Sunday, December 30, 2012

Adik sound kakak? Ehh bukan kakak ke yang kena sound adik !

Assalammualaikum !

Sejak dua menjak ni kan, adik aku yang dah nak masuk darjah 4 hari rabu ni makin banyak tanya soalan yang kadang-kadang aku sendiri pun susah nak jawab and explain. Lepas tuh bila aku dah jawab then dia tak paham-paham lagi. Dengan secara automatik aku pulak hangin jadinya. Tak memasal kan nak marah-marah. Huhuhu

Ditambah pulak dengan mak aku yang dah baca entry Hanis Zalikha pasal Benda kecil dipandang besar tuh. Terus mak aku pun backup adik aku. Then cakap, kakyong ada baca tak entry yang Hanis Zalikha tulis, cuba jawab soalan adik tuh betul-betul. Haaaa ! Kalau tak baca lagi entry dia tuh pasal apa, Better korang pergi baca. Sebab entry yang dia tulis tuhlah, aku terpaksa explain pelan-pelan dekat adik aku apa-apa yang dia tak faham sampailah dia teranggung-angguk then cakap Ooooo adik dah paham dah kak yong ! Ok fineeeeee.

For example, adik aku ada tanya aku, macam mana baby keluar dari perut mak dia. Aduhhh ! Aku pun susah nak jawab. Apatah lagi nk explain panjang-panjang kan. So jawabnya aku kata, adik tanya mak and apa kata adik cari kat Google je. Then boleh selamba badak je dia sound, ehhh kakyong sepatutnya terangkan kat adik sampai adik paham. Bukannya suruh adik tanya mak. Sebab adik tanya dekat kak yong, bukannya dekat mak.

So korang bayangkan lah budak 9 tahun sound direct dekat aku macam tuh je. Pedih sioot ! Hahahaha. So nak tak nak aku pelan-pelan lah explain even aku tak pasti benda yang aku cakap tuh betul ke tidak. Takpelah, kadang-kadang budak kecik ni kalau kita explain sikit pun dia dah puas hati asalkan kita menjawab soalan yang dia tanya.

Actually memang banyak soalan yang dia tanya dekat aku, and kadang-kadang aku malas nak layan ! Finally bila dia diam je dengan aku, aku pulak yang rasa menyesal. Sometimes aku rasa mak dengan ayah aku hebat sebab diorang boleh jawab semua soalan yang adik-adik aku tanya dengan cara yang memang reasonable lah benda tuh.

29122012036

Yeahhhh budak kecik ni memang suka sangat-sangat buli aku. And bila aku nak pergi kerja je, suka pesan tolong belikan gula horlicks dia. Semalam bila aku baru balik kerja, dia cepat-cepat keluar rumah mengadu dekat aku yang adik aku yang sorang lagi tuh dah ambil gula-gula Horlicks dia sepeket. Takpelah adik, nanti kak yong belikan lagi ehhh !

Nasiblah dapat adik yang jaraknya 13 tahun dengan aku. Kadang-kadang jalan tuh, dah macam anak aku dah jadinya. Aku memang garang tapi bila part adik-adik ni terus jadi lembut.

29122012017

Adik besar yang mencuri gula-gula horlicks adik kecik. Kerja nak mencubit peha aku and mengePOW  kakak dia yang takdalah banyak sangat duit ni. Aiishhhh nasib baik kakyong kau ni baik tau Imran.

29122012046

Last but not least, adik aku angah yang paling istimewa dalam hidup. Even dia istimewa tapi dia memang suka tolong aku and paling tak tahan kalau part bergaduh, habis rambut aku segumpal dia tarik. Tak pasal-pasal kepala aku botak setompok ! Demmmm. Hahahaha.

29122012049

Terima kasih adik-adik sebab selalu buli kak yong ! Takpe nanti kakyong balas balik.

Ok bye !

Wednesday, November 14, 2012

Cerita Deepavali saya !

Assalammualaikum !

Sekejap ehhh ! Iklan kejap. Tadikan lepas tengok cerita Mimpi Cinderella yang ada watak Saleha yang apa entah nama sebenar dia and wayak hero si Emir or nama sebenarnya Afiq Muiz, terus aku rasa nak google gambar-gambar si Afiq Muiz. Hamboiii ! Kalau watak hero tuh memanjang je lah ingat full name dia. Cuba jawab bila orang tanya nama menteri-menteri dekat Malaysia ni, mampos tak tahu nak jawab sebab bukannya kenal sangat pon ! Nampak sangat Sejarah dulu dapat C kan. Hahaha motip nak bagi tahu result time SPM dulu dekat sini. Hehehe. So selepas dah berusaha dengan jayanya meng ‘google’, dapat lah aku seketul gambar Afiq Muiz yang aku rasa hot sampai nak terkentut dah aku rasa ni. Jom layan sat !

