Monday, May 25, 2015

5 barang yang saya ingin miliki dari Rakuten Malaysia. Apa Rakuten Malaysia ni ?

Assalammualaikum !

Siapa suka online shopping ? Angkat tangan !! Kalau aku tanya kaum perempuan of course lah semua akan angkat tangan. Biasalah perempuan kan, kalau bukan shopping, bukan perempuan nama nya. Sekarang ni pun trend online shopping makin lama makin popular. Sekarang ni kalau pergi bank, mesti nampak perempuan je yang berderet-deret dekat bahagian cash deposit machine. Termasuk lah aku. Malas nak beratur panjang, kita guna online transfer je. Bila online shopping ni semakin hari semakin menjadi trend, makin berlambak-lambak lah company yang ambil peluang untuk tubuhkan pusat shopping secara online ni. Dengan tujuan untuk memudahkan semua pihak. 

Macam aku, memang aku sangat suka shopping secara online ni. Yelah memang senang sangat kot, klik sana klik sini, then transfer duit. Dalam masa seminggu dah boleh dapat barang yang kita idamkan tu. So disebabkan aku memang sangat-sangat suka online shopping, aku  nak suggestkan online shopping company yang memang dah lama establish and paling senang nak handle dan yang paling penting selamat, tak lain tak bukan adalah : 




Apa benda alah Rakuten ni kan? Macam pelik je nama nya. Actually Rakuten ni adalah online shopping yang memang dah lama establish dekat Jepun. So faham-faham je lah kan, dah nama nya dari negara Jepun, so kita semua memang tahu lah kan, barang-barang dari Jepun memang canggih dan unik. Bila dapat tahu trend online shopping dekat Malaysia ni makin berkembang, Rakuten melebarkan sayap untuk buka online shopping untuk Malaysia pula yang sekarang ni dipanggil Rakuten Malaysia. 

Aku memang selalu je window shopping dekat Rakuten ni, saja-saja, nanti bila gaji bolehlah memborong dekat sini. Ye dokk ! Huhuhu. Haa lagi satu kan, harga barang-barang yang dijual dekat Rakuten ni semua berpatutan dan murah-murah. Yang penting semua price dah inclusive Gst. So tak payah nak heboh pegang calculator nak kira gst. Mih mih mih. 

Dekat sini aku nak letak 5 wishlist yang aku memang nak sangat-sangat beli, tapi tunggu duit berkepuk-kepuk dalam bank lah. Korang doakan lah aku, mana tahu tiba-tiba rezeki lebih pulak kan, dapat jugak aku penuhi wishlist aku ni. Antara barang-barang yang aku nak sangat dari Rakuten ni ialah :




Ohh sexy nya awak wahai Kitchen Aid Mixer. Tapi bila tengok harga terus nak menitik air mata. Nak mintak Sham hantaran mixer Kitchen Aid ni boleh tak ? Aku janji kalau aku dapat mixer Kitchen aid ni aku akan berhenti kerja and jadi baker sepenuh masa. Ehh tetibe kan. Hahahaha. Siapa yang buat kek macam aku je akan faham kenapa aku nak sangat-sangat mixer Kitchen Aid ni. Kalau dapat warna pink lagilah best !









Entah kenapa lah tahun ni memang aku beria sangat nak beli kamera. Tapi hasrat tu terpaksa dipendamkan macam tu je. Yelah nak simpan duit untuk kahwin katanya. Maybe aku beria sebab aku kan blogger. Cehhh mata ke atas, tangan di bahu. Blogger lah sangat, padahal update pun lesu je aku tengok. Hahahaha. Time lesu memang lah, cuba kalau time aku bersemangat, memang dalam sehari tu 10 entry aku update. Hahahaha. Tapi aku memang nak sangat-sangat beli kamera, bagi aku handphone je tak cukup. Kena ada kamera jugak. Huhuhu.





