Monday, January 31, 2011

Kenapa ehh orang yang nama Liyana or Yana or Nana or yang seangkatan dengannya mesti comel-comel ? Korang perasan tak benda ni or aku je yang perasan ?

Assalammualaikum !

Ahhhh ! Meroyan kejap. Semuanya adalah kerana belog yang aku lama gile tak update ni. Tak tau lah kenapa malas bebenor nak update dah sekarang ni. Entah apa lah nak jadi kan. Semangat nak update tuh memang ada tapi bila dah bukak laptop and dah start nak menaip. Dengan secara tiba-tiba aku jadi terkuap-kuap macamlah ngantuk sangat. Tambah-tambah pulak sekarang ni hujan tak berhenti-henti. So memang sedap lah aku melepak ! Nak mandi pun aku rasa takut sangat. Motif ! Nak takut pulak kan.

Ok ok ni aku nak tanya ! Korang perasan tak orang yang namanya Liyana or Nana or apa-apa lah nama dia tapi mesti ada na..na.. jugak, mesti diorang comel kan. Tak comel mesti cantik or gorgeous. Benda ni memang dah lama lah aku perasan and bila aku tanya boipren aku ye ke tidak, mesti dia jawab “ ahh semua orang sama je, bukannya orang yang ada nama Liyana je yang comel”. See see korang tengoklah betapa tak supportive nya boipren aku ni terhadap opinion si girlpren nya ini. Sob sob sedih !

Tapi ini serius ! Sejak dari sekolah aku hidup sampailah sekarang ni. Setiap kali aku jumpa orang yang nama Yana mesti comel nak mampos lah ! Korang tak percaya jugak. Mehh sini aku bagi contoh- contoh orang yang bernama Liyana or Yana or Nana or apa-apa je lah yang sememang nya comel gile, cantik gile and gorgeous gile. Semua nak gile kan ! Ok calon-calonnya adalah :-

fatin liyana4

Yang ni memang tak payah aku kenalkan lagi lah. Sapa yang tak kenal pempuan cantik manis ni, meh sini datang kat aku and kerat jari aku. Gile kau tak kenal. Punyalah popular pempuan ni sampaikan photographer berebut-rebut nak buat photoshoot dengan dia, kau boleh tak kenal ! What the fat ! Kalau orang yang dah lama hidup dengan blogger ni memang kenal sangat dengan Fatin Liyana ni. Lagi-lagi dia orang Nogori Sombilan ! Lagilah den banggo sobab ramai budak yang popular semuo ehh dari nogori den ni ha ! Den yo yang tak popular macam yang lain sobab ehh den pemalu orang ehh. Boleh ? hahaha

liyana jasmay5656

Hah ni pulak calon yang kedua ! Kenapa ehh aku letak Liyana Jasmay lepas Fatin Liyana ? Entah ! Maybe aku rasa Fatin Liyana lagi popular dari Liyana Jasmay ni kot. Apa-apa pun Liyana Jasmay ni memang comel nak mampos lah ! Aku memang suka dengan dia. Lantak koranglah nak cakap apa tapi memang aku dah lama adore Liyana Jasmay ni. Bila aku dengar ramai yang pakat tak minat dia dok bantai cakap dia ni gediklah, tak cantiklah. Memang sangat tidak beradab lah ehh disitu. Kalau dia tak gedik macam mana dia nak popular. Pastuh kalau dia tak lawa macam mana pulak semua magazine kat Malaysia ni mesti pakat nak tampal gambar Liyana Jasmay ni. Haihhhh ! Aku angin betul lah.

166124_1846885733322_1276046289_2674143_5643537_n

Ok calon yang ketiga ialah Liyana Azizan ! Siapa pempuan ni? Artis ke ? Kalau artis kenapa tak pernah nampak pun ! Lah rilekks luu ! Dia ni bukan artis or sapa-sapa lah tapi yang penting dia adalah orang yang paling penting dalam hidup aku. Kiranya bff dunia akhirat lah. Aku kenal dia ni masa dekat sekolah teknik ert dulu. Kitorang punya style kalau gaduh mesti tak bercakap lepas tuh bila salah sorang nak pujuk, selalunya yana ni lah yang pujuk aku, mesti dia akan bagi aku hadiah. Bestkan ! Yana ni memang kalau tangkap gambar, mesti stok stok muncungkan bibir. Aku tak taulah kenapa tapi maybe tuh style dia supaya tak menampakkan pipi dia yang kembung kot ! Hahaha jangan marah wei ! Kitakan bff.

168074_188332897861193_100000534537371_579952_5092589_n

Hah ! Yang ni pulak calon yang keempat. Dia ni pun bukan artis tapi dia adalah salah sorang yang bernama Yana yang memang comel nak mampos. Nama sebenar pempuan ni Farhana tapi aku tak taulah kenapa orang dok panggil-panggil dia Yana sampai aku pun dok melekat panggil dia Yana. Aku kenal Yana ni dekat poli and entah macam mana aku boleh jadi rapat gile dengan dia sebab setiap kali nak start kelas mesti dia nak peluk aku dulu. Katanya ambil feel nak belajar ! Haiyoo pelik betul lah !

Bila aku cakap dekat boipren aku kan yang bunyinya macam ni , “ Kenapa ehh semua yang nama Yana mesti comel-comel?” Boipren aku pun balas “ Mana adalah  ! Kebetulan je semua tuh .” Haiyo0 menyampah betul lah aku cakap dengan dia.

