Monday, March 25, 2013

Gangnam Style versi yang lemah lembut punya. For sure sangat sedap ! Trylah dengar.

Assalammualaikum !

Siapa pernah dengar lagu Gangnam Style ??! Semua pernah dengar kan, tipu ehh kalau korang kata korang tak pernah dengar lagu dia. Aku hempuk sorang-sorang taulah ! Emak aku pun aku paksa dengar masa lagu tuh mula-mula keluar tau. So korang nampak kan macam mana popular and bestnya lagu ni kan. Masa mula-mula lagu ni keluar aku rasa pelik sebab ramai bebenar lah orang yang dok post lagu ni dekat Facebook. Aku buat tak layan je but then bila dah ramai sangat yang post, aku pun bukak. Woooww ! Lagu dia memang best sebab dia rancak and kau pun rasa nak terkinja-kinja jugak. Huhuhuhu. So sekarang ni aku nak share lagu Gangnam style tapi versi yang lemah lembut punya. Bila dah berkali-kali dengar kau akan rasa  sedap je and rasa nak dengar and dengar lagi. Jom dengar sama-sama jom !




Best kan ? Cakap best cepat ! Alah aku tak suruh pun memang korang akan cakap best punyalah. Aku jumpa video ni actually dekat fanpage group kembar ni, Jayeslee . Try lah tengok fanpage dia ni. Dorang memang comel sangat-sangat. Dah lah muka cantik, suara pun sedap ok ! Oklah pada sesiapa yang memang tak pernah langsung tengok video Gangnam style yang sebenar. Aku dengan gigih nya pergi search dekat youtube tau. Ala senang je pon ! Hahaha taip-taip keluar lah video dia.


So which one is better ?  Kalau lelaki mesti cakap yang video perempuan kembar tuh yang sedap. Kalau perempuan pun sama jugak. Still minat yang video first tuh kan. Aku memang minat video yang first tuh tapi kalau nak layan-layan kepala better choose video yang second ok !

Oklah bye !

Sunday, March 24, 2013

Meatball Ikea !! Menghilangkan kempunan bersama classmate !

Assalammualaikum !

Hari ni aku rasa macam penat sangat tapi bila tengok gambar dekat dalam handphone then tetibe je rasa sangat seronok sebab dapat makan sedap-sedap lepas kelas dekat Shah Alam hari ni. Memang dah lama aku mengidam nak makan meatball dekat Ikea ni tapi memanjang lah asyik tertangguh. Salah satu faktornya sebab aku ni bukanlah penghafal jalan yang berjaya. So aku rasa kalau aku pergi memang confirm confirm aku akan sesat. Second sebab tak ada peneman nak pergi IKEA ni.

So disebabkan hari ni first class untuk Part 2 aku dekat Uitm Shah Alam ni, and yang paling best aku dapat jumpa balik classmate aku time dekat poli dulu. Now jadi classmate aku dekat Uitm. Heee suka-suka ! Lepas dah berborak panjang dengan secara tetibe aku cakap nak makan meatball Ikea. Classmate aku ni pun apa lagi. Jom katanya ! Yeahhhh jom pergi melahap meatball.

Selepas mengharungi highway KL, kitorang terus je turun cepat-cepat semata-mata nak pergi makan meatball je. Sebab hari ni hari Ahad so for sure orang memang akan beratur panjang. Tapi apa pun kitorang berpuas hati dengan hasil tangkapan hari ni. Hehehe !

IMG-20130324-WA0004

Okay inilah hasil tangkapan kitorang hari ni, share berdua ok ! Ada chicken wing, chicken chop, meatball with strawberry sauce and dark chocolate cake. Puaslah aku kecik-kecikkan mata cari kek coklat daim. Tapi tak jumpa pun. Takut kempunan aku ambik je lah dark chocolate cake ni.

