Saturday, October 30, 2010

Saya betul-betul nak exam dah! No more blog!

Assalammualaikum!

Bila agak-agaknya nak berhenti blogging ni kan. Seriously memang tak boleh nak berhenti tau. Ada je idea yang keluar mencurah-curah untuk blog ni. Tapi bila dah start nak menaip je, terus hilang semua tu. Memang bagus kan kau areen. Study entah ke mana, blog juga yang kau kejar kan. Ok cerita pasal study, hari isnin ni dah start lah final exam aku yang memang susah nak mampus kalau tak baca bukulah..huhu. Nak katakan a week before nak exam ni memang stress habislah. Yelah mana taknya, time tu lah lecturer nak buat revision, mana lagi test yang tak habis-habis, kuiz and presentation lagi. Gile lah eyh!

Dalindareen4741

Bayangkan lah dalam masa satu hari, aku ada tiga test, 2 kuiz, tak sambung lagi dengan hari-hari seterusnya. Memang tersangat stress dengan semua ni, sampaikan balik-balik kelas je, aku dengan kawan aku si wani boleh perasan yang mata masing-masing lebam and bengkak. But life must be go on, baru test dengan kuiz kan, final exam maybe akan jadi more extreme than that test day. Tulah jadinya bila masing-masing dok pulun baca semua bab.

Boleh dikatakan kalau nak study, aku bukan jenis awal-awal nak baca and menghafal. Aku jenis esok tu nak test or exam, malam tu lah aku pulun habis-habisan. Kira macam last minute revision lah tapi aku suka sebab memang semua sekali yang kau baca akan terus masuk dalam kepala otak..huhu. For exam this sem aku sangat-sangat takut dengan subjek akaun,marketing dengan supervision so y’all please pray for me ok.

Ok ini sahaja entry yang paling pendek pernah aku hasilkan, semuanya sebab final exam. But ingat ye kawan-kawan, kita study dan menghafal bukan untuk exam saja tapi untuk masa hadapan kita supaya apa yang kita belajar kita dapat praktikkan time alam pekerjaan or your life nanti. So, sama-samalah kita berdoa ok:-

"Ya Allah ya Tuhanku, kau bantulah aku dan kawan-kawanku menghadapi cabaran ini dengan baik. Kau kuatkanlah daya ingatan kami, tajamkanlah akal fikiran kami, lapangkanlah dada kami, terangkanlah hati kami, bimbinglah kami untuk fokus dan jauhilah kami dari kelalaian dan kemalasan. Kau bantulah kami menerima ilmu dan mempraktikkannya dengan cemerlang. Kau jadikanlah kami manusia yang berguna untuk keluarga kami dan masyarakat kami. Amin amin ya rabbal al amin, engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Pemalu"

Friday, October 29, 2010

Adoii!! Macam mana nak pandai masak?

Assalammualaikum
Mak aku selalu cakap “kak yong, cuba tengok sikit macam mana cara mak masak bondo ni! kalau tak belajar macam mano nak pandai! kang sibuk poei mesej mak macam mana cara nak masak!”. Yes aku tersangat-sangatlah admit yang aku memang tak berapa pandai nak masak. Bukan sebab aku malas ( tapi adalah sikit malasnya), tapi sebab aku kan jenis bila tengok mak aku masak mesti tak pay attention tau. Last-last aku tengok mak aku dah siap masak dah and dah nak hidang dah pun. Apa aku buat bila dekat dapur tu eyh? Rahsianya ialah kadang-kadang sms, kadang-kadang makan biskut, kadang-kadang pergi buka peti sejuk sebab nak sejukkan badan, kadang-kadang masuk dalam bilik air then belek-belek muka dekat cermin sebab toilet dekat sangat dengan dapur.

Dalindareen3533

Paling malas bila kena balik kampung tau. Yelah sebagai kak long yang terhormat, kenalah tunjuk skill memasak and buat-buat rajin padahal malas gile kot! Last-last aku pergi tidur dalam bilik, mana tak nenek aku membebel. So bila dah duduk jauh dari mak aku kan, duduk pula rumah sewa yang dia sediakan just dapur gas tanpa periuk kejadah and dengan tak adanya mesin basuh. Lagilah aku bertambah rindu dekat mak, padahal rindu dekat rumah..haha. Dekat sini aku terpaksa merajinkan diri masak lauk yang simple-simple je. Yelah beli barang pun kongsi duit dengan bestfriend aku si wani. So masa dekat rumah sewa ni lah aku menjadi semakin pandai masak lauk-pauk yang susah sangat tau! (padahal tak susah mana pun).