Lepas tuh kalau korang perasan lah, orang yang namanya Yana ni mesti kulitnya putih mulus haluuuussss ! Kan kan betul tak apa yang aku cakap? Ahh lantaklah tapi memang aku nak cakap memang betul sebab mostly orang yang aku jumpa semuanya putih je. Jeles betul aku tau.

 

Oklah aku dah tak tau nak merepek and meraban apa lagi. Thanks ehh korang sebab sudi membaca belog yang tak semenggah ni. Beboiii !

Wednesday, January 26, 2011

Sapa itu Melda Ahmad ? Aku kenal ke?

Assalammualaikum !

Siapa ehh Melda Ahmad? Aku tak pernah dengar pun nama dia. Muka pun aku tak pernah tengok. Tapi sebelum tuh layan dulu ehh lagu ni.

Melda Ahmad-Kimia

Kimia- Melda Ahmad

Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita

Chorus
Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata baby I love you
Kau cairkan hatiku

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu

Ulang Chorus

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu
Kau seru akulah pelangi cintamu

Hah ! Bestkan lagu dia. Lagu ni sebenarnya memang dah lama sangat dah. Since dua tahun lepas kot dia popular lagu ni. Tapi time tuh aku tak tau lagi macam mana rupa penyanyi dia. Just nama je yang aku tau. Sampailah aku tengok benda ni kat tv !

gadis semasa

Gadis Semasa- hari Selasa pada setiap pukul 6 Petang ! Mula-mula aku macam tak layan cerita ni. Yelah pelakon pun ramai yang aku tak kenal. Yang aku dengan bff aku si Sab lagi pulak. Tak habis-habis kutuk watak utama dalam cerita ni. Watak utama dalam cerita ni ialah perempuan and macam ni lah ghoman ehh !

melda-224x300

Setiap kali perempuan ni keluar, tak habis-habis aku dengan Sab kutuk. “ Tak pandai berlakonlah”, “ Asal dia kurus sangat, tak cantiklah ! Tak sesuai jadi Gadis Semasa”, “Kenapa dia tak ambil perempuan yang lagi cantik?”

Hah korang tengok punyalah jahat aku dengan bff aku kutuk perempuan yang jadi watak utama dalam cerita Gadis Semasa ni. Then masa tengah syiokk syiook mengutuk watak perempuan yang diberi nama Imelda Ahmad. Sekali aku dengar lagu yang memang jadi favourite aku satu ketika dulu. Apa lagi kalau tak bukan lagu yang dekat atas tuh kan –Kimia by Melda Ahmad.

Terus aku suruh Sab google siapa sebenarnya Imelda Ahmad and siapa yang nyanyi lagu Kimia. And bila dah dapat jawapan dia, aku dengan bff aku terdiam. Sebab memang betul lah perempuan yang jadi watak utama dalam cerita Gadis Semasa tuh, yang kitorang dok kutuk-kutuk sebenarnya adalah penyanyi asal lagu yang jadi favourite aku and bff aku.

Aku siap cakap dekat Sab “ Kita dok kutuk-kutuk dia punyalah syiook padahal kita minat nak mampos lagu yang dia nyanyi..hahaha”

To Melda Ahmad- Sorilah ehh kutuk-kutuk you setiap kali tengok Gadis Semasa. Apa-apa pun lagu-lagu yang you nyanyi memang superb lah !

melda ahmad

Hot kan dia ! Yang aku taulah kan dia ni umurnya baru 18 tahun. Sebab tuh lah kot dia comel lote jek ! Suara dia pun sweet sweet je bila dengar tau. Memang layan habis lah bila dengar lagu yang dia nyanyi. Dia ni memang top di kalangan mamat-mamat jiwang lah sebab mostly yang download lagu dia, review pasal dia semuanya mamat-mamat yang dalam hati ada taman tau !

melda_ahmad

Hah ! Yang ni aku rasa band dia kot ! Sekarang ni mostly band yang vokalis nya perempuan mesti meletop kan ! Bagi aku lah Melda ni boleh jadi pengganti Ana Rafalli kot ! Aku rasa je lah. Sebab lagu dia memang semuanya sedap-sedap and bila dengar tuh memang layan habis. Sebabnya banyak lagu dia yang related dengan kita punya life.

Oklah sebelum tuh kalau sesiapa yang nak download lagu dia boleh lah klik dekat bawah ni ehh. Aku bagi dua lagu je lah sebab dua lagu ni je yang aku memang suka dengar. Kalau korang nak jugak dengar lagu lain yang dia nyanyi boleh lah cari kat youtube sendiri. Aku malas nak bagi..hahah !

Download lagu :

Tuesday, January 25, 2011

Beshnya tengok gambar Ayu Raudhah dengan Zaquan Adha ni ! Rasa jeles tiba-tiba tapi apakan daya !

Assalammualaikum !

Ahhhh ! Best gile tengok gambar-gambar Zaquan dengan Ayu Raudhah kahwin. Rasa jeles kot sebab dua-dua cantik nak mampos ! Rasa jeles aku semakin membuak-buak bila tengok Zaquan syiook jek dok pegang-pegang and peluk-peluk si Ayu tuh ! Hey what’s going on dude ? Diorang dah kahwin so suka hati depa lah nak dok bantai peluk-peluk and pegang-pegang. Gile aku nak jeles sebab Zaquan buat macam tuh dekat Ayu ! Hei mana adalah, aku taulah depa dah kahwin tapi rasa jeles sebab entah bila aku boleh rasa pakai baju cantik-cantik macam Ayu..sob sob.

