Assalammualaikum !
Semalam entah apa mimpi bergayut dengan besfren sampai berjam-jam lamanya. Rasanya dah lama dah tak bergayut macam tuh. Kalau ada pun, dah lama dah musim tuh berlalu. Tuh pun masa diploma dulu, baru-baru kenal lah katakan. So memang tak sah kalau tiap-tiap malam kena call even just to say good night. Rasanya dah berjela-jela mesej time siang tuh, tapi bila tiba malam, mesti nak dengar suara jugak. Rindu katanya. Konon ! But then bila sekarang dah kerja and masing-masing pun dah tak ada masa untuk diri sendiri and of course nak spend time together. Budaya calling malam-malam dah memang tak ada dah dalam kamus hidup. Terhapus terus dah.
So lepas di kira-kira, ditambah and bahagi terus, aku terus decide nak pergi Bukit Tinggi, Pahang. Lepas dah bermacam-macam blog aku baca pasal Berjaya Hills yang ada dekat Bukit Tinggi ni. So terus aku pujuk-pujuk besfren aku pergi dekat situ.
Boleh dikatakan, perjalanan dari Seremban ambil masa around 3 jam jugaklah. Memang rasa boring yang teramat. Ditambah pulak dengan jammed yang berjela-jela. Sebenarnya aku lupa yang hari ni semua orang nak balik KL. Yelah cuti dah habis kan. So aku memang sengaja tempah maut lah kan. Nak tak nak redah je lah. Dah separuh jalan dah pun. Aku bertolak dari Seremban dalam pukul 1.30 macam tuh, then sampai dekat Bukit Tinggi betul-betul pukul 3 petang. Even dah petang tapi suhu dekat Berjaya Hills ni still sejuk lagi. Suka suka !
Lupa nak cakap yang adik kesayangan aku pun ikut sekali ! Saja nak suruh dia ikut. Sambil-sambil tuh boleh ambil gambar kitorang berdua. Hehehe ! Time ni memang sejuk lagilah, tiket pun oklah, tak adalah mahal sangat pun. RM12 / adult and RM8 / children below 12. Ok jugak kan ! Time ni pun tak adalah ramai sangat orang, maybe sebab masing-masing dah habis cuti kot. So seperti gambar di atas, destinasi pertama yang di tuju ialah The Chateu.
Abang dan adik kesayangan bersama kuda-kudanya. Bagi akulah kan, tempat ni sebijik macam castle yang dalam cerita Shrek tuh tau. Memang cantik sangat-sangat. Kalau kau memang gila bergambar, tempat ni adalah tempat yang wajib kau datang. Masa ni jugaklah kau akan jumpa macam-macam jenis photographer. Dari jenis yang bertauliah and juga yang tak bertauliah macam aku. Macam-macam ghupe ok !
Konon-kononnya pokok sakura lah kan. Padahal dekat Jusco boleh je tangkap gambar dengan bunga sakura ni. Tempat ni more to Perancis town look like lah. Orang-orang yang menyanyi dekat situ pon semuanya nyanyi ala-ala lagu Perancis or Sepanyol gitu. So feeling untuk mejadi orang Perancis or Sepanyol time tuh tersangatlah mendalam and tiba-tiba je makanan favourite kau time tuh Pizza astalavista. Ehh?
Cantik kan ! Masa datang sini tak ramai pun orang Melayu yang ada. Yang ramai orang Arab dengan Korea je. Betul-betul rasa macam ada dekat tempat orang lain.
Saja je gatal-gatal nak tangkap gambar dekat restaurant ni. Sebabnya kan, aku rasa tempat ni macam scene dalam movie Dil To Pagal Hai. Yang masa Madhuri Dixit dengan Akshay Kumar tuh. Ingat tak ? Padahal kedai ni, kedai jual roti je pon.
Waaaa cantiknya ! Macam dekat oversea kan. Nak pergi oversea dalam masa terdekat ni memang mimpilah kan. So untuk menyedapkan hati, pergi tempat ala-ala oversea dalam negara pun dah cukup dah. Even tanglung tuh aku rasa dah macam serabut and jadi rojak tempat ni, tapi aku tak kisah pun !
Dekat bawah caste tuh pulak ada dia letakkan tempat Swan yang cantik tuh. Dah memang macam dalam cerita dongeng dah aku rasa.
Time ni pergi Japanes Garden. Kalau rasa-rasa nak try pakai kimono. Trylah. Just RM 20/ adult. Aku rasa macam tak berbaloi lah pulak. Besfren aku berkali-kali suruh aku try. Tapi tak nak lah. Mahal sangat aku rasa.
Japanese village from outside. Time ni memang ramailah yang dok tangkap gambar. So aku yang sememang nya dah penat nak mampos, terus tak ada mood nak snap gambar. Hanya mampu snap dari jauh je. Membazir betul kan !
Ingatkan nak pergi melawat rumah terbalik dengan Horse Tail tapi malangnya dah tutup pulak. Maybe dah pukul 6 kot. So semuanya dah tutup. Tapi apa-apa pun tempat ni memang best untuk bergambar. peringatan, untuk bergambar ok. Kalau korang rasa nak enjoy-enjoy main game, tempat ni memang tak ada game-game ni semua. Better korang pergi Genting Highland. Sebelah menyebelah je pun. Huhuhu ! Oklah mahu tidur. Esok dah kena kerja.
Bebboii !
Assalammualaikum.