DSC_0500

Wahhhh hensemnya ! Seketol je lah aku bagi. Nama pon kata aku nak bagi layan seketol je. So seketol gambar je lah aku tempek dekat sini. Biar korang pulak gigih nak meng ‘google’ gambar mamat hot ni.

So berbalik kepada cerita Deepavali yang aku nak sangat-sangat cerita ni, aku nak wish dulu Happy Deepaali to yuollls ! Walaupun dah lambat sangat tapi aku rasa sekarang ni still dalam mood Deepavali lagi kot. So macam mana sekali pun aku nak wish jugak !

Pasal cerita Deepavali aku, actually  aku tak terfikir pun nak ikut akak-akak ofis aku pergi beraya Deepavali sebab banyak kerja yang kena buat, tapi disebabkan aku pikir dari melangok dekat rumah, baik aku pergi jalan-jalan. Dapat jugak makan free kan. Hehehe. So dengan hati yang murni lagi suci bersih, aku pun dengan rela hati follow akak office aku beraya dekat rumah kakak office aku yang Indian.

IMG_1491

Sementara tunggu kakak office aku, Kak Loo, aku bantai paksa emak aku tangkapkan gambar aku. Huahuahua ! Feeling-feeling macam pokok emak aku tuh berbau harumlah kan. Tapi phuii ! Bunga pun takda wei. Eksyen je lebih ! Emak aku pun sama, suruh aku posing macam-macam gaya. Wahh emak semakin memahami aku.

So rumah pertama yang diserbu adalah rumah Kak Gowri !! Rumah kak Gowri ni dekat je dengan rumah aku, tapi disebabkan dah excited, pagi-pagi lagi aku dengan akak-akak yang lain dah tercongok dekat rumah kak Gowri. Hehehehe ! Orang lain yang sambut Deepavali pun tak over macam kitorang yang tak sambut ni tau. Hehehe !

IMG_1496

Inilah dia Kak Gowri ! Yang sebelah dia tuh bukan anak dia tau, tapi anak saudara dia. So kalau-kalau ada lah blogger Indian yang berkenan dengan kak Gowri aku ni, janganlah segan-segan nak calling-calling aku mintak nombor dia dekat aku ehh ! Motip sangat ! Macamlah ada blogger Indian yang nak sangat baca blog kau ni kan. Entah paham entah tidak dengan bahasa yang aku tulis ni.

IMG_1493

Yeahhh ! Kuih raya. Kitorang semua masuk-masuk je, terus kak Gowri bagi makan kuih raya tau. Aku ingatkan Hari Raya je yang bagi kuih raya. Deepavali pun bagi kuih raya tau. Yang lagi best, semua kuih ni kak Gowri yang buat tau. Memang gigih habis lah ! Aku ni pun walau macam mana gigih pun buat kuih raya, mesti terselit jugaklah kuih tunjuk. Hehehe.

IMG_1500

Yang paling aku ingat, cookies ni lah sebab rasa dia Masyaallah sedapnya. Ni betul ok cookies, bukan ladoo ke, vadey ke. Bukan tau ! Aku nak tapau sebenarnya biskut ni tapi tak terluah pulak.

IMG_1494

Ini lah muka-muka yang tak cukup sekadar makan kuih raya je. Mesti nak lebih dari kuih raya tau ! Kalau tak memang tak kenyang and rasa dunia tuh tak lengkap ibarat kapal terbang tanpa sayapnya. Haaaaa ! Over tak ayat aku ni. Memang hyperbola melambung-lambung tingginya.

Maybe kak Gowri paham kot yang kitorang ni tak kenyang lagi. Dia pun ajak makan tosei. Yeahh ! Muka kami-kami yang innocent ni berjaya membuatkan kak Gowri mengajak kami-kami ni semua makan. Hahahaha ! Padahal dah bagitahu seminggu awal nak datang beraya rumah dia kan.

IMG_1502

IMG_1503

IMG_1505

Ayam masala + Tosei + Kuah kari dhal + kuah kelapa apa entah.

Jangan tanya dekat atas tuh pinggan siapa ok ! harus lah pinggan tuan empunya blog. Nampak sangat tamak kan sebab ambil ayam sampai dua ketul. Alang-alang nak makan tuh, biar sungguh-sungguh. Over sangat nak ssungguh-sungguh tau. Kata je lah yang kau memang kebulur kan.

IMG_1508

Saja je nak selitkan muka-muka orang yang puas hati sangat-sangat sebab kekenyangan. Haruslah puas hati tau sebab makanan yang kak Gowri masak semuanya sedap-sedap, lagi-lagi ayam masala tau.

Selepas sesi beramah mesra dengan mak kak Gowri and adik-adik kak Gowri, kitorang semua pun bergeraklah ke destinasi seterusnya. Mohh kita ke Felda Bukit Rokan Kuala Pilah. Pergi rumah kak Pushppa pulak !