180548_502117929356_831134356_5983469_8152945_n

Auuw kau memang cantiklah Ayu ! Nanti ajarkan aku macam mana mekap yang boleh jadi cantik macam kau ni tau ! Kalau korang selalulah baca majalah Mangga kan ( ahh kantoi selalu baca majalah mangga..hahaha) . Korang akan perasan gambar Ayu selalu ada. Nak tau sebab apa ? Sebab body dia memang superb lah. Kiranya perfect untuk seorang perempuan and dia pun memang cantik sangat-sangat. Jangan nak cakap aku lesbian pulak. Aku bukan pengkid ok yang minat perempuan ni. Karang tah ke mana pulak aku nak letak boipren kesayangan aku tuh !

Dulu aku ingat lagi masa Form 5, masa tengah hot cerita Manjalara. Ingat tak cerita pasal apa? Alah cerita yang pasal perempuan tembam jadi kurus tuh. Dalam tuh kan Ayu Raudhah kan berlakon tapi bukan dia lah yang watak perempuan tembam jadi kurus tuh tapi dia jadi watak adik Jehan Miskin dalam cerita tuh. Serius wei dia memang cantik nak mampos lah time tuh. Lagi-lagi dia pakai tudung time tuh. Auwww sweetnya muka dia.

163246_502118209356_831134356_5983475_5244657_n

Memang sangat santekk dan hensem sawwngat iteww Zaquan dengan Ayu ! Hey apahal kau nak tulis ejaan ayat macam budak sekolah baru nak up ! Hehehe saja je lah. Aku suka sangat dengan theme wedding diorang ni sebab warna pink. Aku suke !!
Aku kenal dengan lebih rapat si Zaquan ni pun bila aku selalu teman adik aku dengan boipren aku tengok match yang melibatkan Negeri Sembilan. (Cehhh ayat nak power-kenal dengan lebih rapat-Zaquan kenal pulak kau kan !)

Masa time tuh aku boleh tengok Zaquan dengan secara live tau and memang dia tersangatlah hensem sebab badan dia yang tough dan berketul-ketul tuh sampaikan boipren aku yang dekat sebelah pun aku buat layan tak layan. Lepas tuh aku jumpa pulak dekat restoran mamak dekat dengan rumah aku. Lagilah hensem aku tengok dia walaupun dia makan roti canai macam gelojoh je time tuh. Tapi aku suke !

167321_10150089554689357_831134356_5993209_5521088_n

Time ni Zaquan nampak lagi hensem sebab rambut dia yang tebal semacam tuh. Erkkk ! Asal aku asyik cerita pasal Zaquan je ehh. Maybe sebab dulu aku memang minat dekat Zaquan sangat-sangat kot lepas tuh aku tak kenal Ayu sangat. Tuhlah jadinya.

168038_502118804356_831134356_5983492_3160732_n

Agak-agaknya bila lah Rozita Che Wan nak kahwin kan. Kalau dia kahwin kan aku sure yang dia punya event wedding lagi meletup dari adik dia si Ayu tuh. Yelah mak mana boleh kalah nyah ! Kau dah hado husband hensem. Mak mesti hado gak nyahh !

180086_10150089555074357_831134356_5993225_842905_n

Memang adik beradik si Ayu ni memang semuanya cantik-cantik kan. Yang belah kiri tuh isteri si Lan Pet Pet. Yang belah kanan tuh aku tak kenal pulak tapi aku rasa bukan adik beradik si Ayu ni. Yang aku perasanlah kan, adik beradik Ayu ni semuanya ada pipi yang montok-montok and tegang semacam. Memang cantik lah sebab tak ada kedut-kedut langsung.
Ahhh ! Tiba-tiba rasa nak kahwin pulak. Tak sedar diri lagi tuh, duit spender pun mak yang bagi lagi ada hati nak kahwin. Tunggulah kalau duit nuffnang aku dah banyak bolehlah aku buat belanja kahwin..hehe.

Credit to abang Asmady Ahmad – Kalau nak tengok gambar-gambar yang lagi banyak lagi boleh klik dekat nama abang Asmady tuh. Apa-apa pun abg Asmady punya shot memang superb. Cantiklah teknik dia. Nanti nak kahwin boleh panggil abang Asmady ni..huhu. Berangan lagi tuh !
Oklah bebboiii !

Sunday, January 23, 2011

Tutorial mekap simple untuk keluar dating dengan bff ! Aku pakai webcam laptop je and just tangkap gambar. Aku tak berani nak buat video lagi. Sapalah aku kan !

Assalammualaikum !

Berani tak aku nak buat tutorial mekap ? Berani kan ! Padahal belog aku ni dah lah entah apa-apa. Merepek meraban je setiap masa sampai aku rasa korang pun macam dah nak termuntah hijau je setiap kali baca belog aku kan. Actually aku bukan rancang pun nak buat tutorial pun tapi disebabkan semalam aku nak ber-dating pergi Bandar Melaka dengan bff aku semua, lepas tuh bila mandi terfikir “ Tak salahkan aku buat tutorial mekap?”. So tuh lah yang terciptanya tutorial yang tah apa-apa ni. Up to you all lah nak baca atau tidak.

