Sunday, March 13, 2011

Cita-cita yang aku idamkan masa kecil dulu. Tapi sekarang just angan-angan je lah. Tak kesampaian pun !

Assalammualaikum !

Adoi ! Rasa bersalah gile sebab dah dua hari aku tak update belog kesayangan aku yang tak semenggah ni. Sebenarnya bukan rasa bersalah dekat belog pun tapi rasa bersalah dekat orang yang datang dekat belog aku ni, tengok entry yang sama je setiap kali bukak belog yang tak semenggah ni. Cehh ! Macam lah ada orang nak datang belog kau ni Areen. Cerita dekat setiap entry pun semua meraban and melalut. Ada hati nak cakap macam tuh. Ye aku tahu korang akan cakap macam tuh. Ye aku tahu ! Sob sob touching lah pulak kan. Alah kalau aku senang je. Kalau nak baca and follow, kedatangan anda amat dialu-alukan. Kalau tak nak baca, aku tak kisah pun. Belog ni just salah satu medium untuk meluahkan perasaan aku. So terpulang lah kalau korang nak baca atau tidak. Siapa setuju dengan saya, angkat tangan sambil tangan di dada and mata ke atas.

Sebenarnya aku tak update belog pun, ada jugak sebabnya. Sebabnya aku frust ! Frust sebab course yang aku nak, tak ada dalam senarai. Yelah tak lama lagi aku dah nak habis diploma kan. So aku nak mohon lah course Teknologi Makanan dekat UPM untuk degree nanti. Sekali aku tengok tak ada pulak dalam senarai. Memang aku frust gile lah kan. Tapi nak buat macam mana kan. Tak semestinya apa yang kita nak, kita akan dapat. So mehh sini aku nak tunjukkan senarai course yang aku mohon untuk degree nanti. Doakan aku dapat ehh salah satu kos yang aku mohon ni. Aminn !

  • Pilihan pertama: Pendidikan Sains Rumahtangga (UPM)
  • Pilihan kedua: Pendidikan Sastera Bahasa Inggeris (UPM)
  • Pilihan ketiga: Sains Perkhidmatan Makanan (Uitm)
  • Pilihan keempat: Sains Kulinari (Uitm)

Kalau korang perasan pilihan pertama and kedua aku, dua-dua nak jadi cikgu. Aku dulu punyalah bantah habis-habisan bila mak aku suruh jadi cikgu. At last untuk degree ni, aku mohon kos jadi cikgu jugak. Bila bagi tahu mak aku, course apa yang aku mohon. Punyalah gembira mak aku, sebab aku akan jadi cikgu. Tuh pun kalau dapat mak oiit ! Kalau tak dapat, tak adalah along jadi cikgu.

Tuhlah masa kecil-kecil dulu, mak suruh baca buku, kau tak nak Areen. Kau dok bantai baca buku Sailormoon berulang-ulang kali sampai kau dah naik hafal semua dialog dalam tuh. Bila dapat result UPSR yang just cukup-cukup makan. Tahu pulak nak menangis-nangis, tak nak keluar bilik and makan, tak nak cakap dengan semua orang dalam rumah. Kalau boleh diputarkan masa ni untuk aku balik zaman UPSR aku dulu, mesti aku sendiri yang akan bakar semua komik Sailormoon aku tuh. Tak payah nak suruh mak aku yang bakar. Aku sendiri yang akan pergi study tanpa disuruh. Tapi tuhlah, semua itu kenangan kan.

Masa kecil-kecil dulu kalau cikgu tanya nak jadi apa. Mesti macam-macam jawapan yang keluar. Semuanya berkobar-kobar bagitahu cita-cita masing-masing. Aku dulu pun kalau cikgu suruh bagitahu dalam kelas or isi dalam buku oren atau report card. Memang cita-cita dekat bawah ni lah yang akan masuk dalam list. Antaranya ialah:

Doktor

doktor

Benda ni memang akan jadi list pertama dalam hidup aku masa cikgu tanya apa cita-cita aku. Dulu aku nak jadi doktor sebab aku suka nak rawat-rawat orang ni. Kiranya suka menolong orang lah katanya. Cehh ! Tak tahu sebenanrnya nak jadi doktor ni susah nak mampos. Kalau dah hari-hari baca komik Sailormoon. Result UPSR, PMR, SPM pun cukup-cukup makan. Tak payahlah nak berangan kan !

