Sunday, December 29, 2013

Impian tak semudah yang disangka untuk dilaksanakan .

Assalammualaikum !

Rasa lain macam je bila menaip pakai laptop orang lain. Al maklumlah adik aku baru je habis SPM, so memang terus dijadikan hak milik kekal laptop aku tuh haaa. Nasib baiklah ada laptop orang lain, so boleh lah aku pinjam kejap. Rindunyaaaaa dengan blog hitam legam ni tau. Disebabkan kerinduan yang melampau, gigih tau aku nak update malam ni. 

Ok cerita pasal impian or bahasa orang putihnya dream. Alah yang selalu korang sebut-sebut dream comes true tuh. Tuhlah namanya impian. Tipulah masing-masing tak ada impian kan. Memang tipu sangat-sangat kan. Huhuhu. Aku ni sejak dari kecil lagi memang terlampau banyaklah impiannya. Time kecik-kecik dulu, bila nampak orang ada rumah Barbie yang warna pink tuh, terus set dalam mind, nanti satu hari nak ada jugak lah rumah Barbie Doll tuh. Tapi bila dah buat muka comel kat mak and ayah, terus di reject tanpa ada tapisan apa-apa pun. Alasannya membazir. So kau hentaklah kuat mana pun kaki tuh, memang tak akan dapat. So rumah Barbie Doll dilupakan begitu sahaja. 

Then bila dah besar sikit and dah pandai tengok love story dekat TV3, and nampak heroin nya dengan hero yang sangat handsome, terus pasang niat nak pakwe macam tuh jugak. Yelah aku ni zaman cerita Rosalinda, Maria Mercedez, La Usurpadora, Mis tres Hermanas. Bayangkanlah kau tengok rosalinda couple dengan Fernando Jose. Betul tak betul aku eja nama hero dia ni, lantaklah hai. Siapa yang tak nak kan. Then sekarang kan ada ulangan cerita Rosalinda tuh balik dekat tv9 kan. Bila aku tengok balik Fernando Jose yang aku idam-idamkan dulu, terus rasa geli. Yelah, dengan watak dia yang terlampaulah romantik and aku pun pelik macam mana dulu aku boleh minat dengan dia. Aiiyoo amma appa ! Aku tak boleh ok lelaki yang romantik tahap melampau ni. Kalau boleh biarlah lelaki tuh boleh buat aku gelak dengan penuh semangat dengan mulut aku yang lebar ni. Mih mih mih.

Then dah masuk sekolah menengah, and nampak pulak akak-akak senior skandal dengan abang-abang nasyid. Terus ada impian nak skandal dengan abang nasyid jugak. Fofuler tuh wei skandal dengan abang nasyid tau !  Lepas tuh gigit jari je lah sebab memang tak ada sorang pun abang nasyid berkenan dengan kau sampailah habis sekolah. Hehehe !

Bila fikir balik kan, memang kelakar tau bila teringat impian yang kadang-kadang tak masuk akal. Aku ada satu diari ni tau yang aku simpan dari zaman sekolah sampailah sekarang ni. Sekarang ni aku rasa macam nak buang je sebab aku rasa malu and tak sangka aku boleh tulis macam tuh. Biasalah kan, budak-budak kan, otak tak berapa nak matang. Bayangkan semua yang akan terjadi dalam hidup ni semua indah-indah je. Tak complicated langsung. Padahal tak tahu kan, nak melaksanakannya memang lah susah yang amat. 

Macam tahun ni, salah satu impian aku dah tercapai, tinggal nak continue je dengan apa yang dah aku dapat. Apa impian aku tuh, bialah jadi rahsia dulu ye. Ada masa nanti aku cerita. Then impian lepas SPM still lagi tak tercapai. Impian nak dapat degree. Dulu aku dah set dah dalam pale otak aku ni, dapat je degree, dah stop. Jangan mengada-ngada nak sambung belajar lagi. Tapi bila aku dah rasa seronok belajar, tiba-tiba je ada niat nak sambung Master pulak lepas habis degree nanti. Kita tengok je lah nanti kan. Kalau dapatlah kan. Huhuhu ! Biasalah, impian je melangit. Nak buat kemain lah susah kan. 

Impian nak kahwin ? Hehehe malulah nak cakap pasal benda ni. Perempuan mana yang tak nak kahwin kan. Semua nak kahwin. Kalau kau tak ada perasaan nak kahwin langsung, better dok diam-diam and pikir kejap, ada something wrong somewhere ke dengan kau tuh kan. Buat masa ni, impian kahwin tuh lah yang paling susah aku nak laksanakan. Susah wei nak kahwin zaman sekarang ni. Kau tak ada duit, kau jangan lah kahwin. Kos nak buat majlis kahwin zaman sekarang ni memang mahal. Gaji pulak macam segan je nak naik. Bukan segan, memang tak nak naik pun ! Yang peningnya lelaki lah kan, mana nak cari duit hantaran lagi, mana nak cari duit kenduri lagi. Kesiannya ! Insyallah kepada bakal suami  aku nanti, aku tak kan mintak benda yang mengarut-ngarut sebab mak aku selalu pesan, buat setakat yang termampu. Hidup lepas kahwin lagi banyak duit nak pakai. Ohhoooiii ! Azreen Zunairah dah cerita pasal kahwin lah. Yelah wei, umur gua dah 23 kot tahun ni, tahun depan dah 24. Dah layak sangat kalau nak kahwin kan. Cakap jelah yang sebenanrnya memang kau dah gatal kan. Huhuhu ! Kan gua dah cakap gua havoc. Tetibe !

Cerita pasal impian ni kan, memang sampai bila-bila pun tak akan habis. So, aku rasa ada wire dah putus dekat pale otak ni, sebab tiba-tiba je dah tak ada idea nak menaip apa. Hehehe ! Esok kerjalah wei. Tak nak pergi kerja boleh tak ! Ehh tak boleh, tak kerja tak ada duit. Tak ada duit macam mana nak kahwin kan. Mih mih mih. Tuhlah kojo kau, kahwin je dipikir ann ! 


