Showing posts with label bored. Show all posts
Showing posts with label bored. Show all posts

Saturday, April 11, 2015

Eh dah nak kahwin ke aku ?

Assalammualaikum.

Semalam pergi butik yang aku dengan Sham tempah pakej pelamin and baju pengantin untuk wedding kitorang nanti. Bulan berapa wedding? Alah nanti lah aku bagitahu ye. Nanti dah dekat-dekat tarikh tu aku jemput korang dekat blog ye. Aku siap bagi kad nanti. Mihmihmih. Benda belum nak jadi lagi, so memang takut nak cakap apa-apa. Tujuan asal kitorang datang butik pengantin tu sebab akak and abang butik tu nak ambil ukuran badan aku dengan Sham. So memang pasrah je lah kena ukur semalam. Yelah tak kurus-kurus lagi kan. Bila dah buat ukuran semua angka tu mesti besar gedabak. Muahahaha Gemuk is awesome. Ehh tetiba pulak kan.

Masa tengah ukur-ukur tu, akak butik tu tanya, Azreen ada diet tak ni ? Aku pun cakap je lah, ada kak, tengah diet lah ni. Hahahaha tipu sunat. Padahal kan, petang tadi baru je sumbat donut cheese dalam perut. Lepas tu akak tu cakap, kena diet tau sayang, baru cantik pakai baju pengantin nanti. Haaa masa tu memang aku tak tahu nak balas apa dah. Memang betul pun akak tu cakap kan, mana ada pengantin yang tak nak cantik untuk hari bahagia dorang. Mesti semua nak cantik kan. Masa akak tu tengah cakap, dalam hati dah berazam nak diet. Balik je aku dengan Sham, kitorang bantai melantak nasi dengan tomyam. Muahahaha berazam kemain. Lepas tu semua ke laut, asam di darat, bikin muafakat. Ehh tetibe lagi. Mih mih mih. 

Sham memang lama dah start diet ni, tapi aku entah bila nak start. Dulu masa bulan 1 memang dah start, bila dah turun beberapa kg, terus excited lepas tu terus makan tak ingat dunia macam tak pernah makan setahun. Hahaha. So tu lah cerita aku dengan Sham dekat butik semalam. Muahahaha

Sebenarnya tujuan utama buat entry ni sebab nak cerita yang aku ni bertuah ada office mate yang memang ada tangan seni. Kenapa aku cakap aku bertuah, ok mehh sini aku nak cerita. Ada satu time tu aku tak ingat bila, aku ternampak seorang office mate aku, Effy dok upload gambar tangan dia ada inai yang lukis-lukis tu. Aku pun selamba je lah tanya,

"Cantiknya Effy, lukis dekat mana ni ? "

Effy pun jawab , " Nak lukis dekat mana je Areen oii, Effy lukis sendiri lah ni. "

"Omaigod !! Kreatifnya Effy, nanti bolehlah lukis untuk Areen time Areen nak kahwin nanti"

Haa nampak tak ke-excited -an aku di situ. Hahahaa BM fail sungguh. Sesuka hati mak nenek je pergi tulis ke-excited-an. Muahahaha.

Esok tu, beria lah aku tanya Effy macam-macam. And barulah tahu cerita yang sebenar, rupa-rupanya Effy ni saja-saja je lukis. Dia tak pernah pun ambil tempahan dekat mana-mana. Dah dia memang minat melukis inai. Tu yang saja-saja lukis dekat tangan sendiri. Aku pun bila dah dengar macam tu, beria lah suruh Effy berlatih, mana tahu boleh buat bisnes pulak lepas ni kan. Haa dah boleh buat side income kan. Effy pun yang macam dah terpengaruh dengan apa yang aku cakap, terus cakap

"Areen carilah design yang Areen nak Effy buat untuk kahwin nanti "

Haa gitueew kan !

Teruslah berdesup-desup aku Google lah, tengok Facebook lah design-design yang ada. Hehehehe.

Hari Khamis hari tu, masa tengah lunch, tengok-tengok jam belum cukup 1 jam lagi lunch hour. Office mate aku, Kak Balqis, beria suruh Effy lukiskan inai. Effy ni pun memang bawak inai dekat office. Terus ambil laju-laju dekat office. So excited lah masing-masing pilih design dekat Google nak suruh Effy ni lukiskan.



Effy tengah gigih berusaha lukis tangan mak buyong, Kak Balqis. Nomey-nomey je tangan mak buyong.
Gambar Effy tak nampak sebab dia tengah tekun lukiskan tangan kak Balqis.



Nampak sipi-sipi je muka Effy. Jadilah kan dari tak nampak. Muka mak buyong je yang lebih. Muahahaha


 Dah siap !