Sebelum tuh aku nak bagitau lah yang tutorial aku ni memang lain daripada yang lain. Selalunya tutorial orang buat dalam bentuk video kan. Tapi yang aku ni lain sikit. Aku pakai gambar je. Tangkap gambar pun pakai webcam laptop je. So gambar macam tak jelas sangatlah. So mehh sini aku start kan tutorial aku ehh. Muka sedikit buruk sebab lighting nya tak lawa. Yelah da kata pakai webcam kan. Ok ! Let’s get start bebeyh !

Snapshot_20110122_1

Snapshot_20110122_2

Ok macam aku, aku guna Safi Rania Gold untuk base cream aku. Aku tak pakai foundation, concealer bagai sebab muka aku jenis berpeluh. Lepas tuh bila berpeluh mulalah berminyak. So aku pakai Safi Rania Gold yang untuk menegangkan kulit tuh and sebab tuh jugaklah pipi aku tegang and montok semacam..hahaha

Korang calit-calitkan lah cream tuh ehh macam dalam gambar yang atas ni. Cream ni maybe akan buatkan muka kau maca, letak tepung komak. Tapi korang pandai-pandai lah agak kan. Janganlah letak terlampau banyak.

Snapshot_20110122_3

Hah ! kan aku dah cakap macam tepung komak ! Aku ter-over pulak tuh yang jadi macam ni. Then korang tempek kan compact powder lepas dah pakai cream Safi tadi. Compact powder yang aku guna ialah brand Silky Girl nombor 02 (natural). Aku advise kan korang pakailah compact powder ni sebab muka kita memang tak nampak berminyak langsung even ko dah berjemur kat tengah panas.

Snapshot_20110122_5

Snapshot_20110122_6

Lepas tuh korang apply kan kelopak mata dengan tulang kening korang dengan eyeshadow warna putih. Aku pakai eyeshadow MAC je. Tuh pun jenis yang cap pasar malam je. Aku tak mampu nak beli MAC yang original. Sob sob.

Sebab apa aku apply kan dekat kelopak mata dengan tulang kening? Sebabnya untuk nampak mata kita lagi cantik and nampak kening kita macam kena cukur. Hah ! Korang jangan tak tahu tau. Even kita tak cukur kening tapi kita boleh cantikkan kening kita dengan cara macam ni.

Snapshot_20110122_8

Then apply kan eyeshadow warna Gold dekat kelopak mata. Yang ni pun aku pakai eyeshadow MAC jenama pasar malam je. Tapi ok apa warna dia tau. Cantik pun cantik jugak.  Lagi satu pastikan korang apply kan eyeshadow betul-betul dekat kelopak mata korang. Lepas dah apply kan, blend eyeshadow tadi dengan berus kecil untuk nampak kan eyeshadow yang kita pakai tuh smooth.

Snapshot_20110122_10

Snapshot_20110122_11

Then ambil warna dark brown and apply kan dekat garisan hujung kelopak mata. Apply kan jugak dekat tulang kening. Jangan lupa blend kan ok untuk nampak kan eyeshadow korang tuh smooth. Ikut suka korang lah nak apply berapa banyak warna asalkan tak nampak macam opera cina sudah !

Snapshot_20110122_12

Ok ni lah masa yang dinanti-nantikan. Seriusly aku memang suka pakai eyeliner. Tak tau kenapa. Tapi bila pakai eyeliner mata korang akan nampak lagi besar dan besar. Tengok kepada ketebalan eyeliner yang korang apply lah. So hipotesis di sini. Semakin tebal eyeliner korang letak maka semakin besarlah mata korang..hahaha !

Snapshot_20110122_14

Snapshot_20110122_15

Aku pakai eyeliner jenama MAC je. Seriusly aku memang dah lama pakai brand ni sebab brand ni memang sesuailah dengan kulit aku. Ada orang kalau nak apply kan eyeliner, dia akan mula dari tengah kan.  Tapi macam aku tak. Aku lebih prefer start dari hujung mata. Kiranya hujung yang dekat dengan hidung lah. Sebabnya hasil dia akan lebih cantik dan smooth jek. Tapi bagi korang yang tangan still gigil-gigil lagi. So better lah korang start dari tengah. Kalau nak buat macam opera cina, boleh lah lukis dekat hujung mata macam mata aku yang atas ni.

Snapshot_20110122_16

Snapshot_20110122_18

Ok lepas tuh korang apply kan eyeliner putih dekat bawah mata korang. Yang ni pun tujuan dia sama jugak. untuk besarkan mata and nampak mata korang menawan gitu. Aku guna White Eyeliner dari Etude House.

Bila aku masuk Etude House, memang aku tak nak balik sebab dah lah kedai dia warna pink, lepas tuh banyak gile barang mekap. Ahhhh gile aku kalau duduk lama-lama dekat situ..hahaha ! Duit boipren aku pun nipis jek bila aku dah start masuk situ..hahaha.

Snapshot_20110122_20

Ok then korang pakai lah blusher. Blusher yang aku pakai jenamanya Nectar Blush from Silky Girl. Korang apply kan blusher dari hujung tulang pipi sampailah dekat bawah mata. Jangan dekat sangat dengan bawah mata. Jarak dalam 2 jari pun ok jugak lah.

Snapshot_20110122_21

Sori sebab muka aku yang masam nak mampus ni. Ada orang dia akan pakai lip gloss or something yang boleh buatkan bibir diorang wet. Kalau macam aku, aku akan pakai Vaseline sebab dia bagus-bagus sangat-sangat lah. Macam bibir aku, dia memang akan kering sentiasa. So Vaseline ni lah yang jadi peneman setia.

