Sunday, August 26, 2012

Raya 2012

Assalammualaikum !

Weee ~ Sedar tak sedar hari ni dah 8 syawal dah pun so that’s mean dah seminggu dah pun kita beraya kan. Raya tahun ni bagi aku memang tersangat-sangat best sebab pada umur 22 tahun pun aku still dapat duit raya. Tak banyak pun takpe, asalkan dapat duit raya. Itu yang penting. Kau ado? Huhuhuhu. Aku nak bagitahu awal-awal, entry kali ni memang banyak sikit gambar-gambar yang akan dimasukkan ok. Hehehehe. So jangan lah muak kalau tengok gambar-gambar ni semua ok.

Raya tahun ni aku rasa lagi best sebab aku pergi sembahyang raya dengan cousin-cousin aku yang lain. Sedar tak sedar, masing-masing dah besar dah pun. Rasanya baru semalam kitorang main nyorok-nyorok, korek tanah belakang rumah uwan konon-kononnya ada kubur askar jepun, mandi sama-sama. Oppss ! Cuba kalau sekarang kau try mandi sama-sama, maunya masing-masing menjerit. Tak pun kena pelangkung dengan mak masing-masing. Hehehehe.

Dalindareen9039 Jangan tanya kenapa aku kuning sangat. Sepatutnya aku memang pakai baju warna biru tahun ni tapi disebabkan baju raya tak siap, terpaksalah pakai baju warna lain. Makcik ! Bila baju nak siap ni !

Dalindareen9031Bersama cousin tersayang, Taufik. Dia ni perasan konon-kononnya Fahrin Ahmad lah. Kan ada iklan yang Fahrin Ahmad jadi polis dekat tv tuh kan. Lepas tuh tak habis-habis dok ulang dialog yang Fahrin Ahmad cakap tuh, “ Selamat Hari Raya”. Memang Fahrin Ahmad sangat. Aku tak tahu lah apa masalahnya adik aku dekat belakang tuh.

Dalindareen9050 Balik-balik je sembahyang raya, terus pergi rumah terbuka dekat Istana Seri Menanti. Tahun ni aku rasa macam best sikit lah pergi Istana sebab kitorang semua dapat seat vip sebab apa pun aku tak tahu. Maybe sebab mak cik aku jadi dayang istana kot. Tapi yang penting kau tak payah nak beratur panjang-panjang ambil makanan. Semua dah siap terhidang and ada pelayan. Ehh lupa nak kenalkan yang belah kiri tuh adik aku yang paling comel and istimewa and yang belah kanan tuh pulak cousin aku. Lagi best tahun ni sebab dapat tangkap gambar dengan anak Tuanku. Hensem wei ! Tapi gambar ada dekat cousin aku so tak dapat nak upload dekat sini.

Dalindareen9051 Wahh kuningnya kan ! Asyik-asyik polkadot. Kawan ofis aku si bibiey sampai cakaplah yang dia boring tengok baju-baju aku. Wajib nak ada polkadot. Nak buat macam mana kan, itu semua imej ok !

Dalindareen9064Raya ke dua. Still dalam mood polkadot lagi. Sebenarnya kain baju warna kuning dengan hijau ni dua-dua aku beli dekat nilai 3 dalam waktu dan hari yang sama. Yang warna biru tuh pun sama jugak tapi tak boleh nak tunjuk sebab tak siapkan. Sob sob.

Boleh dikatakan perut aku memang melampau-lampau lah penuhnya. Yelah mana tak nya, first  day raya je nak dekat 8 buah rumah. Sampai senak-senak lah perut aku. Nak baring tak boleh, nak duduk pun tak boleh so bayangkan lah betapa penuhnya perut gua ini.

Raya ke berapa aku tak ingat, kitorang pergi jalan-jalan dekat Temerloh, pahang. Sepanjang jalan nampak orang jual ikan patin je. Tujuan nak pergi sana pun sebab nak melawat adik mak aku yang paling kecik.

Dalindareen9097Ayah dan emak ku tersayang. Aku malas nak join sekali sebab masa ni perut aku dah full gile so takutlah bila da tangkap gambar tuh, ternampak pulak perut yang berlipat-lipat.

Dalindareen9095 Lepas tuh kan, dekat rumah adik mak aku ni ada seekor kucing gedik namanya Baby. Dia ni kan suka sangat melonjak-lonjak dekat orang. Lepas tuh suka pura-pura mati. Orang dah cuak ingatkan dah betul-betul mati, lepas tuh elok je dia golek-golekkan badan dia balik.

Dalindareen9106 Kalau pergi Temerloh tak sah kalau tak singgah Tasik Bera. Cuba try sebut Bera laju. Sila-sila ! Hahahahaha.

Dalindareen9114 Bukti ketembaman semakin berleluasa. Ok next ! Terus scroll ke bawah ok.

Semalam pulak aku baru je meraikan hari kak anis, cousin aku tersayang yang dah menjadi tunangan orang. Untung tau buat kenduri time raya ni, sambil-sambil datang raya, boleh makan lauk kenduri sekali. Hehehe !

Dalindareen9137 Happy engagement kak Anis ku sayang !

Dalindareen9120

Semalam genaplah meter aku dah jadi 2000 kilometer. Sob sob cepatlah kena pergi servis lepas ni. Selamat hari raya kawan-kawan.

Ok bye !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...