Showing posts with label delicious. Show all posts
Showing posts with label delicious. Show all posts

Friday, May 15, 2015

Kempunan durian sudah terubat. Yeahhh !

Assalammualaikum.

Hamboi kemain lama lagi kan aku tak update entry baru. Mana azam yang kononnya nak update selalu, kalau tak selalu pun at least 3 entry dalam masa seminggu?  Mana ? Mana ? Terbang mana entah azam tu semua. Nak buat macam mana, stress lah dengan study. Tambah dengan kerja lagi. Aku ingat kan kalau ambil subjek yang tak banyak calculation semester ni, boleh lah aku relax-relax sikit. Tapi lagi pack jadi nya jadual aku adalah. Every week kelas sabtu ahad. Hoii tahu tak orang penat. Haha emosi je.

Bila dah stress ni mulalah tekak ni rasa nak makan macam-macam. Biasalah kan, dah namanya perempuan. Stress dekat semua benda. So nak dijadikan cerita, kakak office aku yang pregnant ni, ajaklah kitorang semua makan durian. Aku dalam hati bersorak rianglah kan sebab memang dah lama teringin nak makan durian tapi terpaksa pendam je hasrat tu. Sebab malas nak berhenti kan kereta dekat tepi jalan. Padahal setiap petang lalu jalan yang sama, jalan yang ada durian. Tapi malas nak berhenti. Macam mana tu? Haaa stress balik. Hahaha.

So disebabkan nak penuhi hasrat mak buyung yang kempunan nak makan durian. Aku gigih ikut, sambil-sambil tu boleh jugak penuhi keinginan sendiri. Mih mih mih.



Sekarang ni kan bukan musim durian lagi, so memang mahal sangat harga durian ni. Korang bayangkan lah, sebiji ni je dah cecah 30 hengget. Tak silap aku, nama durian ni durian tembaga kot. Nasib baik sedap. 




Ni pun sama jugak harga sebiji dalam 20 hengget macam tu. Pengsan. tak pernah kot makan durian mahal macam ni. Selalu nya aku beli mesti sekilo 2 hengget je. Ni sampai 28 hengget sekilo. Aishhh nasib baik ada mak buyung yang mengidam.




Yeahh ni lah mak buyung yang mengidam durian tu, Kak Balqis. Yang baju pink tu ehh. Bukan baju biru. Baju biru insyaallah next year. Muahahaha. Due Kak balqisbersalin bulan 6 ni. So sementara tak bersalin lagi ni, bagi kak balqis makan macam-macam dulu. Nanti time dia pantang, aku bawak durian makan depan dia. Muahahaha. Abaikan budak tudung biru tu ye. Feeling-feeling makan durian macam dia pulak yang mengidam. 



Together-gether melantak durian dengan kak Pah and Kak Gowri. Tapi belum masuk tahap melantak lagi lah sebab mampu beli 3 biji je. Ni pun Kak Pah yang belanja. Thanks Kak Pah. 



Kononnya kalau tak nak badan panas lepas makan durian, minum lah air dari kulit durian tu. Tapi tak ada maknanya, malam tu berpeluh-peluh aku tidur. Apa-apa pun aku nasihatkan jangan beli durian sekarang ni. Mahal sangat ! Kalau nak sangat melantak durian, jawabnya aku tunggu time harga durian jatuh 2 hengget sekilo lah gamaknya. Mahal sungguh. Total 3 biji durian yang kitorang makan dalam RM60 + + macam tu. Hamek ko ! Macam makan kenny rogers dah. Hahaha. Apa-apa pun aku dengan mak buyung puas !



Oklah bye !

Sunday, April 26, 2015

Balik kampung je mesti diet rosak !

Assalammualaikum.

