Tuesday, April 12, 2011

Kadang-kadang aku terfikir. Kalaulah mak aku ada blog…apa yang akan jadi ehh ?

Assalammualaikum !

Walawei ! Lama gile tak update belog yang tak semenggah ni. Bukan menyampah ke apa dah dengan belog ni, tapi idea yang tak ada membataskan aku untuk update belog. Pelik tau tengok sesetengah blogger yang famous amos. Kadang-kadang dalam sehari diorang boleh buat lima hingga enam entry. Tuhlah orang katakan. Nak berjaya ni kena rajin. Kalau macam aku ni gayanya. Memang takdo lah nak berjaya ehh. Yelah, update pun boleh dikatakan seminggu sekali je. Macam mana lah belog kau ni nak ramai orang baca kan Areen !

Dari semalam sampailah sekarang ni aku dok baca belog mama Hanis Zalikha. Rasa best gile bila mak kita sendiri ada belog and bila ada time-time yang ceritakan pasal anak-anak, mesti mak kita akan link kan dengan belog kita. Memang best gile lah. Macam aku, aku tak tahu nak cakap macam mana kalau mak aku sendiri ada belog tau. Tak dapat aku nak bayangkan. So dekat bawah ni aku nak listkan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya mak aku ada belog. Serius memang aku dah tak ada kerja kan ! Hahaha.

Maybe akan berebut untuk menggunakan PC dirumah bila bil berukband aku tak bayar lagi.

Haha ! Yang pasal benda ni, tak payah nak tunggu belog lah. Facebook pun masing-masing dok berebut nak online. Mak aku ni kalau dia online facebook boleh tahan lama jugak. So kenalah tunggu turn kalau nak guna PC tuh. So cuba bayangkan kalau mak aku ada belog. For sure dia akan bagi aku online lepas dia dah update entry yang panjang berjela tuh. Tuh kalau dia bagi aku online lah. Kalau dia dok blogwalking sana sini ke belog orang lain. Tak ke lama namanya ! Huhuhu. Sabo jelah !

Maybe akan berlawan untuk hasilkan sepuluh entry dalam masa satu hari.

Dah kata anak beranak kan. Of course lah akan berlaku persaingan yang sihat antara ibu dan anak. Hadoi dah macam iklan ubat batuk dah. Hahaha. Maybe jugak akan berlaku ketidakpuasan hati dan kejelesan dalam hati masing-masing. Yelah bila nampak mak update entry baru, anak pun cakap. Haiishhh tak boleh jadi ni ! Kena update jugak. Lepas anak ni update and dapat komen banyak pulak tuh, emak pun update lah lagi satu entry and begitulah seterusnya yang akan berlaku. Hahahaha.

Maybe anak dan ibu akan sedaya upaya nak hasilkan entry yang terbaik.

Hah ! Yang ni aku bagi contohlah wei. Contoh je lah. Tak ada kena mengena antara hidup dan mati. So semua tahu kan yang aku ni belajar course yang masak-masak je kan. So kepada sesiapa yang pernah baca entry aku sebelum-sebelum ni akan tahu yang belog aku ni penuh dengan gambar makanan. So bila aku update pasal makanan, mak aku yang memang sedia maklum pandai masak tuh, of course akan update jugak pasal makanan. Tapi kiranya benda yang lagi sedaplah. So orang pun ramailah tertarik nak baca belog mak aku. So belog aku pun semakin dilupakan. Aku ni yang memang ada sifat kedengki, akan berusaha nak buat entry yang masak-masak jugak even masak benda yang tah hape-hape. Tapi disebabkan ada lah sikit-sikit skill nak edit gambar jadi lawa, so makanan yang tah hape-hape tuh jadi macam makanan hotel lima bintang. Boleh ? Hahahaha.

Maybe aku dan mak aku akan berlawan untuk dapatkan follower terbanyak.

Sekarang ni aku tengok belog yang setahun jagung, senang sangat-sangat nak dapat follower yang ramai berbanding belog yang dah berabad macam aku ni. So disebabkan hal ni, mesti mak aku akan sedaya upaya nak lawan dengan aku kan. Bila follower mak aku dah ramai, dengan serta merta nya orang akan lebih mengenali mak aku dari aku. Cett ! Ni dah kira sabotaj anak sendiri kan. Hahahaha.

Maybe orang akan membandingkan belog aku dengan mak aku.

Situasi dia macam ni lah tau. Ada seorang blogger ni tengah dok godek-godek belog aku then ternampaklah link belog mak aku. So tanpa membuang masa dia pun bukak. Bila bukak-bukak je, tengok ayat mak aku dekat entry sopan and berhemah je berbanding dengan bahasa dekat belog aku yang of course semuanya tak semenggah. So dari situ orang akan nampak and cakap. "Eii mak dia ni sopan je aku tengok, rupa pun cantik je, tapi bila tang anak dia, hadoii macam langit dengan bumi”.

Hello ! Takkanlah dari setiap benda semuanya aku nak sama dengan mak aku kan. Dari segi rupa tuh, adalah sikit-sikit aku sama dengan mak aku. Tapi yang lain tuh, macam susah sikitlah nak sama. Tapi mulut orang kan, mana boleh nak tutup. So dengarkan jelah. Tiba-tiba teremosi pulak. Padahal bukan betul-betul pun kan. Hahaha

So far tuh je lah pandangan aku kalau mak aku betul-betul ada belog. Actually aku tak kisah pun mak aku ada belog. Sekarang ni pun dia memang dah jadi silent reader belog aku yang tak semenggah ni. Kadang-kadang bila aku balik Seremban and mintak dekat dia duit. Nanti akan keluarlah ayat macam ni “ Hamboiii ! Duit yang mak bagi banyak-banyak tuh mana ? Tuhlah keluar dengan boipren je kerja nya. Mana tak habis duitkan.” So dari situ aku tahu yang mak aku baca belog aku sebab aku mana pernah bagitahu pun kalau aku nak keluar dengan boipren aku tau. Nak mampos ! Hahahaha. Oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi.

Bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...