Coming soon ehhh !

Nanti aku cerita ehhh !

Ok bye !













Sunday, December 15, 2013

Tempat yang membuatkan lemak-lemak ku bersorak riang !

Assalammualaikum !

Tarik nafas kejap ! Huaaaaa lama sangat dah rasanya tak tulis apa-apa dalam blog hitam ni. Dahlah hitam lepas tuh kelam je. Tak ceria langsung dah. Bila dah bukak rasa macam-macam idea yang ada. Tapi bila nak start je menaip, terus idea tuh semua lesap. Memang kuang hajo sangat tau !

Oklah, sebenarnya benda yang aku nak cerita ni dah berzaman pun terjadi and aku rasa dah jadi pekasam pun dalam draft blog aku ni. Tapi bila nak tekan je publish, then time tuh pulak internet disconnected, terus aku off laptop ni. Memang menyakitkan hati betul. Gigih tau letak gambar seketul-seketul. Apa kau ingat senang ke. Ditambah pulak dengan internet yang ngada-ngada sangat. Lepas tuh laptop pulak nak jammed je memanjang. Aishhhhh !

Ok stop lah dengan cerita emosi aku tuh, ok sekarang ni aku nak cerita dekat Seremban ni dah bukak satu cawangan restoran yang buat burger bakar. Tak lain tak bukan adalah BURGERBYTE dekat Senawang yang nun jauh disana. Biasalah sebagai manusia biasa, bila ada je restoran baru bukak, perasaan excited dengan secara tiba-tiba muncul. Mulalah rasa nak makan itu lah, nak makan inilah. Padahal makannya tak lah sangat pon, just nak memenuhkan memory phone and nak show off kat Instagram yang kaulah orang first yang makan dekat situ.

So nak dijadikan cerita, aku dengan member ofis pun sepakat lah nak pergi Burgerbyte, Senawang ni lepas ber pung pang pung pang dekat ofis. Tuh pun setelah aku meng-cofidentkan diri cerita dekat diorang yang burger dekat situ memang sedaplah sangat. Aku beranilah cakap, and propa macam-macam sebab before that memang aku pernah lah pergi dengan emak aku.

Then, lepas je balik kerja, masing-masing bergeraklah nak pergi Burgerbyte ni. Gigih time tuh masing-masing call Burgerbyte ni sebab nak tau dia bukak pukul berapa, tutup pukul berapa semua. Bila dah sampai sana, semuanya teruslah order apa yang patut. So bila makanan dah sampai tuh, masing-masing mulalah start nak memenuhkan memory card phone masing-masing. So korang layan lah gambar-gambar bawah ni ehh ! Jangan muntah pulak tengok gambar-gambar ni semua. Tapi aku rasa korang tak akan muntahlah tengok sebab aku confident gambar-gambar ni semua akan buat korang terliur and adalah rasa meluat and jeles sikit. Huahuahuahua !

IMG-20131115-WA0020

Yeahhh makanan dah sampai ! Aku malas nak makan burger sebab ofismate aku beria suruh aku rasa cream carbonara spaghetti sebab sedap katanya. So aku pun orderlah cream spaghetti with lamb setepek dekat atas spaghetti tuh ! Apa rasa dia? Ya Allah sangat lah sedap sebab cream dia memang creamy gile lah ! Memang kenalah dengan tekak aku sebab selalunya aku cepat muak and mual kalau makan benda-benda yang ada cream ni. then ofis mate aku yang lain order, bolognaise lah, chicken chop lah, beef burger dengan chicken burger. Over all memang aku puas hati makan dekat sini sebab kenyang sangat. Even dah dua kali pergi sini, aku still nak pergi berkali-kali lagi. Hehehe !

IMG-20131115-WA0015

Ok close up sikit cream carbonara aku ni. Sajalah kan nak tunjuk daging kambing setepek dekat atas spaghetti tuh kan. Huhuhu !

IMG-20131115-WA0008

Haaa dekat punya close up ni. Tiba-tiba rasa menyesal letak gambar besar macam ni. Sebab rasa nak makan lagi carbonara ni. Uwaaaa sedapnya. Tapi jangan risau ehhh. Nampak je mewah and mahal. Tapi harga dia berbaloi lah dengan kebuncitan perut anda dan kesedapannya. Hehehe !

IMG-20131115-WA0007

Ofis mate yang selalu ajak aku food hunting sama-sama. Saja nak menggemukkan aku lah tuh ! Dia takpelah kan cekeding je. Makan banyak mana pun tak gemuk-gemuk jugak. Ehh lupa nak kenalkan, she is  Bella !

IMG-20131115-WA0033

Huaaaa sedap gile kot lamb tuh ! Rasa macam nak berlari je pergi Burgerbyte sekarang !

IMG-20131115-WA0002

Konon orang nak gerun lah kan tengok kau pegang pisau dengan garfu kan. Ok dekat belakang yang ramai-ramai tuh, semua nya tengah order makanan masing-masing lah tuh. Burgerbyte ni memang cara dia suruh kita order dulu dekat kaunter. Dah bayar baru dapat makanan ok. Kau janganlah ngada-ngada confident datang-datang terus tunggu dekat meja. Sampai kedai tutup lah kau tak dapat makanan. Tak ada maknanya orang kedai tuh nak datang dekat kau. Hahahahahaha gelak jahat. Lagi sekali lupa nak kenalkan, dari kiri, orang yang kuat makan, Safura yang still single, and Bibiey yang nak kahwin tahun depan. Huahuahua saja je nak jatuhkan saham Bibiey !

IMG-20131115-WA0004

From left, Si Bella yang still single, kak Pushppa gorgeous yang pun jugak single and Kak Nora comel yang jugak single. Uwaaa macam iklan untuk cari jodoh je kan. Saja je letak semua single. Tapi kalau ada sesiapa nak kenal, pm aku dekat facebook ehh, aku nak tapis dulu. Larikkkk !

