Friday, May 20, 2011

Rahsia 1000 ciuman . Mehh sini baca ! Hehehehe.

Assalammualaikum !

So malam-malam macam ni, aku saja lah kan nak tempek email-email lama aku yang dah berkurun aku simpan.  Rasa macam tak syiook pulak aku je sorang yang baca kan. So mehh sini aku nak share rahsia ciuman dari seorang perempuan yang menjadi idaman setiap lelaki. Jangan nak melucah ok kat sini ! Cium je kot. Bukan buat apa pun. Hahaha ! Jom-jom kita baca cerita dekat bawah ni ok.

Pemilik asal cerita ni adalah dari Indonesia ok. Huahua :-

Ini kisah dari teman gue looo dari seberang... begini..


Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang, Indon. Bulan ni dia tak dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman.

Hanya dapat kirim surat yg isinya demikian:


Isteriku tercinta,
Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah. Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.

Regards,
Kanda Suparjo

Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya:


Kanda Suparjo tersayang,
Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:
  • Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.

  • Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.

  • Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.

  • Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.

  • Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.

  • Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.

  • Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman.

Kanda tersayang.. bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.
Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??


Paling sayang,
dari Dinda Suti Nirwingsih


GEDEBUK ! .. Suparjo pengsan!!!!

A7F90DA0-BF7C-639F-1F6882048A4228C7_1

Hahaha ! Macam sengal je cerita dekat atas ni kan. Kalau lah betul-betul terjadi ciuman boleh digantikan dengan duit. Aku rasa memang huru-hara dunia ni. Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

Bebbboiii !

Situasi ketika bergayut dengan boipren korang masa awal-awal couple dulu. Hah ! Ingat lagi tak? Huhu

Assalammualaikum !

Situasi-situasi yang berlaku ketika bergayut ngan bf/gf korang :

  • Tepat pukul 11 atau 12 malam mesti korang dah pegang henset korang..Sama ada tunggu panggilan atau korang yang akan call! Ada yang akan SMS tanya "Busy ke tak? Nak call nih"

  • Bila bergayut kadang2 tak kira tempat...Banyak port yang korang conquer.. Ada yang kat koridor..Ada yang depan pintu... Atas katil... Di meja study... Macam-macam... Masa ni dah tak kisah dah pukul 2 3 pagi pun sanggup gayut kat luar bilik asrama korang semata-mata dapat cakap dengan yang tersayang.... Kekasih punya hal, hantu-hantu dah tak takut dah!

  • Bila gayut punya gayut sampai mengantuk tapi si kekasih nak cakap lagi... Cakap-cakap sampai terlena.. Besok pagi pakwe/makwe call kata " Semalam dah tido eh? I panggil tak sahut-sahut".. Dah mengantuk tapi taknak bagi tau sebab tak mau kecewakan dia...apa daaaa~~

  • Tengah dok syok cakap telefon, tiba-tiba "tuuutt" call putus... Mula-mula try call balik tak dapat.. Then check balance topup dah habis..Yang sang kekasih pun takde kredit.... Haa tyme ni la sibuk buat SOS topup la..Credit Advance la...Pi bilik kawan yang jual topup laaa...macam-macam...siap suruh ayah,mak, kakak dan abang pi topupkan..ish3!

  • Bila syok dok gayut atas katil tiba-tiba roomate nak tido dah..."Alamak,takkan nak gayut depan dia! Nak gayut di luar takut...Kalau gayut depan dia,nanti dia dengar aku bermanja-manja ngan kekasih aku lak"  Bila dalam dilemma camni last choice ambik bantal cover!

  • Masa awal-awal call cakap la benda harian yang dibuat...Makan apa...Jumpa sapa...Aktiviti menarik yang dibuat...Then masuk part 2 plak dalam perbualan iaitu part gaduh-gaduh manja lak... Then masuk part ke 3...part pujuk memujuk pulak...Last-last BAIK balik...Banyak part sungguh laaa...

  • Kadang-kadang bila dah tak tahu nak cakap apa, pasang loudspeaker dan bagi roomate2 dengar sekali...Time ni semua pakat kerumun nak tanya soalan kat kekasih korang.. Nak menyibuk laa..nak mengusik laa... Nak buat Edisi Siasat laa... Yang roomate/kawan-kawan korang ketawa terbahak-bahak dengar kekasih kita bagi jawapan....

  • Ada kes di mana tengah dok gayut then gaduh besar... Time ni (kalau perempuan memang menangis laaa) dan akan terus matikan telefon.. Haa ! mulalah pakwe ni call atau mesej si roomate korang supaya tolong bagi dia cakap ngan korang.... Tak pasal-pasal jadi orang tengah pulak....

  • Bila akhir perbualan mestilah nak sebut " I LOVE YOU" atau " MISS YOU" tapi kita tak sebut kuat-kuat...Malu kena ejek ngan roomate kalau dengar.....Ohh ya, last sekali mesti ada "Mmmuuuaaahhh mmmuuaahhh" tu pun bagi kiss sesenyap mungkin... Malu punya pasal...tapi tetap nak bagi...

  • Haaa...ini memang satu situasi yang mana2 couple pun akan alami... "Awak letaklah dulu..." "Tak Nak... Nak awak letak dulu..." "Ala..semalam saya dah letak.. Hari ni awak pulak letak!" "Ala...jom kita letak sama-sama ok?Awak kira la sampai 3" "OK....1...2....3..." Hmmm...sampai ke sudah tak letak-letak....

Hahaha ! Kelakar je kan bila baca semua ni. Actually benda alah ni aku copy paste dari Facebook je. Tak tahu kenapa semua benda yang dekat atas ni semuanya ada sangkut –paut dengan aku. Memang kenangan betul lah semua ni. Lagi-lagi tang point yang bawah sekali ni, memang aku selalu buat dengan boipren aku bila mula-mula couple dulu. Hahahaha ! Ni entry menggedik sebenarnya. Saja nak mengimbau kenangan-kenangan lau. Cewaah ! Oklah tak tahu nak cakap apa lagi. Hehehe !

DSC00039

Before that nak bagitahu, cupcake dekat atas ni bff aku yang buat. Siapa lagi kalau bukan si Cik Pelangi. Cantik sangat kan. Even comot tapi nampak comel sangat. Hehehe suka-suka.

Bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...