Assalammualaikum !
Sebelum aku menutup mata malam ni, izinkan aku mengupdate blog yang tak seberapa nak menggah ni. Cewahhh ! Sedih je bunyi nya kan. Bukannya apa, sebenarnya hari ni birthday bestfriend aku then dia pulak busy sangat kerja hari ni. Sampaikan mesej aku pun tak terbalas dek kerana ke-busy-an dia tuh. Tak apalah. Nak buat macam mana kan. Masing-masing dah ada kerjaya sendiri. Ahhh sudah sudah ! Jangan nak touching-toching dekat sini ! Stop cerita sedih dekat sini.
Masa tadi lah kan, sementara nak tunggu waktu berbuka masuk, aku dok lah menggodek-godek semua account friendster, myspace and tagged yang dah berkurun berabad lamanya aku tak bukak. Serius bila bukak-bukak, hah ! Amek kau. Punyalah banyak friend request, message, comment, gift bagai. Hahaha ! Kelakar lah pulak. Lepas tuh bila aku bukak message punya ramailah mamat yang agak desperate dok tanya nombor telefon. Siap ajak ehem-ehem pun ada. Hai dunia-dunia. Pantang tengok perempuan letak gambar cute sikit. Mulalah nak add. Lepas tuh kalau tak dapat add. Dok tanya and message, kenapa tak approve? Saya nak berkawan dengan awak. Hadui ! Sadis betul bunyinya.
Kalau tak silap lah kan, aku kenal myspace dulu dari friendster. Tuh pun aku buat account friendster sebab nak cari kawan-kawan sekolah aku balik. Kalau dekat myspace tuh macam susah nak cari sebab masing-masing guna nama samaran bagai.
Lepas tuh sampai pulak turn nak bukak balik semua album lama aku dekat myspace. Serius terbahak-bahak aku gelak sorang-sorang sebab gile budak-budak muka aku. Perasan time tuh kau lah paling comel sebab buat mulut itik. Lepas tuh bila scroll sampai bawah, berlambak orang komen. Alolo comelnya ! What the.. Serius aku rasa nak delete account myspace time tuh jugak. Kalaulah kawan facebook aku tengok mahunya dibahan aku balik ! Haiyoo. Disebabkan masa tuh masing-masing budak yang baru nak up, fenomena perempuan add lelaki yang handsome and lelaki add perempuan yang cantik dah jadi lumrah kehidupan myspace. Budak-budaklah katakan. So mehh sini aku nak share gambar-gambar aku dari zaman aku dekat myspace, friendster and tagged. Sebelum korang cakap apa-apa, aku nak warning dulu. Kalau nak gelak tuh pastikan aku tak tahu apa-apa ok ! Hahahaha.
Zaman Myspace !
Hah ! Gile edit kan. Masa ni kan budak-budak. Baru lepas SPM kot aku rasa. Time ni pun tak silap aku, bukan aku yang edit pun. Aku mana pandai nak edit-edit bagai. So yang jadi mangsa kawan Myspace aku lah. Nama dia Zul kot. Hahahaha aku pun tak ingat. Rasa macam nak nyorok je bila tengok gambar ni balik. Huahuahuahua. Gile malu aku tengok gambar ni.
Zaman Friendster !
Konon cantiklah kan ! Friendster ni tak silap aku, aku buat masa dekat poli. Entahlah aku pun tak ingat sangat. Masa ni baru pandai edit-edit. Masa ni toksah cakaplah. Kalau edit tuh manjang nak putihkan muka je. Kadang-kadang tuh macam over je putih dia. Ahh lantaklah kan asalkan nampak putih berseri. Hahaha ! Tembam tak payah cakaplah kan. Dah tahap maksimum dah ni.
Zaman Tagged !
Kan aku dah cakap, kalau edit tuh, melampau-lampau putihnya aku edit. Siap tulis caption dekat gambar si pari-pari. Ahhh tension pulak aku tengok gambar ni kan. Hahaha.
Dahlah wei ! Aku pulak rasa tension tengok gambar-gambar ni semua. Tapi yang penting, dengan adanya account myspace, friendster and tagged ni lah aku boleh kenal ramai orang and rapat sampailah ke zaman fecebook sekarang ni.
Oklah aku dah ngantok dah ni. Korang nak gelakkan aku pun, gelakkan lepas aku tidur tau. Hahaha boleh?
Oklah bebboiii !