IMG-20131118-WA0002

Saja nak close up bolognaise si Bella ni. Saja nak buat korang terliur lagi. Huahuahua gelak jahat sambil bukak mulut lebar-lebar.

IMG-20131115-WA0039

Ok ini adalah gambar before ye ! Time ni sebenarnya perut dah berdondang sayang dah. Tapi disebabkan nak dapatkan gambar yang terbaiklah kononnya, gigih telan air liur banyak-banyak.

IMG-20131115-WA0043

Ok ini adalah gambar after nya ye wahai kawan-kawan. So memang betul tau sedap. Jangan tak percaya cakap aku pulak. Tak sedap tak habis tau ! Haaa emo tetibe kan.

IMG-20131115-WA0040

Haaa ni lagi satu ! Gambar sebelum nya takda, terus je tangkap gambar after. Actually benda alah ni ialah sizzling chicken chop si Bibiey punya. Beria lah cakap chicken chop kat JJ yang sedap, tapi habis jugak aku tengok kan !

IMG-20131115-WA0038

So itulah cerita pasal Burgerbye, Senawang. And we all happily ever after seperti makanan-makanan dalam gambar dia atas ye. Perut dah kenyang then terus balik rumah tidur. Buruk bebenor peerangai kan.

So aku memang suggestkan korang semua makan lah dekat sini. Sesiapa yang datang Seremban tuh, tak tahu nak makan kat mana, cepat-cepatlah on google maps korang tuh, then search lah Burgerbyte, Senawang ok ! Tipu sangat kalau tak ada google maps kan. Masing-masing handphone dah canggih kan. Kalau takda punlah, bawak je laptop or komputer korang tuh dalam kereta then google je. Ok !!

Oklah bye ! Selamat makan.

Wednesday, August 28, 2013

Yeahh ! BFF saya dah kahwin.

Assalammualaikum !

Haa memang bagus dangatlah kan. Kawan kau dah seminggu lebih dah kahwin baru reti nak cerita pasal dia kan. Memang dah basi dah pun. Kalau orang tuh, dia tak panggil dah pengantin baru, silap-silap pengantin lama. Ampun-ampun ye wahai bff ku sayang. Jangan marah-marah ye. Awak tuh pengantin baru.

Mohh le aku nak cerita siapa yang kawen sebenarnya. Actually bff aku ni aku kenal dia semenjak aku form 1 sampailah form 3 masa sekolah dekat Port Dickson. Kiranya 8 tahun dah pun masa tu semua berlalu but kitorang still contact and tanya khabar masing-masing. Haaa terror tak, terror tak ? Even dah lama keluar dari sekolah tu, kitorang still ingat satu sama lain. Yelah kan, tempat kau berak lagi dikenang, inikan pulak kawan yang ko selalu ajak mandi sama-sama, tiru kerja sekolah sama-sama.

Lepas tuh yang paling best pulak tuh, disuruhnya aku jadi pengapit dia masa kahwin. Masa tu aku macam dah rasa seram sejuk, rasa nak termuntah, nak terberak, nak terkentut semua ada. Yelah tak pernah kot nak jadi pengapit bagai lap-lap peluh orang and payungkan orang. Diri sendiri pun tak terjaga tau. At last aku tak jadi pun pengapit sebab menurut emak bff aku ni, better yang jadi pengapit ni orang yang dah kahwin. Kang kalau anak dara yang jadi pengapit takut lambat kahwin pulak kan. Entahlah macam-macam mitos aku dengar. Ada yang kata kalau jadi pengapit cepat kahwin and ada jugak yang cakap kalau jadi pengapit nanti jodoh lambat sampai. Alah sebenarnya bukannya jodoh lambat sampai pun tapi duit tak cukup lagi ! Errkkk ayat ni macam tuju kat diri sendiri je. Mih mih mih.

Last-last one of the most perempuan gonjeng yang juga bff aku yang jadi pengapit si Nadia ni. Servis bertukar tangan nampaknya. And aku dah diturunkan pangkat menjadi PEMBAWA DULANG TERHORMAT and dalam ayat yang sedap sikit kita tukar jadi DAYANG ! Tak apalah kan, asalkan boleh berkhidmat untuk bff tersayang ni. Sebenarnya nak balas budi sebab beli baju untuk iteeww ! Auuwww. Macih awak ! Apahal gedik bebenor kau wei.

Ok malas nak cakap panjang, tapi aku rasa dah terlebih panjang dah pun. Biarlah gambar je yang buat cerita dia sendiri. Kalau sesekali aku menyampuk time gambar tuh bercerita jangan lah marah ehhh ! Tapi apahal pulak kan, ni blog aku kan ! Aku punya sukalah. Erkkk teremosi pulak. Ok jom kita tengok gambar jom !

DSC_0328

Sampai-sampai je si pengantin yang juga merangkap bff aku dah suruh aku mekapkan si pengapit yang juga bff gonjeng aku. Aku nasib baiklah dah mekap siap-siap dari rumah, so takdalah kelam kabut sangat. Tapi berminyak-minyak jugaklah muka aku sebab berpeluh-peluh mekapkan si minah gonjeng sorang ni. Aku buat mekap yang light je sebab tak nak lah nampakkan dia lagi over dari pengantin even aku memang tahu si Anis ni memang suka over and lain daripada yang lain. Larikkkk !

DSC_0330

Lepas dah habis mekap semua, so aku dengan Anis tunggulah dekat luar rumah sementara nak tunggu pengantin lelaki sampai. So kami berdua haruslah berfoto gedik perasan-diri-cantik even background tak cantik sangat. Kasut bersepah and berterabur. Anis I miss you lah. Pssttt pstt ambil aura pengantin baru. Manalah tahu aura tuh pindah meloncat dekat aku pulak kan. Huhuhuhu !

DSC_0331

Orang yang bertanggungjawab drive and bawak aku sampailah kerumah pengantin lelaki semata-mata nak aku jumpa dua orang bff aku si Nadia and si Anis. Terima kasih kerana jadi driver ehh, nanti dah gaji I belanja you ok.