Even first time Effy main lukis-lukis dekat tangan Kak Balqis, tapi still nampak macam lukis dekat kedai kan.
Nak buat macam mana kan, orang kalau ada bakat seni, dekat mana-mana pun dia boleh buat. Gigil-gigil pun still lawa tau Effy. Ni jujur ni ! Aku ni payah sikit nak puji-puji orang tau. Muahaha



Jadi model kejap, Kak Balqis. Nasib baik muka dah macam ala-ala model dah. 
Tak apa kita tunjuk muka je, bukan nampak pun perut tu. Hehehe.


 
Ni tangan office mate aku jugak, Kak Nora. Tapi muka nya tak ada pulak. lupa nak tangkapkan sebab excited sangat tengok Effy lukis inai. Like a pro tau Effy. Lepas ni bolehlah bukak booth ukiran inai dekat Dataran Senawang time puasa. Ehh tetibe.

Actually, ada dalam 4 orang pelanggan Effy hari ni, tapi demuanya FOC lah kan. Nak buat testimoni lah katanya. Hahaha sesuka hati aku je kan. Padahal orang tu suka-suka je main lukis-lukis. Tangan aku ni merenyam-renyam je nak suruh Effy lukiskan jugak. Tapi sabar.. sabar. Tak boleh sesuka hati nak lukis. Nanti tak ada seri. Cehh ngada-ngada sangat. Kalau ada sesiapa nak guna kan khidmat Effy ni, boleh bagitahu aku. Aku nak tapis dulu. Muahahaha poyo sangat.

So bila dah duduk satu office ni kan, macam-macam ragam office mate yang kita boleh nampak. Ada yang kuat bercakap, ada yang pendiam, ada yang berbakat, ada yang kuat nyanyi, ada yang kuat makan. Tapi semua tu lah yang buatkan kitorang rapat. Hehehehe.



Fact atau tak ?
Kalau aku ye, makan berkoyan-koyan, berkati-kati. Lelemak pun naiklah berkilo-kilo.
Orang lain relax je aku tengok makan banyak, tak jugak naik badan tu. Terutama Effy. 
Larikkk !

I is sangat jeles.

Oklah bye !

 

 

Monday, February 2, 2015

Mari main buih sabun !

Assalammualaikum.

Plan nya nak bawak adik-adik aku pergi main buih sabun dekat City Park, Seremban 2 tu hari Sabtu. Tapi bila dah balik kenduri, dah golek-golek atas katil. Terus aku bantai krohh krohh sampai petang. Malas dah nak keluar mana-mana. Then sebab dah janji dengan adik-adik aku, aku decide nak pergi hari esoknya tu, maksudnya hari Ahad le. Hari Ahad semalam, ada jugak kenduri, then still gak golek-golek atas katil, tapi sedaya upaya aku tahan mata ni dari terlelap. Aku kalau dah membungkang sampai tidur mati, memang tak akan bangun lah kan. 

Dalam pukul 4.30 petang macam tu, aku gerak pergi City Park. Before tu, pergi pick up Sham dulu dekat rumah sewa dia. Tujuan bawak dia adalah sebab nak suruh dia tangkap gambar macam-macam. Bukan nak dating okeyh. Bukan seharusnya bukan. Sebab aku bawak adik-adik aku sekali. Emak aku suruh diorang jadi bodyguard aku. Cehhh ! 

Sebenarnya aku tak adalah berapa nak ingat sangat jalan nak pergi City Park ni, tapi disebabkan nak main buih sabun punya pasal, aku redah kan jugak mencari. Gigih tau, sampai bergaduh-gaduh dengan Sham. Adik-adik aku dok lah mem back up Sham. Menyampah !




Lepas dah survey-survey semua tempat yang jual bubble giant ni. Dapat lah kitorang satu bekas ni 5 hengget. Ehh bekas ke ehh, bukan besen ke. Whatever lah kan. Tapi kecik je kan bekas tu. Kalau nak refill kena bayar seringgit ok. Dapatlah dua peralatan untuk buat bubble ni. Cehh skema sangat ayat panggil peralatan kan. Muahahaha.





Sham menunjukkan kehebatannya. Konon je tu. Lepas tu asyik tak jadi je. 




Lepas tu gilir-gilir pulak dengan adik-adik aku. Seriously time ni memang panas terik. So aku main snap je gambar-gambar ni semua. Padahal tak nampak pun apa yang aku snap. 




Konon-konon jadilah kan bubble besar time ni. Tapi haramm. Lepas tu pandang tempat lain sebab nak cover malu. Adik aku tu sebenarnya tengah gelakkan aku tu. Choiiii !











Aksi budak-budak yang belum mumaiyiz main buih sabun. Lepas dah habis kerja dok refill sampai lah bosan. Hurmm senang sangat nak habiskan duit kakyong kan ! 



