Sunday, March 22, 2015

Tersentuh.

Assalammualaikum.

Hari ni first class untuk part 6. Woi kejap je dah part 6, aku rasa macam baru je aku masuk semester 1 hari tu. Tup tup dah masuk part 6 dah. Cepatlah grad dah tak sabar dah. Hanya tuhan je yang tahu macam mana susah payah nya aku nak harungi perjalanan hidup sepanjang study pjj ni. Rasa macam baru je kenal dengan member-member rapat dekat uitm tu, tup tup tadi masa masuk kelas, salah seorang bff aku dekat Uitm dah bertudung. Alhamdulillah. Heboh lah masa dalam kelas tadi asyik cakap, wei dah sem 6 dah wei. Dah tua dah wei. Bff aku yang lain semua ambil 3 subjek je sem ni, just aku yang yang ambil empat subjek. Hati kena kental woo kalau nak grad cepat. Huhuhu.

Cerita pasal empat subjek yang aku ambil this sem, salah satu subjek yang aku ambil ialah Personal Development and Ethics and aku memang suka sangat-sangat lecturer yang ajar subjek ni, Puan Hajah Norlia sebab puan ni adalah motivator at the same time public speaker. Puan Norlia ni memang selalu involve dalam macam-macam event motivasi. So paham-paham je lah bila motivator dah bersuara kan. Memang rasa best je bila dengar dia cakap. Contohnya macam tadi lah, sambil dia cakap pasal topik-topik dalam subjek Personal Development ni, sambil dia bercerita. Tapi bukan cerita merepek-repek hokayy. Semua cerita dia memang ada unsur-unsur motivasi. So dengan secara rasminya aku memang suka sangat dengan subjek ni.

Apa yang buatkan aku tersentuh sangat-sangat bila dia bincangkan pasal berbuat baik dengan enemy kita sendiri. Well hello enemy , musuh, orang yang buat kita sakit hati kan. Macam mana nak berbaik dengan dia pulak kan. Lagilah kalau enemy kita tu dah buat satu benda yang sangat-sangat teruk dekat kita. Lagilah kita ingat kan. Memang susah sangat nak maafkan. Sampai bila-bila ingat. Perempuan ni satu je lah, contoh macam aku lah paling senang, kalau ada orang dah buat aku sakit hati, memang sampai bila-bila aku ingat. Kalau lelaki aku tak tahu lah kan.

So Puan Norlia tu cakap, itu yang silap. Agama mana-mana pun lah memang tak pernah ajar untuk membenci musuh. Secara jujurnya memang kita susah nak maafkan orang yang pernah buat silap dengan kita. Tapi nobody is perfect. Sedangkan diri kita ni banyak cacat cela, macam tu jugak lah orang lain. 

Puan Norlia bagi satu contoh masa zaman Nabi Muhammad dulu, ada seorang pengemis iaitu nenek buta yang beragama Kristian yang memang sangat-sangat bencikan Nabi Muhammad. Even nenek ni buta and memang tak pernah nampak muka Nabi Muhammad, nenek ni still benci and fitnah macam-macam pasal Nabi Muhammad. Tapi Nabi Muhammad tak pernah marahkan nenek yang buta itu. Sedangkan Nabi Muhammad ni lah yang bagi makanan and suapkan nenek buta ni dengan penuh kasih sayang sampai lah Nabi Muhammad wafat and sejak itu tak ada orang pun yang sudi suapkan nenek yang buta tu. 

Bila Saidina Abu Bakar nak ambil alih tugas Nabi Muhammad selepas kewafatan Nabi Muhammad untuk suapkan nenek yang buta tu, terus nenek tu menolak sekeras-kerasnya sebab cara suapan yang diterima tak sama macam sebelum-sebelum ni. Saidina Abu Bakar berterus terang yang beliau bukan lah orang yang biasa menyuap nenek yang buta tu tapi dia adalah sahabat kepada orang yang setiap hari menyuap makanan kepada nenek yang buta itu, Nabi Muhammad. Nenek yang buta tu terkejut dan menangis. Bersaksikan Saidina Abu Bakar, nenek yang buta tu terus memeluk agama Islam kerana kemuliaan dan kesabaran Nabi Muhammad terhadapnya.

Memang satu kelas senyap lepas Puan Norlia habiskan cerita tu. Sunyi sepi je kelas masa tu and tiba-tiba je aku rasa air mata aku meleleh. Tapi cover-cover baik punya sambil gosok-gosok kan mata. Konon pedihlah kan. First time hokayy aku menangis dalam kelas. Masa ni aku terfikir, Nabi Muhammad yang sebaik-baik manusia tu pun tak pernah berdendam dengan orang. Habis aku ni ? 

Yang buatkan aku lagi tersentuh bila Puan Norlia cakap, semua orang ada buat kesilapan sebab manusia ni memang dijadikan untuk buat silap and belajar dari kesilapan yang dibuat. Dari situ lah kita boleh perbaiki diri kita untuk jadi yang lebih baik. Masa ni aku terfikir, memang aku cepat maafkan orang, tapi betul ke hati aku ni betul-betul ikhlas dah maafkan semua orang. Alasan klise yang kita biasa dengar, ' aku ni manusia ada perasaan, bukan robot". Bagi aku, ye memang kita semua dikurniakan tuhan untuk ada perasaan tapi cara diri manage perasaan kita tu yang tentukan akhlak kita. Terpulanglah nak manage untuk jadi negatif atau pun positif. Semua jawapan tu ada dekat diri kita sendiri.


Tepuk dada tanya selera

Oklah bye !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...