Showing posts with label Wedding preparation. Show all posts
Showing posts with label Wedding preparation. Show all posts

Saturday, April 11, 2015

Eh dah nak kahwin ke aku ?

Assalammualaikum.

Semalam pergi butik yang aku dengan Sham tempah pakej pelamin and baju pengantin untuk wedding kitorang nanti. Bulan berapa wedding? Alah nanti lah aku bagitahu ye. Nanti dah dekat-dekat tarikh tu aku jemput korang dekat blog ye. Aku siap bagi kad nanti. Mihmihmih. Benda belum nak jadi lagi, so memang takut nak cakap apa-apa. Tujuan asal kitorang datang butik pengantin tu sebab akak and abang butik tu nak ambil ukuran badan aku dengan Sham. So memang pasrah je lah kena ukur semalam. Yelah tak kurus-kurus lagi kan. Bila dah buat ukuran semua angka tu mesti besar gedabak. Muahahaha Gemuk is awesome. Ehh tetiba pulak kan.

Masa tengah ukur-ukur tu, akak butik tu tanya, Azreen ada diet tak ni ? Aku pun cakap je lah, ada kak, tengah diet lah ni. Hahahaha tipu sunat. Padahal kan, petang tadi baru je sumbat donut cheese dalam perut. Lepas tu akak tu cakap, kena diet tau sayang, baru cantik pakai baju pengantin nanti. Haaa masa tu memang aku tak tahu nak balas apa dah. Memang betul pun akak tu cakap kan, mana ada pengantin yang tak nak cantik untuk hari bahagia dorang. Mesti semua nak cantik kan. Masa akak tu tengah cakap, dalam hati dah berazam nak diet. Balik je aku dengan Sham, kitorang bantai melantak nasi dengan tomyam. Muahahaha berazam kemain. Lepas tu semua ke laut, asam di darat, bikin muafakat. Ehh tetibe lagi. Mih mih mih. 

Sham memang lama dah start diet ni, tapi aku entah bila nak start. Dulu masa bulan 1 memang dah start, bila dah turun beberapa kg, terus excited lepas tu terus makan tak ingat dunia macam tak pernah makan setahun. Hahaha. So tu lah cerita aku dengan Sham dekat butik semalam. Muahahaha

Sebenarnya tujuan utama buat entry ni sebab nak cerita yang aku ni bertuah ada office mate yang memang ada tangan seni. Kenapa aku cakap aku bertuah, ok mehh sini aku nak cerita. Ada satu time tu aku tak ingat bila, aku ternampak seorang office mate aku, Effy dok upload gambar tangan dia ada inai yang lukis-lukis tu. Aku pun selamba je lah tanya,

"Cantiknya Effy, lukis dekat mana ni ? "

Effy pun jawab , " Nak lukis dekat mana je Areen oii, Effy lukis sendiri lah ni. "

"Omaigod !! Kreatifnya Effy, nanti bolehlah lukis untuk Areen time Areen nak kahwin nanti"

Haa nampak tak ke-excited -an aku di situ. Hahahaa BM fail sungguh. Sesuka hati mak nenek je pergi tulis ke-excited-an. Muahahaha.

Esok tu, beria lah aku tanya Effy macam-macam. And barulah tahu cerita yang sebenar, rupa-rupanya Effy ni saja-saja je lukis. Dia tak pernah pun ambil tempahan dekat mana-mana. Dah dia memang minat melukis inai. Tu yang saja-saja lukis dekat tangan sendiri. Aku pun bila dah dengar macam tu, beria lah suruh Effy berlatih, mana tahu boleh buat bisnes pulak lepas ni kan. Haa dah boleh buat side income kan. Effy pun yang macam dah terpengaruh dengan apa yang aku cakap, terus cakap

"Areen carilah design yang Areen nak Effy buat untuk kahwin nanti "

Haa gitueew kan !

Teruslah berdesup-desup aku Google lah, tengok Facebook lah design-design yang ada. Hehehehe.

Hari Khamis hari tu, masa tengah lunch, tengok-tengok jam belum cukup 1 jam lagi lunch hour. Office mate aku, Kak Balqis, beria suruh Effy lukiskan inai. Effy ni pun memang bawak inai dekat office. Terus ambil laju-laju dekat office. So excited lah masing-masing pilih design dekat Google nak suruh Effy ni lukiskan.