Yeahh hajat untuk main buih sabun dah tercapai. Salah satu wishlist untuk 2015 dah tercapai. Lepas dah makan-makan semua, ternampak lah salah sorang budak opis aku yang memang selalu main sorok-sorok relationship dorang dengan aku. Akhirnya terkantoi jugak dengan aku tengah keluar dating kan. Muahahaha.


Sham dengan adik aku bantailah batuk kuat-kuat sebab nak buatkan couple ni pandang kitorang tapi tak berjaya jugak. Dorang still hanyut dalam dunia percintaan dorang. Muahaha. Cehhh cehh dah kantoi. 

Oklah bye !




Saturday, January 17, 2015

Blog dah berwajah baru. Weeee ~

Assalammualaikum.

Haaa terkejut tak, terkejut tak blog dah tukar warna lain. Dah tak ada dah lepas ni nak mention blog hitam legam dah. Sesiapa yang memang follow blog aku ni dari zaman aku study diploma dulu memang tahu lah, yang aku ni memang sangat suka jadikan blog ni gelap gelita. Tak habis-habis nak buat background warna hitam. Entahlah time tu maybe perangai tu still budak-budak. Yelah kan, umur baru berapa tahun je pun. Masuk belajar umur 18 tahun then sampailah habis diploma 21 tahun, memang time tu budak-budak baru nak naik, baru nak up. Time tu jiwa tengah bergelora nak bagitahu satu dunia macam-macam, nak buat macam-macam, nak explore macam-macam. Insyaallah sekarang ni aku dalam proses nak meng-delete entry-entry yang membuatkan bila aku baca pun aku rasa malu sendiri. Hello hakak dah 25 tahun dah dis year. Dah tak layan dah bahasa-bahasa rempit ni. Jangan korang gigih pulak ye pergi baca balik entry aku yang lama-lama. Malu sioot ! Cehhhh, cara cakap macam lah blog ko ni fofuler sangat kan wahai Azreen Zunairah. Ramai sangatlah peminat kau kheenn !

Saja je lah nak tukar background blog ni jadi warna putih. Nampak suci sikit and nampak lah matured sikit. Ye dakk. Padahal background polkadot pink tu nampak sangat budak-budaknya. Huhuhuhu. Tapi cara aku bercerita and ayat-ayat aku dalam blog ni macam susah je nak ubah, sebab macam mana korang baca dalam blog ni, macam tu jugaklah cara aku bercakap dekat luar. So memang susah kot nak ubah, sebab aku lagi suka bercerita dengan cara aku sendiri, cara santai. Tak nak serius sangat. Aku tak boleh lah kalau nak serius-serius sangat ni. Hehehehe.

So far untuk wedding preparation aku untuk tahun ni, memang satu apa pun aku tak usik lagi. Ni semua sebab malas nak fikir and nak tumpukan dekat satu benda je. Final exam. Maybe lepas habis exam aku hari Isnin ni, aku akan fokus 100 percent dekat wedding preparation pulak. Aku pun sebenarnya tak tahu nak start dari mana. Mana ada pengalaman langsung wei nak manage kenduri kahwin ni. Just tolong-tolong cousin time wedding diorang adalah, tapi kalau kau kerja nya nak manage dari A sampai Z. Ahhh tiba-tiba aku rasa nak tercekik. Banyaknya nak kena buat.

Lepas ni memang banyaklah aku update progress wedding preparation aku dekat sini. So aku nak pesan awal-awal. Jangan muntah ok. Nak meluat ke nak jeles ke, tu bukan tanggungjawab aku. Muahahaha. Yang penting aku memang nak update banyak-banyak selagi aku belum kahwin ni. Karang aku dah kahwin, entah sempat ke entah nak update kan. Huhuhu. Mengada sangat kan.

So uollsss doakan hakak dipermudahkan untuk jawab last paper exam semestes ni ehh. Dah stress sangat-sangat dah rasanya ni. Huhuhu. Bila stress makan, then bila berat naik jadi stress balik. Bila dah stress makan banyak-banyak. Haaa begitulah terjadinya proses pembentukan lemak dekat badan aku ni ehh. Doakan aku ye uollss. Oklah nak sambung study sambil tengok running man. Memang tak ke mana lah jawabnya study kau tuh kan kalau tengok running man. Tergelak terbahak-bahak mana nak ilmu tu melekat dekat kepala hotak kan. Mihmihmih.





Okeylah nak sambung study. Kuatkan azam (angkat tangan, sambil kembang-kembangkan hidung.)

Bye !


Monday, January 5, 2015

Orang yang lahir tahun 1990 mesti akan teringat benda ni..

Assalammualaikum !

