Thursday, September 30, 2010

DiGi iPhone 4 Life

Assalammualaikum semua..apa kabar..gilekan dalam satu hari reen boleh buat dua entry..hehehe..semuanya semata-mata untuk Digi dan cik nuffnang tau..sepatutnya besok reen ada test tau..test akaun lagi..tapi disebabkan contest ni reen sanggup tau study lambat sikit..huhu..reen minta-minta lah usaha reen berbaloi tau buat semua ni..tak dapat hadiah utama..dapat yang saguhati pun takpe tau..

Reen ingat lagi tau..reen masa tu nak beli iphone tau..alah masa mula-mula dia keluar dulu..tu pun sebab kawan reen cakap dia beli..so ada rasa jeles tau disitu..hehehe..so reen bertekadlah nak beli iphone dengan guna duit reen sikit and mak reen sikit..bila duit da cukup tu..at last reen dapat tau yang kawan reen tak beli iphone pun..so mind pun bertukar untuk beli hp yang lagi murah..so jadilah nokia express music 5800 hak milik mutlak reen dari awal tahun 2010 sampailah skang..huhu..

Reen harap sangat reen akan dapat iphone ni sebab reen memang terpikat habislah dengan iphone 4 ni..lagi-lagi bila tengok iklan iphone 4 dekat tv..bila yang part zoom pakai jari tu..reen punya expression woow!!bestnya kalau dapat hp tu..tapi saya tak mampu..sila bagi saya hp iphone 4 tuh dengan free cepat!huhu..nak minta kat mak reen rasanya..lambat lagilah nak dapat..sebab bila reen cakap dia akan kata..along kerja dulu nanti dah ada duit banyak..along belilah hp yang canggih-canggih..so reen pun paham maksud dia..terus cakap..ok mak!!sob3..hehehe

Reen suka sangat dengan iphone 4 ni sebab aplikasi dia yang memang kreatif nak mamposs!!yelah dia punya application susah tau nak dapat kat hp mana-mana tau..lagi-lagi bila dah guna iDigi plan nanti..lagilah masyuk nak pakai iphone 4 kan..bestnya..

a *dicaptured kan oleh wani ku sayang!

so reen berharap sangat-sangat cik nuffnang dan cik Digi yang mempunyai warna kuning cerah ni akan bermurah hati nak bagi reen iphone 4 ni..silalah dengar luahan hati saya nie!huhuhu…bebboiii….

DiGi iPhone 4 Real

Assalammualaikum semua…haiyo0 stress betul lah sebab lagi berapa minggu je tau reen punya event akan berlaku tau..so bila due date da makin dekat ni so macam-macamlah kerja last minute yang kena buat..so busy right now ok!tapi blog and contest tak boleh dilupakan tau..kena juga jalan kan tugas mengarang dekat blog yang tak berapa cantik ni..mak..along rindu mak..(tetibe..hehehe)

ok2 untuk entry yang ketiga ni reen nak cerita pasal pelan yang Digi buat kalau kita gunakan plan iDigi tau..untuk makluman semua pelan ni juz untuk orang yang guna iphone tau..so sapa yang ada iphone bolehlah gunakan pelan ni..so semua akan jadi murah tau..semuanyalah..dari call orang tersayang..family..atok nenek..jiran sebelah rumah..semualah..tapi yang penting pastikan diaorang semua pakai Digi jugak tau..huhu

Untitled

lagi satu reen nak cerita tau..ayah reen yang kat umah seremban tu pakai line Digi tau..lepas tu dia rajin sangat call reen yang kat melaka ni tau even reen pakai line maxis tau..ada satu hari tu ree tanya ayah..ayah x habis ke kredit ayah asyk telefon along je?then ayah reen cakap..takdalah kredit tak kurang banyak pun..so dari situ reen tau yang Digi ni amatlah best tau…sebab ko bayangkanlah…ayah ko telefon dalam 20 minit macam tu tapi dia juz tolak seringgit je..pelan apa ayah reen pakai reen tak tau..huhu