Sampai-sampai je dekat rumah kak Pushppa, kepala aku da macam mengong-mengong sikit. Maybe sebab duduk belakang. Aku ni dahlah terbiasa sejak azali jadi driver je. Alih-alih jadi penumpang pulak and duduk dekat belakang.

Then sama jugak macam rumah kak Gowri, rumah kak Pushppa banyak sangat kuih raya. Aku dah rasa macam satu Malaysia dah. Kuih raya ni semua kaum buat kalau sambut raya. Lepas dah melayan pembuka selera, iaitu kuih raya yang maha sedap, kak Pushppa ajak makan lagi ! Yeahhhhh

IMG_1512

Apakah ini? Inilah dia Idli. Rasa dia macam pau kosong tuh tapi ada masam-masam sikit. Sedap sangat kalau makan dengan kari ayam. Umpphhh !

IMG_1513

Makan atas daun pisang yuoolllss ! Ada Idli, sambal udang, rendang ayam, ayam kari, vadey dengan nasi tomato. Kak Pushppa suruh request, nak makan atas daun pisang or pinggan. Aku request nak makan atas pinggan. Ngada-ngada tak ! Suka sangat nak kotorkan pinggan tau. Yang gambar atas ni pun bukan aku punya pon. Kawan office aku si Bibiey yang punya. Tuh yang penuh semacam je. Huahuahua ! Jangan marah ehhh Bibiey !

IMG_1515

IMG_1516

Wahhh sedapnya ! Tiba-tiba nak makan coleslaw yang kak Pushppa buat tuh. Sedapnya ! Dah rasa lapar balik dah bersama perut yang dah berbunyi kriukk kriukk asli. Over tau !

IMG_1523

IMG_1520

Bersama-sama kakak-kakak office tersayang. See see boleh nampak kan macam mana laju and khusyuk nya kitorang makan. Sampai dah macam-macam ghupe dah kitorang ni.

Lepas dah kenyang and bertenaga, jom kita kait buah rambutan !! Motip sangat nak cakap bertenaga kan, padahal dekat rumah Kak Gowri tadi dah penuhkan perut dengan tosei kan !

IMG_1526

Ngada-ngada sangat kan macam lah tak pernah makan buah rambutan. Time ni pulak buah rambutan baru nak menguning, so memang rakuslah kan kitorang semua botakkan pokok rambutan tuh !

IMG_1530

Inilah hasilnya setelah kami-kami semua meng ‘harvest’ kebun kami. Wahh ingat Farmville ke hape, nak harvest-harvest bagai. Boleh dikatakan banyak jugaklah yang kitorang bawak balik. Tapi tak apa, boring-boring dekat office boleh kunyah-kunyah buah rambutan. Hehehehe !

IMG_1537

Sesi menjemur semua-semua rambutan supaya semut yang nak tumpang balik ke Seremban tak berjaya nak tumpang. Still tinggal dekat tempat asal jugak. So dengan kejamnya, aku dengan Bibiey, tak cukup jemur semut ni semua dekat lantai yang panas, kitorang rendam pulak dalam air. Kejam tak ???

IMG_1548

Mak Kak Balqis dah call dah. Nak suruh balik letteww ! Ye nak balik dah ni. Perut kenyang suka hati.

For Kak Gowri and Kak Pushppa, thanks for all food yang akak-akak bagi kitorang makan. Memang sedap sangat-sangat. Happy Deepavali.

Ok bye !

Monday, November 5, 2012

Pernah tak kita terfikir ~

Assalammualaikum !

suka

Saja je letak gambar yang banyak-banyak ni as intro entry. Sebenarnya tak ada idea pun nak cakap apa tapi tahulah kenapa dari pagi tadi sampailah ke malam ni aku pikir macam-macam benda and aku rasa aku buat kerja lembab yang amat dekat office hari ni.

Semua nya sebab aku terbaca macam-macam status budak-budak yang nak ambil SPM hari ni. Ada yang mintak dimaafkanlah dari semua kesilapan. Ada yang time ni lah buat status nak study lah kononnya, then nak bangun awal lah. And tak kurang jugak yang buat tak tahu je dengan SPM. Seolah-olah tak ada apa pun yang berlaku.

Bagi aku, zaman belajar lah yang paling paling paling best. Haaa nampak tak 3 kali aku ulang paling, so dekat sini aku nak cakaplah, waktu belajar lah yang paling best. Sebab apa aku cakap macam tuh? Sebabnya, as a student, korang tak payah bersusah payah nak fikirkan masalah. Yang korang just perlu pikir ialah macam mana nak solve kan past year question, nak study ke nak tidur time prep nanti, nak makan apa lepas balik sekolah, nak buat kerja sekolah time bila, nak copy paste answer assignment dekat wikipedia or buat sendiri.