Lama betul tak balik kampung halaman. Cewahh macam lah jauh sangatkan. Padahal dekat Kuala Pilah tu je haa. Sampai uwan aku touching-touching lah kitorang satu family tak balik. Yelah kalau dulu boleh lah balik setiap minggu. Sekarang ni macam dah susah je. Bukannya apa, adik aku yang kecil tu sekarang ni dalam mood nak UPSR so memang every week time weekend memanjang je sekolah. Kalau adik aku tak sekolah, aku pulak ada kelas dekat Shah Alam tu haa. So disebabkan tak nak uwan touching lebih-lebih dengan aku, gigihkan jugak balik minggu ni sebab kebetulan aku tak ada kelas, adik aku pun tak sekolah.

Bila tahu cucu-cucu dia nak balik, haa mulalah uwan aku masak macam-macam. ni yang malas nak balik kampung ni uwan. Along nak diet ni, kejap lagi tak muat nak pakai baju kahwin. Motif ! Sebenarnya terpulang dekat diri sendiri jugak kan, alasan je nak makan banyak-banyak leteww ! Hahahaha.



Semua bersantan dan berlomak-lomak hokey ! Rasa ngantuk je lepas makan nasi dengan lauk-lauk ni semua. Dari kiri atas : masak lemak ikan tenggiri,  bawah : masak lemak sotong campur terung, kanan bawah : rendang daging.

Ohoiii macam mana entah uwan aku dapat kekuatan masak-masak semua ni padahal selalu je ngadu-ngadu dekat aku sakit kaki. Semangat sangat leteww anak cucu nak balik kan uwan.



Haa ko nampak pinggan aku penuh ke tak penuh tu. Kemain lauk keliling pinggan. Lepas tu boleh pulak time tengah makan-makan uwan aku masak rendang ayam campur daun puding dengan ikan goreng. Perghhh heaven. Kalau seminggu aku duduk kampung. Confirm di pam-pam badan aku. Hehehe.

Oklah bye !


Saturday, April 18, 2015

Asam pedas sedap !

Assalammualaikum.

Minggu ni rutin harian semuanya dah berubah, sebabnya adik aku dah start tuisyen dekat Senawang. So memang lepas balik kerja pukul 6, sampai je rumah, lepak-lepak and borak-borak dulu dengan emak aku dekat ruang tamu, lepas Maghrib terus gerak pergi Senawang. Hari-hari okay start dari hari Isnin sampailah Khamis. Cuma Khamis semalam aku malas nak hantar adik aku, alasannya sebab nak buat assignment lah kononnya. lepas tu habuk pun tak ada. Aku bantailah tidur tak sedarkan diri. Sedar-sedar dalam pukul 11 malam macam tu, kelam kabut bangun nak siapkan assignment. Hew hew hew what a boring student life kan  ! Padan lah muka.

Bila dah hari-hari hantar adik aku dekat Senawang, so memang hari-hari lah aku dengan emak aku dok survey dekat mana nak singgah makan. Ala-ala jalan-jalan cari makan lah. Aku pun pelik dengan emak aku ni, selalu ajak aku cari tempat makan yang best-best lepas tu heboh suruh aku diet. Macam mana nak diet kalau asyik makan sedap-sedap je kan. Mih mih mih. Tak lama lagi nak kahwin ni, tapi lemak-lemak dekat badan aku ni tak nampak lagi tanda-tanda nak hilang. Aishhhh

Lepas dah hantar adik aku, emak aku ajaklah aku cari tempat makan cekodok yang best. Aku dengan emak aku kan hantu cekodok. Semua tempat yang jual cekodok kitorang nak try. Kalau tak sedap kitorang complain, kalau sedap kitorang puji. Ehh ehh macam tagline pulak kan. Betul lah kan, customer is always right kan walaupun selalunya tak ada lah right sangat pun. Hehehe. Dah merayau-rayau, sekali emak aku cakap, " jomlah kita try cekodok dekat tempat yang kita biasa makan tu, mana tahu dah sedap pulak rasanya ". Aku pun iya kan je lah.

