Kalau nak manis. Boleh tambah gula banyak sikit. Aku tak suka manis sangat. Tuh yang sikit je aku letak. Kacau sos tuh tau. Kacau sampai dia jadi smooth je. Lepas tuh tutup api and masukkan dalam peti sejuk.
So macam ni lah ghupenya bila dah siap and sedia dimasukkan kedalam perut. Serius sodap ! Hehehe. Motif nak puji diri sendiri kanzzz ! Alah biarlah aku puji diri sendiri, tapi kalau korang nak puji, aku tak kisah pun. Lagi suka adalah.
Oklah aku pun nak siap-siapkan barang aku untuk balik esok. Serius malas nak balik, tak tahu kenapa. Maybe sebab nak final exam kot. Kawan-kawan ku di rumah sewa, nantikan kepulangan ku ini. Rindulah dengan korang. Hehehe.
Serius sedih nak tinggalkan kawan-kawan kelas, bff di rumah sewa and most important is kawasan poli yang tercinta. Ahhh perasaan sedih muncul kembali.
Bebboii !
Tuesday, April 5, 2011
Tabiat emak aku lepas dah bank in kan duit untuk aku !
Assalammualaikum !
Buant tebiat betul aku malam-malam ni sebab rajin pulak nak update belog yang tak semenggah ni kan. Bila pemalas tuh. Masyaallah ! Sampaikan nak tekan link belog aku pun aku malas. So boleh bayangkan macam mana aku pemalas kan. Yes ! Aku memang pemalas. Sesiapa yang tak puas hati boleh tulis ketidakpuasan hati anda tuh dalam comment tuh ehh. Ekk motif !
Tadi baru lepas call mak aku sambil nangis-nangis. Yang sambil nangis-nangis tuh nampak bebenar lah kan aku ni penipu. Kalau terpekik terlolong tuh memang ada. Tak tahulah kenapa. Kalau mak aku cakap dalam telefon, mesti aku akan jarakkan sedikit handphone tuh dari telinga aku. Bukan sebab dia membebel pung pang pung pang dekat aku tapi volume suara mak aku tuh memang bagi gelombang yang buatkan taik telinga aku cair. Hahaha ! Boleh ?
So disebabkan nak berlawan kehebatan suara dengan mak aku. Aku pun kuatkan lah jugak volume suara aku ni. So gelombang suara aku ni kira-kiranya memang boleh sampai rumah yang selang dua rumah dari rumah sewa aku. Ekk betul ke apa aku cakap ni. Lantaklah haii ! Tapi yang statement tuh pun aku rasa tipu jugak. Aku yang tengah risau sampai nak terberak-berak ni cerita lah dekat mak aku yang aku risau sebab aku ada exam speaking MUET esok. Mak aku pun dok bantai cakap berkali-kali. Confident itu penting. Biar salah asalkan point ada. Yelah mak !
Lepas tuh aku ngadu lah dekat mak aku duit aku dah habis. And aku memang sengsara gile-gile ni sebab tak ada duit. Tuhlah sapa suruh tengok wayangkan. Lepas tuh boleh pulak mak aku cakap dekat aku. Cuba check dekat account along. Mak rasa mak dah bank in minggu lepas. Aku pun cakaplah, mana ada mak bagitahu along ! Lepas tuh boleh mak aku cakap, alah mak saja je tak nak bagitahu. Karang habis duit tuh sebab asyik nak keluar je. Wah ! I love you lah mak. Aku suruh boipren aku check kan tadi and yess ! Memang betul-betul ada duit.
Yang aku perasan lah kan dekat mak aku ni kan. Tabiat dia yang aku nampak, kalau dia bank in duit mesti dia tak nak bagitahu aku langsung tau. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi lepas aku buat mesej nak mintak simpati dekat mak aku supaya dia bank in kan duit, baru lah dia beritahu yang duit dia dah lama bank in kan. Dia tak nak aku membazir. Wah ! Lepas ni hari-hari lah aku nak check account bank aku. Boleh ? Jangan merungut ehh budak-budak poli kalau setiap kali kau pergi ATM, muka aku ni je yang tercongok. Hehehehe.
Mak aku adalah perempuan yang berbaju biru itu ! Tengok sama tak muka dia dengan aku. Jawab cepat ! Tadi aku mintak restu dekat mak aku supaya mak aku doakan aku tak gagap and jadi confident masa speaking test esok. So kawan-kawan yang baik hati. Silalah doakan aku ni supaya esok masa time speaking, tak adalah aku kejap-kejap aaaaa, kejap-kejap emmmmmm. Tau tau. Doakan aku ehhh ! Doakan aku supaya everything will be fine. Oklah aku nak start balik jadi orang gile yang speaking sorang-sorang. Jangan main-main tau ! Orang gile pun pandai speaking.
