Wednesday, January 25, 2012

Entry sebelum melelapkan mata =)

Assalammualaikum !

Yeahh esok kerja ! Mood gembira dalam keadaan terpaksa muncul secara tiba-tiba. Padahal kalau boleh aku nak extend cuti aku sampai minggu depan. Tuh pun kalau boleh lah kan. Setelah melepakkan diri dekat rumah selama 4 hari. Esok, kiranya hari ni lah ! Yelah kan, jam dah lepas pukul dua belas kan. Esok aku kena start kerja balik.

Dalindareen8091

Rutin harian macam dok mengadap komputer lama-lama, tekan-tekan kalkulator sampai answer jadi negatif lepas tuh berubah jadi positif balik, then layan supplier yang datang nak ambil cheque diorang. Dengan secara tiba-tiba aku rasa bosan ! Tapi nak buat macam mana kan, dah namanya kerja. Kalau tak kerja siapa lagi nak bagi aku duit untuk shopping kan. Nak mintak dekat emak and ayah aku ? Memang tak lah kan ! Bukan emak dengan ayah tak bagi. Tapi aku rasa segan nak mintak. Nak mintak dengan boipren ? Lagilah tak nak ! Dia pun ada benda lain nak bayar dari dok melayan aku shopping.

Kadang-kadang tuh kan, aku selalu terfikir, bilalah aku nak cuti panjang macam time sekolah and time study dekat politeknik dulu. Yelah ! Dekat sekolah ada cuti sekolah. Dekat politeknik pulak ada cuti semester. Ahhh ! Rindu nak cuti lama-lama macam dulu balik. Sekarang ni memang mimpilah kan nak dapat cuti lama-lama. Tak cuti Sabtu Ahad and kalau nasib baik sikit, adalah Public Holiday. Boleh lah cuti lama sikit. Tuh pun sehari dua je. So now aku memang betul-betul fokuskan pasal cuti ehh dekat entry ni. Tak tahulah kenapa. Hehe !

Oklah sebelum aku melalut dengan lebih banyak lagi. Jomlah kita tidur secara berjemaah ehhh ! Siapa yang tak kerja esok memang best lah kan. Siapa yang terpaksa kerja esok, mohhh mari kita tidur. Huhu.

Bebbboiii !

Monday, January 23, 2012

Drama remaja yang best sangat-sangat untuk dilayan :)

Assalammualaikum !

Now ada dekat kampung tersayang. Dari tadi aku dok melantak kuih cucur yang nenek aku ajar. Yeah ! Aku dah berjaya buat kuih cucur dengan sendiri setelah 21 tahun aku hidup dekat bumi ni tau. Hidung kembang kempis kejap sebab bangga. Muahahaha ! Taukan kuih cucur yang mana satu kan kawan-kawan. Yang warna coklat muda tuh. Yang memang manis gile tuh. Tau kan ! Cakap tau sekarang. Oklah aku bagi gambar ehhh. Karang ada yang ingat aku buat cucur bawang ke, cucur badak ke.

images

See dah tau kan cucur yang mana satu aku dok buat kan. Gambar atas ni ihsan Pakcik Google sebab kuih yang aku buat dah habis di ngap oleh cousin-cousin aku yang lain. Tiba-tiba hidung kembang kempis balik. Bangga sekejap. Wei ! Jangan nak bangga sangat lah kan. Orang lain dah berzaman pandai buat kuih cucur. Kau baru sekarang nak kecoh kan !

Ok ok berbalik kepada tajuk utama kita hari ni. Sekarang ni aku memang suka betul layan cerita Biar Mimpi Sampai Ke Bintang. Memang cerita tuh dah lama sangat keluar dekat Astro Ria tapi aku nak dok gebang jugak dekat sini yang cerita tuh memang best gile wei !

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

Pernah tak tengok cerita ni ? Jangan kata tak pernah pulak. Takkan aku sorang je yang layan cerita ni kot ! Memang cerita ni memang kebudak-budakkan sangat tapi faktor utama aku nak tengok cerita ni sebenarnya sebab ada si Randy yang handsome ni. Kejap-kejap nak letak gambar comel dia kejap.

390101_292127670825275_143015999069777_829363_299676531_n

Auwww ! Comel gile kot. Tiba-tiba rasa muda remaja tengok muka si Randy Pangalila ni. Ehh betul tak aku eja nama mama indon ni ehh ? Lantaklah asalkan ada bunyi kan. Jom kita layan gambar si Randy dengan Elfira Loy dalam drama ni.