DSC_0333

Together-gether bersama dayang-dayang yang lain. Masa ni aku dah aim dah, aku nak bawak barang hantaran yang paling besar and yang paling ringan. Sebab tuh cepat-cepat aku kejar kan sejadah ni. Hei uollss, kita harus menonjol ok ! Jadi dayang kan, bukan senang tau !

DSC_0334

Masa ni masing-masing dah berkumpul dah. Si Anis pun dah siap dengan payung dia nak payungkan si Nadia. Tapi last-last aku tumpang sekaki jugak. Wei panas wei ! Basah dah ketiak ok. Tak cool lah macam tuh, dayang ketiak basah. Erkkk !

DSC_0337

Masa yang di tunggu-tunggu. Cantiknya bff aku si Nadia ni. Comel gile wei ! Jeles tau tak. Sob sob sob nak kahwin jugak. Erkk gatal lah ko !

DSC_0339

See see betapa lajunya Anis kipaskan si Nadia tuh. Wahai Puan Anis gonjeng ! Awak kipaskan untuk Nadia ke untuk diri sendiri hah. Suka ambil kesempatan kan. Pantang orang leka kan. Erkkk tetiba kan ! hahahahaha

DSC_0340

Wei Puan Anis apa yang kau dok bercerita dekat si Nadia tuh. Jangan kacau dia lah wei. Dah dah lah tuh nak over dari orang lain. Tapi aku rasa lah kan dialog diorang macam ni lah kot :

Anis: Nad, nanti kalau orang renjis-renjis dekat kau, kau mengelak tau, so tak payahlah aku nak buang tisu lap muka kau kan. Tisu pun jimat !

Nadia: Aku trylah wei, tapi kalau orang nak jugak campak dekat muka aku, aku nak buat macam mana kan. Tak apa nanti aku bagi ko 10 kotak tisu ehh. Laki aku yang bayar. Kau jangan risau.

Larikkkk !

DSC_0345

Haaa sajalah tuh kan masing-masing tak nak pandang kamera hp aku yang cabuk tuh kan. Dah aku sorang je yang pandang. Time ni aku memang nak balik dah sebab kena attend Engagement day bff aku yang lain pulak. Haa yang tuh aku cerita dekat next story ehh ! Sob sob tak dapat nak photoshoot dengan pengantin. Nak buat macam mana tak ada rezeki kan.

DSC_0350

Adoiyai dah nampak macam kumpulan nasyid pulak aku tengok, tak pun kumpulan makcik-makcik marhaban yang gorgeous. Ayat tak nak kalah kan. Ketua kumpulan marhaban of course lah si Anis ! Huahuahuahuahua. Lepas dah peluk cium si Nadia and Anis, aku rushing nak pergi kenduri bertunang bff aku pulak. Sori ye girls sebab tak dapat nak spent time lama sikit. Ada rezeki nanti kita jumpa lagi ehh !

560816_642635439080843_377328853_n

To my dearest and lovely bff , Nad, aku doakan kau akan sentiasa bahagia dengan yang tersayang sampai lah ke akhir hayat. Sedihnya kawan yang dulu rapat dengan aku sorang-sorang dah kahwin. Next 5 to 10 years kita tunjuk anak masing-masing ok ! Nad, kaulah kawan yang sentiasa ada masa susah senang and tak ada orang lain yang boleh ganti orang macam kau. Semoga menjadi pengantin yang lovey dovey sampai bila-bila ehh. Love you muah muah.

Oklah bye !

Saturday, August 24, 2013

Cerita Raya 2013

Assalammualaikum !

Haaa kemain kan tajuk nak glamour cerita raya 2013 tau. Kalau aku ni blogger popular, memang berebut-rebut orang dok like and masing-masing beria-ia nak tau cerita raya aku kan. Tapi nak buat macam mana kan. Aku ni hanya blogger cabuk yang kejap ada mood nak update. Kejap-kejap tak ada mood. Mana orang nak datang blog kau kan !

Ok lah raya tahun ni aku macam takda mood sangat nak sambut. Maybe sebab faktor umur kot. Yelah dulu masa kecik beria main mercun and bunga api yang asap dia masyaallah. Macam asap yang orang sembur nyamuk tuh je. Time tuh pun cousin yang lain pun kecik-kecik je lagi so tak adalah nak malu main kejar-kejar bila kena kejar sebab baling mercun mancis or mercun naga dekat cousin yang lain.

But now, masing-masing dah masuk universiti and ada yang dah kerja dah pun. Aku ni masuk dalam kategori yang dah bekerja and masih belajar lagi. Ingatkan bila still study tak payah lah nak bagi duit raya kan. Tapi cousin aku awal-awal dah cakap “ Kak yong dah kerjakan, so duit raya untuk kitorang kena lebih sikit ye !” Hadoii ! Nasib baiklah rezeki murah tahun ni so boleh lah nak bagi lebih sikit tahun ni.

Memang sejak aku kecik lagi, tak sah kalau raya je mesti balik dekat kampung emak aku. Dekat Seri Menanti, Kuala Pilah je pun. Setengah jam je dari Seremban. Bila raya first barulah berjalan raya rumah saudara belah ayah aku. Tapi tempat penginapan still lagi dekat kampung emak aku.

Malas nak cakap banyak-banyak, biar gambar je lah yang cerita semuanya. Hehehehe !

DSC_0240

Yeahhh for the first time selama 23 tahun aku hidup, raya tahun ni lah pertama kali we all semua sedondon je masing-masing. Yang baju aku dengan emak aku tuh awal-awal aku dah beli kain dekat nagoya and lace tuh beli dekat kedai jahitan. Jimat. Tak payah nak beria-ia cari dekat kedai.

DSC_0230

See see sama kan baju we olllss ! Ayah dengan dua orang gadis yang gorjes ! Haaa cepat teka yang mana satu emak yang mana satu anak gadis. Jangan korang salah teka dah lah ehh. Karang tak pasal-pasal aku sentap karang !