Sebenarnya handbag ni bukan lah untuk aku pun. Sebab aku bukan penggemar handbag. Tapi untuk emak aku. Aku memang dah lama mengidam nak hadiahkan handbag mahal-mahal untuk emak aku. Tapi tu lah, bukannya tak mampu, boleh je sebenarnya. Tapi memang hujung bulan aku pinjam duit emak aku balik lah kan kalau beli handbag rege macam ni, Muahahaha alasan sangat. Tapi betul ni. Kata-kata ni lahir dari hati yang ikhlas tau. Hehehe





Dah nama pun aku ni student, mestilah printer ni salah satu benda yang sangat-sangat penting. Bukan tak ada printer dekat rumah ni, cuma cartridge dah habis. Ada printer, nak print assignment, ink habis !! Muahaha tak kelakar. K bai. By the time nak beli cartridge, terus tak ada semangat. Mahal bebeno. Menyampah aku. So pendam je lah hasrat nak beli cartridge tu. Sebab tu lah printer dekat rumah aku ni semua berhabuk. Muahahaha




Ohh sexy nya Ipong ni. Dengar cerita Iphone 7 pulak nak keluar. Mati lah nakk ! I phone yang first pun tak mampu nak beli lagi, dah keluar yang 7 pulak. Hahahaha kemain kan wishlist aku. Dah nama pun wishlist. Minta-minta gambar I phone 6 ni masuk dalam mimpi aku malam ni.


So macam mana ? Terliur ke tak tengok semua barang-barang yang aku nak dari Rakuten ni. Memang harga semua berbaloi-baloi lah aku cakap. Confirm tak akan menyesal punya kalau beli dekat Rakuten ni. So jom lah buat air liur korang lagi meleleh-leleh tengok barang-barang yang ada dekat webpage Rakuten. Jom klik link bawah ni.






Million thanks to Shopcoupons.my sebab anjurkan contest yang best ni !


Anda semua boleh mendapatkan produk-produk yang saya list kan di :



Post ini merupakan entry untuk :




dan yang paling paling penting hadiah yang berupa


10 x RM 100 Rakuten Voucher

 adalah tajaan sepenuhnya oleh




Oklah bye !


Saturday, May 23, 2015

Berjimba di Rumah Terbalik Melaka - Upside Down House Gallery

Assalammualaikum !

Lama dah peram entry ni. Sebab tak ada idea nak buat ayat apa, aku biarkan je gambar-gambar ni semua dalam draft. Tunggu ada ilham baru aku tulis ayat mengancam-mengancam sikit. Konon ! And now dah ada ilham, mohh lah cepat-cepat update. Kejap lagi semua idea dah lari berterbangan, seminggu aku malas nak update. Gitueeww dasar pemalas kan.

Weekend hari tu, lepas pergi kenduri kawan aku, beria aku waze dekat Melaka tempat apa yang best. Yelah, sampai Melaka je kalau tak pergi Banda Hilir, kau pergilah Dahtaran Pahlawan, tak pun makan ikan bakar dekat Umbai. Ohh I is sangat bosan ok. Waze punya waze, jumpa lah Upside down house ni. Masa ni aku cakap dengan Sham, I pernah dengar tempat ni, I pernah dengar ! Orang ramai cerita dekat blog pasal rumah terbalik ni. Jom pergi nak !! Macam best je. Disebabkan memang tak tahu nak pergi mana dah, Sham pun layan kan je. So mohh lah kita pergi cepat.



Memang senang sangat cari rumah terbalik ni. Senang lah, sebab guna waze. Cuba kalau tak ada waze, menggagau jugak cari tempat ni. Terima kasih wahai teknologi. Huhuhu. Masa aku dengan Sham sampai ni, memang tak ramai orang sangat. Tapi ramai tak ramai pun, still jugak kena beratur, Kalau nak beli tiket ni, aku nasihatkan, jangan terus beratur, kau kena pergi dalam rumah ni dulu then beli tiket. Kalau korang beratur dulu, memang berkurun lah tunggu nak masuk rumah terbalik ni. Harga tiket pun dah macam nak naik Menara Taming Sari dah harga nya, kemain lah mahal. Walaupun 15 hengget, tapi bagi aku tetap mahal. Nasib baik tak pernah masuk, so pejam mata je lah masa bayar tu.