Terus gerak pergi kedai cekodok ni. Aku ok je lah kan nak makan dekat sini sebab dah terbayang-bayang dah coconut shake yang sedap dekat dekai tu. Aku rasa tak ada tempat boleh lawan. Dekat Klebang pun tak sedap macam ni tau. Before this memang aku selalu makan cekodok dekat sini, tapi bila orang yang buat cekodok dah bertukar, terus cekodok tu jadi tak sedap. Keras je ! Aku rasa kalau baling dekat tingkap mesti pecah. So boleh bayang kan tak betapa keras nya cekodok dekat situ. Start tu jugaklah aku dengan emak aku memang dah tak singgah lagi kedai tu. Dekat setahun kot tak silap aku. So sekarang ni saja je lah kan nak try, mana lah tahu kot-kot dah sedap pulak kan. Hehehehe.




Coconut shake dah sampai !

Ni lah dia coconut shake yang aku dok gebang dekat korang sedap-sedap tu. Seriously still lagi sedap. Memang rasa sangat kelapa dia tu. Tak percaya silah cuba ok. Confirm tak menyesal.





Cekodok ikan bilis pun dah sampai.

Komen : Hurmm still sama jugak. Tapi yang ni lagi teruk aku rasa, nak patah gigi bila makan. Haa over tak komen aku. Tak salah kan kalau komen macam ni. Still kuciwa !

Nasib baiklah aku dengan emak aku order asam pedas. So ada jugaklah benda yang mengenyang kan perut. Haaa over sangat kan. Cekodok portion dia sikit kot. Kalau asam pedas ni portion dia kemain lah banyak tau. Silap-silap sampai pagi esok pun belum tentu lapar lagi. Terima kasih asam pedas. Untuk makluman korang, aku memang jarang sangat-sangat nak suka lauk asam pedas orang lain masak. Yang jadi favourite of course lah asam pedas yang emak aku masak. Tapi bila rasa asam pedas dekat kedai ni, terus rasa terpikat. Sedap wei !




Nasi putih + timun + telur masin
Banyak sangat nasi kedai ni bagi tau.



Aku dengan emak aku order satu lauk je. Asam pedas daging tetel. So nasi dua pinggan dengan satu lauk asam pedas. Wahhhh terliur pulak. Saja je kan.



Lepas tu lenyek-lenyekkan daging dengan telur masin. 
Whoahh memang terbaik. Merecik-recik peluh kau makan tau.



Yang paling best, asam pedas ni datang sekali dengan pakej sambal gesek. Tau tak apa sambal gesek tu? Sambal ni memang popular sangat-sangat dekat Negeri Sembilan. Tumbuk ikan bilis dengan cili api. Lepas tu bolehlah ngap. Pedas gile kot ! Memang berpeluh-peluh and basak ketiak makan asam pedas dengan sambal gesek ni tau. Huhuhuhu.


Peneman setia. Angah yang tak habis-habis dengan nasi pataya dia.
Pergi mana-mana je mesti nak nasi pataya. Lantaklah angah. Janji kenyang tak kacau orang lain,




Emak yang khusyuk makan asam pedas dengan sambal gesek. Masa ni boleh control lagi sebab baru start makan. Lepas tu mulalah masing-masing cari air nak hilangkan pedas. Apa-apa pun asam pedas dia memang sedap. Terpadam lah hasrat nak complain pasal cekodok yang keras tu.

So kalau sesiapa nak try, memang senang sangat nak cari. Landmark kedai ni ialah Klinik Tawakal. Kedai ni betul-betul bertentangan dengan Klinik Tawakal. Try ok jangan tak try !


Oklah bye !






Friday, April 10, 2015

Resipi : Ketam masak telur masin yang marvelous.

Assalammualaikum.

Bukan nak tunjuk rajin and bukan nak tunjuk pandai masak ye. Just nak share dekat korang resipi yang bagi aku sedap and marvelous lah kononnya. Even ni first time masak resipi ni, first time beli ketam tanpa emak aku, tapi alhamdulillah sedap rasanya tau. Selama ni kalau beli ketam mesti dengan emak aku, sebab emak aku je yang pandai nak pilih. Bukan nak puji diri sendiri, tapi bila aku tanya emak aku, ok tak mak, sedap tak emak ? Emak aku cakap sedap along. Haa terus senyum lebar-lebar. Hehehe.