Semalam lepas dah tengok Hanis Zalikha kena lamar dengan Hairul Azreen kan, tiba-tiba je terfikir. Dah nak kahwin dah Keknis ni. Haa kan tak habis-habis lagi pasal cerita semalam kan. Saja nak cakap banyak kali. Sebab suweettt sangat, aku suka ! Then secara tiba-tiba jugak teringat yang umur aku ni tak ada lah muda mana pun. Tahun 2015 ni dah nak masuk 25 dah. Hakak lahir tahun 1990 uollss, tuh yang nak tak nak kena gak ingat umur sendiri walaupun banyak kali dah buat-buat lupa. Yelah kan, dah nama pun lahir tahun 1990, so memang senang je lah nak kira umur aku ni. 

Cerita pasal tahun 1990 kan, macam-macam benda sebenarnya yang buatkan aku teringat zaman kecil-kecil dulu. Biasalah manusia kan, time dah dewasa ni lah heboh nak jadi budak kecik balik. Masa time sekolah dulu heboh kemain nak habis sekolah cepat-cepat kan. Kononnya nak kerja, kumpul duit banyak-banyak and kahwin orang kaya. Ehhh kahwin dengan orang kaya tu sengaja je tambah. Hehehe. Bila dah jadi dewasa ni, macam-macam nak kena fikir. Duit gaji kena bayar hutang kereta, bayar hutang ptptn, bayar bil lah. Dengan gaji secoet tu lah kumpul duit kahwin yang sampai sekarang ni tak lah banyak-banyak. Aishhhh ! Ok dah kelaut sangat dah ni melalut kan.

So kawan-kawan yang lahir tahun 1990, apa yang korang paling-paling ingat.. Aku? Haaa yang paling aku ingat kan, masa form 1, aku and kawan-kawan lain telah dijadikan bahan experiment untuk jawab kertas matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Haaa kelas tak hakak paling ingat benda alah tu. Yelah mana tak nya aku ingat, dari form 1 sampailah form 3 sains aku asyik fail je kot ! Nasib baik PMR dapat b. Merasa jugaklah nak masuk kelas best-best sikit masa form 4. Tu pun nasib baik dapat b lepas aku pulun habis-habisan study Sains. Phewwwww nasib baik lulus.



Siapa yang ingat lagi game ni ?? Angkat tangan. Game ni pakai tape je pun. Cara main dia korang kena pijak-pijak atas belon orang jahat tu. Kalau semua pecah, yeahhh kita menang ! Tapi kalau belon kau kena paruh orang jahat tu, kau kalah. Selain mario memang aku suka kot main game ni sebab mencabar kepala otak sikit.



Permainan wajib budak-budak perempuan. Beli je dekat kedai dalam 30 sen kot tak silap, lepas tu dah boleh main tukar-tukar baju kertas. Yang paling tak best kan bila lipatan yang kecil tu terkoyak, terus tak ada mood nak main sebab baju kertas kau tak boleh nak gantung dekat patung kertas tu. Nyampah !



Salah satu game yang mencabar jugaklah aku rasa. Yelah wei, gigih tau tekan punat tu banyak-banyak kali semata-mata nak masukkan gegelung tu dalam batang tu. Lenguh-lenguh tangan itewww.




Benda ni kalau tak ingat, tak dapek lah den nak nolong nya. Aku berani kerat jari lah kalau korang tak membesar dengan main dam ular ni. Paling best bila dapat naik tangga. Paling tak best bila kena turun tangga. Haaa mulalah kan kau nak cari gaduh dengan kawan sebelah sebab dia dapat naik tangga, kau pulak tak dapat. Mihmihmih.



Main teng teng ! Haa tempat aku panggil main teng teng lah. Tempat lain aku tak tahulah panggil permainan ni apa. Dulu kecik-kecik kan aku tembam so kalau langkah besar-besar tu mesti aku nak jatuh. Cehh macam lah sekarang kau dah kurus kan, tak tembam lagilah kononnya. Lepas tu kawan-kawan aku mulalah nak gelakkan aku. Tapi best kot main benda alah ni, time ni lah kau belajar nak balance kan diri sendiri yang sedia ada tak balance tuh. Muahahahaha.



Kamera paling legend kot aku rasa. Aku ingat lagi uwan dengan atuk aku kalau balik dari Mekah je mesti belikan kamera ni. Bila kita tekan-tekan punat biru tu, nanti mesti gambar dia bertukar-tukar. Yang aku pernah tengok gambar Kaabah dengan kawasan sekitar Mekah je lah. Kalau ada lah gambar lain, haa yang tu aku tak tahu.



Main baling selipar ni selalu bila dekat kampung lah. Bajet-bajet macam anak jantan sikit main dengan cousin-cousin yang lain. Bila dah dapat diri kan selipar tu, fuhh rasa satu perasaan bangga menyerap didalam sanubari sebab kau berjaya kalahkan cousin-cousin lelaki yang lain. Bangga wei !



