Saturday, April 30, 2011

contest : K.A.M.I. F.O.T.O.G.E.N.I.K

Assalammualaikum !

Hari ni aku nak merajinkan diri untuk update seberapa banyak entry yang boleh. Yelah balas dendam balik kan. Hari tuh masa exam aku tahan nafsu nak update belog yang tak semenggah ni sebab nak study punya pasal. So bagi memenuhkan entry aku ni, aku nak join contest Mr Vampire ni even tarikh dia dah nak tamat malam ni kan. Tapi aku nak join jugak !

1 copy

Sila klik gambar atas ni kalau nak join ok !

So gambar-gambar aku untuk contest ni adalah..jeng jeng jeng !

Dalindareen5688

Gambar Solo !

197549_1488594594120_1811630450_915727_4172440_n

Gambar Duo !

Dalindareen6953

Gambar ramai-ramai !

So untuk menghangatkan lagi contest ni, aku nak tag kawan-kawan aku yang sememangnya hot dan vogue gitewww ! Mereka tak lain tak bukan adalah :-

Kami rasa kami patut menang contest ini kerana saya dan rakan-rakan yang lain teramatlah pandai untuk berposing sakan ok ! So kalau kami dipilih sebagai pemenang, ternyata diri kami ini tersangatlah bertuah kerana diberi peluang untuk menang. Wahh ! Gile skema ayat aku kan. Lagi aku nak cakap, kalau kami rasa kami patut menang sebab kami rasa diri kami ni semua cute-cute. Sorry sebab kami sedikit poyoss dekat sini. Yelah kalau bukan kami yang puji diri kami sendiri, siapa lagi kan. Hukhuk !

Terima kasih sangat-sangat kepada Mr. Vampire sebab anjurkan contest ni. Bagi aku contest ni memang the best sebab aku boleh sesuka hati sesedap gigi aku tempek gambar yang aku rasa lawa. Padahal tak adalah lawa mana pun kan. So oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

Bebboii !

Akhirnya masa perpisahan akan tiba juga ! Uwaaa ~ aku sedih !

Assalammualaikum !

Gile lama kan aku tak update belog yang tak semenggah ni sampaikan setiap kali aku online and tengok entry yang sama je dekat belog aku ni. Aku dah naik menyampah. Mesti korang rasa macam tuh jugak kan. Actually sekarang ni dengan secara rasminya, aku dah habiskan diploma aku selama tiga tahun. Gile sedih sangat aku rasa sebab kawan-kawan yang aku nangis sama-sama, gelak sama-sama, bersengkang mata tengah malam untuk siapkan final projek and assignment sama-sama, kawan yang keluar sama-sama. Akan aku tinggalkan dalam keadaan yang aku memang betul-betul tak bersedia. Tapi nak buat macam manakan. Sorilah korang sebab aku terlebih emosi pulak dalam entry yang satu ni.

So masa lepas last paper untuk semester enam hari tuh, kelas aku buatlah sesi fotografi beramai-ramai. Aku lepas dah tangkap-tangkap gambar je terus nangis-nangis peluk kawan sekelas. Bukan apa wei ! Nanti dah tak jumpa kot.

Dalindareen6939

Masa ni aku still boleh senyum-senyum lagi sebab dah kata nak ambil gambar kan. So kita kena lah happy kan diri yang gundah gulana ni. Dahlah masa ni aku macam frust sikit sebab last paper aku tak dapat buat. Tapi aku still kuatkan semangat semata-mata nak berfoto gedik dengan classmate aku punya pasal.

Dalindareen6942

Bff ku sepanjang hayat si Wani tersayang and satu-satu nya chinese friend yang aku ada, Ong ! Dulu dalam kelas aku ada dua orang Chinese boy tapi sorang lagi dah meninggal sebab accident masa aku semester lima. So si Ong ni lah yang selalu jadi tempat aku nak mengumpat. Huhuhu. Jangan main-main ok. Ong ni pun boleh tahan jugak melayan kalau pasal mengumpat ni. Hahaha !

