Assalammualaikum..
Lamanya tak bersiaran dalam blog ni. Makin berhabuk dah rasanya. Bulan Ogos ni rasanya bulan yang paling best kot sebab bulan ni birthday aku, birthday husband and our annivesarry jugak. Bulan lepas dah celebrate birthday Zuhair yang 1 tahun. Tapi tu entry lainlah, nanti aku share dekat mana aku tempah kek birthday Zuhair semua tu okay. Janji!! (sambil angkat tangan janji)
Sekarang ni nak cerita pasal birthday husband aku dulu okay. Kita cerita satu-satu okay. Actually untuk birthday husband aku ni memang everything from A-Z aku planned last minute. Mana tak nya busy kerja wei. Memang tough week untuk aku tau masa tu. Dengan birthday aku sekali aku lupa. Tup tup dapat whatsapp dari husband, datang ofis ada orang wish and then balik kerja ada orang bagi kek. So disebabkan husband aku dah suweet muweet dengan aku bagi kek coklat bagai, so aku pun nak lah balas khen.
Laju-laju scroll instagram yang buat surprise birthday delivery lah, candle light dinner lah. Tapi nan hado ! Semua over budget wei. Tsk tsk tsk sedih. Alamak macam mana ni, masa dah suntuk sangat ni. Last-last aku whatsapp ex office mate aku dulu, tanya dia dekat mana dia buat candle light dinner untuk tunang dia. Bila dah borak-borak semua, dia bagitahu lah yang dia buat dekat Restoran Kemangi (restoren banyak nyamuk, hahaha) lah tempat yang dia pergi tu, sejengkal je dari rumah aku. Lagilah senang kan. Upah pun murah je untuk deco candle light dinner termasuk makanan. Oklah set dekat sini, malas nak fikir tempat lain.
Ok pasal surprise delivery pulak, ni pun puas aku scroll-scroll instagram, sekali jumpa ig @debuchuevent , korang try search dekat instagram nama ni. Servis pun cepat je. Siap dia suggest dekat kita ikut budget kita. Memang puas hati sangatlah.
Hahaha mulut kembung sebab time mengunyah orang buat surprise lagi.
Happy Birthday Fazrul Hisham !!
Coklat ni pun aku yang request nak coklat apa sebab yang makan nya nanti aku. Bukan husband aku. Husband aku kan diet. Kononnya. Huhuhu
Yeahh papa Zuhair tak diet hari ni. Bagi aku decoration dia memang cantik. Tapi bagi orang yang bawak baby macam aku ni, aku nasihatkan kalau nak buat surprise, buat dekat rumah je lah. Anak aku makan macam dekat rumah sendiri je, habis berterabur semua makanan. Tak da masa nya nak melawa sangat.
Kek birthday keluar pun, still restoran tu bukak lagu birthday kuat-kuat. Zuhair dah ngamuk-ngamuk dah tu sebab nak raba semua benda yang ada dekat meja tu.
Apa-apa pun dengan aku-aku seronok buat birthday surprise ni. Time couple dulu mana pernah buat wei. Mampu pandang. Ni ada rezeki lebih kita share-share lah kan.
Place : Restoran Kemangi (waze je, betul-betul depan Kompleks Belia dan Sukan Paroi)
Surprise delivery: instagram @debuchuevent
Oklah bye !