Effy tengah gigih berusaha lukis tangan mak buyong, Kak Balqis. Nomey-nomey je tangan mak buyong.
Gambar Effy tak nampak sebab dia tengah tekun lukiskan tangan kak Balqis.



Nampak sipi-sipi je muka Effy. Jadilah kan dari tak nampak. Muka mak buyong je yang lebih. Muahahaha


 Dah siap !

Even first time Effy main lukis-lukis dekat tangan Kak Balqis, tapi still nampak macam lukis dekat kedai kan.
Nak buat macam mana kan, orang kalau ada bakat seni, dekat mana-mana pun dia boleh buat. Gigil-gigil pun still lawa tau Effy. Ni jujur ni ! Aku ni payah sikit nak puji-puji orang tau. Muahaha



Jadi model kejap, Kak Balqis. Nasib baik muka dah macam ala-ala model dah. 
Tak apa kita tunjuk muka je, bukan nampak pun perut tu. Hehehe.


 
Ni tangan office mate aku jugak, Kak Nora. Tapi muka nya tak ada pulak. lupa nak tangkapkan sebab excited sangat tengok Effy lukis inai. Like a pro tau Effy. Lepas ni bolehlah bukak booth ukiran inai dekat Dataran Senawang time puasa. Ehh tetibe.

Actually, ada dalam 4 orang pelanggan Effy hari ni, tapi demuanya FOC lah kan. Nak buat testimoni lah katanya. Hahaha sesuka hati aku je kan. Padahal orang tu suka-suka je main lukis-lukis. Tangan aku ni merenyam-renyam je nak suruh Effy lukiskan jugak. Tapi sabar.. sabar. Tak boleh sesuka hati nak lukis. Nanti tak ada seri. Cehh ngada-ngada sangat. Kalau ada sesiapa nak guna kan khidmat Effy ni, boleh bagitahu aku. Aku nak tapis dulu. Muahahaha poyo sangat.

So bila dah duduk satu office ni kan, macam-macam ragam office mate yang kita boleh nampak. Ada yang kuat bercakap, ada yang pendiam, ada yang berbakat, ada yang kuat nyanyi, ada yang kuat makan. Tapi semua tu lah yang buatkan kitorang rapat. Hehehehe.



Fact atau tak ?
Kalau aku ye, makan berkoyan-koyan, berkati-kati. Lelemak pun naiklah berkilo-kilo.
Orang lain relax je aku tengok makan banyak, tak jugak naik badan tu. Terutama Effy. 
Larikkk !

I is sangat jeles.

Oklah bye !

 

 

Wednesday, February 18, 2015

Cupcake Untuk hantaran tunang.

Assalammualaikum.

Sekarang ni kan petang-petang je mesti baru nak ada idea nak update apa dalam blog yang sendu ni. Yelah mana tak sendunya, kejap update kejap tak. Konon berazam nak update hari-hari tapi harammm. Aku bantai tidur. Hei tidur lagi best dari update blog tau.

Tapi kan sejak dah berkecimpung dengan bisnes kek kecil-kecilan ni kan, masa tidur aku pun boleh aku buat tak peduli je. Yelah wei, nak siapkan order dari customer. Kenalah siapkan ye dokk. Kalau tak janganlah mengada-ngada nak ambil order kan. Contoh macam sekarang ni lah, time aku menaip ni aku dah rasa meong-meong je kepala otak aku ni. Sebabnya, pagi tadi, aku just ada 3 jam je untuk tidur. Tu pun sebab dok siapkan cake customer sampai pukul 5 pagi. Sedar-sedar masa aku bangun tidur tadi dah pukul 8.15 pagi. Haaa kelam kabut bangun dari katil and mandi cepat-cepat. Masa dalam bilik air tu dah rasa nak nangis dah, ada rasa nak mc kerja pun hadoo. Tapi kuatkan semangat jugak nak pergi kerja. Punca rezeki tu wei, aku bayar duit kereta dengan gaji tu semualah. Duit kek ni semua aku dok simpan untuk kahwin. Hehehehe.