See senangkan hidup as a student. Sebab tuh sedaya upaya time dah kerja ni aku nak try jadi student balik. Tak ada rezeki buat full time, aku buat part time. Asalkan aku boleh jadi student balik. Sebabnya aku tersangat-sangat suka belajar and jadi student.

Kadang-kadang aku terfikir. Kalau lah boleh diputarkan masa, paling dekat pun time aku SPM dulu, aku sedaya upaya akan buat yang lagi bagus dari apa yang aku dapat dulu. Bukan lah aku nak cakap aku tak bersyukur dengan apa yang aku dapat dulu, tapi kalau boleh aku nak buat lagi bagus dari apa yang aku dapat. Kalau boleh nak pergi belajar over the sea ! Haaaa over tak kalau nak berangan.

Sangat-sangat lah beruntung pada orang-orang yang dapat continue full time study. Anda-anda semua tak payah menyusahkan diri nak budget duit macam saya yang bekerja ni. Memang sangat-sangat jeles ! Wuwuwuwuwu. Fikirkan pasal study je. Tak payah fikir pasal lain kan.

Tapi alhamdulillah, tuhan still bagi peluang aku rasa full time study even just merasa untuk 3 tahun time diploma dulu. And sekali lagi tuhan bagi aku study tapi dengan cara yang lain, iaitu part time study.

So bila aku tengok budak-budak sibuk dengan SPM, aku cakap dalam hati, please lah buat betul-betul wahai adik-adik. Memang betul lah orang cakap. SPM lah penentu kehidupan korang selepas habis sekolah. Kalau bagus result korang, baguslah tempat yang akan korang dapat untuk continue study. Kalau teruk, paham-paham lah sendiri. So please lah adik-adik. Buat elok-elok ye.

Actually banyak benda lagi aku nak bebel dekat sini. Tapi memandangkan aku nak siapkan macam-macam malam ni, aku malas nak melalut panjang-panjang. tak tahulah kenapa malam ni kenapa tiba-tiba terover emosi. Memang motif sangat tiba-tiba kan.

120520101478

Ok bye !

Saturday, November 3, 2012

Tak tahu macam mana boleh terjebak. Weee ~

Assalammualaikum !

Baru selesai sesi mengenyangkan perut diri sendiri dekat kenduri orang kahwin. Simple sangat baju pengantin dia tau, tapi pelamin lapan ribu youu ! Sekarang  ni aku perasan lah kan, time kenduri kawin je mesti pakai meja bulat. Dah tak ada dah meja panjang-panjang and makan beramai-ramai sampai berhimpit-himpit macam dulu lagi dah. Sekarang pun baju pengantin kalau boleh nak sesimple yang boleh. Yang penting sweet. Dah tak ada dah nak ber lip lap macam dulu lagi. Wahh ! Dunia dah semakin simple ok !

Aduhai~ Topik dekat atas ni memang tak ada langsung berkait dengan tajuk entry. Tuhlah jadinya. Orang yang suka melalut macam aku memang suka buang masa nak taip panjang-panjang ni. Ada je benda yang nak dicakapnya. Hehehehehe.

Ok sekarang kita cerita pasal benda yang berkait dengan topik dekat atas ni ehhh. Apa yang terjebak sangat tuh. Tak ada benda yang kecoh pun. Just aku saja je nak gebang tajuk serius macam ni. Baru ramai orang nak baca. Jahat tak ! Over kan macam lah ada orang nak baca entry melalut merepet aku ni.

Actually aku pun memang tak perasan benda alah ni. Sampai lah akak-akak ofis aku and orang-orang dekat hotel tempat aku kerja tegur aku. Kalau nak tahu apa yang dorang dok tegur aku. Mehh tengok gambar-gambar perasan-diri-cantik dekat bawah ni. Kalau rasa meluat silalah scroll laju-laju sampai bawah tau. Hehehehe !

Dalindareen2760

Hitam + Putih

Dalindareen8208

Pink + Putih

430077_10150674632214189_2005411697_n

Merah + Putih

310417_10150400548874189_866773501_n

Purple + Putih

 

558630_10151131491074189_1818549084_n

Kuning + Putih

574604_10151131484334189_1202309651_n

Hijau + Putih

576081_10150751719154189_892722852_n

Pink + Purple+Putih

Dalindareen8648

Kuning + Pink + Putih + Hitam

Dalindareen8698

Tudung Putih + Hitam

Wahhh dah lah tuh ! Actually banyak lagi tapi aku malas nak letak dah. Karang ada yang cakap aku syok sendiri letak gambar sendiri. Lepas tuh bila tangkap gambar manjang lah nak buat peace. Macam tak ada benda lain nak buat.

