Wednesday, April 13, 2011

Nak kurus ingat joegrimjow

Assalammualaikum !

Memang muka aku dari semalam sampailah hari ni, tak habis-habis dok update pasal contest. Ni semua stress punya pasal lah. Yelah mana tak stress nya, dok fikir pasal final exam yang tak lama lagi je akan menjelma. Lepas tuh belajar nya tidak pun. Baru hafal satu definisi terus krohh krohhh. So disebabkan nak menghilangkan stress yang ada dibadan ni, aku pun merajinkan diri untuk join contest nak KURUS dari abang Joegrimjow.

Actually aku pun tak tahu yang dulunya abang Joegrimjow ni dulu adalah seorang lelaki yang amat comel seperti didalam header sebelah kiri ini :-

Untitled

Lepas tuh bila di godek-godek baru lah aku tau yang abang Joegrimjow ni amalkan Herbalife. So sebab tuh dia jadi selim melim macam gambar dia yang sebelah kanan dalam header dia atas ni.  Serius rasa kagum gile sebab dia tersangat lah KURUS and handsome.

Aku dulu and jugak sekarang, ada jugak buat macam-macam usaha semata-mata untuk jadi KURUS. Aku pernah tak makan seminggu and just minum air je masa aku praktikal dulu. But then bila aku buat macam tuh, mak aku tegur muka aku nampak pucat and nampak letih je. Tuh semua sebab nak jadi KURUS punya pasal. Tapi lepas tuh, aku makan banyak balik sebab tak tahan lapar wei ! So macam mana nak KURUS macam abang Joegrimjow kan kalau semangat just hangat-hangat taik hanjeng kan !

Jenis badan aku ni kan. Kalau aku makan banyak mesti peha aku serta merta akan melebar dengan secara automatik. So memang akan nampak bawah badan aku ni nampak besar sangat-sangat.

Dalindareen4544

So sekarang boleh nampak kan macam mana tumbesaran peha aku berlaku dengan mendadak. Dah cukup tuh nak gelakkan aku ! Emak aku selalu cakap tau, kalau along nak KURUS, along kena jogging, baru peha tuh nampak kecil sikit. Kalau setakat diet tak makan, tak minum. Bahagian atas je lah yang kecil nanti. Bahagian atas ?? Bukan tutt ok. Hah ! Dah start nak melucah lah tuh kan fikir bukan-bukan. Bahagian atas yang aku maksudkan tuh adalah bahagian perut aku, bahagian lengan aku. Dah..dah ! Toksah nak fikir benda lain.

Bila dok godek-godek belog abang Joegrimjow, aku jadi semangat nak kurus. Tapi just sekarang je lah semangat. Kejap lagi maybe aku akan main masak-masak benda alah yang boleh menghasilakan lemak di peha aku ni.

Aku selalu dok bising dekat boipren aku yang aku nak KURUS macam abang Joegrimjow, Ok yang pasal aku dok sebut nama abang Joegrimjow dekat boipren aku tuh adalah rekaan semata-mata ok. Tapi boipren aku ni tak tahulah dia ni kenapa. Dia memang bantah habis-habisan kalau aku nak KURUS. Dia mesti akan cakap, sekarang ni dah ok dah so buat apa nak seksa badan lagi. So bila dah dengar boipren aku cakap macam tuh, aku startlah makan banyak balik. Huhuhuhu.

Dalindareen6818

Terima kasih kerana menerima saya yang tak seberapa nak KURUS ni. Hehehehe

So kawan-kawan silalah doakan saya yang tembam seperti ini menjadi selim melim dan KURUS seperti Megan Fox. Ehh salah salah. Seperti Abang Joegrimjow. Hehehehehe.

Dalindareen3070

Dengan Kuasa bulan :

BERTUKAR !!

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

megan-fox-90227002

Menjadi Megan Fox yang bertudung. Yeeehoo !

Bebboii !

Serius rasa macam nak cakap What the Fat ! Tengok kan dah tercakap.

Assalammualaikum !

Aku tak tahulah apa masalahnya dengan orang-orang yang nak cari untung dalam berniaga yang gunakan cara yang salah. Tak boleh ke niat nak berniaga tuh biar ikhlas barulah pelanggan pun suka and ramai nak beli dekat kita kan. Kadang-kadang tuh aku tak pahamlah dengan diorang ni. Tengok kan aku dah teremosi. So kalau korang nak layan emosi macam aku jugak. Mohh ler layan youtube ni dengan aku.