So aku nak share lah macam mana nak masak ketam telur masin ni. Heboh aku tengok orang asyik guna resipi ni dekat Facebook. Aku pernah lah makan sekali, tapi bukan ketam. Aku makan udang masak telur masin. Memang sedap sangat uolls.  So jom try resipi ketam masak telur masin versi Azreen Zunairah. Ngada sangat kan versi-versi siapa bagai. Huhuhuhu.

Let's start uolls !

Bahan-bahannya adalah :-


Ketam of course ! 
Bukan ketam masak telur masin namanya kalau tak ada ketam. Apa kau merepek ni hoii ! Aku beli 6 ekor terus sebab dekat rumah aku ni ada 6 orang. Kang ada yang tarik-tarik rambut tak dapat ketam kalau aku beli sikit. Hehehe adil dan saksama.



Telur masin 5 biji. 

Jangan terkejut okay, kenapa telur masin banyak sangat ? Dah nama pun nak masak telur masin, kenalah guna banyak telur masin. Cuci bersih-bersih and rebus.



Bahan untuk tumis:-

Bawang besar (dadu halus)
Bawang putih (dadu halus)
Cili api ikut banyak mana yang korang suka (tumbuk)
Daun kari


 Dadu halus macam ni ye kawan-kawan. 
Tak payah nak beria sangat cincang-cincang bawang tu. Huhuhu


Susu cair (guna setengah tin je untuk buat kuah)
Kalau suka banyak kuah, letak se tin pun boleh. 



 Ketam yang dah dipotong kita lumurkan dengan garam halus, lada sulah and tepung jagung. 
Make sure lumur sama rata okay. 


Rebus telur masin ni dulu ye.
Nak cerita sikit pasal rebus telur ni, aku memang jenis kalau rebus telur memang aku biarkan sampai kulit dia merekah-rekah. That's mean dah masak lah kan. Main terjah je kan. Tapi emak aku yang prihatin ni still letakkan beras. Katanya, bila beras dah kembang maksudnya telur dah masaklah. Maafkan anak mu yang suka main redah je ni ehh.


Sementara tunggu telur yang direbus tu, kita gorenglah ketam dulu.
Ni aku nak pesan awal-awal, jangan mengada-ngada nak goreng ketam sambil berkemban, tak pasal-pasal habis satu badan kena minyak yang meletup-letup tu. 



Bila telur masin dah masak, sejukkan and asingkan kuning telur and putih telur. Hancur-hancurkan kuning telur masin ni dengan garfu.



Putih telur pun sama jugak, hancur-hancurkan guna garfu. Aku guna putih telur ni dalam dua biji je sebab takut masin. Yang selebihnya simpan ye. Tapi kuning telur kena guna semua lah, sebab tak banyak sangat pun kan.

Dalam kuali, cairkan butter dalam dua sudu macam tu. Nak banyak pun boleh kalau korang suka. Hehehehe. Tapi kalau muak, jangan salahkan aku.


Tumis cili yang ditumbuk dengan semua bawang-bawang yang didadu.
Da di du..ehh tetibe.

Masukkan pulak daun kari and masak sampai naik bau ok.


 Masukkan kuning and putih telur masin yang dah dihancur-hancur kan tadi. Masa ni api perlahan je ye, takut hangit nanti korang salahkan aku pulak. Mih mih mih.



Masukkan susu cair dalam setengah tin macam tu. Kalau rasa macam dah kering sangat tu, tambahkan lagi susu cair and kacau-kacau tambah garam and gula.



Lastly, masukkan ketam dengan suka hati bila rasa pun dah cukup, semualah dah cukup senang cerita.
Gaul sama rata.



Dah siap ! Boleh makan dengan nasi panas-panas. Yum yum !

Senang je kan, bahan pun tak banyak. Memang sesuai sangat untuk aku yang pemalas nak masak benda remeh temeh. Kalau kek aku rajin. Huhuhu.