DSC_0241

Gambar perasan cantik sorang-sorang harus ada dalam entry ni. Kononnya ramping sangat lah tu kan. Padahal  berat badan kemain naik bagai di pam-pam. Orang lain kalau lepas bulan puasa je kurus tapi aku lain pulak ceritanya. Emaklah ni masak sedap-sedap sangat lepas tuh hari-hari ajak pergi bazar !

DSC_0251

Then masa pergi berayadekat rumah Tokteh aku, aku terperasan ada sangkar kucing yang besar. kucing dekat dalam tuh pun banyak. Tiba-tiba rasa excited sebab tak pernah tengok orang buat sangkar kucing besar macam tuh.

DSC_0252

Banyaknya kucing tapi makcik aku awal-awal dah cakap jangan bukak sangkar tuh. Nanti tak pasal-pasal semua orang kena kejar dengan kucing. Errkk ! Ganas sangat ke kucing ni ? Patutlah kena kurung secara beramai-ramai. Ok habis dah cerita raya untuk hari raya pertama.

DSC_0260

Untuk hari raya kedua pulak, warna baju sedondon masing-masing dah ke laut dah. Emak aku dengan warna purple dia, ayah aku dengan biru dia, adik aku dengan merah dia and macam-macam lagilah.

Gambar baju hijau dekat atas ni masa excited gile tengok buat mata kucing banyak kemain. Tu yang feeling-feeling ambil gambar macam dalam taman lah kan. Kononnya lah kan !

DSC_0268

Dalam family aku just ada emak aku dengan aku je yang perempuan. So bila dah balik kampung, and jumpa saudara perempuan yang lain, hidup ni rasa lagi bermakna je sebab boleh share macam-macam pasal hal perempuan. Takkan tibe-tibe nak share pasal perfume body shop  pulak dengan adik lelaki aku kan. Macam tak rock je ! Habis dah cerita raya ke dua. Raya kedua ni tak banyak sangat jalan beraya ke rumah orang yang lain sebab ramai gile orang yang datang rumah nenek aku. Nak tak nak kenalah balik awal layan tetamu pulak.

DSC_0283

Tahun ni baju raya aku dua pasang je. Sob sob sedihnya sebab aku simpan duit untuk something yang lagi bermakna. Kena save budget wei ! So nak tak nak kena lah pakai baju jalan-jalan masa pergi beraya rumah kawan-kawan emak aku and ayah aku. tak pun ulang balik pakai baju raya first or baju raya kedua.

Dalam bulan raya ni jugak ramai kawan-kawan aku yang bertunang and kahwin. Entry tuh nanti akan aku masukkan malam karang ehhh !

Ok bye !

Friday, July 26, 2013

Bayangan Pertama

Assalammualaikum semua !

Selamat pagi semua ! Hari ni kejap je dah hari jumaat kan. Untunglah negeri yang ambil cuti sempena Nuzul Quran. Tak payah pening-pening nak pergi kerja. Seremban tak cuti pulak hari ni. Saja lah tu kan nak suruh aku yang rajin ni pergi kerja kan. Mata ni pun tak boleh lelap sejak lepas Subuh tadi. So dengan gigihnya pergilah godek-godek semua page yang dok jual baju untuk raya.

So lepas diteliti dan diperhatikan dengan betul-betul. Aku tengok kebanyakan fesyen baju yang dijual semuanya sama je pattern dia. And yang paling obvious ialah fesyen peplum. So aku dah dapat dapat bayangkan raya aku dekat kampung kali ini dikelilingi oleh akak-akak, makcik-makcik, adik-adik, nenek-nenek yang akan bergaya dengan fesyen peplum. Haiyooo masing-masing nak jadi Saloma lah katakan.

Seriously aku pun dalam kalangan orang yang minat jugak dengan fesyen pelum ni. Tapi apakan daya badan aku ni aku rasa macam tak sesuai je nak pakai peplum. Dah lah peplum tuh jenis baju yang kembang dari pinggang ke peha. Tambah pulak dengan badan aku yang memang sejak azali kembang dekat peha, memang tak sesuai langsung lah kan nak pakai peplum. Tahu kan fesyen peplum macam mana kan ? Kalau perempuan tipu sangat lah kan kalau korang kata korang tak tahu apa ke benda hazabedah peplum tuh. Kalau lelaki yang cakap macam tuh aku percaya. Sebab bestfriend aku, bila aku sebut nak design baju peplum, dia boleh selamba badak cakap. Apa benda nya tuh, buah ehh ! Wei apahal pula ! yang buah tuh pelam sayang oiit, ni fesyen peplum lah ! You know what it’s mean by fashion ? 

935908_537831899585317_761702449_n

Page yang jual baju cantik-cantik- Minaz Boutique

Lepas tuh aku tengok tahun ni memang semua design baju, mesti akan ada lace. Tak banyak pun mesti ada sikit jugaklah yang terselit dengan lace. Haaa sama jugaklah dengan design baju family aku tahun ni. For the first time semua pakai warna sedondon then mesti ada lace. Yang ada lace pun, just aku dengan mak aku je lah. Adik-adik lelaki aku dengan ayah aku apahal nak pakai baju melayu ada lace pulak. Baju untuk hadek-hadek and anak ikan boleh lah kan kalau nak ada lace. Mih mih mih !

522290_354282451332860_201188022_n

Baju and warna ala-ala baju raya aku dengan emak aku tahun ni. Mih mih mih !

So aku memang dah dapat bayang kan dah, kalau pergi beraya mesti pattern baju masing-masing nak lebih kurang sama je tau. Jangan ada yang sama fesyen, sama warna and sama design sudah lah. Kalau tersama pun tak ada masalah, kau cakap je lah yang kain korang ni satu kayu, memang lah sama. Mih mih

DSC_0014

Sekarang ni entah apa masalahnya entah, kalau pergi Giant ke, Tesco ke, Jusco ke mesti berusaha keras nak cari cermin then buat self potrait dengan adik aku. Adik kecik kakyong dah tinggi. Yang dalam gambar ni aku tak sama tinggi dengan adik aku ehh, aku bongkok kan badan sikit. Tuh yang nampak lebih kurang tinggi je. Hehehe ! Ayat tak nak kalah kan. Huhuhu.

