Sunday, October 12, 2014

Masalah yang timbul apabila umur dah 24 tahun ke atas !

Assalammualaikum !

Malam-malam ni biasalah kan, lepas dah tengok running man then try lelapkan mata mesti tak berjaya langsung. So bergolek-golek lah kau atas katil tu sorang-orang kan. Kejap buat gaya kuak lentang, kejap buat gaya acah-acah macam baby dalam perut tu (bajet comel lah kan) *mata ke atas, tangan kat bahu*. Lepas dah tak tahu nak buat gaya apa, selak-selak majalah pulak kan. Susah sangat nak tidur kan. Kononnya Saturday night katanya. Buat apa nak tidur awal-awal kan. Relax dulu, esok ahad kot, nanti malam esok means ahad malam isnin tidur lah awal kan. Last-last tak tidur awal pun, sebab mata ni nak melayan running man lagi. Penyudahnya hari isnin mesti menguap-nguap macam nak terkoyak mulut dekat office. Ok itu masalah pertama yang timbul bila umur dah cecah 24 tahun ni.

Masalah kedua pulak kan, sekarang ni sorang-sorang kawan-kawan aku whatsapp. Ayat masing-masing lebih kurang sama je. Contohnya macam ni lah kan, 'kawan 1: Areen, bagi address boleh?' , 'Aku: Boleh..kenapa ehh ? (dah tahu sebenarnya si kawan ni mintak nak buat apa, tapi sengaja buat-buat tak tahu sebab nak kan kepastian, jeles pun ada sebenarnya, hahaha) 'Kawan 1: Aku nak bagi kau kad lah sayang oiit, nanti jemput tau, aku nak kahwin tarikh sekian sekian'. Aku pun macam biasa, dah siapkan skrip siap-siap, just wish congrats and bagitahu insyaallah akan datang kalau tak ada apa-apa halangan.

Lagi satu contoh aku nak bagi , 'Kawan 2: Areen, tarikh sekian-sekian kau free tak ?', 'Aku: Free je on that date, kenapa ehh? Kau nak ajak aku keluar ehh ?', 'Kawan 2: Haah memang nak ajak kau pun, datanglah kenduri kahwin aku tau, jangan tak datang pulak, kau dah cakap kan yang kau free. So seperti biasa, aku pun dengan skrip yang biasa sangat pun jawab, Insyaallah nanti aku datang ye. 

See see ayat memang masing-masing lain, tapi still untuk tujuan yang sama. Ehh kejap, kau tak happy ehh kawan-kawan kau nak kahwin. Melampau lah kan, kawan-kawan nak kahwin kau tak happy kan. Of course lah happy kan, kawan sepermainan dari kecil, main kat longkang sama-sama tup tup nak jadi isteri orang dah kan. Lepas tu kan, dah nature perempuan ni memang ada perasaan jeles, so normal kot bagi aku ada perasaan tu. Bukannya perasaan jeles yang membuatkan kau sampai nak benci kawan kau tu. Ehh tak ! Ni perasaan jeles+happy tau. Pelik kan ! Perasaan jeles+happy ni macam kau rasa kau nak kahwin jugak, kawan-kawan semua dah kahwin so kau nak jugak. Bestnyeee kahwin. Haa macam iklan Meggi tu. Faham kan apa yang aku try nak sampaikan? Kalau tak faham jugak, nanti PM aku personally dekat Facebook ehh ! Nanti aku explain detail.

Tu baru kawan-kawan aku, belum tambah lagi anak kawan-kawan emak and ayah aku. Boleh dikatakan every week memang ada je jemputan kenduri kahwin. Mana-mana tarikh yang aku free and tak clash dengan tarikh kelas aku, memang sedaya-upaya aku bawak emak ayah aku pergi. Macam tadi, baru je emak aku bagitahu yang anak jiran dia dekat kampung yang sebaya aku tu nak kahwin dah bulan November ni and dah jemput dah pun. Lepas tuh kan, ayat emak aku yang paling best aku rasalah kan, macam ni "Kiranya tinggal kakyong sorang je lah yang tak kahwin ni, anak kawan emak yang sebaya dengan kakyong semua nak kahwin dah tahun ni". Haa best tak ayat emak aku tu. Ok fine emak, nanti anak emak ni kahwin lah ye, jangan lah risau. Burghhhhh ! Daaaaa

Masalah ketiga yang kena hadap, biasalah kan, bila pergi kenduri mesti jumpa makcik-makcik kita yang jarang kita jumpakan, so ayat diorang macam biasalah kan, contoh macam ni, "Kakyong bila nak kahwin ni? "Kakyong bila pulak langsungnya ni?" Semua nak tanya benda yang sama tau. So ayat yang biasa aku balas balik, "Insyaallah, makcik doakan lah saya, nanti saya kahwinlah, tengah kumpul duit ni, duit tak cukup lagi". So sesiapa yang tanya aku, mesti aku akan jawab benda yang sama ok. Ini tak tipu, ini serius. Mihmihmih.

Sebenarnya kan, masalah-masalah aku ni semua tak adalah serius mana pun, cuma aku nak share lah kan, apa yang selalu terjadi dekat orang yang dah berumur macam aku ni. Semua orang akan hadapinya. Dulu masa time belajar, orang tanya bila nak habis belajar. Dah habis belajar, tanya bila nak kerja pulak. bila dah kerja, tanya bila nak kahwin. Then dah kahwin orang tanya bila nak ada anak pulak. Kan kan. Betul tak? Persoalan ni semua memang sampai bila tak kan habis. Kecuali bila kita dah tak ada dekat muka bumi ni, baru lah orang akan stop bertanya. Maybe. 

So nasihat aku, bila orang dah bertanya dekat kita tuh, jawab je lah dengan muka yang manis, lagi bagus kalau buat muka comel sekali. And lagi bagus jugak, siapkan skrip awal-awal and hafal siap-siap sebab kan, sometimes soalan-soalan dorang ni lagi susah dari soalan SPM. Memang tak ada soalan bocor langsung. Alah masing-masing dah pandai kan. Tak payah aku nak ajar lagi. Mihmihmih.Oklah ngantuk dah rasanya.


Feeling feeling princess. Acah-acah je pakai crown. Gambar lama sebenarnya. Hehehe.Orang tua-tua kata tak elok pakai benda ni kalau tak kahwin lagi. Takut tak ada seri nanti. Alah takpe aku bukan pakai crown pun time kahwin nanti, aku letak bunga raya terus kat atas kepala tu. Nak lagi rare, letak pasu bunga terus. Fresh lagi tau.

Oklah goodnight !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...