Snapshot_20110122_23

Then apply kan lips gloss warna merah menyala kalau nak feeling-feeling Gwen Steffani. Macam aku tak adalah over nak buat macam Gwen kan. Cukup bibir aku nampak merah sudah lah. Aku guna Lips gloss dari Avon. Rasa dia pun macam manis-manis sikit. Sebab tuh bibir aku selalu tak ada colour. Sebab aku dok hisap-hisap.

Snapshot_20110122_24

Ok last sekali korang semburkan Face Mist dari Etude House. Face mist ni untuk kekalkan mekap korang and nampak muka korang lagi berseri-seri and glowing. Lagi satu bila pakai facemist ni muka aku jadi kurang jerawat and minyak pun kurang. Suka suka.

Ok sekarang inilah hasilnya lepas macam-macam benda aku guna untuk tempek dekat muka aku.

Dalindareen6005

So inilah hasilnya ! Hah.. masa ni baru nampak muka aku sebab lighting cantik je. Ok sebelum tuh aku nak review balik apa yang aku pakai untuk mekap kali ni.

  • Cream Safi Rania Gold
  • Silky Girl 02 Natural Compact Powder
  • Eyeshadow from MAC
  • Gel Eyeliner from MAC
  • White Eyeliner from Etude House
  • Nectar Blush from Silky Girl
  • Vaseline Petrolum jelly
  • Red lips gloss from Avon

Oklah aku dari tadi tak mandi-mandi ni. Aku harap korang tak termuntah hijau dengan tutorial first time aku ni. Yelah saya kan budak baru belajar. Oklah penat dah. Bebboiii !

 

Sesi men – datingkan diri bersama bff lagi ! Terlampau banyak dugaan sampaikan aku pasrah dengan semuanya.

Assalammualaikum!

Kelasss  kan statement aku ! Tapi memang betul wei. Ini serius ! Sebab semalam kan bila nak pergi dari satu destinasi ke satu destinasi ni. Ada je hal yang berlaku. Lagi-lagi bila aku bawak kereta sewa, macam tensionlah sikit sebab yelah kalau dengan kereta kita sendiri, kita rasa best je bawak kan. Tapi bila bawak kereta sewa ni rasa macam keselamatan tak terjamin. Yelah aku bawak tiga anak dara orang. Karang apa-apa hal jadi aku jugak yang jadi mangsa nanti bila accident ke, tangan terkehel ke. Sebab apa aku cakap banyak sangat dugaan masa aku pergi keluar dating dengan bff aku semalam? Kejap lagi aku start bercerita ok !

Ok ceritanya bermula bila bff aku yang namanya Sab ni ajak pergi Mitc, Melaka untuk tengok pasal Jom Masuk U ! Aku on kan je lah daripada boring duduk melangok dekat rumah sewa yang serba kekurangan. Then dah siap-siap semua terus pecut kereta kancil yang kelajuannya hanya boleh 80 km sejam. Memang terkemut-kemut lah aku bawak. Even lori yang bawak pasir dengan kayu balak pun rileks je potong aku. Aku pergi Melaka Sentral je kot sebabnya Sab nak pergi belik tiket untuk balik KL nanti.

Masa on the way nak pergi Melaka Sentral ni, kereta memang ok je lah lagi. Aku bawak pun rasa smooth je walaupun ada bunyi-bunyi macam enjin kereta ni nak tercabut. Syiook je lah aku tangkap gambar dengan bff aku yang lain. What? Kau bawak tangkap gambar sambil bawak kereta Areen ! Kau gile aku nak bawak kereta sambil tangkap gambar ! Kalau korang duduk Melaka korang tau lah kenapa aku boleh senang-lenang tangkap gambar. Alah macam tak tau kan ! Melaka ni memang terlampau banyak traffic light. Belum sempat kau nak masukkan gear empat, dah sampai traffic light yang lagi satu. Lepas tuh, kalau traffic light dia kejap tak apa. Ni tak, sempatlah kau nak pergi setiap kereta lepas tuh tegur semua driver sambil makan keropok Super Ring. Bagus kan Melaka ni !

Then masa ni lah aku tangkap gambar banyak-banyak dengan bff aku Eida dengan Sab. Aku dengan diorang ni lebih kurang je gilanya. So sesi menggedik bersam-sama di dalam kereta memang tak jadi masalah bagi kitorang.

Dalindareen6023

Dalindareen6024

Then bila dah dekat nak sampai Melaka Sentral ni lah merupakan saat-saat genting. Masa aku tengah drive, Eida dengan Sab pelik sebab ada sorang pak cik yang bawak teksi ni tunjuk-tunjuk dekat arah kereta kitorang. Aku dengan budak-budak ni mati-mati ingat penutup untuk tank terbukak. Turun-turun je aku suruh budak-budak ni check kan. Entah macam mana bila aku terpandang dekat arah tayar kereta. Aku terdiam ! Walaweiihh ! Tayar kereta pancit siot. Tapi kenapa bila aku bawak kereta tadi. Ok je rasanya. Nasib baik tayar belakang yang pancit. Kalau tayar depan mahunya aku dengan kawan-kawan aku eksiden. Nauzubillah !