Biodata-Randy-Pangalila-dan-Biodata-Elfira-Loy-Pelakon-Biar-Mimpi-Sampai-Ke-Bintang-335x600

images (1)

images (2)

Sweet kan ! Aku malas nak cerita pasal movie ni. Tapi yang penting dia pasal si kaya dengan si miskin yang bercinta lah. Si Randy ni menyamar jadi miskin and si Elfira ni menyamar jadi anak orang kaya. Padahal pada hakikatnya si Randy ni anak jutawan and Elfira just anak penjual ayam je kot ! so begitulah alkisahnya.

Lagu dalam telemovie ni pun memang best lah bagi aku sampaikan aku suruh kawan aku nyanyi lagu ni bila time karaoke. Punyalah terpengaruh kan !

Seventeen-untuk mencintaimu

Boleh tak masa aku dengar lagu ni, aku terbayang kan si Randy tuh menyanyi lagu ni. Same goes to lagu Aishiteru yang Zivilia nyanyi tuh. Sampai sekarang bila dengar aku terbayang kan si Randy tuh yang nyanyi. Punyalah terpengaruh dengan Cinta Melody tuh. Nasib baik aku tak terpengaruh dengan cerita Nada Cinta tuh.

Apa-apa pun aku nak layan cerita Biar Mimpi sampai ke Bintang ni balik. Memang tak muak tengok cerita ni. Korang try lah layan. Mesti akan jadi macam aku jugak dok tercongok depan laptop. Oklah dah Maghrib ni, karang mak aku memekak aku dok online.

Dalindareen8130

So kita bertemu kembali malam ni ehh. Tu pun kalau aku rajin nak update. Agak-agak lah kan, muka aku ada iras-iras Randy Pangalila tak ? Manalah tau kan ada iras-iras. Orang tua-tua kata kalau muka kita ada iras dengan seseorang, jodoh kita kuat dengan orang tuh. Dah ! Memang motif tersangat bila berkata begitu.

Bebboi !!

Sunday, January 22, 2012

Memang sah dah takda kerja !

Assalammualaikum !

Cuti-cuti macam ni memang semangat gila nak update blog kesayangan ni. Kalau hari-hari biasa time kerja tuh. Memang tak nampak lah kan aku nak update banyak-banyak. So disebabkan tak ada kerja punya pasal, aku nak tempek gambar perasan cun habis aku dekat sini. Aku rasa muka hantu kak limah lagi cun kot dari gmbar yang aku tempek ni. Korang jangan nak scary lebih ehh ! Karang mahu jugak ada yang mati terkejut.

Tapi bagi aku tak adalah scary sangat. Tapi korang layan kan je lah ~ Hehehehe

120122-020537

Anyonyo muka alien mana entah ni kan.

Space antara mata tuh memang gedabaklah besar kan.

Tapi mata aku comel kan. Sila cakap comel cepat !

120122-020555

Hai nama saya Azreen ! Jomlah kawan dengan saya !!

Jangan pelik ehhh aku pun ada bibir ala-ala Angeline Jolie dengan Kila Fairy tau.

120122-020723

Lu dah bikin wa panas der ! Lu mau wa hentak lu ka !

Lu tak puas hati lu cakap depan-depan lah wei.

Lu langsi lu mati !

*Motif tetiba kan*

120122-020705

Hai panggil saya mak jemah je ok !

Gambar yang ni comel gila kan !

12

Wei jangan nak buat muka innocent sangat lah kan !

Ingat ada orang nak simpati ke?

* Mood sedih tiba-tiba *

Dan Mak Jemah pun ~

BERTUKAR !!!

120122-020009

Peace ~~

Bebbboiiii !

Tutti Frutti time !

Assalammualaikum !

Rasanya blog kesayangan ni semakin dilupakan sebabnya tak ada idea nak update apa. Then nak tahu tak, blog aku ni hari tuh kena hacked entah dengan virus apa entah. Habis semua gadget aku terpaksa delete. Yelah korang bayang kan lah, bila bukak je link blog aku ni. Dia tak keluar langsung apa-apa yang berkaitan dengan blog aku ni. Sipi-sipi pun tak ada tau. Memang kejam betul ! Sob sob sreettt. Sedut hingus dalam-dalam. Hahahaha.

Oleh sebab itu jugak, aku terpaksa tukar background blog yang dah sekian lama tak tukar. Rindunya dengan background yang lama. Nak tukar balik lah.

Actually, entry ni dah lama diperam dalam laptop ni. Just malas nak publish je. Tak tahulah kenapa. Maybe sebab takda keyakinan diri kot disebabkan pipi yang semakin membulat macam kuih apam dah rupanya. Nak diet entah bila entah. Pipi ni membulat jugak sebab asyik dok melantak Tutti Frutti yang super marvelous ni !