*cuba try test tengok pelan yang murah khas untuk iphone ni..huhu

lagi satu kan reen macam nak try tau pakai broadband Digi tau..sebab bila reen tanya kawan-kawan reen yang pakai Digi..diorang semua cakap yang Digi broadband ni amatlah laju..rasa macam nak try tau..tapi tunggu dapat duit dari mak dulu eyh..huhu..lagi satu kan reen ni jenis yang suka sangat online tau..tak kira tempatlah..kalu boleh laptop tu dalam bilik air..tapi tak semua tempat internet lajukan..tapi dengan menggunakan pelan yang dalam gambar kat atas tu..kita dap akses internet dengan cepat tau..so bolehlah main facebook pakai hp dengan senang hati tau..yerlah tak payah nak load lama-lamakan tunggu page lain nak bukak..huhu..

so dengan menangnya iphone ni reen harap reen akan dapat call,mesej and yang paling penting sekali boleh main facebook dengan senang hati..cik nuffnang and Digi..silalah bagi iphone dekat saya yang comel ni..huhu

 

Tuesday, September 28, 2010

Thanks For Everything Friend!


Why can't we get all the people together in the world that we really like and then just stay together? I guess that wouldn't work. Someone would leave. Someone always leaves. Then we would have to say good-bye. I hate good-byes.

Thanks Wai Keong sebab selama 3 tahun nie i dapat macam-macam dari u tau..i dapat pinjam kereta u dengan alasan u penah pinjam kereta i..i dapat duduk sebelah u time usahawan sem 3..i dapat ajar u bakeri dengan wani masa mlm yang kononnya esok ada practical test..i dapat belajar dengan u akaun masa sem 1 even memang x masuk apa-apa..and yang paling best dapat dengar suara u masa wani telefon u sebabnya juz semata-mata nak pinjam kereta u..

masa didiey cakap dekat i yang u tak ada lagi sebab eksiden i tak percaya langsung tau..siap gelak-gelak lagi..tapi bila tengok dengan mata i sendiri u terkujur kaku depan mata i..barulah i dapat terima yang u betul-betul da tinggalkan kami semua..u ada cakap u nak dapat akj sem ni kan..i dengan kawan-kawn kelas yang lain akan try untuk realisasikan impian u tuh..i akan anggap masa konvokesyen nanti yang u ada walaupun u tersangatlah jauh dari we all..i harap u akan aman dekat sana tau Wai Keong..memori bersama u dari sem 1 sampailah september sem 5 amatlah susah and x akan dilupakan..

Last but not least i harap u dapat tidur dengan tenang dekat sana!
i will miss u forever!

DiGi iPhone 4 Play

Assalammualaikum semua..apa kabar semua..sebenarnya reen tak ada langsung idea nak tulis apa tapi disebabkan contest dari nuffnang untuk dapatkan iphone tu yang seboleh-boleh nak kita buat 4 entry..reen berkorbanlah masa..huhu..ok2 untuk entry part 2 ni reen akan ceritakan application apa yang reen paling suka dengan iphone 4 ni tau..yang paling-paling reen suka tau...huhu..

ok yang first sekali reen paling suka dengan application Glee Karaoke!cite Glee ni dah lah best tau then ditambah dengan application yang ada dekat iphone 4 ni membuatkan orang-orang yang minat cerita ni akan tertarik nak dapatkan i phone 4 seperti saya..hehe..lagi satu dengan application ni jugak kita just nyanyi ikut ayat dekat skrin i phone then menyanyilah ko sekuat mana yang ko nak tau..harap maklum reen tersangatlah suka karaoke tau..dulu-dulu time sekolah kalau nak karaoke juz cucuk je mikrofin dekat vcd player then melalak lah kuat-kuat sampai satu taman dengar..tapi lagu terhad lah kan..yelah kalau vcd yang ko ada tu just
dangdut..larat pulak kan nak nyanyi lagu dangdut tiap-tiap hari kan..huhu..then bila dah besar sikit macam sekarang ni..dah expert sikit kan..so pegi tempat karaoke dengan budak-budak umah sewa reen..melalak lah ko sampai 5 jam..tak ada sapa-sapa yang larang tau!huhu..so dengan ada nya iphone 4 ni akan dapat membuatkan reen bertambah rajin nak asah bakat menyanyi walaupun suara hanya tahap katak tersepit dekat tayar lori taik..hehehe..