Dah sampai turn nak masuk dalam rumah terbalik tu, ada pekerja dia bagi briefing macam mana cara nak tangkap gambar. Cara, gaya semua dia bagi tahu lah. Kalau tak tahu jugak, memang ada pekerja rumah terbalik ni akan entertain kita and tolong tangkapkan gambar. Siap bagi idea lagi gaya apa nak buat. Ok bagus-bagus, mesra pelanggan. First impression is important ok I tell you. Aku nak ingatkan awal-awal, make sure korang bawak kamera and handphone mestilah ada battery yang full ok. Powerbank kan masing-masing hado ! Apa nak risau kan. huhuhu

So let's start !



Gaya kaku and skema je time ni. Masa ni malu-malu lagi, tak tahu nak buat gaya apa. Muahahaha. 

Formula nak tangkap gambar dekat sini senang je, buat gaya acah-acah melompat then rotate gambar tu. Siap ! yang paling penting gambar kena rotate, baru lah nampak real. Kalau malas nak rotate, kau rotate kan lah handphone tu, haa nampaklah macam tengah terbalik. Mih mih mih.




To infinity and beyond ! 

Walaupun terbalik, kain still elok je terletak. Kalau betul-betul, mahu nya aku rasa kain ni selungkup kepala aku. Muahahaha. Malu nya bila bayangkan. Dah korang jangan ngada-ngada nak bayangkan pulak.


Next !



I tahu lah you semangat nak repair sinki, tapi jangan lah macam ni gaya nya abang oii ! Cuba elok elok sikit perangai tu. Muahahaha.



Sham ni lapar sangat kot ! Dah dah jangan buat perangai, makan je apa yang ada. Muahaha




Alamak tak sampailah nak capai timun tu. So kita mampu tunjuk je. Lepas tunjuk kita krohh krohh balik. Sebab tak ada mood, tinggi sangat lah. Beli kat kedai je lah, tak payah susah-susah nak masak.




Hamboi ! Ajak kawan-kawan nampak. Haa makan je lah apa yang ada dekat meja tu. Tiba-tiba donut tu nampak sedap. Uwaa nak donut.



Dari tadi kau main tunjuk-tunjuk kan Azreen Zunairah ! Kau dah kenapa? Tak ada apa, saja je, kagum sebab ada jugak pokok sakura dekat Malaysia ni kan. Ok tak kelakar. K bai.




Dah macam apa dah aku tengok gaya si Sahm ni. Tapi layan kan je lah sebab tengah bersemangat waja kan buat gaya macam-macam kan. Baring pun sanggup. Mih mih mih.



You, tolong ambilkan kerongsang atas meja tu. Ok nah ! I boleh datang dari pelbagai sudut tau, termasuklah dari atas. So you nak kagum ke tak sekarang ni  ? 




Jauhnya katil ! Jauhnya katil tu. Haa jangan nak pikir bukan-bukan ok.




Tak payahlah sampai nak masuk dalam jamban tu kan. Cuba elok-elok sikit perangai tu.



Jomlah kita kemas rumah sama-sama. I kemas side atas, you kemas side bawah. Ok set !




Before kita kemas, I nak makan dulu lah. Nak jenguk-jenguk dalam peti sejuk apa yang ada. Tiba-tiba nampak yogurt tu sedap. Diet diet !




So itulah cerita aku dekat rumah terbalik Melaka ni. Sebenarnya rumah kedai je pun, so memang kena perhati betul-betul masa sampai dekat sana. Apa-apa pun best lah bagi aku. Dengar cerita dekat Port Dickson pun nak bukak jugak. Haaa senang, tak payah pergi jauh-jauh sampai nak pergi Melaka. Dekat je Seremban dengan PD tu. Hehehe

Oklah bye !


Wednesday, May 20, 2015

Terima Kasih Cinta - Tasha Manshahar. Tiba-tiba ter suka dengan lagu ni.

Assalammualaikum.

Dahlah lama tak update entry baru. Lepas tu tiba-tiba je letak lirik lagu. Memang budak-budak sangat kan. Biarlah ! Saja nak share lagu yang aku suka. Sambil-sambil tu boleh karaoke sama-sama dengan aku. Hehehe. Layannn !


