Monday, November 28, 2011

Mekap-mekap tak pandai, tapi kalau conteng and comotkan muka orang memang aku pandai.

Assalammualaikum !

Rasa best gile minggu ni sebab hujan je sepanjang masa. Tambah-tambah minggu ni cuti sampai hari Isnin. So memang melepak atas katil je lah kerja aku. Tapi yang tak bestnya, esok dah kerja balik. Nak cuti lama-lama boleh tak? Malas lah nak pergi kerja !

So kita stop cerita pasal kerja. Sekarang ni tak tahulah kenapa, mood aku nak main-main mekap macam time poli dulu membuak-buak balik. Rasa macam nak mekap setiap hari je. Tapi time nak keluar shopping and dating je lah. Untuk pergi office, memang tak adalah kan aku nak mekap-mekap ni. Nanti sembahyang kena cuci balik. And yang paling penting, tak ada sesiapa pun nak pandang aku masa kat office tuh. Huhuhu !

Disebabkan boring yang teramat, aku pergilah dekat rumah cousin tersayang aku ni. Alah belakang rumah je kot. Husband dia pun tak ada, so memang bermaharajalela lah aku dekat rumah dia. Tambah-tambah aku dengan cousin aku ni sebaya, so memang berubahlah perangai cousin aku ni dari menjadi bini orang ke perangai budak-budak balik. Huhuhu ! Disebabkan boring punya pasal lah jugak. Aku request nak conteng-conteng muka dia. Kesian kau farah !

Dalindareen7878Ni muka farah si cousin aku ni sebelum di make over kan oleh aku. Muka Farah ni memang ala-ala anak mami sikit. Nanti dah dapat anak mesti muka macam Shahid Kapoor. Hidung pun memang mancung habis. Sesuai lah dengan husband dia yang malu-malu kucing tuh. Jom tengok muka dia lepas kena conteng dengan aku.

Jeng..

Jeng..

Jeng..

Jeng..

jeng..

Jeng..

Tadaaaa !

DSC00016

Dalindareen7882

DSC00021

See see aku dah cakap, kalau bab conteng muka orang memang aku pandai. Dulu ada jugak orang suruh aku mekap kan untuk tunang. Tapi memang aku tolak lah kan. Gile nak ambil risiko. Kalau setakat nak mekap pergi supermarket bolehlah aku buat. Ni tak, disuruhnya aku mekap untuk tunang. Memang tak lah kan ! Karang tak cantik, aku jugak yang dipersalahkan.

Lepas je aku mekap Farah malam tuh, memang kitorang terus tidur. Farah pulak tidur dengan mekap yang still ada dekat muka. Sedar-sedar je esoknya tuh, dah pukul 10 pagi. Terkejut beruk si Farah ni. Yelah semenjak dia dah kahwin ni, paling lambat pun pukul 6.30 pagi dia akan bangun. Kesian farah. Sorilah, sebab ter follow time aku bangun tidur. Huhuhu ! Oklah aku rasa dah makin jauh aku melalut ni. Malas nak cakap panang-panjang lagi.

Bebboii !

 

Sunday, November 13, 2011

Memang tak normal hidup ni kalau perempuan tak suka mekap !

Assalammualaikum !

Hari ni entah kenapa aku tiba-tiba rajin pulak nak rendam semua maskara aku yang dah kering tuh dalam air panas. Sebenarnya bukan apa pun, sebab hari ni hormon nak melawa tersangatlah tinggi. Lagi-lagi hari ni ada jemputan kenduri kahwin saudara belah emak aku. Lagilah perasaan tuh meluap-luap nak melawa kan.

Lagi-lagi pulak semenjak aku dah kerja ni, tak ada satu apa pun mekap yang tercalit dekat muka ni. Memang bogel habis muka aku ni kalau time pergi kerja. Lepas mandi je, terus sarung baju and sarung tudung. Tak adalah hati nak pakai bedak ke, nak pakai lipstik ke. Even lipbalm pun aku pakai just masa bibir aku dah betul-betul kering. Memang gile sadis dah hidup aku sekarang ni. Tapi bila dating or keluar pergi jalan mana-mana dengan kawan aku, kemain lagi nak mekap bagai. So hari ni disebabkan nak pergi kenduri kahwin, aku terpaksa lah keluarkan barang mekap yang dah lama aku tak sentuh. Tuh sebablah aku terpaksa rendam maskara dalam air panas. Sebabnya dah terlampau kering dah dalam bekas tuh. Nak beli baru macam membazir, so jalan penyelesaiannya aku just campak je dalam air panas. Tak rugi and tak payah nak beli yang lain !

Dalindareen7861Muka yang suci lagi bersih selepas mandi ok ! Tolong jangan ambil berat eye bag aku yang dah berkumpul dekat bawah mata tuh ! Aku pun tak tahu macam mana nak hilang kan eye bag tuh. Kalau ada sesiapa yang ada petua yang mujarab and paling senang, bagitau aku ok !

Dalindareen7864 

Muka selepas mekap ! Betul lah orang cakap, kuasa mekap ni memang boleh ubah muka orang tak cantik jadi cantik. Macam tuh lah jugak aku. Aku memang suka main dengan mekap ni. Lagi suka kalau aku dapat cantikkan muka orang.

So kepada sesiapa yang nak suruh aku conteng muka dia, silalah bagi tahu ok ! Wah tetiba nak promote diri, kau apahal. huhuhu ! oklah malam-malam buta ni dah tak ada idea nak update bagai. Idea pun tepu je dalam pale otak ni.

Oklah bebboiii !

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha ! Rindunya dekat blog tembam ni ~

Assalammualaikum !

Rindunya dekat blog ni. lama sangat-sangat tak merepek and meraban tak tentu pasal dekat blog hitam ni ! Rasanya dah dekat 2 bulan kot aku tak mengadap benda alah ni. Bukannya tak ada semangat nak update blog tapi disebabkan broadband yang macam beruk, buatkan aku tak ada peluang langsung nak update. Tapi sekarang dah boleh dah nak update setiap minit setiap jam setiap saat. Hehehe ! Sekarang tengah packing-packing apa yang patut untuk balik kampung nanti.

Dalindareen7818

Dalindareen7819Pinggan mangkuk dah basuh ! So senang hati nak balik kampung.

Dalindareen7820 Lauk pun dah lama masak and masing-masing pun dah kenyang.

  Dalindareen7821

Dadih untuk saudara-saudara kat kampung pun dah lama siap !

Dalindareen7822

Kek pun dah masak jugak.

So disebabkan malas nak panjang kan cerita, aku nak ucapkan :-

Dalindareen7780

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK SEMUA !

JOM TENGOK LEMBU KORBAN RAMAI-RAMAI !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...