Brick game ni dulu selalu emak ayah aku belikan dekat pasar malam. Tak silap aku harga dia dalam 10 hengget je kot. Tapi time tu, 10 hengget pun dah kira mahal jugaklah. Tak macam sekarang, keluarkan duit 10 hengget untuk parking selamba badak je muka nya. Kalau main brick game ni, aku tak suka sangat main cantum-cantum tu. Aku suka main kereta tu. Fuhh mencabar habis. 



Lompat getah. Mula-mula dulu budak perempuan je yang beria-ia main. Konon-konon boleh buat gaya gimnastik tapi dalam cara yang sopan lah. Kalau kau pandai lompat and buat gaya lipatan yang cantik, time tu kau lah yang paling hebat. Tapi masa aku sekolah dulu, budak-budak lelaki sibuk-sibuk nak main jugak. And lagi satu rahsia, tak pernahlah aku berjaya nak lompat yang paras bahu tu. Selalu berjaya kalau yang paras-paras lutut and pinggang je. Mihmihmih



Siapa lagi yang ingat cara nak main game ni. Aku memang tak ada benda alah ni dulu tapi aku ingatlah aku pernah pinjam kawan aku punya sampai rosak tau. Yelah buat macam harta sendiri siap bawak balik rumah, last-last hilang. Wuwuwuwu.



Pistol apa ni ehh? Aku panggil pistol letop-letop. Tak silap aku dulu harga dia 2 hengget tau. Nasib baik menang tikam, so tak payah lah aku membazir duit beli pistol ni. Best main pistol ni tapi kejap-kejap terkejut sebab dia meletup kuat. Huhuhuhu




Galah panjang. Best gile kot main benda ni. Aku time kecik-kecik memang selalu je main dengan cousin lelaki yang lain. Perangai aku pun ala-ala jantan sikit nak gengster-gengster then nak pakai seluar baggy je. Seluar gedoboh tak nak kalah. Satu perasaan yang best bila kau berjaya tampar and halang pihak lawan. Huahuahuahua.



Penutup botol. Haa kan aku dah cakap dulu time sekolah perangai aku macam jantan sikit. Masa form 3 lepas PMR pun, aku bantai join budak-budak lelaki main carom. Sekarang ni? Hakak lah yang jadi perempuan melayu terakhir. Pemalu sungguh. Phuiii !


So far tu je lah kot. Sebenarnya banyak lagi benda nak cerita tapi rasa macam malas  dah nak taip panjang-panjang. Hehehe. 



Sesungguh nya aku rindu sangat zaman kanak-kanak. Tapi bila dah dewasa ni best jugak. Nak tak nak semua orang kena lalui nya jugak. Tak boleh nak escape-escape. Ingat kau apa, Doraemon yang ada pintu suka hati ke? Huhuhuhu.



Saya lahir tahun 1990. Anda? 






Sunday, July 21, 2013

Benda pelik selalunya best kan !

Assalammualaikum !

Tahap kemalasan dah ada dekat tahap yang maksima aku rasa kalau berkaitan dengan update blog ni. Yelah mana tak nya, kemain banyak draft untuk blog aku ni. Baru buat ayat sikit, terus tak ada idea nak tulis apa. At last dibiarkan draft tu jadi pekasam kat dalam tuh tak berupdate.

Yesterday, aku tak berbuka dekat rumah. Tekak ni tiba-tiba je rasa nak makan burger samurai dekat mcd tuh. So gigih lah aku pergi Jusco semata-mata nak mencari burger samurai punya pasal. Hehehe ! Sampai-sampai sana around pukul 6 macam tuh lah. Tengok semua seat dekat mcd dah penuh. Nak tak nak aku pergilah merayau cari makanan yang lain sementara nak tunggu mcd tuh kosong balik. Sedih je masa berbuka makan waffle je tau. Takpelah, Alhamdulillah. Orang lain ada yang langsung tak makan tau. Insaf-insaf !

Then pergi jengah kejap dalam mcd then tengok ada seat yang kosong. Cepat-cepat lah aku cop tempat duduk tu and best friend aku pergi beli burger samurai yang sangat diidam-idam kan tuh.

Yeahhh akhirnya samurai burger dah berjaya berada didalam genggaman aku. Walawei memang sedap gile kot.

IMG_2091-e1347981917240

Aku jarang nak makan benda lain selain ayam goreng mcd dengan fillet of fish kalau pergi mcd. Tapi disebabkan pengaruh tv punya pasal, aku ambil risiko try samurai burger ni. Nasib baik sedap tau. Next time aku nak beli burger ni lagi kalau pergi mcd. Tuh pun kalau ada lagilah kan. Hehehehe !

Then ada satu benda or perangai pelik yang aku akan selalu buat kalau makan dekat mcd ni. Nak tengok tak apa benda pelik tuh ? Mehh sini aku tunjuk.

DSC_0077

Nampak tak apa yang aku try nak buat? Mehh aku zoom lagi untuk korang. Hehehe !

