Friday, August 12, 2011

Kenapa aku berblog ? Apa motif sebenarnya aku tulis benda yang merapu-rapu dalam blog?

Assalammualaikum !
Rasa semangat tiba-tiba sebab tadi aku pergilah jenguk-jenguk kejap duit aku dekat nuffnang. Wahh ! Rasa bangga gila sebab dah cecah tiga angka. Hehehe ! Serius kecoh kan padahal orang lain dah berpuluh-puluh ribu cashout. Aku dengan nuffnang ni pun belum sampai setahun lagi. Tuh sebab duit aku sikit nak mampos !

Dulukan, masa aku mula-mula buat blog, aku tak tahu pun dengan buat blog and entry merapu-rapu boleh buat duit. Yang aku tahu, aku buat blog sebab aku nak luahkan apa yang terpendam dalam hati aku and kepala aku ni. Masa tuh pulak tengah syok memadu kasih dengan ex aku, lagi bertambah galak lah aku update pasal ex aku tuh. But now semua entry tuh aku dah delete sebab aku sendiri pun rasa geli bila baca balik. Haiiishhh ! Lepas tuh dengan ayat yang kejap-kejap ewww, kejap-kejap tamoolaaaar !! Haiyoo serius aku tak sangka aku ada bakat untuk tulis bahasa rempit dulu.

Kalau nak tahulah kan, aku mana pandai bab nak tukar background dengan template dekat blog ni. Semuanya aku main redah je. Main letak je widget yang melambak-lambak. Tuh sebab blog aku berat semacam je macam tuan dia jugak. Hahaha ! Kadang-kadang tuh rasa macam jealous jugak tengok blog orang lain yang cantik-cantik. Tapi nak buat macam mana kan, aku memang tak reti bab edit-mengedit ni. Cubalah tengok header blog aku tuh, tuh pun aku main edit je pakai photoshop.
Sebenarnya aku pun tak tahu sebab apa aku berblog. Nak katakan aku kejar follower, tak adalah sangat. Aku pun tak harap orang follow blog aku. Kalau diorang suka and rasa nak follow. Dipersilakan lah. Hehehehe ! Lepas tuh nak katakan aku kejar duit, entahlah. Masa dulu ye sebab aku rasa berpinar mata bila orang cashout banyak gila duit. Tapi sekarang ni, aktiviti berblog pun dah kurang, aku makin malas nak fikir pasal duit. Perasaan nak update blog tuh memang ada tau. Lagi-lagi bila time nak habis kerja tuh. Tup tup balik je rumah, dah nampak katil, serta merta aku rasa malas nak update. Aku pun tak tahulah kenapa. Mood nak update tak ada macam time aku study dulu. Kadang-kadang tuh rasa jeles jugak sebab orang yang dah kerja and beranak-pinak, relax je update hari-hari. Tapi aku ? Ahh malulah nak cakap.

Kalau korang tengoklah kan, sekarang ni dah melambak-lambak orang buat blog. Semua nak kejar follower and traffic punya pasal. Best ke jadi popular ni. Rasa seksa ada lah aku rasa. Bukanlah aku nak cakap aku ni popular. Tapi semenjak aku dapat tahu, ada fake profile fb yang guna nama and gambar aku, serta merta aku jadi takut yang amat. Aku dah warning orang yang buat fake profile guna nama aku tuh, tapi still tak ada respons ! Hurmm. Biarlah tuhan je yang balas. Tapi maybe salah aku jugak yang tempek bermacam-macam gambar dekat blog ni. Hurmmm nobody’s perfect. Tetibe kan ! Hahahaha.

Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi sebab pale otak aku ni rasa penat sangat sebab hari-hari tengok nombor. Tapi makin lama and semakin hari aku makin suka dengan apa yang aku buat. Hehehe ! Tadi pun dekat office, kakak-kakak ni dah ada yang pasang lagu raya. Rasa sedih tiba-tiba sebab satu apa pun aku tak prepare lagi untuk raya ni. Uwaaaa !

Dalindareen7329

Jangan tanya kenapa aku suka tempek gambar aku sendiri dekat blog ni. And jangan tanya jugak kenapa aku tak mekap bila pergi kerja. Serius sekarang ni sejak-sejak umur dah jadi 21 tahun. Makin malas aku nak usik barang mekap. Yang aku usik just vaseline je. Kadang-kadang tuh rasa selekeh jugak bila dah tengah hai. Mana dengan muka berminyak lagi. Mana dengan muka banyak jerawat lagi. Dengan tak mekap lagi. Hadooii ! Tak payahlah aku cakap. Oklah aku dah ngantuk ni. Disebabkan ngantuk punya pasal, tak pasal-pasal besfriend aku kena marah. Hahaha !
Oklah bebboii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...