Nasib baiklah owner kereta yang kitorang sewa ni baik nak datang Melaka Sentral tolong tukarkan tayar. Yelah aku mana reti nak tukar tayar. Aku reti bawak je !

Dalindareen6025

To owner kereta- Terima kasihlah banyak-banyak sebab tolong tukarkan tayar time panas-panas terik ni. Nanti saya sewa kereta abang banyak-banyak ok ! Then bila dah selesai semua, aku teruskan perjalanan pergi Muar pulak sebab nak ambil boipren si Sab ni. Nasib baik boipren kawan aku tau ! Teror kan aku. Dari Melaka Sentral pergi pulak Muar. Sapa yang sanggup kan. Masa tengah drive ni, memang aku risau nak mampos sebab owner yang tukar tayar kereta sewa tadi cakap, bawak kereta ni ikut kelajuan yang highway bagi sebab tayar spare macam tak safety sangat. Aku tawakal je lah.

Jemput-jemput je terus berdessup aku pergi Mitc pulak. Sampai dalam pukul 4 macam tuh ! Naik lenguh jugaklah kaki aku sebab bantai tekan minyak, brek dengan clutch. Tapi takpe aku tak kisah pun. Aku kan superwoman ! Cehhh !

Sampai-sampai je dekat MITC, terus lah aku pergi dekat booth pameran Jom Masuk U ! Yang kelakar nya. Nak pergi MITC punyalah lambat nak sampai tapi duduk dalam MITC tak sampai pun 1 jam. Boring gila lah ! Tapi best sebab dapat banyak paper bag. Bolehlah aku feeling-feeling baru balik dari shopping kan..huhu !

Dalindareen6036

Hah ! Banyak kan paper bag yang aku dapat. Yang kelakar nya bila pergi pameran Jom Masuk U ! ni, semua orang dekat sana ingat aku dengan bff aku yang lain budak sekolah. Apa orang kata? Budak lepasan SPM. Gile ehh ? Aku punya lah vogue dok bantai belit-belit shawl, tapi dorang cakap kitorang budak sekolah.

Dah boring duduk dekat MITC tuh, aku terus pecut kereta Kancil yang hanya boleh kelajuan maksima dia 80 km sejam tuh pergi Mahkota Parade pulak sebab boipren Sab nak makan. Aku ikutkan je. Dah sampai Mahkota Parade, laju je aku dengan Eida pergi Mcd. Nak beli prosperity bagai !

Dalindareen6038

Sorilah aku tak sempat nak tunjuk kelazatan prosperity burger tuh sebab aku dengan Eida dah baham semua tuh. Sab yang tengah on diet tuh pun baham jugak Curl Fries tuh..hahaha.

Dah kenyang bagai, Sab decide nak pergi Jonker Walk. Sampai-sampai je dekat sana, aku dengan Eida decide malas nak masuk Jonker Walk. Aku memang awal-awal dah malas sebab kaki aku sakit. Tapi sakit-sakit pun sempatlah jugak aku jadi photographer si Eida. And yang paling best aku dengan Eida naik beca. Jangan gelakkan aku ok ! Memang dah 3 tahun aku duduk Melaka. Tapi aku memang tak pernah naik beca secara serius. Wah boleh statement macam tuh? So apalagi ! Beca..here we come !!

Dalindareen6053

Sori gambar memang blur nak mampos sebab lampu lip lap lip lap tuh buatkan gambar jadi kabur nak mampus. Sorilah ehh abang beca sebab gambar kau tak nampak. Yang kelakar nya bila naik beca ni kan, abang tuh cerita pasal semua benda-benda yang ada dekat Melaka ni. Aku dengan Eida gelak-gelak kan je sebab macam lah kitorang baru sampai Melaka kan. Agaknya abang tuh bengang kot kitorang gelak-gelak kan dia, terus dia stop cerita pasal sejarah Melaka Parameswara bagai..hahaha.

Dalindareen6067

Korang kenal tak buah apa ni? Aku pun mula-mula tak kenal pon buah ni sampailah abang beca kitorang tuh siap panjat pokok and basuh kan buah ni. Ok mehh sini aku kenalkan. Nama buah ini adalah Buah Melaka. Abang beca tuh sengal nak mampos. Yelah dia cakap kat kitorang buah ni rasa manis. Alih-alih masa makan, gile pahit nak mampos ! Tapi apa-apa pun terima kasih lah ehh abang beca sebab sanggup panjat pokok semata-mata nak dapat kan Buah Melaka ni.

Dalindareen6068

Hah ! Ni lah abang beca yang aku dok sebut-sebut tadi. Korang kalau nak naik beca silalah naik dengan abang ni. Sebab dia memang baik nak mampos. To abang beca- walaupun kau tak hensem tapi kau memang terbaik lah layan kerenah kitorang. Kesian kat abang beca sebab kena bawak kitorang yang berat ni..hahaha !

Dah penat gelak dengan bff aku semua. Kitorang decide nak baliklah. Tapi kena hantar boipren Sab dekat Muar dulu lah. Masa on the way nak pergi Muar ni memang menguji kesabaran betul. Boleh minyak kereta habis. Nasib baik stesyen minyak ada. Kalau tak memang tidur tepi jalan lah jawab nya.

Memang terlampau banyak dugaan bila keluar dengan bff aku time ni. Tapi apa-apa pun dugaan. Takda pulak aku dengan bff aku melalak tepi jalan kan. Semua nya boleh gelak-gelak lagi. Aku memang sayang korang lah. Bestfriend Forever yeah Babe !