DSC_0078

Haaa dah nampak kan ! Selalunya orang makan fries ni dengan sos cili kan. Tapi aku punya sos special sikit. Lagi terasa nikmat dia kalau makan dengan sos sundae coklat ni tau. Aku tau dekat luar tuh ramai lagi yang selalu buang tebiat macam ni. Tapi percayalah, kepada sesiapa yang tak pernah buat macam ni. Tolonglah buat. Saya merayu sangat-sangat. Haaa boleh tak merayu macam tuh ! Percayalah anda semua tak akan menyesal.

Kalau celup fries yang biasa yang panjang-panjang tuh sebenarnya lagi sedap. Kau pacaklah banyak-banyak fries kau dalam sundae tuh. Memang terbaiklah. Tapi disebabkan samurai burger ni dapat fries yang jenis macam ni. Nak tak nak aku gigihkan jugaklah diri aku ni celupkan sebesar-besar kentang tuh dalam sundae coklat aku. Lagi sedap tau !

Semalam tiba-tiba rasa nak pakai pakaian yang ada macam-macam warna. So aku pergi je lah selamba pakai seluar merah dengan tudung oren. Hehehehe !

DSC_0082

Konon-konon boleh nampak lagi colorful lah kan kalau duduk di celah-celah baju yang ada macam-macam warna. Pipi tuh aku tak tahulah kenapa asyik nak cari pasal je. Makin puasa makin tembam pulak. Menyampahlah !

DSC_0061

Tengok aiskrim vanilla ni, tiba-tiba je rasa nak buat McFlurry oreo sendiri. Biskut oreo pun banyak lagi yang tinggal aku rasa. Oklah nak pergi masaklah ! Hari ni turn aku pulak yang masak. Mak aku cakap hari ni turn dia nak berehat katanya. Yelah apa-apa untuk emak yang tersayang !

Oklah bubye !

Monday, January 14, 2013

Lumrah Kehidupan !

Assalammualaikum !

Rasanya macam dah terlambat sangat nak ucap selamat tahun baru. Tapi aku tak kira. Aku nak wish selamat tahun baru jugak ! So macam mana kawan-kawan, semua impian dah tercapai belum ? Diharap semua yang dihajati tercapailah ek ! Kalau tak tercapai lagi, boleh continue impian yang sama untuk tahun 2013. Mih mih mih ! Eh ?

So far, aku pun tak tahu apa impian aku masa 2012. Yang aku tahu, satu je impian yang memang sejak dari dulu lagi tak tercapai. Nak kurus ! Nak kurus ! Nak kurus ! Haaaa memang sejak dari dulu lagi, impian nak kurus ni just dipandang sepi je. Kadang-kadang tuh nak pandang pun tak sudi. Makanan depan mata lagi sedap mata memandang.

Tapi apa pun aku bersyukur sebab aku dikelilingi oleh family yang banyak menyokong aku tak kira lah apa pun yang aku buat. Menyokong time aku betul-betul nak sambung belajar and yang paling penting tak lokek nak membantu dari segi kewangan. Ngada kan dah kerja pun nak mintak duit dekat mak dengan ayah. Alah normal lah tuh kot, genap 25 hb je setiap bulan, dengan secara tiba-tiba duit dalam purse dah ghaib. Tak tahulah pergi mana. So disebabkan tak tahu mana hilangnya duit tuh, pinjam lah sepuluh hengget dari mak nak isi minyak kereta Bolehlah tahan sampai gaji nanti. Kesian kan aku.

Yang aku perasan lah kan, semenjak aku dah start belajar ni, duit aku dah macam air dah keluarnya. Pergi mana pun aku tak tahu. Disamping itu, aku sentiasa ada kawan-kawan yang sentiasa menasihati aku, dan juga ehem ehem yang sentiasa menyayangi aku sebagaimana mak dengan ayah sayang dekat aku. Boleh dikatakan tahun 2012 memang dah cukup-cukup bermakna lah bagi aku. Tak ditambah lagi, berjaya tambah sesuatu yang merupakan aset paling bernilai yang juga dari hasil titik peluh aku sendiri. Apakah aset itu ? Biarlah aku dan orang-orang terdekat je yang tahu. Mih mih mih ! Ehh ? Cara gelak pun dah lain. Salah satu azam 2013 jugak rasanya.

Last Saturday , salah seorang geng bas sekolah aku yang jugak merangkap bff aku masa muda remaja time sekolah teknik dulu dah bertunang. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Ditambah dia buat time malam, lagilah sejuk je suasana time tuh. Macam tak percaya, geng yang selalu teman time cuci baju dekat toilet, mandi kolah sama-sama, naik bas pergi terminal one sama-sama, ponteng kelas kimia yang 3 jam straight terus sama-sama, yang kalau boleh semuanya nak buat sama-sama, dah selangkah ke alam perkahwinan. Tak percayanya !!!