Lagi satu application i phone 4 yang paling reen suka ialah Scrabble Game..bestnya kalau dapat main benda ni tiap-tiap hari tau..dulu-dulu ingat lagi kalau lepas PMR or SPM masing-masing sibuk nak bawa permainan masing-masing kan..betul tak?huhu..seriously after SPM reen dah tak sentuh langsung da permainan ni tau..rules dia pun da ingat-ingat lupa tau..and yang paling malang sekali huruf-huruf untuk scrabble nie semuanya tah kemana tah..da hilang da..hurup M lah hilang..huruf G lah..minta-minta jika reen dapat iphone 4 ni dari nuffnang reen akan dapat lepaskan gian main permainan ni..mainlah sampai jari lebam or bengkak..tak ada sapa pun nak marah..kalau ada orang marah pun..Ada Aku Kesah?Ko ado ker i phone 4 nie?hahahaha


and the last one yang paling reen suka ialah Charadium Pro..benda nie ajar kita lukis-lukis tau..reen suka sangat benda ni sebab reen tak pandai melukis tau..nak lukis kambing terlukis gambar biawak..nak lukis gambar orang macam alien pula jadinya..so boleh bayangkan tak macam mana keteror-an reen melukis..huhu..tak tau lah kenapa kan..mak ayah dengan adik-adik lelaki reen semuanya pandai melukis tau tapi satu-satunya anak perempuan and kakak diorang ni tak pandai betul melukis..kehebatan melukis reen da cerita tadikan..so let's imagine bila adik-adik reen melukis gambar orang je juz take only 10 minutes..tapi reen ambil berejam lamanya tau..sob3 sedih..so dengan adanya application seperti ini reen harap reen akan jadi lebih teror melukis dari orang-orang yang lain..chaiyo0k2..hehehe..semangat tetibe!plzz Digi and Nuffnang..i'm begging u..plzz give and reserve for me da i phone 4...kuikui..

so that's all for today..later on i will story about i phone 4 in last 2 entry..plezz nuffnang and Digi..give me da i phone 4..huhu

Sunday, September 26, 2010

DiGi iPhone 4 Me

Assalammualaikum semua..lamanya dah tak update blog tau..tersangat-sangatlah rindu dengan blog tapi disebabkan minggu yang teramatlah busy dengan assignment dan presentation buatkan reen tersangatlah malas nak update blog and buka email..o0ps cerita pasal email kan..tadi reen bukak lah email..and nak tau dekat folder nuffnang reen dapat satu email ni yang ceritakan pasal satu contest dari digi and hadiah yang ditawarkan memang tersangatlah best sebab digi nak bagi i phone 4!tau tak macam mana hotnya hp tu..kalau dapat hp tu memang reen takkan minta benda yang lain lah..mak reen offer nak belanja apa-apa pon reen dah tak nak lagi dah..tu cerita kalau dapat i phone 4..hehehe..

Masa dulu kan time sekolah reen pakai hp yang tak ada lah mahal pun..yerlah hp nokia 3310 je kan..tu pon da kira bagus tau ada hp tau..reen memang tersangat arr sayang dengan hp yang kalau baling anjing akan mati anjing tu..tapi nak buat macam mana kan..tu je yang mak reen mampu bagi tau..reen pakai hp tu start dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 3 tau..lepas tu reen tukar sony erricson pulak!and now reen tukar dah pakai nokia 5800 express music..reen beli hp nokia ni pun guna duit ptptn tau..kihkihkih..da tuh je sumber yang ada kan..