Oklah penat dah aku taip panjang kebar pasal dugaan yang aku dapat selama satu hari keluar.

Bebboiii !

 

Thursday, January 20, 2011

Aku dah tukar header blog ! So aku nak korang bagi komen ok ke tak header aku yang baru ni? Please !!

Assalammualaikum !

Haiyoo ! Kemain rajin aku update blog hari ni. Semuanya sebab otak aku yang dah meong-meong study untuk test esok. Study pulak Cost Control, bab yang kena menghafal and kira-kira. Boleh dikatakan aku memang slow gila kalau bab kira-kira ni. Start dari sekolah lagi aku dah memang slow bab kira-kira ni. Kalau hafal boleh lah. Tapi aku pelik kenapa time exam kat sekolah dulu bab Math aku dapat A yang Sejarah pulak aku dapat B. Pelik-pelik.

Hehehe ! Sengih-sengih kejap sebab kalau korang perasan header belog aku dah bertukar. Thanks dekat kawan blogger aku Ezan yang tolong buatkan header yang comel ni. Rasa macam sedih pulak nak tukar header yang lama kepada yang baru. Sebab header yang lama lah, dekat fb aku tak habis-habis kena panggil Areen Tembam by member blogger aku.

Mehh sini aku nak tunjuk header aku yang lama. Sob sob sedihnya. Dahlah semenjak dua menjak ni asyik selesema dengan batuk. Kejap ! Bagi aku sedut hingus aku jap. Srreetttt ! Ahhh puasnya sedut. Haiyo0 apasal tak senonoh sangat kau ni Areen !

Untitled

Auwww sedihnya aku tengok ! Rasa macam nak peluk-peluk supaya dia tak ter-remove dari header aku yang lama. Tapi tak boleh sebab ada kawan aku cakap. Header yang simple lagi menarik perhatian follower. So aku tukarkan lah dengan header yang baru. Aku tak taulah ok ke tak header aku yang baru ni. Sesuai ke tak dengan blog aku ? Mehh sini tengok header aku yang baru.

areen1

Nice kan kawan blogger aku buatkan. Bagi aku oklah comel jek dengan warna pink favourite aku. Tapi tak taulah kan pandangan korang. Aku saja kekalkan Areen Tembam sebab semua member blogger aku dah kenal aku dengan nama Areen Tembam..huhu.

So dekat sini aku nak tanya komen koranglah. Sesuai ke tak header blog aku ni. Manalah tau tak sesuai kan. Nanti aku boleh tukar dengan yang lain. Sekarang ni pon aku tengah bertungkus-lumus belajar Adobe Photoshop. Tak ada cikgu pun yang ajar aku tapi aku belajar sikit-sikitlah dari blogger-blogger yang buat tutorial pasal Adobe Photoshop ni.

So sila-silalah beri pendapat anda-anda semua pasal header aku yang baru ni. Lepas tuh bagilah pandangan korang jugak pasal apa yang tak sesuai dekat belog aku yang tak semenggah ni. Bagitau apa yang patut letak and apa yang tak patut aku letak. Boleh ehh ? Peluk cium untuk korang semua ! Ekk motif !!!

Bebboiii !

Saya Pelajar Politeknik Merlimau, Melaka. Saya suka belajar dekat sini sebab ramai lelaki ensem. Ramai ke ?

Assalammualaikum !
Aduhai syahdunya bila hari ni tak ada kelas so boleh bangun lewat dengan sesuka hati nya. Bila dah terbangun ni barulah kelam kabut sebab rasa lapar and nasib baik lah ada bff saya yang tolong re-heat balik nasi goreng dua hari lepas. Gile tak gile kan pemalas nak mampos. Mampu re-heat jek. Masaknya malas. Then masa tengah blogwalking aku nampaklah entry dekat Blog Pilihan Malaysia pasal Sahabat Blogger-Pelajar Politeknik. So dengan semangatnya aku nak join lah dari tak ada benda aku nak buat dekat rumah sewa ni even banyak assignment nak kena submit. So mari kita mulakan !! Let’s go bebeyh !

Anda belajar di mana?
Ohh kalau nak tau aku adalah salah seorang student yang belajar kat Politeknik Merlimau, Melaka. Nak katakan poli aku ni kiranya dekat kawasan kampung lah jugak. Satu jam dari Bandar Melaka. What ! korang gelakkan aku ehh ! Hello, bukan ke mostly tempat belajar kita-kira semua memang dekat ceruk-ceruk kampung or pedalaman. So jangan nak gelakkan aku ok ! Nak katakan poli aku ni kira top jugaklah dekat Melaka ni sebab apa-apa event mesti nak buat dekat poli aku. Macam Sukma dulu, semua atlet duduk kat poli aku tau. Jadi tuan rumah lagi. Kau jangan main-main ok !

DSC_0019

Hah ! Ni lah tempat di mana aku belajar. Tempat di mana aku kenal dunia yang penuh pancaroba. Chewah ! Dekat poli ni aku ambil kursus Diploma Pengurusan Hotel and Katering. Memang boleh dikatakan kalau sapa-sapa yang badannya kurus keding bolehlah masuk poli aku and ambil kos aku ni sebab bila kau dah masuk kos aku ni dengan secara automatiknya kau akan jadi tembam ! Samalah macam aku. Sejak masuk poli ni badan aku macam di pam-pam. And poli aku memang korang akan nampak dulu bila dah masuk Merlimau. So tak payah lah kau buat-buat taknak jalan depan poli aku kan. Memang akan jumpa punya poli aku. Percayalah !

