Monday, July 25, 2011

Serius wei !! Harry Potter memang buat aku nangis macam frust putus cinta. Hikhik !

Assalammualaikum !

Sebelum aku menutupkan mata malam ni, aku nak update blog dulu sebab kawan aku ada dah tanya kenapa aku tak update-update blog yang berhabuk ni. Actually bukannya aku malas nak update. Tapi disebabkan idea memang dah tak ada. So blog aku ni, aku biarkan je tak berusik. Serius aku memang tak ada idea langsung. So bila dah datang idea nak update ni, baik aku taip and merepek macam-macam. Sambil-sambil tuh boleh aku lepaskan tension dekat sini.

This week memang aku rasa sangat-sangat busy dengan kerja aku. Kadang-kadang tuh rasa macam nak bawak balik je semua kerja aku tuh balik rumah. Tapi kalau bawak balik rumah belum tentu aku buat. So disebabkan aku sedikit penat dengan kerja, aku ajaklah bestfriend aku keluar jalan-jalan. Sambil-sambil tuh boleh jugak aku survey baju untuk office. Yelah, hari-hari pakai baju kurung, aku pun boring kot ! Tujuan utama sebenarnya adalah kerana aku nak tengok cerita Harry Potter sangat-sangat. So sebelum melayan cerita Harry Potter jom kita isi perut yang semakin membuncit dulu !

Dalindareen7269

Aku memang teringin sangat nak makan seefood spageti Pizza hut dari dulu lagi tapi asyik-asyik tak menjadi. Sebab kalau aku datang Pizza Hut mesti benda lain aku tak pandang selain daripada pizza. So disebabkan aku memang tak teringin langsung nak makan pizza, aku just order seeafood spageti. Memang mengada-ngada nak makan dekat sini. Padahal kalau dekat rumah tuh, satu periuk aku boleh dapat. Yang si bestfriend aku pulak order creamy fettuccini. Add on dia just mushroom soup ngan garlic bread. Last-last garlic bread tuh tak habis pun. Membazir gile kot sebab tinggal setengah lagi.

Dalindareen7265

Abaikan muka tembam and mata aku yang sembab tuh ok ! Aku tau badan aku naik sekarang ni. Gambar tak ada motif sebenarnya tapi disebabkan nak tunggu makanan sampai punya pasal. Gambar perasan-diri-cantik diri sendiri haruslah ada dalam koleksi. Hahaha ! Then makanan pun sampai. Last-last seafood spageti aku tak sedap langsung. Masam nak mampus. Bestfriend aku punya makanan jugak yang habis. Then makan dia jugak yang aku bedal. And spageti aku, aku biarkan je tak habis. Gile membazir kot sebab setengah pinggan tak habis.

Dalindareen7270

Wahhh ! Gedabak pipi aku dalam gambar ni kan sampai tak muat nak masuk dalam camera. Serius aku memerlukan diet yang ketat. Hahaha berangan je lah ko kan Areen. Yang penting bestfriend aku pun sama-sama tembam macam aku dah. Nasiblah wei ! Sesiapa yang jadi kawan aku memang akak gedebab punya.

So dah habis makan semua, aku ajaklah bestfriend aku ni survey blazer. Sambil-sambil tuh ada jugak aku usha-usha shawl yang boleh ditambah untuk jadi koleksi dalam almari aku tuh. Huhuhuhu !

Dalindareen7274

Sekarang ni semua blazer dah fesyen ada shoulder puff tau. Memang nampak style lah jugak tapi aku rasa macam ada yang tak kena je. Huhuhu. By the way, bdan aku memang dah naik sangat-sangat. So tak perlu nak kata apa-apa. Hahaha !

Dah penat merayau semua, time untuk tengok movie lah pulak ! Memang penug satu cinema tuh sebab semuanya nak Harry Potter. Rasanya tak payahlah kot aku cerita apa jadi dalam Harry Potter yang last ni. Korang semua pun dah tau kan. Yang penting Voldemort dah mati. Part yang paling best bila masing-masing dah tua and hantar anak dekat train station. Satu cinema kot gelak sebab macam kelakar je diorang semua ada anak. By the way anak Harry Potter memang handsome and comel gila. Rambut stok-stok nak tiru Justin Bibir. Opps salah Justin Bieber. Hahaha ! Part yang aku nangis sangat-sangat adalah bila flashback semua kisah Professor Snape. Rupa-rupanya Snape ni kekasih lama mak Harry. Gile sedih kot sebab sampai mati, professor Snape still jaga Harry dalam diam-dia. Urmm sedih gile !

Oklah aku pun dah ngantuk. Esok da nak kerja dah. Yang penting esok memang tersangat-sangat busy sebab kena buat inventory and stock take ! Ahhhh malas.

Bebbboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...