Air Ludah sebagai pelaris air soya !

Sorrylah kalau korang tak nampak apa kebenda alah nya minah dekat atas ni buat. Mula-mula tengok video ni pun aku macam blur-blur je. Yelah kan, kejap minah dalam video tuh hilang, kejap muncul balik, lepas tuh tunduk-tunduk dekat air soya tuh. Memang serius aku tak faham apa yang minah tuh buat. Yelah mana lah tau kot-kot dia dok bau air soya yang dia bungkus tuh kan. Kotnya basi, karang dia jugak yang menjawab nanti dekat customer kan. Betul tak ? Hehehehe !

But then bila aku buka dekat youtube and baca semua komen-komen yang ada untuk video ni, barulah aku faham cerita yang sebenar. Tapi kesahihan video ni tak dapat nak dipastikan betul atau tak. Yelah kan video yang dirakam ni pun macam blur-blur kan. So macam-macam spekulasi yang boleh orang buat.

Actually video ni nak tunjukkan pasal pendatang asing yang bergelar minah yang dok bantai meludah dalam setiap air soya yang dia bungkus tuh. Benda ni semua dia buat semata-mata untuk melariskan perniagaan dia. Ada jugak ehh orang yang buat benda alah ni. Tak rasa bersalah ke bagi orang minum air yang dia dok ludah tuh ? Lepas tuh yang aku pelik sangat. Larat pulak si minah dondon ni ludah satu-satu air soya yang dibungkus tuh. Tapi nak buat macam mana kan. Nak dapat banyak duit punya pasal, apa-apa pun sanggup kan. Video ni dirakam dekat area sekitar Bangi kot. Entahlah.

Dulu bff aku yang si Sab ni selalu cerita dekat aku, mak dia kalau jual karipap mesti akan letak inti karipap tuh penuh-penuh sampai karipap tuh gemuk. Ni semua sebab nak puaskan hati customer dan jugak nak pastikan adanya return customer. Kiranya mak si Sab ni tak kisah lah kalau rugi macam mana pun as long as karipap yang dia buat tuh customer suka and puas hati. So dekat situ kita dah nampak kan keikhlasan mak dia dalam berniaga ni.

Kadang-kadang aku macam geram kot sebab bila aku beli karipap mesti kulit dia je yang lebih, yang tang inti tuh mesti secoit je dia letak. Dahlah secoit, inti tak sedap pulak tuh. Hadoi, kau nak berniaga ke tak nak berniaga. Tapi nak buat macam mana kan. Adat berniaga dah memang macam tuh, so nak tak nak kita balun kan je lah. Asalkan perut kau kenyang kan. So moral of the story, berniaga kenalah ikhlas and jangan gunakan jalan singkat untuk dapatkan keuntungan. Sekian, sampai disini sahaja tazkirah saya ini.

Bebboiii !

CONTEST : Leen & Kyerull || Janggut vs Muncung

Assalammualaikum !

Dengan secara tiba-tiba aku semangat nak join contest yang dianjurkan oleh seorang mamat hensem bernama Kyerull & perempuan comel bernama Leen ! So mohh sini ramai-ramai dok join contest yang diorang buat ni. Serius happening contest ni sebab contestant pun semuanya gempak-gempak. So dengan berbekalkan sifat kejelesan dan kedengki, aku pun nak join jugaklah contest ni. Huhuhuhu

cONTEST 2

* Kepada sesiapa yang nak join contest ni boleh klik dekat gambar atas ni ok !

So gambar yang aku nak letak untuk contest ini adalah satu gambar yang memang akan buat korang termuntah hijau and rasa nak hentak-hentak kepala dekat dinding. So jeng jeng jeng ! Sila scroll sampai bawah kalau korang berani menanggung risiko. Hehehehe !

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

~

Tadaaaa !

Dalindareen2381

Gile over kan ! Dah tuh, jangan nak kutuk aku lebih-lebih.

So untuk memikat hati para juri, izin kan aku berpantun sepatah dua kata:

Ajak si mamat handsome Kyerull berenang-renang,

Si Leen yang comel silalah bagi aku menang !

Ekkk serius tak ada idea nak berpantun bagai. Yang aku mampu just pantun dua kerat je. Jadilah kan. Huhuhu. Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

Bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...