Keluar-keluar bilik air, aku ambil baju mana-mana yang aku nak pakai and campak dekat iron board. Masa dah bukak plug tuhlah spoil. Tiba-tiba rasa nak memerut pulak. Hadoiii spoil lah wei. Aku dah lambat nak pergi kerja ni. Nak tak nak aku lepaskan jugak hajat yang semakin tak terbendung tu. Muahahaha. Ada macam tak senonoh ke ehh perangai aku ni? Ahh pedulikan. Keluar-keluar bilik air, aku nampak emak aku tengah iron baju kurung yang aku campak dekat iron board tu. Wahhh terharu sangat mak. Rasa nak nangis je. Rasa nak peluk emak aku kuat-kuat tapi lepas tu emak aku memekak-memekak suruh siap, terus terpendam niat nak peluk dia. Lain kalilah along perut emak. Huhuhuhu.

So begitulah cerita pagi Rabu aku yang sangat-sangatlah kelam kelibut. Semuanya sebab nak mencari rezeki demi sesuap lauk (Lauk je lah sebab aku diet nasi, muahahaha). So suspek yang membuatkan hidup aku huru-hara hari ini adalah  .........


...........


...........


...........


...........


...........


...........


...........


...........


............

INI 

v
v




Mereka-mereka ini adalah suspek utama yang menyebabkan hidup aku huru-hara hari ni. 
* Phewwww kesat dahi*

Actually nak buat kek dalam tu je, tak ambik masa yang lama pun. Yelah sebab cupcake kan. Dalam nya kek red velvet je pun. Cream-cream tu semua cream cheese je. Tapi bunga-bunga cinta tu semua yang buatkan aku lambat tidur tau. Susah bebenau nak buat ros. Apahal entah malam tadi semua ros yang aku buat tak menjadi. Tapi nasib baiklah bila dah banyak kali practise, jadi jugaklah bentuk rose aku tu. Walaupun rupa tak semenggah je aku nengok.

Harap customer aku ni puas hati lah ye. Actually customer ni, ex staff hotel tempat yang aku kerja sekarang. Dua tahun berturut-turut dah, kek birthday anak dia tempah dekat aku. Now, dia tempah cupcake hantaran tunang untuk cousin dia pulak. Sponsor katanya. Huhuhu. Apa-apa pun yang aku boleh cakap, alhamdulillah syukur dengan semua rezeki yang Allah bagi ni.

Oklah, balik ni aku nak tidur sampai esok pagi.

 Bye !


Saturday, January 24, 2015

Wedding Preparation: Ohh tidak ! Tak lama je lagi tu. DIY or ready made?

Assalammualaikum.

Malu-malu je hujan nak turun dekat Seremban hari ni. Keluar pun titis-titis kecik je. Cuaca pun mendung je. Best tidur petang-petang ni. Tapi mata tak boleh nak tidur lah pulak. Aissshh petang-petang tak baik tidur. Cehh konon, padahal selalu je aku terbungkang petang-petang cenggini. Kang bila aku dah terbungkang krohh krohh, mula lah emak aku jerit " kakyong oiiiii, awak tu nak berkawan dah tak lama lagi, ubah-ubah lah perangai tuh oiii ". Ohh sangat pedih menikam kalbu tau kata-kata emak aku tu. Hahahaha. Orang lama-lama memang panggil kawen tu berkawan kot. Ok lupakan je pasal tidur petang ni.

Tadi jalan-jalan lah dengan emak aku dekat area Senawang tu, konon-konon nak keluar duit sikit then tiba-tiba je terjalan dekat area kedai-kedai yang jual barang kahwin. Tengok-tengoklah apa yang patut then terjumpa lah dulang hataran yang cenggini rupa nya. Motif sangat kan semua nak tiba-tiba. Hahahaha



Sumber : Encik Google

Haa macam ni lah yang aku jumpa tapi jenis yang bulat lah. Harga pun lagi murah dari Mr. DIY. Dekat kedai kahwin ni, harga dia RM3.80 sebiji kalau beli 3 jadilah 10 hengget then dekat Mr. DIY 4 hengget lebih kot kalau aku tak silap lah. Emak aku pun cakap, beli je lah kakyong sementara ada duit ni. Aku ni still berbelah bahagi lagi hati ni. Cakaplah dengan emak aku, lain kali je lah mak. Sebab kan dalam kepala otak aku ni ada macam-macam idea. Tinggal mampu dengan tak mampu je nak buat. Yelah kononnya nak jadi pengantin DIY kan. Apa menatang d.i.y tu? D.I.Y tu maksudnya do it yourself. Betul lah kan orang cakap, and dari pengalaman kakak-kakak ofis yang dah kahwin, makin dekat tarikh, makin semangat nak buat macam-macam, makin banyak duit keluar, makin tak cukup masa nak siap kan semua benda. Aku ni cita-cita je tinggi, tapi tak tahulah mampu ke tak nak buat cenggini:-