So tujuan aku letak gambar-gambar ni semua, sebab aku nak bagitahu yang aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjebak dengan CORAK POLKADOT ! Haaaaaa can dah capslock tuh.

Benda ni semua jadi secara spontan. Tau-tau je aku memang dah banyak baju yang bercorak polka dot ni. Barang-barang pon boleh tahan lah. Beg pun ada jugaklah corak polkadot nya. So secara tak langsung minat aku dah lebih ke arah corak polkadot. Sekarang ni kalau pergi mana-mana then nampak something yang polkadot. Mesti aku nak beli.

Apa yang best dengan polkadot nie? Best sebab semua benda yang bercorak polka dot semua nya cute-cute. Apa yang tak bestnya? Banyak pakai corak baju yang sama dengan orang lain. Contoh macam time aku pergi kenduri kahwin tadi. Ramai bebenor lah yang pakai corak polka dot. Nasib baiklah tak sama warna dengan aku. Tapi yang penting kalau lah aku terjumpa orang yang pakai corak polkadot and warna yang sama macam aku, aku akan straight je jalan dengan konfiden. Sebab nya corak tuh universal ok ! Semua orang boleh pakai corak tuh kan. Sekadar menyedapkan hati yang sememangnya dah malu. Huahuahuahua !

Macam kakak-kakak ofis aku, dorang memang dah lali dengan corak baju aku. Sampai aku dah dipanggil budak Polkadot. Dorang pun takut nak beli kain polkadot. Takut sama warna and corak dengan aku. Huahuahua.

Corak ni memang bagi aku cute and vintage sangat-sangat. So jangan pelik kalau suatu hari nanti aku jemput korang datang majlis kahwin aku, tema dia polka dot. Weeee ~ perasan je lebih. Muda lagi oiit ! Belajar pun tak habis lagi.

Ok bye !

Saturday, October 27, 2012

Please believe yourself !

Assalammualaikum !

Sebelum terlambat aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha. Kepada sesiapa yang bernama Aidil Adha, silalah sambut hari raya ni dengan meriah ehhh. Sebab bukan senang nak menyambut sesuatu yang ada sangkut paut dengan kita. Even besday pun, just akan disambut kalau ada orang teringat dekat kita and nak bagi hadiah dekat kita. Aishhh pobondo ehh kau melalut ni. Memang selalu terover kalau bab taip intro tau.

Aku perasan dalam blog aku yang semakin hari semakin tak menarik ni, takda satu pun aku cerita pasal apa yang aku buat masa study dekat Uitm ni. Ok harap maklum ehh, kalau sesiapa yang memang pembaca setia blog ni, memang akan tau yang sekarang ni aku tengah sambung belajar. Tapi bukan full time lah. Just buat part time je. Puiiii ! Ingat macam glamour sangat lah kan sampai nak ada pembaca setia kan. Takpelah, syok sendiri pun aku tak kisah sebab walau macam mana pun aku still nak cerita jugak. Hehehehe.

Aku tak tahulah kadang-kadang apa yang aku buat ni betul ke tak. Yelah mana tak nya masa time diploma dulu, aku ni just ambil hotel management je kot. Tup tup masa nak ambil degree, aku pergi ambik course Business Finance yang memang tak ada sangkut paut langsung dengan apa yang aku belajar time diploma dulu. Aku ambik course ni pun sebab aku pikir, course ni relate dengan apa yang aku kerja sekarang ni.

Susah ke tak course ni? Ya Allah mahunya tak susah course ni. Bayangkan lah budak hotel management belajar Finance. Macam orang Melayu yang sejak azali makan nasi dari kecik, tetibe kena makan kacang peas and roti tiap-tiap hari macam orang putih. Ehhh kenapa kacang peas ehh, kenapa bukan baked bean ehh. Ahhh pedulikan aja !

At first memang aku terbangak-bangak dalam kelas sorang-sorang. Terangguk-angguk sorang-sorang kononnya macam paham sangat-sangat apa yang lecturer cakap. Padahal tak pun. Nasib baiklah orang sebelah kanan aku budak accounting, yang sebelah kiri pulak memang sejak awal lagi ambil business. So apa yang tak paham, aku boleh lah tanya dorang kan. Memula aku takut jugak sebab orang cakap, sistem pembelajaran dekat Uitm tak sama macam dekat poli dulu. Tapi nasib baik, aku yang budak part time ni still lagi disuap-suap dengan nota dari lecturer. Kalau tak paham tuh, dia akan ajar lagi sampai paham. Cuma kadang-kadang masa buat assignment sorang-sorang dekat rumah, aku rasa macam susah sangat tak ada kawan-kawan dekat sisi untuk bincang sama-sama. Memang lah boleh call, skype, fb and email bagai, tapi susah jugaklah bagi aku. Tak tahu nak cakap macam mana.