Yang aku tak tahan nama-nama dekat board Ikea tuh, memang guna Google translate habis lah. Aku dengan classmate aku dah tergelak-gelak dah tengok nama makanan masing-masing. Yelah kau bayangkan lah, macam dark chocolate cake ni, dia letaknya nama kek coklat gelap then chicken cop tuh dia letaknya cop ayam. Gila lah wei ! Memang bulat-bulat ehh ko copy paste dari Google translate. Hahahaha.

IMG-20130324-WA0002

Hei hei Kak Abby ! Merangkap classmate aku dekat Uitm, then before that classmate dekat politeknik, then before merupakan senior aku time sekolah teknik ert dulu. Kecik je dunia, pergi mana-mana mesti jumpa Kak Abby ni balik. Kak Abby ni comel je tau, cakap pun lemah lembut je. Dia single & available sekarang ni. Kalau sesiapa nak kenal dengan dia, ambil borang dekat aku dulu tau. Aku nak tapis dulu. Huhuhuhu.

IMG-20130324-WA0003

Muka yang dah hilang keseriannya sebab kelas yang berturut-turut dari pukul 8 pagi sampailah pukul 6 petang.  Nampak tak pipi aku yang makin kembung tuh. Jangan cakap apa-apa dah.Aku tak nak dengar.  Esok jugak aku diet. Huhuhu !

Sekarang ni kan bila jumpa Kak Abby, masing-masing dah ada life sendiri, kerja masing-masing, then kalau bercerita tuh, memanjanglah pasal kerja. Tak habis-habis. Oklah apa-apa pun thanks too Kak Abby sebab bawak saya ke Ikea ni ehhh  dan membelanja adik classmate mu ini. Hehehe ! Nanti belanja lagi ok.

Oklah nak tidur lah, esok kerja. Kenapalah esok Isnin, kalau aku tak nak hari Isnin tuh ada boleh tak ! Monday blues will come again tomorrow.

Oklah bye !

Saturday, March 23, 2013

Satay tulang yang terbaik ! Waa ngidam ~~

Assalammualaikum !
Time tengah berusaha nak kecik kan peha, nak kecik kan lengan time tuhlah mak aku ajak pergi beli satay tulang. Macam tau-tau je kan anak perempuan dia ni tengah mengidam habis dekat satay tulang. Yelah mana tak nya, bila balik kerja je mesti nampak asap berkepul-kepul dari kedai satay. Then hasrat nak beli satay tuh pun semakin membuak-buak. But then, sampai je dekat kedai tuh, nampak orang beratur punyalah ramai. terus cancel plan pecut balik rumah terus. So hari ni mak aku nak belanja satay tulang, apa lagi kan. Peluang keemasan jangan dilepasan. Hal-hal nak kecikkan peha ni kita tolak tepi dulu. Muahahaha boleh kan !

Setahu aku lah kan, dekat Seremban ni dua tempat je yang aku tahu ada jual satay tulang ni. Satu dekat Dataran Senawang, berdepan dengan Ice Room. Then yang lagi satu dekat jalan Pantai. Dekat dengan kilang koko. Dah malas nak merepek panjang-panjang. Jomlah tengok kesedapan satay tulang yang memang marvelous ni. Huhuhu !
16022013276
Waaa sedapnya. Yang ni masa aku makan dekat Dataran Senawang. Orang Seremban mesti tahu punya tempat ni dekat mana. Secucuk  satu hengget. Oklah. Memang berbaloi-baloi ok. Satu je cara nak nilai satay dia sedap ke tak. Kau tengok kuah kacang dia. Rasa dia ummmpp sedapnya or phuiii ! Kalau sedap kuah kacangnya, automatically satay dia pun rasa sedap jugak. Silap-silap kau nak hirup-hirup kuah kacang tuh. Macam yang terjadi dekat aku lah, malu nak hirup, aku ambil sudu makan kuah kacang tuh sahaja. Ok pelahap aku tahu ! Hahahaha. Kalau sesiapa nak rasa satay ni jangan lupa-lupa roger-roger ok. Especially orang luar Seremban lah. Alang-alang aku tunjuk jalan, boleh belanja aku makan satay ni sekali kan. Huhuhu.
02032013365
Teaser entuk next entry ok ! Nanti aku cerita pasal bff aku si Wani ni ehhh ! Wani nanti pergi Korea belikan souvenir Hello Kitty yang comel-comel tau. Love you so much ! Semoga kita bertemu kembali. Ahhh aku tetap akan pergi jumpa kau balik Wani. Tak puas nak borak-borak.
Ok bye !