Terima Kasih Cinta – Tasha Manshahar ft RJ

Bisikan rindu memanggil namaku
Dirikan coretan merebahkan naluri hatiku

Usah bimbang tentang aku
Ku selalu di sisimu
Hapuskan rasa ragumu
Ku cuma ada kamu

Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah

Hanya kamu satu saja
Tiada yang kedua
Di mana pun engkau berada
Di sini masih cinta

Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah

Cinta, anugerah Maha Esa
Kita corak, kita gubah, kita dirikan
Seperti impian yang kita kejari
Semoga bersama hingga ke akhir nanti
Terima kasih cinta, kita kan bersama
Terima kasih cinta, buat selamanya
Seperti impian yang kita kejari
Semoga kita bersama hingga ke akhir nanti

Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah



Best kan ! Ni lagu favourite aku setakat ni lah. Radio Era dok ulang-ulang hari-hari sampai aku pun naik hafal lirik dia. Apa-apa pun lagu ni sweet angat ! Ehh gedik pulak tiba-tiba.

Oklah bye !



Friday, May 15, 2015

Kempunan durian sudah terubat. Yeahhh !

Assalammualaikum.

Hamboi kemain lama lagi kan aku tak update entry baru. Mana azam yang kononnya nak update selalu, kalau tak selalu pun at least 3 entry dalam masa seminggu?  Mana ? Mana ? Terbang mana entah azam tu semua. Nak buat macam mana, stress lah dengan study. Tambah dengan kerja lagi. Aku ingat kan kalau ambil subjek yang tak banyak calculation semester ni, boleh lah aku relax-relax sikit. Tapi lagi pack jadi nya jadual aku adalah. Every week kelas sabtu ahad. Hoii tahu tak orang penat. Haha emosi je.

Bila dah stress ni mulalah tekak ni rasa nak makan macam-macam. Biasalah kan, dah namanya perempuan. Stress dekat semua benda. So nak dijadikan cerita, kakak office aku yang pregnant ni, ajaklah kitorang semua makan durian. Aku dalam hati bersorak rianglah kan sebab memang dah lama teringin nak makan durian tapi terpaksa pendam je hasrat tu. Sebab malas nak berhenti kan kereta dekat tepi jalan. Padahal setiap petang lalu jalan yang sama, jalan yang ada durian. Tapi malas nak berhenti. Macam mana tu? Haaa stress balik. Hahaha.

So disebabkan nak penuhi hasrat mak buyung yang kempunan nak makan durian. Aku gigih ikut, sambil-sambil tu boleh jugak penuhi keinginan sendiri. Mih mih mih.



Sekarang ni kan bukan musim durian lagi, so memang mahal sangat harga durian ni. Korang bayangkan lah, sebiji ni je dah cecah 30 hengget. Tak silap aku, nama durian ni durian tembaga kot. Nasib baik sedap. 




Ni pun sama jugak harga sebiji dalam 20 hengget macam tu. Pengsan. tak pernah kot makan durian mahal macam ni. Selalu nya aku beli mesti sekilo 2 hengget je. Ni sampai 28 hengget sekilo. Aishhh nasib baik ada mak buyung yang mengidam.




Yeahh ni lah mak buyung yang mengidam durian tu, Kak Balqis. Yang baju pink tu ehh. Bukan baju biru. Baju biru insyaallah next year. Muahahaha. Due Kak balqisbersalin bulan 6 ni. So sementara tak bersalin lagi ni, bagi kak balqis makan macam-macam dulu. Nanti time dia pantang, aku bawak durian makan depan dia. Muahahaha. Abaikan budak tudung biru tu ye. Feeling-feeling makan durian macam dia pulak yang mengidam. 



Together-gether melantak durian dengan kak Pah and Kak Gowri. Tapi belum masuk tahap melantak lagi lah sebab mampu beli 3 biji je. Ni pun Kak Pah yang belanja. Thanks Kak Pah. 



Kononnya kalau tak nak badan panas lepas makan durian, minum lah air dari kulit durian tu. Tapi tak ada maknanya, malam tu berpeluh-peluh aku tidur. Apa-apa pun aku nasihatkan jangan beli durian sekarang ni. Mahal sangat ! Kalau nak sangat melantak durian, jawabnya aku tunggu time harga durian jatuh 2 hengget sekilo lah gamaknya. Mahal sungguh. Total 3 biji durian yang kitorang makan dalam RM60 + + macam tu. Hamek ko ! Macam makan kenny rogers dah. Hahaha. Apa-apa pun aku dengan mak buyung puas !



Oklah bye !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...