Tuesday, September 19, 2017

Happy Birthday Kak Loo !!

Assalammualaikum !

Hari ni memang super malas nak buat kerja. Dengan hakak yang demam suam-suam kuku tiba-tiba je masa tengah hari tadi. Terus tak ada mood nak buat kerja. Tapi time tak ada mood ni lah ramai pulak orang nak jumpa kau. Aishhh. Nak tak nak kena ikhlas kan diri bekerja jugak. 

Hari ni macam best sikit sebab kitorang satu office plan nak celebrate birthday girl the only one Chinese in our department, Kak Loo. Actually birthday Kak Loo semalam. Tapi atas sebab yang tak mengizinkan, kitorang terpaksa buat after office hour. Tu pun just celebrate dengan kek je. Tak ada makan-makan semua. I sedih tau. Dah lah tengah lapar ni. Huhuhu.


Ni lah dia birthday girl tu, Kak Loo Wan Ying. Walaupun stress dari pagi tadi, tapi still boleh senyum bila dapat kek. Yelah siapa tak happy wei !!



Kek yang sangat simple untuk Kak Loo. Tapi nasib baik sedap. Meleleh-leleh coklat ganache dia. Dap dap dap.



Office mate tersayang. Ada yang tak ada dalam gambar sebab cuti. Jangan tanya kenapa bos hakak pandang tempat lain. Dia memang begitu suka acah-acah candid gitueww !




Meleleh-leleh coklat dia kan. Nyum nyum nyum.



Perancang utama adalah orang yang paling kiri tu, Kak Balqis. Hakak follow je uolls. Yang tengah tu Kak Pah nama dia. Dia pun suka tangkap gambar pandang ke arah lain. Kengkonon candid lah.



Ceria nya muka Kak Balqis. Jangan tanya kenapa muka hakak bengkak begitu. Demam kan ! Kenalah faham. Padahal setiap hari melantak nasi dari pagi ke malam. Hahaha.

Wishes for Kak Loo :- 


Semoga Kak Loo dimurahkan rezeki selalu. Dapat baby yang comel-comel and yang paling penting bahagia disamping husband tersayang. Happy Birthday Kak Loo.


Oklah bye !

Sunday, September 17, 2017

Apa yang sedap sangat Banana Uyu (susu pisang Korea) ni?

Assalammualaikum

Siapa tahu pasal banana uyu Korea ni ataupun nama Melayu nya susu pisang? Angkat tangan! Kalau tanya dekat aku,  aku sememangnya seorang yang sangat gila kan susu pisang ni. Tak percaya tanya dekat kakak-kakak office aku. Huhu.  Mesti diorang wekk wekk.  Dalam office tu memang aku seorang je yang gila dengan susu pisang tu.  Yang lain buat dek je. Sama jugak kalau dekat rumah,  kalau 6 kotak aku letak dalam peti sejuk. Esoknya pun still 6 kotak jugak. Takkan hilang punya. Percaya lah. Huhu. Tak ada sesiapa pun yang minat.


Haaa susu pisang ni aku beli dekat NSK,Seremban 2. Satu pek ada 6 kotak.  Harga aku lupalah tapi kalau tak silap lah dalam RM23 macam tu lah.

Macam mana aku boleh tersuka dan terjatuh cinta dengan susu pisang ni?

Biasalah perempuan dengan drama Korea memang tak dapat dipisahkan.  Bila dok tengok macam-macam drama,  maka banyaklah benda yang kaum-kaum perempuan ni terpengaruh. Antaranya nak pakwe payungkan time hujan,  nak pakwe cover kalau tiba-tiba kereta langgar lopak air. Konon-konon nak lindung kita dari air tu lah.  Buat-buat langgar bahu dengan anak orang kaya lepas tu anak orang kaya tu terjatuh cinta dan cinta terhalang.  Ehh jauh sangat dah ni.  Hahaha padahal nak cerita pasal susu pisang je

So satu hari ni aku ternampaklah Lee Min Ho promote susu pisang ni.


Teruslah hati ni meronta-ronta nak rasa jugak.  Dasar perempuan minat Korea.  Semua benda nak try. 

Nak dijadikan cerita,  one of member blogger update status dekat whatsapp nak pergi Korea.  Aku pun apa lah lagi,  terus tanya dia.  Kak Anil nak kirim susu pisang boleh? Kak Anil pulak jawab boleh je,  haa time tu jugak aku transfer duit dekat Kak Anil. And alhamdulillah dah dapat dah pun susu pisang ni tadi. Maka bersusu pisang je lah aku dalam seminggu ni.  Huahuahua thanks a lot Kak Anil Wanina. 


Jauh tau terbang susu pisang ni,  dari Korea gitueww.  Dengan Zuhair pun aku pengaruh suruh minum susu pisang ni. Zuhair suka je lah, benda manis kan.  Tapi tak boleh selalu okay. 