Selamat mencuba uolls.

Oklah bye !







Tuesday, March 31, 2015

Resipi : Masak lemak sardin campur kentang. Nyum nyum

Assalammualaikum.

Ikutkan baru dua kali je sepanjang 25 tahun aku hidup ni, aku masak gulai sardin ni. Biasalah, lauk-lauk ni malas sikit, kalau kek-kek aku rajin nak buat. Haa gulai bukan kari ok. Kalau dekat Negeri Sembilan, gulai tu maksudnya masak lemak. Kalau dekat utara gulai tu maksudnya kari. Sebab aku pernah berdebat dengan Sham pasal perkataan gulai ni. Masing-masing nak mempertahankan jawapan masing-masing. Yelah Sham ni asal nya Perlis, aku ni pulak Negeri Sembilan. Memang bergaduh je lah kalau bercakap pasal gulai. Padahal memang jawapan dua-dua betul. Dua-dua boleh diterima pakai. So nak elakkan dari bergaduh, memang tak ada lah aku nak sebut gulai depan Sham. Begitulah sebaliknya. Memang kitorang akan sebut masak lemak ataupun kari. Hehehehe. 

Mula-mula tu masa bangun pagi aku nampak emak aku beli santan. Confident je lah aku tanya, emak nak masak apa hari ni. Then emak aku cakap, nak masak gulai sardin hari ni kakyong. Aku pun happy je lah dalam hati. Yeahh tak payah masak !! Entah macam mana, lepas aku mandi and kemas-kemas kan dapur kejap, sekali emak aku bersuara, emak rasa nak makan gulai sardin yang along masaklah. Nak tengok kakyong menggulai pulak lah hari ni.  Lepas tu buat muka comel + kesian. Aku ni takkan lah nak cakap tak nak masak pulak kan, anak derhaka nama tu. Nak tak nak aku iya kan je lah. Nasib baik sayang tau. 

So aku nak share lah resipi gulai sardin atau pun masak lemak sardin yang super simple and super senang nak masak, Pejam mata pun boleh masak. Ok pejam mata tu tipu sebab santan tu kena kacau je. Kalau tak hangus nanti. Free free je dapat jelingan maut dari emak aku. Jom tengok resipi gulai sardin yang super simple ni jom !



Bahan-bahannya adalah :-




Santan sebiji

Kunyit hidup besar ibu jari

Cili api 5 batang (banyak mana pun boleh, ikut pedas yang korang nak)

Kentang 2 biji 

Satu tin sardin


Nak buat masak lemak sardin cara yang aku buat ni memang senang je. Bahan-bahan pun simple je. Emak aku memang dah ajar cara masak lemak guna 3 bahan je. Ada orang siap letak bawang lah, buah keras lah. Macam-macam. Tak kisah pun sebenarnya, ikut selera masing-masing lah. Tapi yang aku akan ajar ni memang pure resipi Negeri Sembilan punya. 



Cara-cara memasak :-



Tumbuk kunyit dengan cili api sampai lumat. Maafkan lah cili api yang kecut tu. Hahaha




Haaa gini lah rupa nya lepas dah ditumbuk dengan sepenuh hati sampai lumat. Sekajap aku berdiri, sekejap aku mencangkung. Memang berusaha betul lah nak hancurkan cili api yang kecut and kering tu. Muahahaha.




Letak kuali atas stove and tanpa bukak api lagi, masukkan santan and campuran cili api + kunyit hidup tu. And kacau-kacau sikit. Ingat tau jangan bukak api lagi.




Still lagi dalam keadaan api yang tak dibuka lagi, korang masukkan kentang pulak. Lepas tu kacau-kacau sikit.



Dah kacau-kacau baru lah boleh bukak api.  Make sure masak kentang sampai empuk ye tawan-tawan. Ehh ehh tiba-tiba je pelat apahal !




Bila kentang dah empuk, boleh lah masukkan sardin. Letak garam and perasa.




Dah siap !