Masa nak beli nokia touch screen ni pula reen beli time praktikal dekat hotel je..time nak beli tu jugaklah reen asyik terpandangkan i Phone tau..tapi masa tu i phone taak ramai sangat orang pakai..yerlah dengan harga dia yang boleh tahan mahal tu..just sesetengah orang je yang boleh pakai..orang macam reen memang tak layak pun..huhu..sedar diri tau..then start daripada situ reen berazam akan dapatkan i phone walaupun lambat.


kalau lah reen dapat i Phone 4 kat atas ni kan..reen memang terdiam lah mulut ni..tak kan sibuk-sibuk or ngada-ngada nak minta mak belikan hp yang lain..memang tak akan pandang hp yang lain dah..memang i phone 4 ni lah yang akan jadi peneman setia reen time tido,dalam kelas and kalau boleh nak bawak sekali time mandi..huhu..lagi satu kan bf reen teramat lah suka hp ni tau..kalau boleh..andai kata reen terpilih untuk terima i phone 4 nie dari digi..maybe reen akan hadiahkan dekat dia..takpe lah demi kekasih yang ku cintai reen akan bagi benda yang paling reen sayang..hehehe..

contest nie memerlukan reen untuk buat 4 blog post pasal i phone 4..so nantikan lah lagi 3 entry reen pasal i phone eyh..semuanya sebab nuffnang tau..and juga pasal digi yang teramat lah ku sayang..orang cakap digi ni best..tapi tak taulah kan..


yeah i phone 4 memang milik saya...huhu!



Thursday, September 23, 2010

Saya dah berjaya buat kek coklat!

Dalindareen3797

Assalammualaikum semua..apa khabar semua blogger!!da lama nya tak update blog tau..nampak sedap tak gambar kek yang kat atas nie??best kan..dari gambar je da tau rasanya kan..huhu..berlagak gile kan..

Sebenarnya da lama reen try buat kek coklat moist nie tau..tapi setiap kali buat mesti ada je spoil jadi kat kek ni tau..kek keraslah,kek mendap ke dalam lah,isi dalam kek tak masaklah..macam-macam tau..semuanya sebab satu je halnya..reen pakai oven tau..maybe kek ni x sesuai pakai oven kot sebab rasanya jadi macam kering tau bila da masak..x sedaplah kan..yerlah kita nak coklat moist tapi yang jadi nya coklat dry!hahahaha

then masa hari raya aritu reen sajalah try lagi buat kek coklat moist nie tau tapi reen guna cara lain untuk masak iaitu dengan menggunakan periuk kukus..wah!gile skema ayat..huhu..serius memula takut juga nak guna periuk kukus nie..tapi confident itu penting!huhu..so buat jerlah ikut step by step..

so bila da masak tu rasa lembut je then dia lembab lah..igtkan x masak lagi tapi bila da lama sangat kukus tu..dia still gak lembab..so dengan penuh confidentnya reen pon angkat and sejukkan kek tu…reen buat topping nya..yang topping memang tersangat arr senang tau..sapa yang x pandai sila angkat kaki then try isap jari tuh..eiii geli jerk!hahaha..

so then kek coklat moist reen memang menjadi..owh tersangat arr gembira!hahaha

Dalindareen3796

Dalindareen3798

Tuesday, September 14, 2010

Hanya Kerana Cinta-hafiz,aril,ayu!

Keadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja

Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cintaku untuk mu
Yakin pada tulusnya kasihmu

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilham ku
Tak ada yang lebih dari itu

Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih
Tak ada yang lebih dari itu

Bawalah aku ke dalam mimpi mu
Agar ku dapat bersama mu
Walaupun hanya sementara
Sentuhanmu indah

notakaki:
~sgt besh liril lg ini!
~dedicated to all blogger!

Wednesday, September 8, 2010

Saya Mencintai Dia kerana...

Love is chocolate
Love is sweets and honey
Love is sometimes for your heart
Love is sometimes for the money

Love is passionate
Love is blind
Love is destined
Love is cruel and kind

Love is forever
Love is for a night
Love is fading
Love is at first sight

Love is unrequited
Love is for another
Love is not returned
Love is not to be smothered

Love is dangerous
Love is right
Love is wrong
Love is a fight

Love is complicated
Love is here and there
Love is in you and me
Love is everywhere

Love is broken
Love is true
Love is for me
Love is for you

notakaki:
~suka sangat dengan poem nieyh!
~dedicated to him!
~my only one

Bila si tembam Pakai tudung Ariani!