Dalindareen6943

The best boyfriend of me ! Serius aku akan merindui kau Jie sebab dari tak rapat, kita jadi rapat and lepas tuh tak rapat balik. Hahahaha ! Jie ni dulu masa aku semester dua and tiga boleh dikatakan kawan lelaki yang akan sentiasa ada walau di mana je aku berada. Boleh dikatakan semua benda dulu aku buat dengan dia sampaikan boipren aku pun jealous dengan dia. Even masa aku praktikal dulu pun, si Jie ni sanggup datang Seremban semata-mata nak keluar dengan aku. Tapi entah apa silapnya, lepas je semester lima aku dah start tak rapat dengan dia. Keluar pun dah tak selalu dengan dia. Kalau dulu aku selalu sangat bergayut dengan dia dekat telefon, tapi lepas semester lima, mesej pun dah kurang dengan si Jie ni. Tapi serius, aku akan merindui kau wahai Jie tersayang a.k.a skandal aku yang memang tak ada perasaan dekat aku. Hehehe !

224616_1540256325631_1811630450_983891_2377639_n

My classmate ! Kelas Diploma Pengurusan Hotel and Katering 6C ! See boleh nampak kan macam mana terpupusnya budak lelaki dalam kelas aku ni. Nampak tak lelaki yang betul-betul duduk dekat tengah-tengah barisan nombor dua? Yang pakai cermin mata tuh. Hah ! Yang tuhlah PA kelas aku and kalau nak senang faham maksud PA tuh, kiranya time sekolah dulu macam guru kelas kita lah. Credit to Cik Pelangi yang comel for the most beautiful capture ! Hehehehe.

225228_1540259525711_1811630450_983898_8077717_n

Serius saya akan merindui kalian semua ! Jumpa lagi di masa hadapan.

222412_1539633310056_1811630450_983126_4100999_n

228519_1539619029699_1811630450_983085_2165356_n

221904_1539622229779_1811630450_983096_5756016_n

229236_1539636070125_1811630450_983132_4326513_n

229524_1540214684590_1811630450_983832_3289339_n

225764_1539631029999_1811630450_983119_8265263_n

225854_1539631350007_1811630450_983121_5397793_n

Special song dedicated for all of you !

Bruno Mars – Count On Me !

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh


If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you


Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah


You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye
You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh
You can count on me 'cause I can count on you

Bebbboii !

Monday, April 25, 2011

Lagu-lagu yang mempunyai sentimental value bagi aku dari zaman aku sekolah sampailah sekarang !

Assalammualaikum !

Walawei ! Lamanya aku rasa aku tak update belog yang tak semenggah ni kan. Bukan apa, sekarang ni memang aku dok pulun study. Hah ! Jangan main-main kalau aku dah ada mood nak study. Malam tadi lepas balik study group dengan bff tersayang, aku dok pulun study sorang-sorang balik. Serius aku nak up kan pointer aku semester ni wei !

So bila kita dah dok main pulun-pulun, so tension or stress pun memang akan menjelma tak kira masa. Disebabkan nak hilangkan semua ni, lagu-lagu yang ada sentimental value lah yang menjadi peneman hidup ni. So mehh sini aku nak share lagu apa yang aku layan start aku sekolah sampailah sekarang ni. Hehehehe.

Tercipta untukku-Rossa ft Ungu

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu hadir dan temani aku
Disetiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu hadir dan temani aku
Disetiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu ku slalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

[Rossa]

sungguh hanyalah dirimu yang aku cintai
dan sungguh ku kan disisimu hingga ku mati...

Actually lagu ni memang terkesan lah dekat diri aku. Yelah masa aku frust dulu pun aku layan lagu ni. Bila tengah bahagia pun aku layan lagu ni. Memang tak boring langsung. Aku pun tak tahulah kenapa kan. Tapi maybe faktor Pasha Ungu yang nyanyi kot. Tuh yang jiwa aku dok melekat dekat lagu ni je. Hahahaha !