Monday, March 11, 2013

Cantikkan songket !

Assalammualaikum !

Tiba-tiba rajin nak update entry banyak-banyak malam ni. Sebenarnya tak da benda pun just terjumpa satu gambar ni yang menarik perhatian aku sangat-sangat. Mohh kita tengok sama-sama.

3 - Copy

Cantikkan baju pengantin tuh ! Tuh je nak cakap.

Ok bye !

Sunday, March 10, 2013

Tahun Kemanisan :)

Assalammualaikum !

Rasanya tahun ni and tahun lepas ramai sangat kawan-kawan rapat yang kahwin and tunang. Semuanya boleh dikatakan bff yang paling hebat dalam dunia lah. Tahun ni pun ramai lagi yang nak kawen and tunang. Termasuklah cousin-cousin terdekat. Kadang-kadang rasa jelly jugak, bila tengok dorang kawen. Dengan serta merta perasaan gatal tuh membuak-buak jugak nak kawen. Tapi tak boleh okey, buat masa sekarang ni belajar dengan kerja harus diutamakan. Tak boleh pikir-pikir pasal kawen ni. Hahaha poyo sangat ayat tau ! Padahal kalau setiap kali online mesti sibuk-sibuk search pasal kawen.

So nak ceritalah pasal cerita kawen semalam. Actually semalam cousin aku or selalunya orang panggil kak ngah Nadia, buat reception dia semalam dekat Kem Wadieburn. Ehhh betul tak aku eja ehh and abang askar yang jaga gate kem tuh semalam sangat hensem ok ! Ok dah kelaut dah cerita aku ni. So pagi-pagi dah gerak pergi KL sebab saya ni orang nogori, kawasan KL memang aku fail sangat-sangat lah ehh. Tapi alhamdulillah dengan berpandukan map plan dekat wedding card, selamat jugak lah aku sampai.

09032013396

Masa on the way nak pergi KL lah ni. Sayang ayah, sayang angah !

09032013406

Jarang nampak orang buat combination color macam ni kan. Aku pun first time tengok warna macam ni. Bila tengok depan-depan lagi cantik tau.

09032013413

Pelamin dia pun sangat-sangat cantik dekat belakang tuh.

09032013404

Ehh angah dah pandai senyum lah kalau tangkap gambar. Selalu tuh takut-takut je nak bergambar. Kak long bersama adik yang tersangat-sangat istimewa !

09032013414

Haaa nampak tak cello tape apa yang aku guna untuk balut hadiah tuh. Disebabkan tak jumpa cello tape and punggah satu rumah pun still tak jumpa jugak, aku pun rembat je cello tape POOH adik aku yang kecik. Nasib baik dia tak tahu. Huhuhu ! Hadiah apa yang aku bagi, biar lah menjadi rahsia. Wahh retiss sangat ayat kan !

So itulah je cerita untuk kenduri kahwin semalam. Next week ada lagi kenduri kahwin. Setiap minggu ada je orang nak kawen. Weii jeles lah ! Lepas ni office mate pulak busy dengan rancangan kawen masing-masing. Hahahaha ! Kumpul duit ye kawan-kawan.  Tapi apa-apa pun pasangan yang paling bahagia yang pernah aku tengok dari dulu sampailah sekarang, tak lain dan tak bukan adalah..jeng jeng jeng…

09032013403

Semoga hubungan ayah dan emak berkekalan hinggalah ke akhir hayat. Amin !

09032013398

Lastly aku nak cakap, kuih seri muka sedap ! Ehh tak, abang askar kat kem tuh handsome wei ! Sangat ! Hahaha dah over.

Ok bye !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...