Wednesday, October 2, 2019

The Asian Parent : Aplikasi untuk ibu bapa yang inginkan maklumat lanjut tentang anak.

Assalammualaikum semua !

Zaman sekarang memang sepanjang masa kita dengan handphone tak kira siang ataupun malam. Dah jadi macam benda paling wajib nak bawak pergi mana-mana pun. Nak cari dekat mana jual pampers, google kan ada. Nak tanya kenapa anak demam tak kebah-kebah. Google lagi. Nak tanya kenapa anak tak menyusu guna botol. Pun sama jugak, tanya pakcik google. Hehehe. Sesiapa yang ada anak-anak kecil macam aku ni fahamlah kenapa pakcik Google ni sangat-sangat penting. Kadang-kadang tu lagi percaya pakcik google dari orang-orang tua punya nasihat. Hahaha.

Ingat lagi masa cuti pantang bersalin Zuhair dengan Dahlia. Mata ni asyik mengadap handphone sebab nak google macam-macam sampai emak aku marah. Huhu. Tapi tak semua maklumat yang kita dapat dari pakcik google boleh diguna pakai. 

Tapi ibu bapa jangan risau dah sekarang sebab ada aplikasi khas khusus yang dilancarkan pada 25 September 2019 yang lalu untuk ibu bapa mendapat kan ilmu tentang anak-anak dan ibu bapa sendiri iaitu Aplikasi The Asian Parent (TAP). Memang serba serbi maklumat ada dekat dalam aplikasi The Asian Parent. 


Apa yang best pasat aplikasi The Asian Parent ni info terlalu banyak untuk ibu bapa and yang paling penting sentiasa up-to date, boleh redeem point, ada pertandingan, ada kempen and banyak lagilah. Kalau nak tahu kena install okay !







Apa yang best sangat pasal aplikasi The Asian Parent ni ialah, selain dapat tahu info-info kehamilan, experience yang ibu-ibu mengandung hadapi semasa proses bersalin and macam-macam lagilah. Senang cerita semua benda dihujung jari je. Terpulang dekat diri sendiri nak malas ke nak rajin. Hehehe.

Selain daripada tu jugak, ibu bapa yang musykil tentang masalah kesihatan anak-anak ataupun mempunyai soalan2 berkaitan kehamilan, aplikasi The Asian Parent ni ada medical expert dia yang sendiri. So ibu bapa boleh bertanya kan terus soalan kepada medical expert yang datangnya dari Sunway Medical Centre itu sendiri. Hoyeahh senang kan. Tak payah nak guna pakcik Google dah kan.

So kepada sesiapa yang nak download atau muat turun aplikasi The Asian Parent boleh lah download di Playstore untuk Android dan App store untuk pengguna iOS.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website = The Asian Parent
Facebook = The Asian Parent 
Instagram : The Asian Parent 


Ok bye !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...