Assalammualaikum semua blogger!hehe tetiba rajin plak reen nak update blog tengah-tengah malam buta nieyh..sebenarnya bukan apa..reen baru teman mak shopping..so balik2 terus jerk tukar naju..then x bleyh nak tido..tuh yg update blog ni!Reen sebenarnya nak bgtau nieyh..reen tengah cari baju raya warna maro0n tau..tapi sampai lah skang x jumpa2 tau..sedih tol rasa hati nieyh..kalu xda gak..nampak gayanya nanti raya pakai baju lama jerk arr..ok2 da starting nak nanges..sob3..uwaaa!!!!!then sreettt....sedut hingus yang meleleh..eiiii!!!hahaha gembira balik..

ok2 enough areen!masa hari isnin arituh reen pegilah teman mak reen cari tudung ariani..konon2 nak matching ngan semua baju raya mak reen nieyh..then sampai2 kat kedai tudung ariani tuh..hah ambik kau!punyalah ramai makcik2 yang datang kat situ..berebut2 tudung macam ada sale plak time tuh..memang crowded sangat-sangat tempat tuh tau..reen ngan adik reen yang last sekali mmg da lemas da..mana dengan makcik yang berasak-asak dok pilih tudung..mana lagi dengan tolong mak reen pilih tudung yang macam dia nak..nasib baiklah reen ada jumpa budak yang praktikal satu hotel ngan reen dulu..ada gak member nak borak2 sementara tggu mak reen dok berebut ngan makcik2 yang lain..huhu

so bila da kita tgk org dok berebut2 beli tudung ariani nieyh..reen pun trylah jenguk2 tudung tuh sume..yess!!!berkenan dengan ada satu tudung nieyh..seriously reen mmg x minat tudung2 macam nieyh..sebab macam x sesuai jerk bila terletak kat muka reen tau..sangat x sesuai!!!tapi disebabkan reen memang minat habis ngan corak yang ada kat tudung tuh..lagi2 corak manik2 tuh warna pink..lagi lah membuatkan nafsu reen membuak2 nakkan tudung ariani nieyh gak..hikhik..saja nak test2...mana tau lawa kerw bila pakai..bleyh teruskan..hehehe..sebenarnya budak2 umah sewa reen kat melaka tuh pon pakai gak..cantik jerk terletak tudung tuh kat muka dorg..tapi reen still x minat nak pakai tudung mcm tuh..x tau nape tau..huhu..

so then balik2 umah terus try..haiiyoo susah amat nak adjust tudung nieyh..sebab muka reen kan bulat..tapi silalah lihat dan bagi komen dan cadangan..yerlah..kalu sesuai..reen teruskan..kalu x sesuai..ok enough!..sampai disini sahaja saya menyarungkan tudung ariani ini!memang org lain da lama sibuk2 pakai tudung nieyh..da x heran da pon..tapi reen nieyh yg still kuno skit..saja2 lah nak mencuba..hehe..ok2..mari lihat gambar before & after reen bersama tudung ariani..hikhik!



before wearing!


after wearing!

notakaki:bf reen cakap x lawa..sob3..!
komen anda?

Saturday, September 4, 2010

Are you moist enough?

Assalammualaikum semua!lamanya dah tak update blog tau.Tersangatlah rindu dengan blog yang dah nak berhabuk ni.Tapi apakan daya test dengan kuiz yang melambak-lambak buatkan reen malas nak update blog tau. Tadi reen pergilah buka email reen then dekat folder nuffnang reen ada dapat email yang ceritakan pasal produk kecantikan kulit yang memang popular sangat. Apalagi kalau bukan Vaseline kan.Produk nie ada buat contest yang memanglah tersangat arr besh and sebab tu jugaklah reen tertarik nak join contest ni tau!huhu