Adik ! Kak yong rindu adik sangat-sangat. Urmmm
Bebboiii !
Saturday, March 12, 2011
Happy Birthday ayah yang ku sayang. Even ayah tak lah sekuat macam ayah orang lain tapi along tetap sayang ayah. No matter who you are !
Assalammualaikum !
Sedih betul hati aku hari ni. Sebabnya aku tak dapat nak celebrate birthday ayah aku hari ni. Semuanya sebab kekurangan duit dan nak siapkan hal final projek punya pasal. Kalau tak ada hal memang aku baliklah. Dah tak ada dah nak tanya-tanya orang. Wei minggu ni ada kelas tak? Wei minggu ni ada assignment nak kena hantar tak? Memang aku tak akan tanyalah. Aku terus je balik jumpa ayah aku. Rasa macam sedih pulak tahun ni tak dapat nak celebrate birthday ayah aku. Kalau macam tahun lepas aku dapat lah nak hadiah kan kek secret recipe sebijik. Motif ! Nak jugak mention kek secret recipe kan !
Sebelum tuh aku nak nyanyi dulu untuk ayah aku lagu Happy Birthday. Nak buat vlog kat sini macam malu pulak sebab aku pun sedar suara aku macam katak puru tersepit pintu. So malas lah nak ngada-ngada kan menyanyi bagai. So anggaplah aku nyanyi dalam belog yang tak semenggah ni je.
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Ayah
Happy Birthday to you.
Untuk pengetahuan korang semua. Ayah aku ni tak adalah sekuat or segagah ayah korang semua sebab ayah aku ni dah lama dah kena strok. Kalau diikutkan, dah sembilan tahun ayah aku sakit lumpuh or nama yang selalu orang panggil, stroke. Kadang-kadang aku jeles tau tengok ayah-ayah yang senang je nak pergi mana-mana dengan anak-anak diorang. Memang aku jeles gile. Tapi nak buat macam mana kan. Aku kena terima ayah aku seadanya.
Dulu aku mengaku, aku memang rapat sangat dengan ayah aku sebab aku lah satu-satunya anak perempuan. Tapi bila ayah aku dah sakit, aku jadi semakin tak rapat dengan ayah aku. Cakap pun dah kurang. Dulu aku punyalah takut kalau nak melawan cakap ayah aku tapi sekarang, setiap masa setiap saat aku akan lawan semua percakapan ayah aku. Memang rasa berdosa sangat-sangat and bila aku dah rasa bersalah sangat, aku akan pergi mintak maaf dengan ayah aku.
So dekat sini aku nak bagi ucapan untuk ayah aku. Semoga ayah baca belog along ni. Hihihi :-
Happy Birthday ayah ! Masuk tahun ni dah tahun yang ke-sembilan ayah sakit. Along teringin sangat nak jalan-jalan dengan ayah macam dulu. Pergi mana-mana along akan berkepit dengan ayah. Setiap bulan ayah akan bawak along dengan mak and adik pergi melancong mana-mana. Lepas tuh setiap bulan ayah akan belikan along hadiah. And bila along mintak macam-macam dekat ayah, ayah akan bagi dekat along even benda tuh mahal. Sekarang bukan lah ayah tak bagi, tapi along tak nak mintak bukan-bukan sebab along paham ayah gunakan banyak duit untuk kos perubatan ayah. Along tak nak susah kan ayah. Cukuplah time along study ni, ayah berhabis duit sebab macam-macam along minta dekat ayah.
So along nak ucapkan semoga ayah semakin sihat dan akhirnya boleh berjalan. Semoga ayah dipanjangkan umur sebab along nak ayah tengok along berjaya. I love you ayah !
Hah ! Panjang lebarkan ucapan untuk ayah aku kan. Alah sekali-sekala kan. Bukannya selalu pun aku tempek gambar ayah aku dekat sini. Aku pun tak paksa korang untuk baca entry ni. Nak baca, bacalah. Tak nak baca sudah ! Aku tak marah pun.
Oklah aku nak sambung balik baca novel. Nak melayan emosi aku yang tengah bersedih ni dan gundah gulana ni.
Beboooi !
Saturday, February 12, 2011
Dalam hidup ni tak semuanya indah kan ! Sedangkan adik beradik pun boleh bergaduh, apalagi lah boipren and girlpren kan ! Entry menggedik sebenarnya !
Assalammualaikum !
Dah bersawang gile dah belog aku ni. Siap Spiderman buat kondominium dah dekat belog aku ni. Percaya ? Tipu je. Spiderman kan manusia mana boleh buat rumah dalam belog. Gile ke hape ! Nak dekat dua minggu kot aku tak update belog yang tak semenggah ni. Bukan apa, memang nak update tapi bila dah bukak je tempat nak post entry, terus blank kepala otak ni. So tutup lah balik kan and pergi tidur. Baguskan !