Politeknik Merlimau 05

So disini lah tempat aku selalu lepak-lepak bila kelas cancel or ada apa-apa event. Kalau dekat universiti orang akan panggil fakulti kan. Berbeza dengan poli, fakulti kitorang akan digantikan dengan Jabatan. So dekat poli ni aku belajar dekat Jabatan Hospitaliti lah. Ada banyak lagi jabatan-jabatan lain tapi malaslah aku nak cerita. Kan ni belog pasal aku so aku cerita pasal aku je lah kan.
Tempoh aku belajar dekat poli ni ialah 3 tahun and aku masuk masa sesi Julai 2008 and now aku dah nak habis belajar dah. Kiranya tahun ni lah aku habis belajar. Babai politeknik ku yang tercinta..sob..sob !

Gambar bersama rakan sekelas anda ?

Nak katakan sepanjang tiga tahun aku belajar dekat sini memang terlampau banyaklah gambar-gambar aku dengan member-member aku. So dengan rajin nya mehh sini aku tempek gambar aku dengan member-member aku start dari sem 1 sampailah aku sem 6 sekarang ni ha ! Sila jangan gelakkan muka aku yang tak semenggah ni ! Kalau nak gelak pun silalah gelak secara diam-diam. Jangan sampai aku tau. Now I presenting you the old version of Areen tembam ! until the new of Areen Tembam !. Tah apa-apa tah nak bagi announcement macam tuh !

Käý_çhümìll051



Hah ! Ni masa aku sem 1. Aku saja letak gambar aku yang jauh-jauh. Nanti tak ada lah korang nak guling-guling gelakkan aku kan. Masa ni sem 1 semua wajib kena duduk asrama. Aku ni manalah suka duduk asrama kan so nak taknak kena lah jugak duduk asrama. Masa ni boleh dikatakan life aku hanya dengan kawan-kawan bilik aku and asrama yang lain. Tak ada masalah nak couple-couple ni. Cehh !

DSC00141

Saja je aku letak gambar aku time sem 2 ni dekat-dekat. Nanti boleh lah korang gelak-gelakkan aku sambil makan popcorn kan. This time memang perangai masing-masing macam budak-budak. Yelah memang budak-budaklah kan sebab baru 19 tahun. Then budak-budak mana suka ceramah kan so terhasil lah gambar aku yang ghoman ehh macam ustazah dah. Gile aku nak keluar then lipat tudung macam ni ghoman ehh. Memang buang tebiat lah.

Image2670

Hah ! Time sem 3 ni lah muka aku dah berubah lah sikit-sikit. Bukan buat plastic surgery or cucuk botox ke hape. Tapi time ni kira dah expert sikitlah bab mekap. Kira kalau muka bangun tidur aku boleh lah ubah kepada muka yang dah mandi. Muahahaha ! Tapi bagi aku sem 3 yang paling best sebab kelas aku ada arrange satu event yang dinamakan Poli Idol then lecturer memang puas hati sangat dengan arrangement event kitorang. Kembang jap ! Ok dah kecut balik dah ! Masa ni wajib tau semua pakai baju P.Ramlee and saloma sebab dah kata temanya begitu. So kenalah ikut rules !

14032010591

Masa sem 4 ni lah paling sedih sebab aku dengan kawan-kawan aku kena praktikal. Tempat pun berbeza-beza so nak jumpa selalu pun memang lah tersangat susah. Then praktikal pulak 6 bulan. Haiy0o memang seksalah aku rasa. Masa time ni badan aku memang dah naik sangat-sangat dah. Yelah dah kata praktikal dekat hotel kan so makan je lah kerjanya.

Dalindareen2746

Sem 5 memang best lah sebab masing-masing baru habis praktikal kan so kira macam lepas rindulah jugak. Dapat duit ptptn je. Masing-masing macam tak ingat dunia berjoli.

Dalindareen5880

And now sem 6 kira sem yang terakhir. Tak lama lagi masing-masing akan bawak haluan masing-masing. Dah tak da nak jalan sama-sama, nangis sama-sama macam, gelak sama-sama macam sekarang. Nanti aku maybe akan further study dekat universiti pulak and akan jumpa ramai kawan lagi. So kawan-kawan dekat poli akan jadi kenangan yang paling best bagi aku. Sob sob sedihnya.

Pengalaman pahit dan manis anda di Politeknik ?

Kenangan paling manis maybe sebab aku dapat ramai kawan kot. Then bila aku dapat kenal boipren aku yang aku kenal dari sem 1 sampai lah sekarang. Ingatkan dulu konon-konon taknak bercinta sampai kerja nanti. Tapi bohong semua tuh ! Alih-alih aku terima jugak lelaki yang ngurat aku time sem 1 dulu. Sekarang dah jadi boipren aku forever ever after kot ! Insyaallah.

Dalindareen5684

Pengalaman pahit pulak bila aku gaduh dengan kawan-kawan rapat aku. Then semua dah berbaik dah sekarang. Kitorang pun happy je menjalankan tugas sebagai kawan-kawan yang rapat.
Oklah aku dah penat dah merepek dari tadi. Aku harap aku akan dapat habiskan sisa-sisa hidup aku dekat poli yang tercinta ni. Oklah bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...