Dalindareen4731

Macam hari tu aku dengan bestfriend aku pun, cadang-cadang nak masak nasi lemak sambal tumis ikan bilis. Pegilah beli barang macam santan, telur, daun pandan yang dicuri sebelah rumah boipren aku, timun and semua baranglah. Takkan buat nasi lemak pun tak tau. Cehhh!! Gambar yang atas ni hasil yang aku rebus akhirnya jadilah telur rebus yang gebu, cantik macam aku kan. Aku memang suka sangat makan nasi lemak dengan telur rebus lagi-lagi bila kita lenyek nasi dengan telur kuning campur sambal sikit. Sedapnya…

Dalindareen4732

Yang ni pula telur lagi tau tapi versi goreng pula, tadi rebus kan. Kawan aku yang wani ni memang suka sangat makan nasi lemak dengan telur dadar lepas tu mesti nak buat macam bentuk karipap yang besar tu. Nak katakan bila dengan wani ni lah aku first time makan nasi lemak dengan telur dadar tau. Kalau tak just telur rebus dengan telur mata kerbau je lah aku makan tau.   

Dalindareen4736





Mak sila bangga dengan anak mu ini mak! Even along jauh dari mak, tapi along boleh belajar masak macam-macam lagi tau, masak sendiri pula tuh. Aku memang tak suka masak, tak tau kenapa tau. Aku masuk kos yang Hotel katering ni pun sebab nak pandai masaklah tau. Mak aku selalu cakap kita kena pandai masak sebab nanti kahwin takkan nak bagi suami makan benda yang sama setiap hari kan. Hari ni makan telur masak kicap, esok makan telur masak sambal, esok lagi makan telur dengan kicap je, esok lagi makan telur dadar. Kau ulang lah sampai cukup seminggu lepas tu ulang balik menu yang first..hahaha.

Dalindareen4753

Hari ni aku teringin pula nak masak masak lemak sardin tau. Aku tak bagi langsung kawan aku yang wani tolong aku masak. Bila dah siap masak, bila aku tanya, semuanya tak pernah makan masak lemak  sardin ni ha. Haiyo0 meh sini aku perkenalkan eyh masak lemak sardin resipi mak aku ataupun yang selalu nya aku panggil gulai sardin. Untuk makluman ok ada negeri macam kedah or perlis panggil gulai tu untuk kari kan tapi dekat negeri sembilan gulai tu merujuk kepada masak lemak ok.

Dalindareen4656

See…see macam mana nak pandai masak kalau masing-masing main-main macam ni kan. Tapi bukan nak bangga ok, mostly produk yang aku hasilkan menjadi ok. So terdapat nada riak di situ ok so sila muntah sekarang ok. Rasa bangga juga bila aku mms gambar produk aku yang menjadi, mak aku puji melangit sampai kebang kempis montot aku. Siap suruh buat dekat rumah lagi tu. Ye selalunya saya akan buat juga mak kan.

Kadang- kadang aku suka tengok resipi yang ada macam-macam dekat internet tau. Tapi mostly aku tengok gambar je and paling best aku akan buka website resipi sebab aku lapar. Selalunya kalu orang nak buat sesuatu produk tu, mesti dia akan tengok dekat resipi kan. Aku tak..aku jenis yang just tengok bahan-bahan dia then ikut suka aku tak ikut amount yang sama macam dalam resipi tu. But even aku main ikut suka aku je, tapi menjadi juga benda yang aku buat tau.

Alhamdulillah!

Tuesday, October 26, 2010

Saya suka pakai bulu mata palsu!

Assalammualaikum!

Memang aku nak buat pengakuan lah. Aku kalau bab mekap memang minat gilalah. Aku pun tak tau start daripada bila aku minat nak belajar benda mekap-mekap ni. Yang aku ingatlah kan aku start mekap ni semua bila time sekolah agama dululah. hehe jangan tak tau yang aku sekolah agama dulu tau. Masa tu lah yang aku baru start nak pakai eyeliner yang pensel tu dengan red powder or a.k.a blusher. Semuanya  brand avon tau.