IMG-20130112-WA0004-001

Cantiknya Atiq ! Kitorang memang dah lama gile tak jumpa. Last jumpa pun masa form 5 kot. Then di umur 23 tahun ni kitorang jumpa balik. So masa nak bercakap ni, masing-masing dah segan and cakap pun cover-cover lagi. Just aku dengan Yana je lah yang still boleh nak gelak sampai kejang otot muka. Sebab kitorang selalu jumpa. Apa-apa pun tahniah Atiq. Selamat bertunang wahai Geng bas sekolah !

So esok bermulalah perjuangan sebagai student Part 1 PJJ Uitm Shah Alam. Actually exam dah start last week pon. Tapi this week aku ada lagi 2 paper yang kena seat, so debaran didada semakin terasa. Calculation ok ! Otak aku bukan nya terror kalau bab calculation ni, kalau memorize, iye itu aku. Bagilah aku buku setebal tilam sekalipon, aku akan sudi nak menghafalnya. Tapi bab calculation, ahhh tolong !

IMG_20121125_172004

“Change is the law of life. And those who look only to the past or present are certain to miss the future.”

Insyaallah saya akan cuba. Semoga tahun 2013 lebih memberi kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup saya.

P/S:

Ada kawan ofis aku pesan, kalau nak doa apa-apa pun lah. Mesti kena ada perkataan segera. Contohnya, ‘murahkan lah rezeki hamba mu ini dengan segera’. Haa begitulah lah kot. Maybe kalau kita tak ada perkataan segera tuh, hajat tuh macam tergantung kot. Kotlah ! Kalau salah aku mintak maaf. Just sharing. Sharing is caring.

Bebboiiii !

Monday, November 5, 2012

Pernah tak kita terfikir ~

Assalammualaikum !

suka

Saja je letak gambar yang banyak-banyak ni as intro entry. Sebenarnya tak ada idea pun nak cakap apa tapi tahulah kenapa dari pagi tadi sampailah ke malam ni aku pikir macam-macam benda and aku rasa aku buat kerja lembab yang amat dekat office hari ni.

Semua nya sebab aku terbaca macam-macam status budak-budak yang nak ambil SPM hari ni. Ada yang mintak dimaafkanlah dari semua kesilapan. Ada yang time ni lah buat status nak study lah kononnya, then nak bangun awal lah. And tak kurang jugak yang buat tak tahu je dengan SPM. Seolah-olah tak ada apa pun yang berlaku.

Bagi aku, zaman belajar lah yang paling paling paling best. Haaa nampak tak 3 kali aku ulang paling, so dekat sini aku nak cakaplah, waktu belajar lah yang paling best. Sebab apa aku cakap macam tuh? Sebabnya, as a student, korang tak payah bersusah payah nak fikirkan masalah. Yang korang just perlu pikir ialah macam mana nak solve kan past year question, nak study ke nak tidur time prep nanti, nak makan apa lepas balik sekolah, nak buat kerja sekolah time bila, nak copy paste answer assignment dekat wikipedia or buat sendiri.

See senangkan hidup as a student. Sebab tuh sedaya upaya time dah kerja ni aku nak try jadi student balik. Tak ada rezeki buat full time, aku buat part time. Asalkan aku boleh jadi student balik. Sebabnya aku tersangat-sangat suka belajar and jadi student.

Kadang-kadang aku terfikir. Kalau lah boleh diputarkan masa, paling dekat pun time aku SPM dulu, aku sedaya upaya akan buat yang lagi bagus dari apa yang aku dapat dulu. Bukan lah aku nak cakap aku tak bersyukur dengan apa yang aku dapat dulu, tapi kalau boleh aku nak buat lagi bagus dari apa yang aku dapat. Kalau boleh nak pergi belajar over the sea ! Haaaa over tak kalau nak berangan.

Sangat-sangat lah beruntung pada orang-orang yang dapat continue full time study. Anda-anda semua tak payah menyusahkan diri nak budget duit macam saya yang bekerja ni. Memang sangat-sangat jeles ! Wuwuwuwuwu. Fikirkan pasal study je. Tak payah fikir pasal lain kan.

Tapi alhamdulillah, tuhan still bagi peluang aku rasa full time study even just merasa untuk 3 tahun time diploma dulu. And sekali lagi tuhan bagi aku study tapi dengan cara yang lain, iaitu part time study.

So bila aku tengok budak-budak sibuk dengan SPM, aku cakap dalam hati, please lah buat betul-betul wahai adik-adik. Memang betul lah orang cakap. SPM lah penentu kehidupan korang selepas habis sekolah. Kalau bagus result korang, baguslah tempat yang akan korang dapat untuk continue study. Kalau teruk, paham-paham lah sendiri. So please lah adik-adik. Buat elok-elok ye.