Dalindareen8113

Waahh ! Jangan tanya kenapa pipi semakin gedabak and sekeliling mata semakin hitam. Inilah jadinya bila tension dengan kerja je, tangan mesti capai makanan and terus sumbat dekat mulut. Kalau makanan yang berkhasiat tak apa jugak kan. Ni tak, maruku India mana entah yang jual, setiap hari mesti wajib masuk mulut. Kalau ada orang pergi post office je, mesti pesan maruku tuh. Motif post office jual maruku kan. Tapi silalah percaya, maruku banyak terdapat disitu ye. Huhuhu !

Ok berbalik kepada topik utama kita iaitu Tutti Frutti, selalunya kalau aku datang dekat sini. Aku mesti ambil tiga flavour je. Red velvet, vanilla dengan coklat. Topping dia mesti cornflake. Kalau time tuh gaji dah keluar, memang tak beragak langsung aku dok isi dalam cup ni. Kadang-kadang sampai melimpah-limpah. Gile tamak kan aku. Tapi bila gaji belum keluar, memang bajet habis lah, kalau boleh tak nak harga dia cecah 10 hengget langsung masa timbang tuh. Huhuhu !

Dalindareen8114

Aku dah pelik sangat dah ni. Yelah pipi aku makin gedabak tapi boipren aku pulak makin kurus. Ohh adakah disebabkan duitnya yang semakin menipis disebabkan aku ? Ehh ! Tak ada langsung rasanya sebab selalunya kitorang share-share kalau bab makanan yang mencekik darah ni. Kalau yang murah-murah tuh, memang aku buat muka tak tahu je lah. Muahahahaha !

Nak tahu tak ? Boipren aku ni touching sangat-sangat bila dalam blog ni, aku bahasakan dia sebagai bestfriend aku. Kalau sesiapa yang pernah follow entry aku sebelum ni mesti perasan yang aku selalu panggil mamat dekat atas ni sebagai bestfriend aku kan. Entah kenapa nak touching pulak. Oklah mulai sekarang ni, saya bahasakan diri awak sebagai boipren saya ehh !

Yeahhh ! Cheque nuffnang dah sampai. Setelah sekian lama aku tunggu barulah sampai cheque ni. Nak dekat dua bulan kot aku tunggu. Apa-apa pun terima kasihlah ehh Nuffnang sebab bagi aku duit poket masa tengah kering ni. I lub you lah !

Dalindareen8086

Selama ni kerja asyik dok wat cheque untuk orang, tak sangka pulak boleh dapat cheque yang tertera nama diri sendiri. Oklah rasa mata ni dah macam ada gam. Macam dah tak boleh bukak dah.

Bebbooiii !

Saturday, January 21, 2012

Lagu di waktu pagi yang indah ni !

 

Assalammualaikum !

Katy Perry

Summer after high school when we first met
We make out in your Mustang to Radio head
And on my 18th birthday we got that chain tattoos


Used to steal your parents' liquor and climb to the roof
Talk about our future like we had a clue
Never plan that one day I'd be losing you


And in another life I would be your girl
We keep all our promises, be us against the world
And in other life I would make you stay
So I don't have to say you were the one that got away
The one that got away


I was dreaming you were my Johnny Cash
Never one, we got the other, we made a pact
Sometimes when I miss you, I put those records on, whoa


Someone said you had your tattoo removed
Saw you downtown singing the blues
It's time to face the music, I'm longer your muse

And in another life I would be your girl
We keep all our promises, be us against the world
And in another life, I would make you stay
So I don't have to say you were the one that got away
The one that got away
The one, the one, the one
The one that got away


All these money can't buy me a time machine, no
Can't replace you with a million rings, no
I should've told you what you meant to me, whoa
'Cause now I pay the price


In another life I would be your girl
We keep all our promises, be us against the world
And in another life, I would make you stay
So I don't have to say you were the one that got away
The one that got away
The one, the one, the one, the one


And in another life I would make you stay
So I don't have to say you were the one that got away
The one that got away

Bebboiii !

Monday, January 2, 2012

Bersuka-ria bersama kawan baik ! Part 2

Assalammualaikum semua !