Close up sikit. 
Rasa dia macam mana?  Dah nama pun susu pisang kan,  of course lah rasa pisang.  Hehe.  Tapi entah kenapa entah,  aku minat sangat. 


Sekian.  So malam ni boleh tidur dengan lena dah. Esok kerja.  Oklah bye! 

Friday, September 15, 2017

Menjadi Orang Yang Pertama Mengajarkan Al-Fatihah Kepada Anak-Anak.

Assalammualaikum


Sejak aku ada Zuhair ni memang emak aku atau pun uwan Zuhair memang selalu sangat share-share pasal ilmu parenting ni dekat Facebook. Siap share terus dekat Facebook Profile aku tau, bukannya mention dekat komen ke atau pun tagged aku dekat mana-mana post ke. Salah satunya macam dalam gambar yang atas ni lah. Masa baca benda alah ni, terus rasa terkesan dalam jiwa. Nak dapat anak yang baik, yang soleh solehah, kita as parents kenalah betulkan diri sendiri dulu. Benda yang paling utama as orang Islam ialah ilmu agama kan. Samalah macam kita sekolah, benda pertama yang kita belajar masa sekolah dulu ialah A B C. Haa gituew penerangannya kan. Huhu

So yang paling basic aku start dulu dengan kenalkan anak aku dengan words bismillah and amin. Sekarang ni pun setiap malam sebelum tidur aku akan baca Al-Fatihah sama-sama dengan Zuhair. Walaupun susah nak suruh Zuhair duduk dengar and fokus. At least, aku bacalah kuat-kuat biar dia dengar. Huhuhu. Tak salahkan. Kita yang bentuk anak kita. Bila fikir zaman muda remaja dulu kan, wei banyak nya dosa aku. Tapi past is past. Kita kena move on baby. Try untuk menjadi yang paling baik di mata Allah. Bukan untuk orang lain, tapi bekalan kita di padang Masyar nanti. Insya Allah.



So Parents !!

Let's start with the basic thing. Recite Surah Al-Fatihah in front of your daughter or son. So they know this Surah are important in their life.



Zuhair cakap Bye !




Thursday, September 14, 2017

Makan Nasi Daun Pisang di Top Curry House, Seremban

Assalammualaikum

Plan nak makan nasi daun pisang ni tak dirancang pun sebenarnya.  Tapi memandangkan nak teman ex-officemate kak Pushppa yang pregnant, aku pun apa lagi.  Rezeki jangan ditolak orang kata. Tambahan pulak aku memang dah lama nak makan nasi daun pisang ni.  Dulu masa kak Pushppa still kerja dengan aku,  selalu je dera dia bawak puri lah,  appom lah, belanja makan nasi daun pisang ni lah.  Sekarang ni dah tak ada geng. So mereput lah dekat office tu.  Huhuhu.

Time lunch tu,  kak Pushppa jemput aku and office mate yang lain.  Kemain kan dera mak buyung drive siap jemput kitorang lagi.  Hahaha. So bergeraklah kami ke Top Curry House, Seremban.  Top Curry House ni betul-betul berhadapan dengan Hotel Milo. Kalau orang Seremban mesti tahu punya lah Hotel Milo ni dekat mana. Kalau tak tahu juga korang Google je Top Curry House Seremban pakai handphone korang yang canggih tu.  Mesti jumpa punya lah.



Inilah dia mak buyung Kak Pushppa.  Yang belah kiri tu tau.  Bukan yang belah kanan tu,  belah kanan tuh InsyaAllah coming soon anak yang ke-3 pulak nanti tahun depan.  Hahaha kan kak Ayu. Kak Pushppa now dah kerja dekat KL sebab ikut husband dia. Tinggal lah kami-kami ni je ha. Sesekali dia balik memang kitorang date lah.



Meriah kan nasi daun pisang aku.  Oklah aku start dari kiri eh. Ada papadom,  yang hitam atas tu cili goreng masin,  sayur kobis,  pisang goreng ala-ala tempe dengan kentang tu.  Tapi ni pisang,  selalu orang Melayu buat masak lemak,  haa yang ni dia goreng sambal. Sedap wei! Dal terung, and additional kitorang tambah ikan goreng dengan ayam goreng tepung. Sedap nya. Sebab sedap sangat sampai dua kali aku tambah nasi.  Haaa pelahap kan. 



Geng menternak lemak.  Dari kiri Kak Ayu emak anak dua and Kak Balqis emak anak dua jugak. Tapi sekarang ni aku dengan Kak Balqis je geng ternak lemak. Kak Ayu sekarang tengah diet. Huhu.  Ehh Kak Ayu diet mana boleh makan nasi lah. 


Haa ni lah yang aku cakap cili goreng masin tu. Kalau makan gitu je memang berdesing telinga sebab masin yak amat. Tapi kalau makan dengan nasi, sedap gila pula jadinya. Peliklah aku dengan cili masin ni. Berubah-ubah perangai.  Ehhh! 