DSC_0060

Cermin dekat tempat sayur dengan buah pun tak terkecuali jugak lah. Kemain gigih pergi sengetkan badan nak tangkap gambar dekat situ. Last-last bila toleh, ada makcik pandang tak puas hati je dekat aku. Apahal plak makcik ni ! Lepas tuh baru tersedar, kat situ bukan rumah kau, orang lain nak pilih sayur nak buat berbuka, kau sibuk-sibuk nak buat cerita sayur kau dekat situ jugak. Lepas tuh makcik jugak yang dipersalahkan sebab pandang kau dengan cara tak puas hati. Haa nampak tak permainan dia dekat situ. Hahahaha !

Oklah dah jauh sangat dah cerita aku ni, nasib baik tak buat dua tiga bab. Sampai esok pun tak habis kalau asyik cerita pasal sayur and cermin. Dari membebel better aku pergi iron baju kerja.

Oklah semua, bye and selamat bekerja !

Sunday, July 21, 2013

Benda pelik selalunya best kan !

Assalammualaikum !

Tahap kemalasan dah ada dekat tahap yang maksima aku rasa kalau berkaitan dengan update blog ni. Yelah mana tak nya, kemain banyak draft untuk blog aku ni. Baru buat ayat sikit, terus tak ada idea nak tulis apa. At last dibiarkan draft tu jadi pekasam kat dalam tuh tak berupdate.

Yesterday, aku tak berbuka dekat rumah. Tekak ni tiba-tiba je rasa nak makan burger samurai dekat mcd tuh. So gigih lah aku pergi Jusco semata-mata nak mencari burger samurai punya pasal. Hehehe ! Sampai-sampai sana around pukul 6 macam tuh lah. Tengok semua seat dekat mcd dah penuh. Nak tak nak aku pergilah merayau cari makanan yang lain sementara nak tunggu mcd tuh kosong balik. Sedih je masa berbuka makan waffle je tau. Takpelah, Alhamdulillah. Orang lain ada yang langsung tak makan tau. Insaf-insaf !

Then pergi jengah kejap dalam mcd then tengok ada seat yang kosong. Cepat-cepat lah aku cop tempat duduk tu and best friend aku pergi beli burger samurai yang sangat diidam-idam kan tuh.

Yeahhh akhirnya samurai burger dah berjaya berada didalam genggaman aku. Walawei memang sedap gile kot.

IMG_2091-e1347981917240

Aku jarang nak makan benda lain selain ayam goreng mcd dengan fillet of fish kalau pergi mcd. Tapi disebabkan pengaruh tv punya pasal, aku ambil risiko try samurai burger ni. Nasib baik sedap tau. Next time aku nak beli burger ni lagi kalau pergi mcd. Tuh pun kalau ada lagilah kan. Hehehehe !

Then ada satu benda or perangai pelik yang aku akan selalu buat kalau makan dekat mcd ni. Nak tengok tak apa benda pelik tuh ? Mehh sini aku tunjuk.

DSC_0077

Nampak tak apa yang aku try nak buat? Mehh aku zoom lagi untuk korang. Hehehe !

DSC_0078

Haaa dah nampak kan ! Selalunya orang makan fries ni dengan sos cili kan. Tapi aku punya sos special sikit. Lagi terasa nikmat dia kalau makan dengan sos sundae coklat ni tau. Aku tau dekat luar tuh ramai lagi yang selalu buang tebiat macam ni. Tapi percayalah, kepada sesiapa yang tak pernah buat macam ni. Tolonglah buat. Saya merayu sangat-sangat. Haaa boleh tak merayu macam tuh ! Percayalah anda semua tak akan menyesal.

Kalau celup fries yang biasa yang panjang-panjang tuh sebenarnya lagi sedap. Kau pacaklah banyak-banyak fries kau dalam sundae tuh. Memang terbaiklah. Tapi disebabkan samurai burger ni dapat fries yang jenis macam ni. Nak tak nak aku gigihkan jugaklah diri aku ni celupkan sebesar-besar kentang tuh dalam sundae coklat aku. Lagi sedap tau !

Semalam tiba-tiba rasa nak pakai pakaian yang ada macam-macam warna. So aku pergi je lah selamba pakai seluar merah dengan tudung oren. Hehehehe !

DSC_0082

Konon-konon boleh nampak lagi colorful lah kan kalau duduk di celah-celah baju yang ada macam-macam warna. Pipi tuh aku tak tahulah kenapa asyik nak cari pasal je. Makin puasa makin tembam pulak. Menyampahlah !

DSC_0061

Tengok aiskrim vanilla ni, tiba-tiba je rasa nak buat McFlurry oreo sendiri. Biskut oreo pun banyak lagi yang tinggal aku rasa. Oklah nak pergi masaklah ! Hari ni turn aku pulak yang masak. Mak aku cakap hari ni turn dia nak berehat katanya. Yelah apa-apa untuk emak yang tersayang !

Oklah bubye !

Saturday, July 13, 2013

Hidup makin lama makin.. Tak tahu nak cakap apa sebenarnya !

Assalammualaikum semua !

Alhamdulillah hari ni kita semua dah selamat mengerjakan ibadah puasa untuk hari yang ke-empat. Pejam celik pejam celik dah nak raya dah. Tak percaya cuba korang try pejam celik pejam celik mata sekarang. Ohh apakah motif aku ajak korang buat macam ni eh ?

Hari ni rasa macam heaven je nak update blog sebab hari ni dengan rasminya aku dah selamat habiskan exam aku untuk part two. Rasa macam tak percaya je dah habis final exam. Then bulan September ni masuk part three pulak. Weee ! Rasa macam baru je semalam pergi register untuk part one dekat dewan entah apa ke namanya dekat Uitm tu.