Merajinkan diri untuk update sambungan entry yang sebelum ni. Rasa semangat nak pergi kerja esok. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe sebab esok aku akan dimarah bos kot sebab banyak cheque yang tak sign lagi kot. Huhuhu ! Ahhh lantaklah. Yang penting kerja tetap jalan. Entry sambungan pun tetap terupdate dengan jayanya. (Ehh Areen jangan nak semangat sangat boleh )

Ok berbalik kepada sambungan entry dimana aku dengan si bff aku si Furzanne dengan cousin aku snap-snap gambar dekat Istana. Ehh salah-salah. Depan istana je kot. Esoknya hari Ahad aku dah balik Seremban balik sebab nak bawak si Furzanne ni jalan-jalan. Tak adalah jauh sangat aku bawak si Furzanne ni jalan sebab tujuan utama kitorang keluar pun sebab nak tengok wayang. At last lepas dah decide nak tengok wayang dekat mana, aku pun bawak je lah si Furzanne ni pergi Jusco Seremban 2 je.

Lepas dah beli tiket wayang, usha-usha mamat handsome kejap then pusing satu kedai kasut and handbag. Terus decide nak makan sebab dah lapar sangat padahal masa sebelum nak balik Seremban tadi, dah melantak baik punya dekat rumah nenek aku. Tak apa ! Diet dilupakan buat sementara waktu bila kawan baik ada dirumah anda ok ! Pesanan kasih sayang dari saya. ( Sila jangan nak cakap dalam nada confident sangat boleh tak Areen)

Dalindareen8064

Anyonyo comel nya kawan aku sorang ni. Kalau nak tahu, dia ni memang bestfriend aku since dari sekolah lagi. Memang kitorang terlampau rapat. Family aku kenal dia and family si Furzanne ni pun memang kenal dengan aku. Mak aku memang tak marah kalau aku keluar sampai tengah malam dengan si Furzanne ni. Cubelah kau keluar dengan boipren sampai tengah malam. Memang tidur luar lah jawabnya aku.

Dalindareen8066

Aku tak ingat aku baca dekat mana tapi baik je dia suggest kan Macaroni Cheese dekat Secret Recipe memang better than Pizza hut. So disebabkan terpengaruh yang amat, aku ajaklah si Furzanne ni makan dekat Secret. Dan kerana aku ni peminat tegar Cheese yang berlemak dan menyebabkan salur darah tersumbat dengan kelemakkannya, aku pun dengan rela hati order Prawn Macaroni Cheese ni. Nampak sedap kan ! Sila cakap sedap ok.

Dalindareen8068Ni si Furzanne punya makanan, Japanese soba kot tak silap nama nya. Entahlah jadah nya aku nak ingat semua nama makanan kan. Tapi seriously mee ni memang sedap sangat-sangat. Bagi penggemar sayur macam aku, memang tersangat lah sedap. Now air liur aku dah bertakung dalam mulut bila dok imagine benda alah ni. And kalau nak tahu macaroni cheese yang aku dok makan tuh tak adalah sedap mana pun. Yang paling penting sangat muak ok ! Loya pun ada tau. Memang terbaiklah kan. Gabungan cheese yang mantap sampaikan aku jadi pening, loya, and muak.

Dalindareen8067

Gambar perasan-cun-depan-makanan haruslah ada. Ini semua perkara wajib bila keluar makan dengan bff. Macam tak faham pulak kan. Furz !! Mee kau sedap gile wehh.

kak long

Muka sembab sebab aku tak pakai eyeliner langsung. Sedar-sedar je masa dalam fiiting room dengan si Furzanne, baru perasan tak pakai eyeliner langsung. Tak cantik langsung ok and tak ada confident nak jalan-jalan. Memang motif sangat kan !

Oklah tuh je lah entry bersama kawan baik bahagian kedua yang aku nak story. Tak ada apa yang istimewa pun just aku rasa best and rasa nak keluar lagi dan lagi dengan bff aku ni. Prinsip aku senang je, sekali aku dah sayang seseorang sebagai kawan aku, sampai bila-bila aku akan buat baik dengan dia kalau dia pun buat baik dengan aku. Kalau aku tak selesa and tak banyak cakap dengan seseorang tuh, bukanlah maksudnya aku tak anggap dia kawan cuma untuk berkongsi apa-apa rahsia bukan lah dengan seseorang yang aku tak selesa tuh.

Kawan baik bagi aku ialah seseorang yang aku selesa untuk bertentang mata dengannya, tak perlu nak pandang tempat lain bila dia bertentang mata dengan aku sebab rasa tak selesa tuh muncul.

YOU TREAT ME WELL, I WILL TREAT YOU MORE BETTER.

Lupa nak cakap, aku tengok Ghost Protocol dengan si Furzanne tau. Ohh memang Tom Kurus atau dengan nama lain dia Agent Ethan Hunt memang tersangat lah hot even dia dah tua. Tapi walau macam mana hot pun dia, hati aku tetap terpaut dekat Agent Brad. Handsome gile ! Berbaloi beli tiket seat paling depan,even kepala sakit mendongak tapi hati puas !

