Saturday, October 30, 2010

Saya betul-betul nak exam dah! No more blog!

Assalammualaikum!

Bila agak-agaknya nak berhenti blogging ni kan. Seriously memang tak boleh nak berhenti tau. Ada je idea yang keluar mencurah-curah untuk blog ni. Tapi bila dah start nak menaip je, terus hilang semua tu. Memang bagus kan kau areen. Study entah ke mana, blog juga yang kau kejar kan. Ok cerita pasal study, hari isnin ni dah start lah final exam aku yang memang susah nak mampus kalau tak baca bukulah..huhu. Nak katakan a week before nak exam ni memang stress habislah. Yelah mana taknya, time tu lah lecturer nak buat revision, mana lagi test yang tak habis-habis, kuiz and presentation lagi. Gile lah eyh!

Dalindareen4741

Bayangkan lah dalam masa satu hari, aku ada tiga test, 2 kuiz, tak sambung lagi dengan hari-hari seterusnya. Memang tersangat stress dengan semua ni, sampaikan balik-balik kelas je, aku dengan kawan aku si wani boleh perasan yang mata masing-masing lebam and bengkak. But life must be go on, baru test dengan kuiz kan, final exam maybe akan jadi more extreme than that test day. Tulah jadinya bila masing-masing dok pulun baca semua bab.

Boleh dikatakan kalau nak study, aku bukan jenis awal-awal nak baca and menghafal. Aku jenis esok tu nak test or exam, malam tu lah aku pulun habis-habisan. Kira macam last minute revision lah tapi aku suka sebab memang semua sekali yang kau baca akan terus masuk dalam kepala otak..huhu. For exam this sem aku sangat-sangat takut dengan subjek akaun,marketing dengan supervision so y’all please pray for me ok.

Ok ini sahaja entry yang paling pendek pernah aku hasilkan, semuanya sebab final exam. But ingat ye kawan-kawan, kita study dan menghafal bukan untuk exam saja tapi untuk masa hadapan kita supaya apa yang kita belajar kita dapat praktikkan time alam pekerjaan or your life nanti. So, sama-samalah kita berdoa ok:-

"Ya Allah ya Tuhanku, kau bantulah aku dan kawan-kawanku menghadapi cabaran ini dengan baik. Kau kuatkanlah daya ingatan kami, tajamkanlah akal fikiran kami, lapangkanlah dada kami, terangkanlah hati kami, bimbinglah kami untuk fokus dan jauhilah kami dari kelalaian dan kemalasan. Kau bantulah kami menerima ilmu dan mempraktikkannya dengan cemerlang. Kau jadikanlah kami manusia yang berguna untuk keluarga kami dan masyarakat kami. Amin amin ya rabbal al amin, engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Pemalu"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...