Ni lah vege yang aku dok tabur dekat nasi aku tadi. Dari kiri atas tu,  sayur kobis,  dal terung,  sambal pisang and acar timun nenas.  Sesuka hati aku je bagi nama macam tu kan.  Alah asalkan korang semua faham. Huhuhu. Kuah untuk nasi pun dia letak dalam bekas macam ni jugak,  tapi tinggi sikitlah.  Ada kuah dal, kari ayam and kari ikan.  Ikan dengan ayam memang tak ada,  kuah je ada. So jangan mimpilah kalau korek-korek tadaaa keluar ayam ikan pulak. Hahaha.  Kuah semata okay. 

So satu hidangan dekat sini RM7.50. Yang additional macam ayam ikan tu kena tambah harga lain lah.  Yang RM7.50 tu korang dapatlah kuah,  vege tu semua.  Tapi tambahlah banyak kali pun still harga dia sama RM7.50. Murah kan?  Aku tambah nasi dua kali pun dia tak kira tau. Sama je harga nya. Huhuhu


Manisan. Ni namanya tak reti kenyang. Before balik office beli manisan dulu. Manisan ni namanya Palkova. Haa macam Pavlova kan bunyi dia. Pal ni maksunya susu. Yang Kova tu Kak Pushppa tak tahu.  Dia bagitahu aku maksud Pal je sebab tu je yang dia tahu.  Aisshh Kak Pushppa ni. Huhu. Tapi sedap,  and rasa macam makan susu tepung baby tu.  Huhu. 

So penyudahnya aku and the gang kenyang sampai lah balik. Hehehe. 

Oklah bye! 


Saturday, September 9, 2017

Perubahan selepas mencuba pencuci muka Cetaphil.

Assalammualaikum.

Aku ni jarang nak share skincare apa yang aku pakai tapi skincare yang aku baru sebulan pakai ni memang aku semangat nak share. Yelah kan hakak ni muka takdalah berapa cantik sangat,  kulit pun tak ada lah licin bak telur yang baru dikupas kulitnya.  Haaa gitueww perumpamaannya kan.  Huhu. Tadi pun masa buat entry ni asyik lah dok fikir,  nak publish ke tak.  Rasa macam malu lah pulak. Tapi share je lah sebab benda baik kan.  Huhuhu.

Skincare yang aku maksudkan adalah Cetaphil. Aku selama ni memang tak ada masalah dengan mana-mana pencuci muka. Even pakai sabun mandi pun aku boleh cuci muka tau.  Tapi tu lah sejak dua menjak ni, maybe sebab dah terlampau banyak pencuci muka aku campur aduk kan,  muka aku jadia kering.  Lagi-lagi dekat celah-celah hidung yang tepi tu.  Memang berkerak-kerak jadi nya.



Masa ni kalau korang zoom betul-betul dekat hidung aku tu,  ada merah-merah kan.  Haa yang tu lah aku maksudkan yang kering tu. Masa ni nak pakai krim pun rasa tak best.  Mekap apatah lagi.  Sebab rasa bercapuk-capuk muka.

Nasib baik ada dalam seminggu tu, orang dok share dekat Facebook, muka-muka yang breakout semua pulih seperti sediakala bila pakai Cetaphil. Masa ni survey-survey juga dekat Lazada.  Mak oii mahal nya harga. Tapi kalau elok apa salahnya kan. Kita cuba dulu kan. Kebanyakkan orang-orang yang share pasal kulit muka dorang yang breakout ni disebabkan pakai local product. Bila dorang try drug store punya produk like Cetaphil.  Terus elok je,  and tambahan lagi murah dari local product.



Now aku dah try selama sebulan and alhamdulillah kulit kering tu dah beransur pulih.  Not 100% tapi dah kurang lah. Skincare ni satu je,  kita kena consistent.  Kalau dok tukar-tukar memang tak kemana pergi nya.  Memang tak akan eloklah muka tu. Cetaphil ni satu je yang aku tak suka,  tekstur dia tak ada buih langsung. So rasa macam tak puas je bila cuci muka tu.  Tapi what to do.  Nak elok punya pasal kan. Huhu.


Ni muka tanpa mekap sekarang.  Aku memang suka sangat-sangat sebab dah tak kering sangat muka aku. Celah hidung tu pun tak kering sangat dah.  Yeahhh !


Ni gambar with mekap. Kurang dah capuk-capuk nya. Alhamdulillah. So sesiapa kalau nak try,  memang Cetaphil ni recommended sangat-sangat. Hehehe. Boleh je cari dekat drug store macam farmasi,  Watson,  atau Guardian.  Harga dia depends on saiz and berapa ml satu botol tu.  Ok faham ke idokk? 

Oklah mengantuk dah.  Bye. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...