Bebbboiii !

Selalunya masa bersama kawan baik adalah masa yang paling terindah dalam hidup =) -Part 1

Assalammualaikum semua !

Serius rindu sangat-sangat nak update cerita yang entah apa-apa dekat blog yang serabut tak tentu hala ni. Bukan apa, hujung minggu aku banyak dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti lebih berfaedah gamaknya. (Ohh kau nak cakap berblog ni tak berfaedah lah ehh Areen). Bukan itu maksud aku, kebanyakan hari sabtu and ahad, aku banyak ikut mak aku pergi kenduri kahwin and balik kampung. Kadang-kadang tuh, disebabkan malas nak ikut aku duduk melangok tengok tv je dekat rumah.

Baru-baru ni pun mak aku ajak balik kampung sebab dekat kampung aku ada buat kenduri sikit. Nasib baiklah kawan aku ada yang nak ikut balik kampung. So tak adalah aku mati kutu sorang-sorang dekat kenduri tuh. Actually kawan aku si Furzanne ni teringin sangat nak ikut aku balik kampung. So dengan hati yang gembira lagi excited, aku terus setuju bila dia kata nak ikut aku balik kampung.

Bila dah sampai dekat kampung tuh, aku terus bawak dia jalan-jalan satu kampung. Sambil-sambil tuh nak dok usha mamat kampung. Oppsss ! Kawan aku tuh je lah yang usha. Aku just jeling-jeling je sebab tuh je yang mampu. Hahahahaha !

Dekat Seri Menanti, Negeri Sembilan ni tak ada banyak tempat pun yang aku boleh si Furzanne ni jalan. Tuh pun aku just boleh bawak dia pergi Istana lama Sri Menanti. Lepas tuh tak tahulah kenapa malang sangat nasib kitorang, istana tuh dah tutup. Tak boleh nak masuk. Dia ada limit time yang kita boleh keluar masuk. Kempunan aku nak masuk tau. kesian si Furzanne tau.

Disebabkan dah tak boleh nak masuk dalam istana tuh, kitorang just snap-snap gambar dekat tempat raja bersiram je. Tuh je lah yang mampu kan.

Dalindareen8028

Actually rumah yang jadi background kitorang tangkap gambar ni kunci. Malas nak tangkap dekat rumah nenek aku. Disebabkan rumah belakang ni comel, so ia adalah tempat yang ideal untuk snap-snap gambar kitorang yang perasan-cun-habis ni.

Dalindareen8043

Maaf lah ye kerana gambar tersangat lah jauh. Sebenarnya aku just nak tunjuk istana lama Sri Menanti dekat belakang aku tuh je. Korang semua nampak kan and pernah tengok kan. Jangan kata tak pernah tengok tau. Semua belajar Sejarah kan. Malang betul nasib kitorang tak dapat masuk dalam istana tuh ! Ahhhhh tension.

Actually tempat yang aku berdiri tuh tempat raja bersiram. Kau jangan nak berangan lah tiap-tiap malam kau boleh skodenga anak raja bersiram. Acara ni just diadakan bila salah seorang anak raja kahwin. Masa tuhlah korang boleh ramai0ramai tengok anak raja tuh bersiram. Ehh salah-salah. Disiram oleh dayang-dayang nya. Muahahaha !

Dalindareen8046

Si mak dara dan si dara. Huhu. Cousin yang paling rapat dengan aku dalam seantero dunia ni. Tapi sekarang susah dah nak ajak dia keluar sebab dia dah kahwin. So pergi mana-mana harus dengan izin suami ok ! Farah kenapa kau kahwin dulu. Kita kan sebaya wei !

Dalindareen8049

Memang dah tak ada tempat lain yang kitorang boleh tangkap gambar. So harap maaf lah kalau korang muak tengok muka kitorang yang sememeh ni. Ehh muka aku sorang je lah. Si Furzanne comel kot dengan spek and gaya ala-ala K-pop nya.

Dalindareen8054

Ok bangunan putih yang jauh dekat belakang tuh, barulah istana bari Sri Menanti. Aku pernah masuk dekat dalam tuh pun sebab ada jamuan raya. Kalau hari lain jangan harap boleh masuk.

Oklah tuh je lah yang aku boleh cerita kenangan teriandah bersama bff aku si Furzanne and cousin aku si Farah. Ada banyak lagi cerita.

Nantikan Part 2 pulak ehhh !

Bebboiiii.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...