Reen ingat lagi masak time sekolah dulu..bila waktu rehat..borak-borak dengan kawan reen then kawan reen tanya "areen, kau suka makan sayur tak?"..reen pun jawablah suka then kawan reen ambil tangan reen and dia cakar tangan reen..lepas tu dia cakap "kau tipu areen!!kau tak suka makan sayur kan..sebab tu bila aku cakar ada garisan putih..". Bila dah dengar macam tu reen pun starting makan sayur banyak-banyak sampailah da besar remaja ni ha!Still remaja okeyh..i'm still 20..huhu..then bila dah masuk poli ni kan..still jugak kawan-kawan reen cakap reen tak suka makan sayur sebab bila diorang cakar mesti ada garisan putih tau.Tapi bila dah lama-lama barulah reen paham sebenarnya bukan sebab kita tak makan sayur kulit kita jadi macam tu tau.tapi semuanya sebab kulit kita kering tau.

So masa tu lah reen sibuk-sibuk nak beli lotion and lotion yang reen beli ialah Vaseline Total Moisture.Yang jadi mangsa reen untuk belikan lotion tu sapa lagi kalau bukan encik bf saya!hehe

seriously bila pakai lotion ni yang total moisture tu kulit reen boleh tahanlah lembutnya..and yang paling penting kan dah tak ada garisan putih tu lagi..hehehe..suka sangat-sangat..kawan-kawan ku yang tersayang silalah pakai lotion vaseline ni eyh untuk kulit yang cantik dan tulus dan mulus macam saya tau..hehe and jangan lupa juga makan sayur banyak-banyak macam reen gak tau..huhu..

haa..lagi satu kan reen ingat lagi masa tu reen balik rumah sewa reen dekat melaka..yelah da nak start kelas kan dekat poli then balik-balik reen mandi lah dekat rumah dengan tenang and amannya..selesai mengelap-ngelap badan..tiba-tiba reen rasa gatal-gatal satu badan tau..menangis reen telefon emak dekat seremban sebab tak tahan sangat gatal-gatalnya..mak reen apalagi terus telefon encik bf reen suruh belikan apa yang patut untuk hilangkan gatal kat badan reen tu.Masa tu bf reen beli dua benda tau..bedak botol merah amnesia tuh dengan lotion vaseline extra strength tau..

bila pakai yang bedak merah amnesia tu macam tak ada kesan tau..still gatal-gatal badan reen then reen try sapu lotion vaseline ni and alhamdulillah gatal-gatal kat badan reen hilang tau. Terima kasih sangat-sangat dekat Vaseline dengan encik bf saya..hehe

Reen memang minat sangat nak join contes yang nuffnang anjurkan nie sebab grandprizes yang dia bagi untuk winner amatlah lumayan tau..antara hadiah-hadiah yang cik nuffnang murah hati sangat nak bagi ialah:-

1st Prize - RM3,000 cash + Vaseline products
2nd Prize - RM2,000 cash + Vaseline products
3rd Prize - RM1,000 cash + Vaseline products
5x Consolation Prizes - RM200 cash + Vaseline products

best kan hadiah yang dia nak bagi kan..then kalau bertuah kan kita maybe akan dapat jemputan untuk pergi party dekat Luna Bar tau..dekat mana reen pun sebenarnya tak tau!hahaha..tapi macam best je sebab boleh jumpa macam-macam orang yang mesti vogue and fashionable nanti especially blogger..huhu sukanya..minta-minta lah cik nuffnang bermurah hati nak bagi reen menang kan..dpat duit raya nanti kan..huhu..ok2 gambar yang reen nak upload ni adalah gambar yang encik bf reen suka sangat sebab dia kata dalam gambar yang reen nak upload ni dah nampak macam mana lembutnya kulit reen tau..tah ya tah tidak..hahaha..meyh sini meyh tengok gambar reen!huhu


harap-harap pihak Vaseline Product and cik Nuffnang bermurah hati nak bagi reen menang salah satu hadiah yang ditawarkan..amin!!Bagi kawan-kawan yang nak join bolehlah bukak website Vaseline nie okeyh!bebboiiii....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...