Dalindareen8929

Over tak tunjuk student card macam ni. Aku memang tak puas hati sebab tetibe rasa nama aku dah macam pelik je bunyi nya. Tak complete. Sob sob. Bagi aku lah kan, memang bertuah lah sesiapa yang dapat buat full time study. Korang memang mempunyai duit yang banyak ok ! Tak payah kerja bagai macam aku semata-mata nak cari duit untuk belajar. Aku jeles ok ! Motipp.

Since aku dah buat part time study ni, even kelas pun 2 minggu sekali, aku still rasa Ya Allah apa lah susah sangat nak dapat degree ni. Yelah mana tak nya, fizikal dan mental kena kuat. Dari segi fizikal nya, aku dah gerak dari Seremban pukul 6.30 pagi semata-mata nak kejar kelas aku dekat Shah Alam tuh yang start pukul 8 pagi. Kadang-kadang dekat dalam kereta tuh sorang-sorang boleh terlelap jap. Aiishhh bahaya nya ! Dari segi mental nya pulak, after habis je waktu kerja and tak lupa jugak sabtu dan ahad, aku terpaksa terperap dalam bilik and mengadap buku and laptop sampai tertido-tido atas buku. Esok tuh tengok kertas dah berselerak and kronyok-kronyok sebab aku dah guling-guling and tido dengan lasaknya. Macam ni lah baru nampak macam study hard ok. Kau mampu ?

Aku yang sebelum ni yang merupakan peminat tegar blog, Facebook dengan twitter terpaksa melupakan hasrat mengadap dorang-dorang semua ni 24 hours macam yang aku pernah buat time diploma dulu. Kadang-kadang aku rasa macam susah and penat dengan apa yang aku dah lalui masa aku ambil degree ni. Eleh baru part 1 dah kecoh kan. Tapi nak buat macam mana kan. Dah ini jalan yang aku pilih, nak tak nak kena harungi nya jugak. Nak mintak refund dekat Uitm dah tak boleh dah, dah nak habis part 1 dah pun. Muahahaha !

Dalindareen9145

Umur dah 22 tahun pun still gile dengan sticker comel ni time masuk bookstore. Tengoklah macam mana penuh nya laptop aku dengan sticker comel-comel ni. I pakai laptop je, ipad, galaxy note semua tuh tak ada. Hehehe.

Haaaa masa first time datang kelas lah kan, aku macam culture shock sikitlah. Yelah mana tak nya, semua yang datang kelas kemain dengan ipad and Galaxy note masing-masing. Then datang kelas masing-masing bawak kereta yang besar-besar. Tapi nasib baik aku tengok tak ada pulak yang bawak lori datang kelas. Tapi rasa diri ni kerdil tiba-tiba sebab dikelilingi orang-orang yang macam ni. Tapi aku kuatkan semangat, ehh aku pun ada kereta apa. Korang ada Ipad, aku ada laptop. Lagi comel tau !

Best tak sambung degree part-time nie? Bagi aku sambung degree part time ni ada lah pro and cons dia. Best memang best sebab dapat belajar and belajar lagi. Yang tak bestnya, bila kau dah penat-penat balik kerja, tetibe kena mengadap dengan assignment and kuiz yang melambak-lambak. Nasib baiklah test aku, take home test. Tapi still jugak nak kena curi masa buat semua benda alah ni. Tapi apa yang aku nak ingatkan, fizikal and mental memang kena kuat. Duit pun kena sentiasa ada sebab buku time degree ni pun bukannya murah. Yuran nya pon boleh tahan mahal jugak. Ehh bukan boleh tahan, memang mahal pun lah.

Tapi hobi time diploma dulu still tak dilupakan. Kalau ada masa tuh memang setiap masa nak buat kek then update dalam blog. Tapi nak buat macam mana kan, ada benda lain yang perlu diutamakan.

Shuweet!003

Dah tinggal sikit baru terhegeh-hegeh nak tangkap gambar. untuk raya haji ni tetibe tekak ni teringin nak makan rainbow cake. Digabungkan pulak dengan cream cheese frosting ni, perggh ! Memang mendadak berat kau naik. Perasan tak ada lubang dekat tengah tuh, ni semua sebab kek nya yang terlalu tinggi lah ni. Sampaikan masa nak bawak tuh, kena stable kan betul-betul position nya.

Dalindareen9122

Red velvet cupcake ! Masa ni ada orang order untuk kenduri akikah. Minat punya pasal, aku tak kisah pun jadikan hobi buat kek ni sebagai side income aku. Lepas ni nak try jual pavlova dengan cake in jar pulak. Sesiapa yang rasa-rasa nak beli tuh, boleh lah pm aku dekat FB ehh. Hehehehe promote jap !