Honestly, masa nak final exam je kan mulalah aku rasa menyesal. Yelah, orang lain best je dok tidur lepas balik kerja. Tapi aku pulak bersengkang mata study sampai pagi semata-mata nak exam punya pasal. Tak tahu mana datangnya perasaan gigih nak study sampai pagi. Maybe sebab study last minute, so rasa macam semangat je. Tapi perlu ehh belajar je kena ada exam. Kalau tak ada exam tak boleh ehh ? Huhuhu

Bila dah kerja and at the same time kena travel ke Shah Alam untuk pergi kelas, aku rasa macam tak boleh adapt dengan dengan kehidupan dekat Shah Alam. Yelah mana tak nya, Seremban tuh pun kalau jammed dari rumah aku ke Senawang yang sekangkang kera tuh pun aku dah bising. Apatah lagi, jammed yang berjam-jam dekat Shah Alam ni. Tapi nak buat macam mana kan, nak mengeluh tak boleh, nak stop belajar pun tak boleh, dah setengah jalan dah pun. Final exam pun dah dua semester dah habis. Tapi apa yang aku boleh katakan, inilah pengalaman yang berharga yang sampai bila-bila aku tak boleh nak dapat.

Sorry lah ehh ! Cerita untuk malam ni lebih kepada luahan perasaan aku je. Tak tahu nak buat apa malam ni, nak main game dah boring, nak tengok movie semua dah habis tengok, nak menelaah buku dah habis exam dah pun. Nak pergi kerja pulak, sabtu ahad cuti. Untunglah dekat budak-budak degree lain yang cuti sampai bulan September ni. Duduk lah dekat rumah sampai muntah. Aku ni nama je cuti belajar, tapi takda maknanya cuti tuh. Kena jugak pergi kerja. Sob sob.

Oklah rasa macam bersemangat nak main Candy Crush pulak malam ni tau. Oklah bye !

Dalindareen4359

Candy Crush ! Here I come.

Sunday, July 7, 2013

Kawan itu adalah sesuatu yang best tapi bukan kuih !

 

Assalammualaikum.

Ya Allah lamanya tak merepek melalut meraban dekat dalam blog yang hitam legam nie. Bayangkanlah last aku update pun bulan April hari tu. Padahal ada je masa free sepanjang dari bulan April samapilah Julai ni haaa ! So sekarang dah ada mood sikit nak bercerita, aku rasa lebih bersemangat nak menaip dengan lajunya sekarang.

Oklah nak cerita ni, dengar tau ! Tahun 2013 ni memang ramai kawan sekolah agama, kawan sekolah teknik, kawan politeknik, kawan uitm and kawan office yang akan kahwin and dah kahwin dah pun, akan bertunang and dah tunang dah pun, yang dah mengandung, yang akan bersalin. Semuanya dah berubah cara hidup. Dari single mingle, but now dah berubah menjadi title Puan, Tuan, Ibu, Ayah. Rasa semakin membuak-buak tahap ke-jealous-an aku itu sebab title aku tak berubah-ubah pun. Nampak tak permainan dia dekat situ?

Ok stop kan pasal jealous-jealous ni, semalam baru je sorang bff aku masa time sekolah agama dari form 1 sampailah form 3 selamat menukarkan status cik nya kepada status yang semua perempuan idamkan iaitu, Puan. Tapi semalam si Puan Nadia ni just buat majlis nikah je, and yang sedihnya aku tak dapat nak pergi sebab nenek aku awal-awal dah suruh balik kampung. Nak suruh makan lemang katanya. Haha !

970589_621441101200277_1913981638_n

Serba putih uoollss ! Memang sesuci lebaran habis. Nie je gambar yang berjaya aku curi dari Facebook si Puan Nadia ni. Gambar-gambar lain dia belum update lagi. Apa-apa pun aku doakan kau wahai si Puan Nadia agar berbahagia dengan jodoh kau sampailah ke akhir hayat. Sob sob ! Sedihnya dah tak ada geng nak huha huha lagi. Nanti kita jumpa ehh bulan 8 ni. Aku and the geng Insyaallah akan pergi kenduri kau. Ehhh macam lah dia ada masa nak baca blog kau nie kan Areen, kacau orang nak honeymoon je. Mih mih mih.

Before si Puan Nadia ni kahwin, ada seorang lagi geng aku pun dah berjaya tamatkan status cik dia. Dia ni jugak adalah geng aku masa dekat sekolah agama tuh. So that’s mean, aku, dia dan Puan Nadia adalah satu geng ! Yeahh. Tapi tu dululah, sekarang masing-masing dah geng dengan husband masing-masing. Auuww benci tau. Sedih tau !

Yang paling bestnya, aku pergi wedding si Puan sorang ni dengan geng yang lain. Kira memang member kamceng lah masa sekolah agama tuh. By the time we all drive dari Seremban ke Keramat masa nak pergi wedding si Puan sorang ni, kitorang asyik tergelak je sampai nak tersesat lah. Lama kot tak jumpa. Dekat 8 tahun ok.

1044278_615706595107061_361882433_n

From left: Jiejah, aku, Wani & Puan Nadia

Actually ada seorang lagi geng yang tak datang masa ni. Tak ada rezeki nak jumpa dia. Nampak tak si Puan Nadia tu yang belah kanan sekali. Masa ni dia still pegang title cik lagi. Hehehe !

Masa kitorang datang ni, aku and the geng dah siap-siap cop meja nak duduk makan. Sekali emak si pengantin suruh kitorang duduk meja VIP. Ahh segan tiba-tiba. Baru cadang nak ambil ayam 5 ketul tau. Bila dah duduk meja VIP ni, seketul je aku mampu ambil. Segan terlampau katanya.

988667_615705311773856_2001564461_n

Yeahhh itu dia geng kitorang yang dah berjaya tukar status cik kepada Puan. Congrats wahai Puan Hanis ! Cepat-cepat dapat baby tau. Takkan nak kendong anak orang je dekat tadika. Bila nak kendong anak sendiri kan.

