Assalammualaikum !
Lamanya dah tak update belog yang serabut dengan warna pink, yang tak semenggah ni sebab bahasa yang macam budak-budak. Rasa bersalah gile sebabnya aku ni seorang yang suka sangat dekat belog suatu ketika dahulu. Sekarang macam nak tak nak je aku layan belog ni. Macam mana nak tarik orang untuk suruh baca belog ko kan, padahal update entry pun sebulan dua kali je. Ok yang tuh tipu !
Terima kasih dekat orang yang wish good luck dekat aku untuk final projek di entry yang sebelum ni. Terima kasih juga kepada orang-orang yang doakan aku especially mak dan ayah aku. Punyalah takut nak present sampaikan aku boleh call mak aku pukul lima pagi and kacau dia tidur. Dalam suara serak-serak basah disebabkan bangun tidur, mak aku doakan aku yang tengah ketakutan ni. So disebabkan dekat entry sebelum ni aku dah janji nak cerita pasal final projek aku. So mehh sini baca cerita yang aku nak gebangkan. Kalau nak baca, bacalah. Kalau tak nak baca. Aku tak paksa pun. Touching kejap ! Actually aku memang tengah touching dengan seseorang ni. So aku memang update belog dalam keadaan touching.
Ok ok aku nak start merepek and meraban pasal final projek aku. Semua sedia maklum yang aku ni ambil course Diploma Pengurusan Hotel and Katering. So untuk final projek ni, aku and bff aku lagi tiga orang yang juga ahli group aku, kena cipta satu produk yang tak pernah dibuat oleh orang. Memang pening jugak group aku ni at first sebabnya banyak produk yang kitorang suggest kan dekat lecturer, kena tolak mentah-mentah.
Boleh dikatakan dari awal-awal lagi kitorang dah pening kepala. Yelah mula-mula kena present untuk proposal final projek ni, lepas tuh kena buat mini pameran untuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam tuh, walaupun orang lain yang datang tapi benda ni still buat group aku stress. Then semalam pulak pameran inovasi kitorang. Bayangkanlah group aku start untuk decorate booth pukul lapan malam. Padahal orang lain dah start dari petang. Ni semua sebab ada kerja yang tak siap-siap lagi. Dahlah masa untuk setting booth sampai pukul sembilan malam je. Kitorang yang datang pukul lapan malam ni memang kelam-kabut habis lah.
Kalau dekat entry sebelum ni, aku ada bagitahu yang aku tak tidur langsung kan sebab takutnya aku dengan present and pameran untuk final projek ni. Pagi tuh memang aku betul-betul pening kepala. Berdenyut-denyut gile ! Tapi apa-apa pun memang best. Pengalaman seumur hidup ni. Mana ada lagi aku nak rasa lepas ni. So mehh sini aku tempek gambar-gambar time aku inovasi hari tuh. So aku nak mintak maaf banyak-banyak sebab entry ni memang terlampau banyak gambar. So aku harapkan korang maafkan lah aku sebab buat internet korang loading lambat. Sori tau !
Bff aku si Eida dan Sab ! So dengan tengoknya booth dekat belakang tuh. Korang dah boleh agak kan aku dengan group aku yang lain buat apa kan. Huhuhu ! The biggest thanks to Eida and Sab And Wani sebab sama-sama kerja keras untuk pameran kali ni. I love you all so much ! Friendship never end !
Lepas dah penat-penat setting booth bagai. Aku dengan Eida memulakan sesi ber photo gedik ! Kalau nak photo gedik aku rasa dengan Eida ni je lah. Sebab dia ni memang suka gile bergambar.
Booth yang bersebelahan dengan booth aku ! Memang sedap gile produk yang diorang buat ni. Mentega berperisa durian belanda. Banyak kali kot aku dok melahap roti dengan produk diorang ni. Memang sedap gilelah ! Aku doakan korang menang lah ehh.
Wah ! Tiga orang diva yang memang meletop. Apa-apa pun aku suka sangat meratah produk diorang ni. Diorang buat serbuk kerabu. Sedap sangat tau ! Lagi-lagi bila buat kerabu kacang panjang dengan kerang. Sedapnya !
Sila abaikan lengan aku yang makin membesar. Aku mengaku lah yang aku memang banyak makan sejak dua menjak ni. Kalau nak tahu. Time ni pun ada pameran pelancongan so member aku yang course pelancongan ni, kena lah pakai macam ni dekat booth dia untuk promosi tempat-tempat pelancongan.
Four of us ! Our oufit that day is baju kurung with white base colour. Nampak tak lappy yang dekat tepi tuh? Tuh lah lappy yang aku dok online, dok update belog, dok nangis-nangis tengok cite Sailormoon. Motif nak nangis tengok Sailormoon kan ! Apa-apa pun aku memang sayang sengat dekat bff aku empat orang ni. Terima kasih sebab jadi kawan susah senang aku ! Rasa macam booth aku bertemakan kanak-kanak ribena pulak.
The owner of produk yang the best ever after ! Aku rasa bff aku yang si Basha ni akan menang untuk projek inovasi ni. Group dia buat kiub asam pedas. Memang best sangat ! Aku rasa aku gemuk sebab asyik makan asam pedas dia ni. Dahlah asam pedas daging tetel. Memang berlomak-lomak !
Disebabkan pameran inovasi ni sampai petang. Korang boleh tengok macam mana berminyaknya muka aku kan ! Dahlah duduk dalam aircond. Memang berminyak habislah kan. Walaupun penat and produk aiskrim kitorang semuanya licin and habis. Tapi aku puas hati sebab dapat feedback yang memuaskan dari pihak juri. Aku tak mengharapkan apa-apa kemenangan pun. Asalkan final projek ni dah habis. Aku dah boleh senang-lenang duduk kat rumah dok update belog.
Tuh je lah yang aku nak ceritakan untuk hari ni. Semalam balik-balik dari pameran, aku tidur dari pukul enam petang sampai enam pagi. Gile kan duabelas jam kau tidur ! Kau ado? Nan hado yolah kan. Memang tak sedar langsung sampaikan bff aku Wani kejutkan aku bangun makan, aku buat selamba dek je peluk bantak. Memang tidur mati dah ! Nasib baik tak mati betul.
Too all candidates for this final project, aku doakan kita semua berjaya ok ! Thanks kepada sesiapa yang datang dekat booth aku and bila dah dapat rasa aiskrim semua cakap, urmm sedapnya aiskrim, urrmm sedapnya rasa horlick, urmm sedapnya nak order boleh, urmm macam-macam lagilah. Karang aku cakap banyak-banyak korang kata aku riak pulak kan. Apa-apa pun most of candidates dapat feedback yang bagus dari audience kan.
Oklah aku nak pergi mandi dah ni. Baju dah sebaldi tak basuh. It’s time to main gosok-gosok and main buih sabun. Haip ! Macam lucah je bunyinya. Hahaha !
Bebbboiii !