So far tuh je lah yang aku nak ceritakan. Lepas ni tak tahulah ada masa tak nak update panjang-panjang macam ni lagi ke tak. Sebab aku dah busy mengadap assignment yang melambak-melambak. Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut lagi pasal part time study ni, pon boleh pm dekat aku. Gedik kan nak suruh orang pm kau. Hahahaha ! Biarlah, aku punya blog, aku punya sukalah kan. Hehehehe !

Dalindareen9002

Time nak tunggu kelas pukul 2 kot aku rasa time ni. Saja nak tempek gambar ni, sebab aku rasa comel. Kui kui perasan lebih ! Apa-apa pun sentiasalah berdoa dekat Allah, kalau time tak ada duit tuh, jangan lah cakap tak ada duit. InsyaAllah, tuhan akan mudahkan jalan kita and maybe dia tak bagi rezeki dekat kita dari segi bentuk duit, maybe dia akan dalam bentuk yang lain. Mak aku selalu cakap, jangan sesekali cakap tak ada duit, nanti betul-betul tak ada duit. Ok mak along ingat !

Oklah bye !

Thursday, October 18, 2012

Betul-betul..Semua perempuan kot merasainya ! Hehehe

Assalammualaikum !

Wahhh rajin ok update petang-petang buta ni. Errk ada ehh petang-petang buta. Selalunya yang aku dengar siang-siang buta and malam-malam buta. Kemain ok hupdate secara langsung dari PC office. Orang suruh buat kerja, aku pergi update blog. Hei ! Nampak busy ok bila orang tengok aku dari jauh. Dok ketuk ketak keyboard ni. Dari jauh nampak fokus je mengadap PC. Dengan meja yang bersepah dengan invois, stapler, highligter melambak-lambak. Oklah dah malas nak melalut panjang-panjang.

Mehh sini aku nak share sikit gambar yang aku rasa memang semua perempuan akan merasai dan melalui nya. Temasuklah aku. Jom jom layan gambar jom !







Yeahhh ! Semuanya aku pernah merasainya. Ok aku nak sambung buat kerja. Esok auditor yang sangat garang lah aku rasa akan datang. Uwaaaa ! Doakan ehh report aku bagus.

Bebboii !!!




Wednesday, October 10, 2012

Tuesday, October 2, 2012

Journey from Seremban–> Jitra–> Penang.

Assalammualaikum !
Wahhh ! Berkurun lama nya aku simpan entry ni dalam draft. Macam malas je nak publish. Sebab aku rasa makin lama blog aku ni dah tak menarik dah. Kadang-kadang aku nak bukak balik pun macam tak ada mood je. Tapi walau macam mana pun mood nak berblog and membebel sorang-sorang dalam blog masih lagi wujud. Sebab tuhlah cerita bulan lepas pun aku still nak publish dekat sini. Hehehe !
 
So marilah kita sama-sama start bercerita. Actually benda ni semua dah dirancang awal lagi sebelum kakak office aku sorang ni nak kahwin. Memang gigih lah masing-masing dok gotong royong kemas stor then pergi jual paper-paper lama.Gigih sangat aku rasa time ni. Kitorang memang dah plan baik punya yang kitorang nak pergi macam-macam tempat sebelum pergi wedding Kak Ayu dekat Jitra tau. Duit pun dah siapkan awal-awal. Yelah, alang-alang dah berjalan jauh ni, baik kita berjalan betul-betul kan.
 
So aku dengan akak-akak ni awal-awal dah plan sampai je Taiping nak singgah dekat Night Safari. Konon-kononnya nak tengok binatang-binatang dekat zoo ni pada waktu malam lah. Last-last bukan binatang je aku nampak, yang bukan binatang pun aku nampak. Eiii ! Dah lah. kalau diingatkan balik memang seram wei ! So untuk tidak menimbulkan mood seram, yelah kata bercuti kan, haruslah hoyeah hoyeah, jom jamu mata dengan gambar-gambar yang Nauzubillah banyak nya. Hehehehe !
 
218175_429633787073642_1472454736_n
Yeahhh ! Dah sampai zoo Taiping dengan berbaju kurung ye !!
 
247715_429633877073633_152699548_n
400778_429633917073629_268855617_n
Pakcik yang cover macho selalu and ingat kitorang ni semua cikgu-cikgu yang bertauliah ok ! We’all bukan keja Gomen lah pakcik, we’all kerja swasta je. Hehehehe.
 
26621_429634187073602_1202636093_n
545311_429634400406914_2047243792_n
394219_429633983740289_1492241947_n
Budak kecik yang sepanjang masa asyik tunjuk-tunjuk dalam semak. Aku pun tak tahu apa benda yang dia nampak gelap-gelap kat semak tuh. Aku malas nak tanya !
 