Sumber : Facebook group Bride to be

Aku ni kan dalam kepala asyiklah nak buat gaya vintage. Sebab bagi aku, gaya vintage ni simple but sweet. And yang paling penting comel sangat. Aku bukan lah jenis yang suka sangat benda-benda blink blink, glamour sangat, ekslusif. Itu bukan aku. Aku lagi suka dengar orang cakap ehh comelnyaaaa ! Dari dengar orang cakap ehh cantiknyaaa. Hahahaha Cehh ngada-ngada sangat kan. Sesiapa yang memang kenal aku, memang tahu yang aku ni sangat suka dengan colour pink, polkadot and riben. Acah-acah gugurl sangat kan. Wekkkk ! Tapi itulah, mampu ke tak aku nak buat sebijik macam dalam gambar atas ni eh? Kalau tak dapat sejibik pun, ala-ala pun boleh. Uiiiit dilema sungguh tau !

Tak pun aku campak je barang hantaran tu semua dalam bakul macam dalam gambar bawah ni:




Haaa simple je kan hantaran macam ni. Campak je semua dalam bakul lepas tu kau campak jugak bunga baby breath sekeliling barang hantaran tu kan. Ahhh sukanya dengan bunga baby breath. Boleh feeling-feeling macam artis Korea Yoona kejap kan. Muahahaha perasan bagi dekat kau kan !

So persoalannya sekarang ni, DIY or aku beli ready made je? Ohh dilema sungguh lah. Help help help me !



Oklah bye !









Tuesday, January 6, 2015

Misi untuk preparation kahwin.

Assalammualaikum.

Semalam dah tertidur awal, so memang awal lah aku bangun hari ni kan. Bila dah bangun pagi-pagi selalunya lepas dah kejar toilet, lepas tu mesti cari-cari handphone atas katil pulak. Sementara nak ambik mood untuk mandi tu, godek-godeklah handphone kejap and tengok facebook. Then ternampak lah mak aku share something dekat wall facebook aku.


See see nampak kan. Emak aku ni memang suka share something dekat page anak-anak dia. Selalunya kalau dekat page aku, emak suka share resipi. Nak suruh aku try leteww kan. So aku relax je lah bukak kan. Sekali bila dah bukak, terus rasa seram, terkedu, takut, then tiba-tiba rasa macam sakit perut and nak muntah.


Tak nak fikir dulu. Tak nak !!! Sekarang ni nak fokus dekat final exam je dulu. Wuwuwuwu. So nampaknya emak aku dah mengingatkan aku secara serius dah ni. Lekkluuu lagi 7 bulan kot. Apa kau ingat 7 bulan tu sekejap ke Azreen Zunairah. Pejam celik pejam celik dah nak kahwin dah nanti. Satu hape pun tak buat lagi sebab relax-relax kau tu.

So dengan terpaksa nya ni aku nak berazam, habis je final exam ni, aku nak start beli barang sikit-sikit apa yang patut. Aku ada masa 2 bulan je untuk prepare semua benda ni sebelum semester baru start. Ya Allah harap semua dipermudahkan. Amin..


Gambar 2 tahun lepas yang selim melim. Sekarang ni diet paling penting !!



P/S : Apa-apa pun doakan aku dipermudahkan untuk jawab final exam. Amin


Oklah bye !

Tuesday, August 5, 2014

Kehidupan sekarang !

Assalammualaikum !

Selamat Hari Raya !

Even dah seminggu pun berlalu hari raya ni, still ramai lagi yang datang rumah aku tau. Aku rasa tahun ni lah paling ramai orang datang raya rumah aku tau. Tak pelah, tetamu kan bawak rezeki untuk kita, setiap kali orang call cakap nak datang rumah tuh, anggap je lah Allah nak bagi rezeki dekat kita even kaki aku dengan emak aku dah gigil-gigil sebab jalan tak henti-henti. Tangan pun dah naik kembang sebab, dekat sepuluh kali basuh cawan and pinggan mangkuk dalam masa sehari tau. Tu belum lagi sebulan, yelah raya kan sebulan, mahunya tangan iolls ni buruk tau. Tak muatlah nak pakai cincin nikah nanti tau ! Kembang-kembang gitewww !