Lepas tu masa dekat sekolah teknik lagilah makin kuat hobi aku tu yang nak mekap bagai macam mekap artis kan. Tapi time tu memang main bantai je lah conteng muka. Boleh dikatakan masa time tu perasan kau lah yang paling cantik sebab kau mekap bagai padahal…hahaha. Then bila masuk politeknik lah kan, lagilah rajin aku nak pakai mekap ni, siap aku pengaruh kawan-kawan aku especially Sabrina a.k.a Sab!

Image018 (2)

nak katakan time ni kalau dapat duit ptptn je mestilah kerja aku dengan dia menghabiskan duit je. Semuanya sebab nak mekap punya pasal lah. Time ni lah yang boleh pakai Maybeline, Bodyshop, eyeliner brand Hotmarket (hahaha), Loreal. Memang mewah dengan barang mekap je lah time ni. Tapi paling susah kan bila aku first time nak pakai eyeliner liquid, hamek kau menggigil tangan nak lukis atas mata time tuh. Terconteng sanalah, terconteng sinilah lepas tu padam balik. Mana tak membazir kan.

15837_172112684188_596799188_2602632_5318231_n

So masa semester 2, kelas aku kena arrange satu event yang ala- ala Malaysian Idol. Event kitorang pula time tu diberi nama  Poli Idol, and memerlukan kami semua dress up betul-betul macam P.Ramlee and Saloma sebab dah memang tu temanya. Masa tu lah yang aku baru nak kenal bulu mata palsu or fake eyelash tau. Tu pun pergi beli dekat Jonker walk yang terkenal dekat Melaka ni dalam se bundle. Kenapa dekat melaka, yelah aku kan belajar dekat Melaka so dekat mana lagi nak dapat barang-barang mekap dalam harga yang murah kan kalau tak dekat sana. Nak katakan masa nak pasang bulu mata ni, berapa kali jugalah tercabut, gam terlebih lah and paling best sekali aku punya gam tebal gile nak mampos!

Image2670

see..see nampak tak yang bulu mata aku macam tak sekata je. Boleh dikatakan berat jugalah bulu mata palsu ni sampai asyik tercucuk mata aku je. Takpelah first time pakai kan. Then since dari that Poli Idol moment, memang aku dah tak sentuh bulu mata palsu tau. Kadang-kadang bila keluar dating dekat Dataran Pahlawan, aku tengok amoi-amoi yang datang situ, relaks je pakai bulu mata palsu. Dah lah cantik tau, comel pulak tu. Jeles seyhh!! Nak pakai rasa macam malas je, so nak cantikkan mata just pakai contact lens je lah.

Nak katakan aku memang minat sangat pakai bulu mata palsu tau sebab bila pakai kita nampak lain tau and mata tu jadi macam lagi menawan ala-ala Rozita Che Wan you..huhu. Then aku dapat peluang lagi pakai bulu mata palsu bila time aku semester 5 sekarang, kitorang kena handle event lagi and aku pula dengan secara tiba-tiba kena jadi dayang. Seriously memang terpaksa and aku tak suka, tapi nak buat macam mana kan, semuanya dah markah kita.

Dalindareen4488

At this moment, aku kena pakai baju gaun and memang ramai orang cakap aku macam nak kawin. Semuanya sebab kesalahan aku sendiri, yelah pakai bulu mata palsu yang memang untuk time kawin. For your information, remaja macam kita ni just sesuai pakai Fake eyelash yang nipis and jarang-janrang. Bukannya tebal macam yang aku pakai time kat atas ni, eyelash ni especially untuk bride je. So bila kita pakai yang eyelash macam gambar kat atas ni ditambah pula dengan gaun bagai, memang orang yang tengok gambar kita akan cakap “eyh ko kawin tak bagitau aku kan or wei bila kau kawin?”.

Dalindareen4135

see..see aku memang suka pakai bulu mata tebal macam ni and disebabkan tak master lagi nak pakai eyelash, eyelash aku lagi tinggi dari kelopak mata..hahaha. Perasan tak eyelash aku tu. Nampak sangat lah kan tak expert lagi. Huhu.