Sebenarnya tak tahu nak update pasal apa, tapi disebabkan sekarang ni mood aku kejap naik kejap turun. So aku nak update entry kali ni dalam keadaan yang tidak stabil ok ! Sorilah kalau aku ada terkasar bahasa or whatsoever kan.
Kenapa ehh kalau ada sesuatu yang tak best berlaku dalam kehidupan seharian kita, mesti kau rasa down, rasa nak nangis, rasa nak sepak-sepak orang, rasa nak makan banyak gile macam esok dah tak ada makanan and rasa macam nak marah orang je. Kenapa ehh ? Lagi-lagi bila kau gaduh dengan someone tapi kau tak dapat nak lepaskan geram tuh. Terpaksa pendam kan je. Last-last kau yang sakit dada sebab tahan geram and sakit hati tuh.
Jenis macam aku kan, aku memang tak reti nak lepaskan marah aku, sedih aku, gembira aku dekat orang. Bukan tak reti langsung tapi just segan lah. Even dengan bff aku pun aku malu nak cerita. Aku prefer untuk diamkan and pendam kan je. Dekat boipren aku pun sama. Setiap kali dia tanya aku apa masalah aku, mesti aku akan cakap tak ada apa-apa padahal dalam hati aku ni tuhan je lah yang tau kan. Rasa nak tampar muka dia berkali-kali sebab geram sangat. Yelah aku kan gaduh dengan dia so dia kena lah terima akibatnya kan.
Orang kata kalau orang yang suka pendam perasaan marah ni, lama-lama dia akan jadi pendendam kan. Aku bukan macam tuh. Kalau dah gaduh time tuh and lepas tuh baik, so aku lupakan je. Kiranya 0-0 lah kan. Macam semalam aku gaduh dengan boipren aku, punyalah geram sangat dengan dia, aku cubit lengan dia sampai berdarah. Gile kan berdarah. Macam mana boleh berdarah ? Aku cubit pakai kukulah. Memang lepas betul geram aku time tuh. Boipren aku ni jenis diam je so dia biarkan je lah aku meroyan. Mesti korang cakap aku ganas kan. Hehehehe of course lah kan ! Tapi ganas-ganas aku pun, adik-adik and boipren aku boleh gelak bila diorang tengok aku marah. Tah apa masalahnya tah !
Kesian dia ehh kena cubit sampai berdarah lengan awak tuh ! Padan muka sapa suruh cari pasal kan. Macam jenis aku kan, lepas aku dah marah gile-gile orang yang aku sayang, mesti aku akan nangis. Macam semalam lepas aku dah tengok tangan boipren aku ni berdarah, sambil nangis-nangis aku gosok-gosok tangan dia. Tuhlah siapa suruh cari pasal dengan aku kan. Lepas tuh terus aku ok dengan dia and hari ni aku pergi jogging dengan dia. Aku ni kalau dah meroyan memang semua benda aku dah tak ingat !
Lagi satu kan, aku ni jenis pantang bila aku tengah bercerita orang tuh tak dengar apa yang aku nak ceritakan. Macam boipren aku ni, kalau time dia tengah syiook tengok bola, jangan kau haraplah nak bercerita pung pang pung pang pasal dekat rumah tadi ada kucing mati ke, kain batik kau koyak ke, kaki kau tersepak pintu peti ais ke. Jangan nak mimpilah nak tagih simpati sebab dia akan buat dengar tak dengat je. So macam aku ni kan dah memang pantang kan orang tak nak dengar cerita aku kan, aku tarik terus telinga dia supaya pandang aku. Tak pun aku cubit-cubit tangan dia suruh pandang aku. Baru aku puas kan !
Motif aku cerita pasal benda ni? Tak ada motif pun sebenarnya just nak bagitahu korang je yang aku ni bukan lah seorang yang pendendam even aku seorang yang suka sangat pendam semua masalah aku. Maybe sebab tuh lah kot aku jadi pendiam. What the fat ? Pendiam lah sangat kan. Tercirit kalau kawan-kawan aku dengar. Hahahaha !
So meh sini aku nak tempek gambar-gambar aku dengan boipren aku. Saja nak buat korang meluat dengan aku and termuntah hijau dekat sini. Sebebnarnya dah tak tahu nak cakap apa lagi, so untuk memperbanyakkan dan memanjangkan entry aku, so aku tempek lah gambar banyak-banyak.
So lepas ni habis je diploma, aku akan duduk jauh dari boipren aku ni. Maybe aku akan sambung belajar dekat tempat yang lagi jauh dari dia. So tak ada siapa lagi lah yang boleh cari gaduh dengan aku lagi. Hehehe sori tau kalau entry aku yang menggedik ni buat korang termuntah hijau. So macam mana ? Puas dah muntah ? Oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi.
Oklah bebboiii !