Actually banyak benda lagi aku nak bebel dekat sini. Tapi memandangkan aku nak siapkan macam-macam malam ni, aku malas nak melalut panjang-panjang. tak tahulah kenapa malam ni kenapa tiba-tiba terover emosi. Memang motif sangat tiba-tiba kan.

120520101478

Ok bye !

Saturday, November 3, 2012

Tak tahu macam mana boleh terjebak. Weee ~

Assalammualaikum !

Baru selesai sesi mengenyangkan perut diri sendiri dekat kenduri orang kahwin. Simple sangat baju pengantin dia tau, tapi pelamin lapan ribu youu ! Sekarang  ni aku perasan lah kan, time kenduri kawin je mesti pakai meja bulat. Dah tak ada dah meja panjang-panjang and makan beramai-ramai sampai berhimpit-himpit macam dulu lagi dah. Sekarang pun baju pengantin kalau boleh nak sesimple yang boleh. Yang penting sweet. Dah tak ada dah nak ber lip lap macam dulu lagi. Wahh ! Dunia dah semakin simple ok !

Aduhai~ Topik dekat atas ni memang tak ada langsung berkait dengan tajuk entry. Tuhlah jadinya. Orang yang suka melalut macam aku memang suka buang masa nak taip panjang-panjang ni. Ada je benda yang nak dicakapnya. Hehehehehe.

Ok sekarang kita cerita pasal benda yang berkait dengan topik dekat atas ni ehhh. Apa yang terjebak sangat tuh. Tak ada benda yang kecoh pun. Just aku saja je nak gebang tajuk serius macam ni. Baru ramai orang nak baca. Jahat tak ! Over kan macam lah ada orang nak baca entry melalut merepet aku ni.

Actually aku pun memang tak perasan benda alah ni. Sampai lah akak-akak ofis aku and orang-orang dekat hotel tempat aku kerja tegur aku. Kalau nak tahu apa yang dorang dok tegur aku. Mehh tengok gambar-gambar perasan-diri-cantik dekat bawah ni. Kalau rasa meluat silalah scroll laju-laju sampai bawah tau. Hehehehe !

Dalindareen2760

Hitam + Putih

Dalindareen8208

Pink + Putih

430077_10150674632214189_2005411697_n

Merah + Putih

310417_10150400548874189_866773501_n

Purple + Putih

 

558630_10151131491074189_1818549084_n

Kuning + Putih

574604_10151131484334189_1202309651_n

Hijau + Putih

576081_10150751719154189_892722852_n

Pink + Purple+Putih

Dalindareen8648

Kuning + Pink + Putih + Hitam

Dalindareen8698

Tudung Putih + Hitam

Wahhh dah lah tuh ! Actually banyak lagi tapi aku malas nak letak dah. Karang ada yang cakap aku syok sendiri letak gambar sendiri. Lepas tuh bila tangkap gambar manjang lah nak buat peace. Macam tak ada benda lain nak buat.

So tujuan aku letak gambar-gambar ni semua, sebab aku nak bagitahu yang aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjebak dengan CORAK POLKADOT ! Haaaaaa can dah capslock tuh.

Benda ni semua jadi secara spontan. Tau-tau je aku memang dah banyak baju yang bercorak polka dot ni. Barang-barang pon boleh tahan lah. Beg pun ada jugaklah corak polkadot nya. So secara tak langsung minat aku dah lebih ke arah corak polkadot. Sekarang ni kalau pergi mana-mana then nampak something yang polkadot. Mesti aku nak beli.

Apa yang best dengan polkadot nie? Best sebab semua benda yang bercorak polka dot semua nya cute-cute. Apa yang tak bestnya? Banyak pakai corak baju yang sama dengan orang lain. Contoh macam time aku pergi kenduri kahwin tadi. Ramai bebenor lah yang pakai corak polka dot. Nasib baiklah tak sama warna dengan aku. Tapi yang penting kalau lah aku terjumpa orang yang pakai corak polkadot and warna yang sama macam aku, aku akan straight je jalan dengan konfiden. Sebab nya corak tuh universal ok ! Semua orang boleh pakai corak tuh kan. Sekadar menyedapkan hati yang sememangnya dah malu. Huahuahuahua !

Macam kakak-kakak ofis aku, dorang memang dah lali dengan corak baju aku. Sampai aku dah dipanggil budak Polkadot. Dorang pun takut nak beli kain polkadot. Takut sama warna and corak dengan aku. Huahuahua.

Corak ni memang bagi aku cute and vintage sangat-sangat. So jangan pelik kalau suatu hari nanti aku jemput korang datang majlis kahwin aku, tema dia polka dot. Weeee ~ perasan je lebih. Muda lagi oiit ! Belajar pun tak habis lagi.

Ok bye !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...