Memang tersangat lah best tau bila aku mekap kan orang and orang tu puas hati dengan apa yang kita buat. Yess aku memang suka sangat-sangat dengan barang mekap and i am falling in love with them! So sesapa yang nak jadikan aku bini or kekasih, sila-silakan lah fikir banyak- banyak kali sebab kau akan spend banyak duit bila stay or couple dengan aku. huhu

Wassalam!

Sunday, October 24, 2010

Sesi Photoshoot bersama Boipren!wee~

Assalammualaikum semua!

Terus-terang aku cakap, aku bukanlah girl yang ada camera canon or nikon yang dia punya megapixel punyalah berpuluh batu jauhnya boleh zoom tau. Yang aku tau, time aku boleh dapat camera tu juz time aku ada duit beribu-raban nanti. Buat masa ni, belanja pun aku harapkan duit ptptn yang tak pon sampai 3000 untuk satu sem. Tu pun boleh habis dalam masa sebulan tau, lepas da abis barulah kau macam orang sasau menagih simpati kat parents minta dorang masukkan duit. Hehe. Then aku ni bukanlah pandai sangat macam profesional photographer yang boleh senang-senang cari sudut nak ambil gambar yang lawa-lawa. Seriously, aku memang tak ada kemahiran macam tu even ilmu masak-masak pun bukannya aku pandai semua. Tapi disebabkan aku minat sangat dengan bidang fotografi ni, so terwujudlah gambar-gambar yang tak semenggah! hihi

Ok,kita mulakan dulu dengan gambar tak lain tak bukan mestilah owner blog ni kan.

Dalindareen4342 masa ni memang tujuan aku nak dating ngan boipren aku ni tapi alang-alang dah ada tempat yang cantik, so dengan berbekalkan hp 5800 express music aku ni, jadilah sesi photoshoot khas untuk boipren aku je,huhu. Takmo orang lain tau.

Dalindareen4323kadang-kadang tu jeles tau dengan orang yang ada dslr canon or nikon. seriously rasa hina gila tau, yelah orang sebelah kau ambil gambar pakai dslr, yang kau pula mampu pakai hp je and by that time perasan lah konon-konon nya hp kau tuh macam dslr haram jaddah!hehe.

Dalindareen4329

Aku pernah pegang sekali je dslr tuh tau. Tapi yang tu pon brand Nikon kalau tak silap akulah. Aku try test ambil gambar pakai dslr tu then tengok lah gambar yang aku capture tadi. Takdalah lawa mana pun (sebenarnya tengah terima hakikat yang dslr tu bukan aku punya). Tapi seriously, bila aku tengok gambar yang aku view tu, aku rasa cantik lagi gambar yang aku tangkap pakai hp tau. So then, masa tu lah aku sedar, gambar tu jadi cantik bukan sebab kamera kau mahal ke or hp kau mahal tau but dia bergantung pada teknik kau capture and usaha kau untuk edit gambar tu jadi cantik.

Dalindareen4335 Aku bab nak edit pakai adobe photoshop, aku ngakulah aku memang tak reti satu benda pun. So sesapa yang bermurah hati nak ajar aku guna adobe, silalah PM me at Facebook keyh! yang aku reti kan pakai satu benda je tau, Photoscape. hahaha sila gelak sekarang and sila cakap “ala setakat photoscape budak sekolah rendah pun tau”. Yess! i admitted yang aku memang tak pandai guna software tu semua. Ada kat laptop aku pun juz nak memberatkan then last-last aku uninstall balik.hahaha

Dalindareen4337 Even aku guna photoscape pun but ramai member-member aku kat facebook dok tanya-tanya software apa yang aku pakai and camera apa yang aku pakai. Then bila aku cakap pakai hp and juz software photoscape je aku pakai. Ramai yang tak percaya tau. Hey dude! even kau ada kamera yang mahalnya boleh beli banglo 3 bijik tapi kalau setakat tangkap gambar pun macam budak-budak baru pandai pegang kamera. Baik tak payah, buat membazir duit kau tau! emosi ni!hahaha

Dalindareen4559 Lagi satu faktornya, background and view kau mesti cantik tau baru boleh menghasilkan gambar yang berkualiti tanpa pakai kamera yang mahal.huhu

Dalindareen4572model tak hensem or cantik tak apa tau! But teknik yang digunakan masa tangkap gambar tu HARUSLAH betul so then gambar and model dalam tu akan jadi cantik or hensem.