1017099_543801535678425_872444287_n

Ni masa nikah tak salah aku. Berseri-seri muka si Puan hanis ni. yelah dah jadi wife orang kan. Siapalah yang tak sukakan. Aku pun nak jugak tapi entah bila entah. Eh? Aku harapkan kau dengan husband kau akan sentiasa bersama sepanjang hayat. Jangan asyik nak bergaduh je ye !

1010243_612257695452529_485641753_n

Cantiknya ! Cantiknya ! Cantiknya ! Jealous tau dengan orang selim melim ni. Bila tengok ramai kawan-kawan aku yang dah selamat menjadi isteri orang, dengan secara tiba-tiba hati ni rasa sebak. Yelah kawan yang kita selalu gigit, cubit, tumbuk, gelak sama-sama dah jadi milik orang lain. Dah tak boleh dah kalau sesuka hati nak keluar dengan kawan-kawan yang lain. Mesti kena mintak izin husband dulu.

Apa-apa pun masa tuh bergerak terlalu pantas. Rasa macam baru je semalam, tahun 2003 aku masuk sekolah agama and kenal kawan-kawna aku ni. But now, masing masing dah ada life sendiri. Rasa macam baru semalam je duduk dalam dorm sama-sama and senyap-senyap tak turun surau sampailah kena tangkap dengan warden. Sedihnya ! Takpe, for the future kita tengok anak siapa yang paling ramai. Hehehe.

Oklah, tiba-tiba je aku jadi beremosi bila ingat pasal kawan-kawan aku ni. Aku memang tak boleh tau kalau cerita sesuatu yang melibatkan family or orang-orang yang rapat dengan aku. Ada je rasa hidung ni macam nak berair. Oklah nak mimpi best-best. Esok dah kerja dah !

Ok bye !

Sunday, April 21, 2013

Annual Dinner yang Awesome ! Theme : Pirates of Caribbean

Assalammualaikum !

Ehhh dah kenapa sekarang ni semua tajuk entry mesti nak ada awesome. Sebenarnya saja je sebab tak ada idea nak tulis tajuk apa. Actually annual dinner hotel tempat aku kerja ni dah lama dah pun berlaku, tapi aku still nak bercerita jugak sebab aku rasa annual dinner tahun ni memang sangat awesome. Lagi-lagi aku dapat lucky dip yang amat ‘best’. Hairdryer tuh wei , siapa nak bagi kan. Padahal dalam hati dah sentap habis masa dapat lucky dip tuh. Yelah orang lain kemain dapat rice cooker lah, dvd player lah, coffee maker lah, stove lah. Tapi aku punya, hidup segan mati tak mahu je rupanya. Tak apalah, bersyukur ok !

Aku memang tak ada idea nak pakai apa malam annual dinner tuh sebab tema dia susah kot. Mana ada lanun pakai tudung. Lanun seksi adalah kan. Kau pernah jumpa lanun pakai shawl bagai? Tak pernah kan. Tuh sebab aku pening kepala nak pakai apa malam tuh. Tapi nasib baik lah ada akak-akak office yang baik hati bagi idea macam-macam. Hehehe ! So my outfit on that day ialah :-

IMG_20130412_183636

Gaun labuh yang disewa+baju yang ditempah kat makcik taylor favorite +shawl sendiri yang dah berbulu-bulu + scarf & rantai yang beli dekat Terminal One +belt sendiri yang dah berkurun tak dipakai.

Aku rasa antara ramai-ramai, aku lah yang paling simple. Staff-staff yang lain memang gempak gile kot. Ada yang aku dah tak kenal muka diorang pun ada. Apa-apa pun performance semua department malam tuh, awesome semuanya. Ehhh ! Kau memang dah tak boleh berpisah dengan perkataan awesome ehhh ?

Cadangnya malam tuh nak mekap sendiri lah kononnya kan. Aku dengan kakak office aku, Kak Balqis gigih tengok dekat youtube, nak tengok style mekap ala-ala pirates. Penyudahnya, kita orang suruh je kakak kepada bff aku si Bibiey mekapkan kita orang. Hehehehe !

IMG_20130412_182639

Areen Lanun tah hape kejadahnya + Kak Balqis lanun negara Arab + Kak Ayu lanun polkadot !

IMG_20130412_183611

Kak Gowri, officemate yang meletop sangat ! Sorry Kak Ayu jadi halimunan dekat situ.

IMG_20130412_185643

Harus melaram dulu dengan kakak gorgeous dekat office before naik ballroom.

IMG_20130412_191432

Ohhh yeah masa yang amat ditunggu-tunggu. Aku dengan Kak Ayu berlari-lari dekat ballroom tuh kejar makanan. Sebab memang dah lapar sangat-sangat. Berlari pakai heels, kau mampu? Apa-apa pun lamb dengan dim sum tuh memang terbaik even dah selalu mintak dekat chef time lapar-lapar. Hahaha ! Kantoi.

IMG_20130412_204303

Our dancer from Finance+ F&B + Security department. Kita dapat nombor satu yaaww untuk performance malam tuh. Congrats untuk you all. Kecoh macamlah aku masuk kan. Hahahaha !

IMG_20130412_182618

Tahniah Bella ! Officemate merangkap adik aku yang kepala dia sentiasa ting tong masuk air. Nasib baik masuk air, bukan dadah. Hahahaha

IMG_1883

Muka lanun yang ceria before diserang hendap oleh lanun yang jahat  !

IMG_1890

Dah kena serang pun still boleh senyum lagi. Itulah Kak Ayu yang aku sayang ehh ! Huhuhu muka pasrah habis kak !

IMG_1895

Yeahhh background yang sangat cantik. Thanks to sesiapa yang menangkap gambar ini ehh !

Actually banyak lagi gambar yang ada dalam handphone and kamera aku ni. Tapi cukup-cukuplah tuh kan. Karang aku tempek gambar banyak-banyak, ada yang tak suka pulak kan. Ini semua poyoo ! Oklah nak tidur lah. Esok korje ! Adui cepatnya hari Isnin. Malas lah !

Bye !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...