Boleh makan dengan nasi panas. Lepas tu tambah kicap. Nak makan dengan roti gardenia pun lagi lah sodap.

Perghh perghhh !
 Meleleh air liur aku sekarang ni. Haiyoo.

Sekian sahaja. Senang je kan resipi aku bagi ni kan. Trylah. Confirm tak menyesal.

Oklah bye !

Wednesday, March 25, 2015

Menikmati Japanese Cream Puff yang gebusss !

Assalammualaikum.

Semalam masa tengah stress-stress kerja, handphone pun berbunyi menandakan mesej masuk. Cewahh skema sangat ayat kan. Biarlah, sesekali nak jugak guna ayat karangan. Tak adalah asyik merepek meraban guna bahasa rempit. Gituueww kan. 

Bukak je handphone tengok ada wechat mesej, ehh kawan sekolah rendah mesej lah. Lama betul tak jumpa padahal rumah sejengkal je pun. Kawan aku yang nama Hanan ni pun tanya, Azreen Azreen Azreen... (nada manja tetibe) Apahal entah tiba-tiba je aku baca macam tu. Azreen.. kau nak rasa Japanese Cream Puff tak ? Hok aloh, pobondo ehh tu? Hanan pun explain, dessert ni macam cream puff biasa tapi rasa dia memang totally lain dari cream puff yang biasa tu. Aku pun setuju je lah kan nak rasa sebab malas nak layan Hanan explain panjang-panjang. Muahahaha jahat tak ! Gigih lah Hanan datang rumah aku malam-malam sebab nak hantar cream puff punya pasal. 



Ohh macam ni rupanya Japanese Cream Puff. Memang first time lah aku tengok. Nak makan pun excited je. Nampak comel je. 




See see besar jugak tau Japanese Cream Puff ni. Aku nampak macam ais krim goreng pun ada time ni. Muahahaha ampun kan lah kawan kau ni Hanan. Aku ni memang peminat tegar ais krim goreng. Huhuhu.





Sebab kan dah berborak dengan Hanan punyalah lama dekat luar rumah, aku pun terlupa nak simpan Japanese Cream puff ni. So cairlah filling dalam cream puff ni. Tapi even cair pun, still Ya Allah sedap sangat ni ! Cuba tengok lelehan filling Japanese Cream Puff ni. Perghhhh terliur lagi sekali. Tak puas tau, rasa macam nak lagi je.





Stress nya aku tengok filling Japanese Cream Puff ni. Tak puas nya makan. Nak lagi, nak lagi dan nak lagi. Sejujurnya aku memang tak suka sangat cream puff yang biasa tu. Sebab bila dah sejuk, rasa macam makan roti lemau je. Ehh ada ehh roti lemau. Tapi bila makan Japanese cream puff ni, memang totally tanggapan aku tu salah. Contoh macam pagi tadi lah, aku breakfast dengan Japanese Cream puff ni tau. Tapi still lembut and filling dia tak keras pun macam cream puff yang kita biasa makan tu. Kelas tak breakfast macam mat saleh? Huhuhu.

So kalau sesiapa nak order atau nak cuci-cuci mata dulu nak tengok Japanese Cream Puff ni boleh lah search dekat Instagram kawan aku ni. Memang confirm tak menyesal. 




PHONE NO: 014 261 3523


Oklah bye !



Wednesday, March 18, 2015

Ngedate makan bento di Sushi King

Assalammualaikum.

Semalam entah apa lah angin kus kus yang melanda badan aku ni. Macam-macam benda aku nak makan. Kejap rasa nak makan dominos, kejap rasa nak makan kenny rogers, kejap nak makan sushi. Pelik sangat sebab selalunya kalau angin kus kus datang, aku asyik nak makan coklat je. Tapi entah kenapa aku memang tak ada keinginan langsung nak makan coklat. Eii mengada-ngada betul angin kus kus ni, padahal tengah diet. 