Dalindareen4580Last but not least, owner blog pun nak tempelkan gambar dia jugak! huhu then kat sini aku nak tekan kan yang sesuatu gambar tu jadi cantik bukan sebab adanya kamera yang mahal but teknik yang digunakan betul and Master dalam editing gambar.

p/s:

~sebenarnya blog ni ditulis sebab jeles dekat orang yang ada dslr..huhu! 

Tuesday, October 5, 2010

Take My Heart- dedicated to Fazrul Hisham!

220420101202

You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like
But not every heart belongs to any other
You and I

You and I are meant to be

78967ilzkxxjski


I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

469666ai6fszwy8s

If I take your heart, I will cherish it every day
If I take your heart, I will heal these old wounds
If I take your heart, it's to make it happy
If I take your heart, it's forever close to mine
But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

674151mlx0m4643v

I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return
I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return

569140ywi7wsnnuv

Monday, October 4, 2010

Saya baru rasa Donashi!!!!sedap….

Dalindareen3971*gambar pembukaan entry..hehehe

Assalammualaikum semua..cuba tengok gambar yang aku letak kat atas ni..nampak sedap ke nampak cantik..kalau sedap mesti rasa nak makan kan..kalau cantik pulak rasa nak simpan je dalam bilik bawa tido sekali kan..boleh tak kalau macam tu??huhu..kalau tanya kat aku lah kan..gerenti aku akan cakap yang gambar atas ni tersangatlah sedap and cantik..nak makan and nak simpan sekali bawa rumah..huhu

Alkisahnya..masa ni aku memang teringin gile nak makan donashi a.k.a donut sushi then bf aku pun bawalah pegi dekat Dataran Pahlawan,Melaka tu..alang-alang tu boleh gak tengok wayang sekali kan..o0ppss tak boleh nak rahsia lagi dah dekat mak aku..kantoii!!huhu..masa nak beli donashi ni aku pun dok berkira-kira nak beli dalam 2 ketul pun jadilah..nak rasalah katakan..hukhuk..poyo je nak rasa..tapi at last orang yang dekat Big Apple tu cakap yang kena beli 18 biji just 20 ringgit..tak ke macam kempunan aku time tu..yelah banyak kot 18 biji..aku ngan bf aku je..huhu…

Then nak tak nak bf aku belikan juga 18 biji tu..nak buat macam mana kan..dah tu je yang boleh kan..

Dalindareen3972

*yang ni masa permulaan..okey lagilah..tekak pun boleh telan lagi..mulut pun gelojoh je nak kunyah-kunyah donashi ni..ingatkan kecil jer ghupe-ghupenya besar jugak!..cuba try test tengok coklat ball warna pink comel-comel tu..sedap gile tau yang tuh!

 

Dalindareen3973 *masa ni pun ok lagi kot rasanya..tak ingatlah..tapi ada rasa da nak start muak..tapi selera tetap ada tau..huhu

Dalindareen3975

*haaa!!yang masa ni aku ingat lagi..mata aku nak naik juling sebab nak abiskan semua donashi ni..bf aku pulak boleh gelak-gelak tengok muka aku dah lain macam..even aku selera besar..tapi bila dah makan benda yang sama je..muak tak ko?jawab..jawab..

Dalindareen3977

*yesss!!!bf aku tolong habiskan semua donashi tersebut..beliau tersangatlah laju makan donashi ni..satu biji benda alah ni dia bantai suap dekat mulut dia..sebiji-sebiji pulak tu..kalau half-half takpe gak kan..huhu

Dalindareen3980 *finally..akhirnya..at last!!!donashi semuanya habis..cayalah bf aku..bf ko ado nak buat macam ni??hahahaha

Dalindareen4018 *yang penting masa time ni dia dah rasa loya gile..sian bf aku tau..nasib baiklah aku ada..bolehlah dok urut-urut kepala dia..oppss!!hehehe

 

p/s:

~bak kata kawan aku si sabek

“manalah korang dua tak gomok..makan je dah banya macam ni..kuang..kuang..kuang..hehehehe!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...