Lagi satu ni, aku akan jadi macam nak muntah and pening-pening bila tengok darah yang banyak tau. So macam mana nak jadi doktor kan kalau tengok darah pun nak pitam. Bila aku tengok kawan-kawan sekolah aku pergi India, Indonesia and New Zealand untuk sambung belajar pasal doktor ni. Dengan automatiknya aku akan jadi jealous gile sebab tuh semua impian aku dulu. Tapi nak buat macam mana kan. Diri sendiri dah pemalas. So diam-diam je lah bila tengok orang pergi belajar dekat oversea. Tak payah nak bising-bising.

Cikgu

images (14)Ni pulak cita-cita kedua yang aku memang minat gile gile time sekolah dulu. Mak aku punyalah suka, bila tanya aku nak jadi apa and jawapan aku pulak cikgu. Memang dia happy gile. Lepas tuh siap cakap yang mak akan doakan along untuk jadi cikgu. Aku pun tak tahu macam mana datangnya minat aku nak jadi cikgu. Tapi tuhlah, time kecil kan. Kita pun bukan dapat fikir betul-betul pun.

Bila dah besar ni, cikgu ni lah yang memang aku tak suka betul. Sebabnya nak pergi mengajar dekat budak-budak sekolah yang memang tak faham apa-apa. Kalau aku dapat anak murid yang baik, tak apa jugak. Ni dapat pulak anak murid, yang setiap masa setiap saat akan melawan cakap kita. Tak ke macam sakit hati kan ! And now, untuk sambung degree, aku terpaksa pulak apply untuk jadi cikgu. Nak buat macam mana kan. Maybe doa mak aku tuh akan termakbul kot. Kadang-kadang apa yang kita tak minat tuhlah yang akan kita dapat. Aku pun berdoa aku akan dapat course cikgu tuh. Even aku tak dapat nak happy kan hati aku ni, tapi sekurang-kurangnya aku akan dapat gembira kan hati mak and ayah aku. Huhuhu !

Arkitek !

Aku pun tak tahu mana datangnya minat aku nak jadi arkitek ni. Padahal lukis pun aku tak pandai, ada hati nak jadi arkitek kan. Aku ingat lagi masa time sekolah dulu, time belajar Kemahiran Hidup. Kan kita kena lukis pelan kan. Lepas tuh kena lukis pandangan atas, pandangan hadapan and pandangan tepi. Aku memang failed lah bab-bab tuh. Even lukisan tuh just pakai pensel and pembaris je. Tapi aku still tak pandai nak lukis sampaikan cikgu aku pun tak faham apa yang aku lukis sebenarnya.

wordpressfiles01

So cita-cita ni memang just untuk cukup syarat buku oren je lah. Kan dalam buku oren tuh kita kena isi tiga kotakkan. So ini memang cita-cita yang aku tak minat langsung.

Usagi Tsukino ( Sailormoon)

images (15)

Haha ! Yang ni memang out of the list lah. Mana ada orang cita-cita dia nak jadi Sailormoon kan. Gile ke hape ! Tapi serius aku memang ada cita-cita nak jadi macam Sailormoon ni. Sebabnya aku nak menyelamatkan dunia dari musuh. Tak payahlah guna polis or askar ke apa-apa. Boleh ?

Kadang-kadang tuh kan aku sampai termimpi-mimpi yang aku tengah jadi Sailormoon yang tengah lawan dengan musuh. See see punya lah kuat pengaruh cerita kartun dekat kanak-kanak macam aku ni. Ekk kanak-kanak ke ? Motif !

Tuh je lah yang aku nak share dengan korang hari ni. Kalau aku rajin, kejap lagi aku update lah satu lagi entry. Tuh pun kalau aku rajin. Aku harap korang doakan aku untuk dapat salah satu course yang aku minta untuk degree ni. Aminn !

Dalindareen2746

Peace Not War !

Bebboii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...