So disebabkan tekak ni nak sangat-sangat lah makan bento dekat Sushi King. Before balik kerja semalam, aku call lah emak aku. Mak jom makan sushi, kita makan bento. Emak aku pun bila dengar aku nak belanja, terus je dia on. Muahahaha. 

Sampai-sampai je dekat Sushi King terus je cepat-cepat ambil menu and buntang-buntang mata aku dengan emak aku nak pilih bento idaman. Selalunya aku ambil masa yang lama ok nak makan apa dekat sushi king tu. Tapi disebabkan keinginan tu membuak-buak, cepat je aku order. Hahaha. Keinginan ni terjadi bukan sebab aku lapar tau, tapi entah. Tak lapar pun, just rasa nak makan bento sangat-sangat. Eii ngada-ngada betul. 



Welfie dulu dengan emak, padahal time ni memang tak ada nafsu nak bergambar pun. Asyiklah fikir, bila bento nak sampai ni, bila ni wei ? Lambat gilosss. Haaa over tak.




Bento set aku.

Keinginan mengatasi segalanya. Diet pun dilupakan. Habis tau aku makan. Selalunya kalau keluar dengan Sham mesti aku suruh dia yang habiskan. Bukan faktor malu. Tapi memang tak boleh nak habiskan. Tapi dengan emak aku ni relax je aku habiskan. Huhuhu. Gelojoh sangat perangai kan.

Daging dengaan telur tu memang sangat sedap ok. Emak aku cakap macam daging masak kicap je. Tapi dia yang beria ambil banyak-banyak daging tu. Alah mak, daging masak kicap je pon !





Bento set emak aku.

Memang nampak sikit je kan emak aku makan, tapi banyak lauk-lauk aku yang dia cilok. Sebab tu licin je kot kitorang berdua makan. Hehehe. Benda alah yang warna kuning tu macam pickle atau jeruk apa entah. Aku memang tak boleh nak telan, tapi emak aku relax je kunyah-kunyah macam makan petai jeruk favourite dia. Muahahaha.




Cehh berhemah sangat muka tu emak. 
Cuba along tangkap muka time makan. Tak payah cakap emak aku, anak dara dia ni pun sama je. 


Ok sekarang ni keinginan dah dipenuhi and aku pun tak ada lah rasa nak makan bento lagi. Yeayy impian tercapai. Huhuhu. Lepas ni kena diet dengan serius woii, no more bento no more sushi. Lagi berapa bulan je ni. Tahan tahan.

Oklah bye !


Wednesday, March 4, 2015

Red Velvet Cream Cheese Frosting & Rainbow Cake Butter cream Frosting. Alhamdulillah.

Assalammualaikum !

Dah berzaman dah pun gambar ni. Tak silap aku dalam minggu lepas punya gambar kot. Baru sekarang ada rasa rajin sikit nak masukkan dalam blog. Apa-apa pun yang aku boleh cakap, alhamdulillah syukur dengan apa yang Allah beri. Walaupun aku penat, yelah balik je kerja terus membakar kek then sampailah ke pagi esok, pergi kerja balik macam biasa, aku still rasa puas hati. 

Aku suka bila nampak muka orang tu happy je bila dapat kek yang cantik-cantik dan comel-comel. Lagi suka kalau orang yang tempah tu suka dengan hasil yang kita buat. Best feeling ever wei  ! Jatuh cinta pun tak ada rasa macam ni tau. Huhuhu 

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.


Syukur dekat Allah yang bagi semua rezeki ni. So gambar-gambar dekat bawah ni lah hasil berhempas pulas dari malam sampai ke pagi. Hehehehe.




Red velvet + Cream cheese frosting








Red velvet + cream cheese frosting






Rainbow cakes + butter cream frosting

So kalau ada sesiapa yang nak order, boleh PM je aku dekat facebook ok. Jangan segan-segan jangan malu-malu. Tapi diingatkan awal-awal, priority tempahan kek ni hanya untuk orang Seremban sahaja ye. Kalau jauh-jauh tu susah sikitlah. So sorryyyy ok ! Hehehehe


Oklah bye !


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...