Ok sekarang ni, aku sangatlah busy survey macam-macam benda nak kahwin ni. Memanglah nak kahwin nya tahun depan. Macam mak aku cakap, bulan January pun boleh start jugak. Tapi aku kalau boleh tak nak lah kelam kabut di kemudian hari. Sebab tarikh aku kahwin ni boleh tahan hot date jugaklah. Takut nanti bila aku nak book segala-galanya, semua dah fully book. Menangis guling-guling nanti tau. Memang lepas tunang hari tu memang kerja aku tak habis-habis dok survey photographer. Sebab bagi aku lah kan, pelamin pakai sekejap je, tapi gambar kenangan masa kahwin, sampai ke tua boleh tengok. Boleh tunjuk dekat anak cucu betapa cantik dan kurus nya aku masa tuh. Ok itu tipu. Sebab sekarang ni belum nak cantik and nak kurus lagi. Still berusaha ke arah itu lagi. Nanti aku cerita pulak progress diet aku ehh ! 

Alhamdulillah sekarang ni dah settle bab photographer dengan pelamin. So aku tak payah nak pening kepala lagi bukak internet survey macam-macam. Sekarang ni kena pening bab cari duit pulak. Aku plan nak kerja part-time. Yelah sekarang ni kan aku kerja office hour, then balik kerja tuh aku plan nak buat part-time dekat tempat lain pulak. Bila aku bagi tahu plan aku ni dekat mak and tunang aku, masing-masing tanya benda yang sama, larat ke ? Mana dengan kerja time siang lagi, dengan study lagi. Boleh ke? Aku pun still ragu-ragu lagi and still mencari peluang nak buat bisnes. 

Nasihat aku untuk sesiapa yang dah plan nak tunang and nak kahwin tuh. Silalah simpan duit dari awal ye. Sekarang ni memang aku baru nak start ada saving balik, sebab saving aku yang dulu dah habis untuk tunang dulu. Kalau yang gaji atas 3k tuh memang sangat-sangat senanglah nak menyimpan. Macam aku ni haa, gaji kecik pun aku try korek-korek apa yang patut untuk buat saving. Sikit pun jadilah kan. At least bila time kecemasan tuh, lagi-lagi nak kena bayar deposit itu lah, inilah, kau memang dah ada duit nak bayar. Memang masa dulu aku rasa macam stress sangat nak simpan duit, yelah dengan gaji kecil, belajar lagi, macam mana lah kan nak simpan banyak-banyak. Tapi lama-lama tuh aku dah selesa dengan keadaan sekarang ni, sebab kita nampaklah saving kita makin lama makin banyak even tiap-tiap bulan pun kau masukkan 50 hengget.

Untuk kahwin aku ni, kalau boleh aku nak buat simple yang boleh. Yang paling penting aku rasa, aku nak pakai baju songket and cucuk sanggul. Sebab memang benda tuh dah lama jadi impian mak ayah aku. Apalah salahnya kan sesekali kita ikut apa yang mak ayah kita nak kan. Huhuhu. Ikutkan hati aku ni, aku nak buat nikah je, tak payah nak buat pelamin sanding bagai. 

Aku selalu cakap dekat tunang aku, banyaknya nak guna duit bila nak kahwin ni. Macam-macam nak kena bayar. Tapi alhamdulillah aku dapat tunang yang memang positif selalu. Dia selalu cakap, kita ni nak dirikan masjid, nak buat hubungan kita jadi halal, Insyaallah mesti Allah akan tolong punya. Yang penting usaha je. Betul jugak cakap dia kan. Yelah, kalau kau dok berdoa banyak-banyak tapi satu benda pun kau tak usaha nak buat pun tak ada gunanya jugak kan. Aku just berdoa segaanya dipermudahkan lah. Orang lain pun ramai je gaji kecil, tapi boleh je kahwin kan. Dorang boleh, aku pun mesti boleh ! Semangat semangat. Fighting !

Sekarang ni, pelamin sanding dah booking, photographer pun in progress nak booking. Lepas ni fikir nak DIY pelamin nikah and goodies bag pulak. Semoga dikuatkan semangat ! Amin. 


Cantik kan !


Bye.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...