Yang bestnya pergi Night Safari ni, we’all dapat diskaun orang Taiping sebab kawan kepada bff aku si Bibiey ni orang Taiping. So memang kami-kami semua ni bernasib baik sangat-sangat. Save budget kitorang. Tapi apa-apa pun, Zoo Taiping ni memang meninggalkan kenangan pahit yang lebih lah daripada yang manis. Insyaallah, kalau diberi masa aku memang takkan datang lagi. Never okay ! Jangan tanya dekat aku kenapa. Seram aku nak cakap. Eiiiii !
 
So keesokkan harinya, bersamaan 15 September, aku dengan akak ni bergerak lah pergi ke Jitra. Nak kemana lagi kalau bukan rumah pengantin kan. Aku rasa macam nak berhenti je tepi jalan dekat highway tuh, nak ambil gambar dekat sawah padi. Tapi apakan daya, semua nak cepat, so semua plan dah berterabur. Tapi apa pun kitorang semua selamat sampai. And si Bibiey pun selamat jadi pengapit Kak Ayu and dapat baju free gitueeew !
 
206270_429634517073569_522813042_n
Muka ceria driver yang akan jadi pengapit ehh !
 
263857_429634653740222_1709428843_n
Bukti we’all semua dah sampai dekat Jitra and rumah Kak Ayu.
 
483261_429634943740193_983420867_n
Polkadot !! I love you Kak ayu.
 
227827_429635407073480_16086663_n

206239_429635593740128_860044180_n
527513_429635837073437_1205314422_n

404621_429635620406792_910468823_n
314220_429635950406759_2090402592_n
399170_429636367073384_659558393_n
408348_429636857073335_1370490957_n
307859_429645243739163_945946332_n
417361_429636150406739_595417542_n
269175_429638037073217_701737648_n
527694_429636540406700_236229653_n
534274_429636260406728_1641701527_n
Diharap tidak muntah lah ye sebab tengok gambar yang terlampau banyak. Kalau boleh, semua gambar aku nak letak. Hehehehe ! So begitulah cerita kitorang semua dekat rumah Kak Ayu di Jitra. Selamat dah pun kak Ayu jadi isteri orang. Jadi isteri yang baik-baik ye Kak Ayu.


Cerita belum habis lagi ni ok, so kita continue cerita dekat penang pulak ye. Lepas je habis wedding Kak Ayu dekat Jitra, kitorang semua bergerak dengan pantas untuk check in hotel yang telah di booking dekat Georgetown. Kitorang just ambil bilik yang macam dormitory je. Toilet pun share dengan guest yang lain. Memang mood backpackers dah menjelma dah time tuh.


534238_429645323739155_1057704457_n

Bye bye jambatan Pulau Pinang. Hajat nak naik feri tidak kesampaian. Sobs sobs !
 
558552_429645383739149_737049600_n

Sampai-sampai je terus check in then terus siap-siap nak pergi makan dekat Jalan Gurney. Memang ramai nak mampos lah orang dekat sini. Macam tak ada tempat lain nak makan kan. Sampaikan kerusi meja pun nak kena rebut dengan orang lain tau. Even acik yang ambil order air pun kena rebut tau. Kalau lambat, memang sampai ke sudah korang makan tanpa air. Tercekik lah sorang-sorang.


Yang paling syiokknya, aku dengan Kak Balqis punya lah syiokk ambil macam-macam jenis kuih untuk rojak pasemboqqq ~ Last-last kena bayar 31 hengget. Memang rasa nak tersembooqqq air liur nak bayar. Redha je lah keluarkan duit time tuh kan. Hahaha ~


Malam tuh tak ada banyak tempat yang boleh jalan sebab dekat mana-mana semuanya jammed. Fed up gile aku. Last-last semua balik hotel then tidoqqq ! Maaf ye, dah sampai Penang kan, so haruslah berpura-pura pandai slang orang utara. hehehehe.


Esoknya lepas packing-packing barang, terus gerak pergi Bukit Bendera. Jammed tuh tak payah cakap lah kan. Aku pun pelik, mana lah semua orang nak pergi time hari Ahad nie.


262895_429645463739141_90933288_n
527818_429645703739117_1318365644_n
396436_429645800405774_1725253966_n
560446_429646027072418_2097531029_n
250328_429646487072372_414362368_n
250649_429646403739047_1669699782_n
551997_429646537072367_209960794_n
540002_429647073738980_2006294827_n

So begitulah ceritanya . Aku memang pemalas nak taip so aku tempek je lah gambar banyak-banyak. Apa-apa pun holiday ni paling best aku rasa sebab even yang pergi ni semuanya perempaun, tapi kitorang semua berjaya lalui semua dugaan. Lepas ni aku dengan Kak Balqis cadang nak register Amazing race Malaysia punya. Huhuhuhu. Itu pun kalau ada lagi rancangan tuh. Oklah semua…


Bebboi !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...