Assalammualaikum !
Seronok gile bila layan lagi Solei Solei yang Usop nyanyi dalam cerita Hantu Kak Limah dengan bff aku si Wani. Masing-masing dah gile sebenarnya lepas buat Law punya pasal. Lepas dah study law aku, aku memekak-memekak speaking untuk MUET sorang-sorang. Wani tak nak layan aku sebab dok khusyuk layan comic anime online dia. Huh nyampah !
Sebenarnya dah lama dah pun berlalunya acara dating-mendating ni. Jumaat minggu lepas kot. So korang boleh bayangkan betapa lamanya aku tangguh untuk update belog yang tak semenggah ni kan. Actually acara dating-mendating ni tak dirancang sebenarnya. Keluar pun sebab aku dah tak tahan sangat dengan kepanasan yang melanda dekat Merlimau, Melaka ni. Tak tahulah kenapa Merlimau ni kejap panas, kejap sejuk. Mana lah aku tak demam. Tuh yang aku tak cakap sangat dengan budak-budak rumah aku sebab aku asyik pening kepala je. Mesti diorang ingat aku moody kan. Wei motif !
Oklah meh sini aku nak cerita. Sebenarnya plan ni semua start bila bff aku si Tiqa comel ni tiba-tiba je IM aku. Dia ajak aku ronda-ronda Bandar Melaka. Aku dengan keadaan yang boring teramat plus pening kepala and hidung yang sakit ni pun just setuju je lah. Boring jugak duduk rumah. Dah lah tengah demam kan. Karang kalau manja-manja kan badan, demam makin teruk. So bila dah plan punya plan, just lima orang je yang pergi. Jadilah kan !
Kitorang pergi just naik bas je. Konon-konon nak save budget lah tuh kan ! Alih-alih banyak jugak duit aku habis. Masa on the way nak pergi Mahkota Parade Melaka ni, seriously perut aku dah berkeroncong tahap dewa dah. Yelah dari pagi tak makan apa-apa. So masa dah sampai sana aku dengan bff aku yang lain terus terjah food court dekat atas tuh. Lepas dah berkali-kali dok ulang alik pilih makanan. Last-last Pan Mee ni yang jadi pilihan aku dengan Jie ! Memang sedap wei lagi-lagi tang sambal dia. Korang try lah ehh. Kalau nak makan dekat food court pergi dekat kedai yang hujung sekali.
Lepas dah penuhkan perut aku ni dengan macam-macam isi. Then kitorang plan nak pergi Dataran Pahlawan pulak. Tujuan utama nak tengok wayang movie Beastly. Alah yang Vannesa Hudgen berlakon tuh. Last-last tak ada pun cerita tuh. Maybe tak keluar dekat Malaysia lagi kot. So nak tak nak kitorang pilih lah movie CUN lakonan Remy Ishak dengan Maya Karin. Review untuk movie ni aku buat dekat next entry ehh sebab aku tengok dua kali.
Lepas dah beli tiket, temanlah pulak si Jie ni gunting rambut. Sementara nak tunggu Jie ni gunting rambut, aku dengan bff yang kaum hawa macam Tiqa, Wani and Ecah pergi main video game dulu. Hehehe.
Seriously cina-cina dekat salon ni semuanya handsome-handsome and hot belaka. Kalau macam ni nanti lepas habis belajar aku nak try apply kerja dekat sini lah. Jadi tukang cuci rambut pun jadilah kan ! Ekk motif.
So that day I’m wearing red dress with half black cardigan accompany with red shawl. Memang merahnya mak ngah time tuh tau. Nampak si Tiqa dengan Ecah dekat ATM tuh? Ecah tak nampak sangat tapi beg baru dia still nampak. Hehehe. Tolong abaikan perut aku yang tengah buncit ok !
Hah hamek kau ! Disebabkan tak nak tunjuk perut aku yang buncit lama-lama. Aku tempek gambar lain pulak. Huh ! Baru puas hati aku.
Lepas je Jie dah habis gunting rambut bagai. We all merayau satu Dataran ni tanpa hala tuju. Tak tahu nak pergi mana dah. Movie start lambat lagi. Yang si Jie boleh pulak pergi beli baju baru sebab dia kata baju yang dia tengah pakai tuh outdated ! Lantak kau lah Jie.
Orang yang bertanggungjawab buat aku gelak sepanjang hari. Terus elok demam aku hari tuh and yang paling syiook tak ada sorang pun yang tahu aku demam tau.
Disebabkan diorang ni semuanya tak pernah makan Hot & Roll, aku pun pergilah ajak masing-masing rasa. Kesian ehh korang semua. Hurmm ! Oklah aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Apa-apa pun aku enjoy sangat-sangat hari tuh. Nanti kita tengok Justin Bieber punya Movie pulak ehh.
Oklah bebboii !