Wednesday, January 26, 2011

Sapa itu Melda Ahmad ? Aku kenal ke?

Assalammualaikum !

Siapa ehh Melda Ahmad? Aku tak pernah dengar pun nama dia. Muka pun aku tak pernah tengok. Tapi sebelum tuh layan dulu ehh lagu ni.

Melda Ahmad-Kimia

Kimia- Melda Ahmad

Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita

Chorus
Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata baby I love you
Kau cairkan hatiku

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu

Ulang Chorus

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu
Kau seru akulah pelangi cintamu

Hah ! Bestkan lagu dia. Lagu ni sebenarnya memang dah lama sangat dah. Since dua tahun lepas kot dia popular lagu ni. Tapi time tuh aku tak tau lagi macam mana rupa penyanyi dia. Just nama je yang aku tau. Sampailah aku tengok benda ni kat tv !

gadis semasa

Gadis Semasa- hari Selasa pada setiap pukul 6 Petang ! Mula-mula aku macam tak layan cerita ni. Yelah pelakon pun ramai yang aku tak kenal. Yang aku dengan bff aku si Sab lagi pulak. Tak habis-habis kutuk watak utama dalam cerita ni. Watak utama dalam cerita ni ialah perempuan and macam ni lah ghoman ehh !

melda-224x300

Setiap kali perempuan ni keluar, tak habis-habis aku dengan Sab kutuk. “ Tak pandai berlakonlah”, “ Asal dia kurus sangat, tak cantiklah ! Tak sesuai jadi Gadis Semasa”, “Kenapa dia tak ambil perempuan yang lagi cantik?”

Hah korang tengok punyalah jahat aku dengan bff aku kutuk perempuan yang jadi watak utama dalam cerita Gadis Semasa ni. Then masa tengah syiokk syiook mengutuk watak perempuan yang diberi nama Imelda Ahmad. Sekali aku dengar lagu yang memang jadi favourite aku satu ketika dulu. Apa lagi kalau tak bukan lagu yang dekat atas tuh kan –Kimia by Melda Ahmad.

Terus aku suruh Sab google siapa sebenarnya Imelda Ahmad and siapa yang nyanyi lagu Kimia. And bila dah dapat jawapan dia, aku dengan bff aku terdiam. Sebab memang betul lah perempuan yang jadi watak utama dalam cerita Gadis Semasa tuh, yang kitorang dok kutuk-kutuk sebenarnya adalah penyanyi asal lagu yang jadi favourite aku and bff aku.

Aku siap cakap dekat Sab “ Kita dok kutuk-kutuk dia punyalah syiook padahal kita minat nak mampos lagu yang dia nyanyi..hahaha”

To Melda Ahmad- Sorilah ehh kutuk-kutuk you setiap kali tengok Gadis Semasa. Apa-apa pun lagu-lagu yang you nyanyi memang superb lah !

melda ahmad

Hot kan dia ! Yang aku taulah kan dia ni umurnya baru 18 tahun. Sebab tuh lah kot dia comel lote jek ! Suara dia pun sweet sweet je bila dengar tau. Memang layan habis lah bila dengar lagu yang dia nyanyi. Dia ni memang top di kalangan mamat-mamat jiwang lah sebab mostly yang download lagu dia, review pasal dia semuanya mamat-mamat yang dalam hati ada taman tau !

melda_ahmad

Hah ! Yang ni aku rasa band dia kot ! Sekarang ni mostly band yang vokalis nya perempuan mesti meletop kan ! Bagi aku lah Melda ni boleh jadi pengganti Ana Rafalli kot ! Aku rasa je lah. Sebab lagu dia memang semuanya sedap-sedap and bila dengar tuh memang layan habis. Sebabnya banyak lagu dia yang related dengan kita punya life.

Oklah sebelum tuh kalau sesiapa yang nak download lagu dia boleh lah klik dekat bawah ni ehh. Aku bagi dua lagu je lah sebab dua lagu ni je yang aku memang suka dengar. Kalau korang nak jugak dengar lagu lain yang dia nyanyi boleh lah cari kat youtube sendiri. Aku malas nak bagi..hahah !

Download lagu :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...