Sunday, November 28, 2010

First time pergi i-city ! Selama ni tengok dari jauh je. Aku tau korang dah pergi..so jangan gelakkan aku !

Assalammualaikum!

Lama wei aku tak dok meng-hupdate blog yang tak semenggah ni ! Bukanlah aku sengaja taknak update tapi disebabkan aku yang busy dengan agenda cuti-cuti Malaysia aku, so aku dengan rasminya meninggalkan dunia blog buat sementara waktu. Sekarang pun sebenarnya aku tak ada idea nak tulis apa so entry ni akan sedikit merepek and tersasar dari jalan yang benar. Korang nak tau ! Masa aku tak update ni kan ada jugalah kawan aku dekat facebook dok bagi mesej kat aku. Tanya aku dekat mana, kenapa tak update blog sebab dia nak baca. Wahh ! serius aku gile terharu. Blog aku yang cikai-cikai macam ni pun ada jugak orang nak baca kan.

Oklah aku nak cerita time aku hoyay-hoyay dekat i-city hari tuh. Seriously tempat dia memang cantik nak mampos ! Aku memang suka lah. Tempat ni memang orang datang semata-mata sebab nak ambil gambar je. Masa aku pergi ni hari Jumaat, malam pulak tuh, lagilah kan orang semua sibuk nak datang jugak. Wei kenapa korang tak duduk rumah and biarkan aku sorang-sorang kat sini hah ! O0ps emosi terlebih pulak, tapi memang aku geram lah, setiap kali aku nak tangkap gambar je, mesti ada jugak orang datang tempat yang aku nak tangkap gambar tuh. So berasak-asaklah dekat situ sampai basah lencun dah ketiak aku. Tu tak masuk lagi basah dekat tempat-tempat lain kan..hahaha ! so dalam entry ni memang penuh dengan gambar jelah aku letak.

Dalindareen5258

Sedikit macam wahh! cantiknya..jakun lah kiranya sebab nampak lampu yang cantik and warna warni kan. Mak aku tak habis-habis cakap.

“Alah. setakat pokok plastik macam ni, mak pun boleh buat, nanti kita buat dekat rumah eyh !”

Hahaha..gile tak gile nak buat macam ni dekat rumah. Nanti orang ingat i-city dah pindah dekat Seremban kang..naya aku ! Dekat rumah aku pulak tuh, tak berpeluh pulak ketiak kau nak layan tetamu kan..hahaha.

Dalindareen5266

Adik aku ni memang suka sangat menyibuk bila time aku nak tangkap gambar. Bila orang lain tangkap gambar tak ada pulak dia nak menyibuk sampaikan sebab aku geram sangat, aku jerit dekat dia. Adikkk !! bagi kak long tangkap gambar sorang-sorang boleh tak. Huh ! ko bayangkan lah betapa emosi tak emosi aku..hahahah !

Dalindareen5267

Hahh ! Disebabkan aku dah memekik dekat adik aku tadi, muka dia bengang semacam je dekat aku. Hahahaha..padanlah dengan muka. Suka bebenau nak sibuk bila aku tengah feeling-feeling dekat oversea ni.

Dalindareen5270

See..see memang adik aku tak makan dek saman ! Ada je dekat mana-mana yang aku ada. Mesti nak tangkap gambar dengan aku. Korang jangan nak kutuk aku pulak. aku memang gemuk pendek. Tuh sebab aku suka pakai selipar tebal-tebal or wedges. Ouupps ..kantoi pulak !

Dalindareen5271

Huhu..adik aku merajuk dengan aku ! Lantaklah malas nak layan. Kejam kan aku tak nak layan adik aku tuh. Tengok..tengok cantik kan i-city ni. Kalau pergi dengan boipren aku lagi best kan. Boleh tangkap gambar ala-ala honeymoon. Wahh ! mampus aku kalau mak aku baca blog aku ni.

Dalindareen5275

Hah ! Yang ni pun mak aku cakap dekat aku yang dia nak buat sejibik macam ni dekat rumah. Buatlah mak selagi boleh. Aku kalau protes kang macam-macam dia perli aku balik. Kata aku pemalaslah. Dah memang aku pemalas kan, nak buat macam mana ! Emosi lagi.

Dalindareen5277

Memang habis basah lenjun ketiak aku ni sebab seriusly memang tempat ni panas sangat. Even masa aku pergi ni hujan renyai-renyai tapi still panas jugak.

Dalindareen5278

See..see hujan telah membuatkan tempat dekat i-city tuh berlecak. Disebabkan itu juga kaki aku kotor nak mampos ! Berpasir-pasir kaki aku ni tambah pulak dengan melekit-lekit lagi. Euuwww !

Dalindareen5280

Adik aku si Imran ni memang moody nak mampos lah. Tak habis-habis kata tempat ni tak best. Memang tak best pun aku rasa just cantik je lah. Yelah aku ingatkan ada tempat boleh main-main ke or kita boleh lakukan aktiviti yang lagi berfaedah selain bergambo tapi tak ada pun.

Dalindareen5282

Hehe adik dah tak merajuk dengan aku dah. Masa ni masuk dekat tempat yang sejuk sikit. Tapi tak ada lah sejuk sangat. Sebab orang dah ramai kan.

Dalindareen5283

Ha ! yang ni pulak tempat jual benda yang berlampu-lampulah. tempat dahlah kecik, harga mahal pulak tuh. Aku fikir aku nak beli lah apa-apa yang cantik tapi terus hilang mood aku sebab ramai sangat orang. Adik aku jelah beli permainan yang macam gasing tuh then bila dia berpusing dia keluar lampu warna warni. Cantik !

Best memang best pergi sini. Yelah aku dengan family aku pun dah lama tak pergi jalan-jalan semanjak ayah aku sakit. Tapi yang aku tak puas hati lah, korang bayangkanlah aku beli air 100 plus botol kecik, harga dia RM 3.50. Mahal tak mahal harga dia. Boleh dapat air 100 plus sebotol besar tau tak! Mak aku boleh relaks je cakap,  alah biasalah tu orang nak cari untung. Watever lah mak ! Yang penting bukan duit aku pun aku pakai..hehehe. Oklah aku nak pergi ronggeng-ronggeng jap. Bebboiiii.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...