Assalammualaikum !
Rasa best gile minggu ni sebab hujan je sepanjang masa. Tambah-tambah minggu ni cuti sampai hari Isnin. So memang melepak atas katil je lah kerja aku. Tapi yang tak bestnya, esok dah kerja balik. Nak cuti lama-lama boleh tak? Malas lah nak pergi kerja !
So kita stop cerita pasal kerja. Sekarang ni tak tahulah kenapa, mood aku nak main-main mekap macam time poli dulu membuak-buak balik. Rasa macam nak mekap setiap hari je. Tapi time nak keluar shopping and dating je lah. Untuk pergi office, memang tak adalah kan aku nak mekap-mekap ni. Nanti sembahyang kena cuci balik. And yang paling penting, tak ada sesiapa pun nak pandang aku masa kat office tuh. Huhuhu !
Disebabkan boring yang teramat, aku pergilah dekat rumah cousin tersayang aku ni. Alah belakang rumah je kot. Husband dia pun tak ada, so memang bermaharajalela lah aku dekat rumah dia. Tambah-tambah aku dengan cousin aku ni sebaya, so memang berubahlah perangai cousin aku ni dari menjadi bini orang ke perangai budak-budak balik. Huhuhu ! Disebabkan boring punya pasal lah jugak. Aku request nak conteng-conteng muka dia. Kesian kau farah !
Ni muka farah si cousin aku ni sebelum di make over kan oleh aku. Muka Farah ni memang ala-ala anak mami sikit. Nanti dah dapat anak mesti muka macam Shahid Kapoor. Hidung pun memang mancung habis. Sesuai lah dengan husband dia yang malu-malu kucing tuh. Jom tengok muka dia lepas kena conteng dengan aku.
Jeng..
Jeng..
Jeng..
Jeng..
jeng..
Jeng..
Tadaaaa !
See see aku dah cakap, kalau bab conteng muka orang memang aku pandai. Dulu ada jugak orang suruh aku mekap kan untuk tunang. Tapi memang aku tolak lah kan. Gile nak ambil risiko. Kalau setakat nak mekap pergi supermarket bolehlah aku buat. Ni tak, disuruhnya aku mekap untuk tunang. Memang tak lah kan ! Karang tak cantik, aku jugak yang dipersalahkan.
Lepas je aku mekap Farah malam tuh, memang kitorang terus tidur. Farah pulak tidur dengan mekap yang still ada dekat muka. Sedar-sedar je esoknya tuh, dah pukul 10 pagi. Terkejut beruk si Farah ni. Yelah semenjak dia dah kahwin ni, paling lambat pun pukul 6.30 pagi dia akan bangun. Kesian farah. Sorilah, sebab ter follow time aku bangun tidur. Huhuhu ! Oklah aku rasa dah makin jauh aku melalut ni. Malas nak cakap panang-panjang lagi.
Bebboii !