So bila dah besar sikit. Aku layan lagu dekat bawah ni. Memang taksub gila aku dekat lagu ni. Kalau dalam handphone aku, lagu ni memang tergolong dalam lagu Most Played lah ! So jom kita layaann ~~~~

OST Lagenda Budak Setan-Bila Cinta

Bila cinta kini tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Yang ku sambut itu dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi tinggalkanku

(Korus)
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan

Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Ku kan setia di mana tempatmu
Yang ku dapat hanyalah bayangmu

(Korus)
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan

Serius aku akan feeling habis-habisan bila dengar lagu ni. Biarlah orang nak cakap apa pun, tapi memang lagu ni akan aku dengar berkali-kali. Sampai roommate a.k.a bff aku si Wani pun dah hafal lagu cerita Lagenda Budak Setan ni. Hahahaha cayalah kan !

So oklah aku nak pergi study balik ni, petang dengan malam akan dipenuhi dengan nota-nota je. Doakan aku ehh kawan-kawan supaya dapat buat esok. Hehehehe.

Bebboiii !

Sunday, April 24, 2011

Siapa kenal dengan Vera Wang ? Semua gaun pengantin dia buat semuanya gorgeous !

Assalammualaikum !

Ya Allah pemalasnya aku nak study ! Apa nak jadi dah ni Areen oiiit ! Tadi kau layan game Zomba zombie. Sekarang ni dok update belog balik pulak. Kalau mak aku baca ni, mesti dia cakap “ Along ni tak study ke ? Mak tengok asyik online je !” Hadoii ! Memang naya kalau mak aku online tengah-tengah malam kejap lagi. Mak ! Sorry mak. Bukan along tak nak study, tapi mood tak datang lagi. Kalau mood dah datang, memang tak berhenti-henti along study mak. Betul ~~ Along tak tipu mak ! Hahaha motif nak buat short message untuk mak aku dekat sini kan !

So aku nak tanya. Siapa yang kenal dengan Veraa Wang ? Jangan korang fikir dia adalah seorang pembuat duit yang tegar pulak. Hal tuh memang tak ada kaitan dengan nama dia. Tapi seriously dia memang seorang yang rajin bekerja. Wah Areen ! Kau cakap macam dia tuh sepupu belah mak kau  yang paling kau rapat je kan ! Poyo lah lu matt.

Actually Veraa Wang ni adalah seorang pereka baju pengantin yang memang vogue de vasss ! Serius aku tak tipu. Aku kenal dia pun masa aku tengah syok layan cerita Oprah Winfrey Show. Masa tuh ada pasal Veraa Wang ni lah. Semua tahu kan yang Oprah yang sememangnya seorang jutawan, suka sangat buat amal jariah kan. So disebabkan masa tuh Veraa Wang ni datang and bawak semua koleksi baju pengantin dia. Oprah ni suruh lah audience yang tak lama lagi akan berkahwin dekat rancangan tuh, untuk bangun. Dekat limapuloh orang penonton lah yang bangun. Kau nak tahu apa Oprah buat dengan diorang ? Oprah bagi setiap limapuloh orang ni hadiah gaun pengantin Veraa Wang. Gilelah syiokk ! Dahlah satu gaun Veraa Wang ni sama dengan harga sebijik kereta Porsche or Ferrari kau tahu ! Gile bertuah semua limapuloh pengantin tuh.

So mehh sini aku nak tunjukkan muka Veraa Wang tuh ! yelah mana lah tahu korang teringin nak  tempah gaun pengantin dekat dia kan. Nanti bila dah tengok gambar, senanglah nak contact-contact kan. Cehhh !

images (18)

So inilah dia yang dinamakan Veraa Wang. Serius masa dia datang Oprah Winfrey Show tuh, nampak macam tak percaya yang dia ni fashion designer. Nampak simple gile lah ! So mohh aku nak tunjukkan koleksi gaun pengantin yang dia buat. Jeng jeng jeng jeng…

vera-wang-wedding-gown-lace-green-ribbon

Ohhh mana pergi kepala saya ! Hehehehe. Kalau aku, aku memang pantang tengok baju yang ada riben-riben ni. Rasa terliur je aku tengok. Boleh ? Hahahahaha !

vera-wang-fall-2010-wedding-dress-2

Kan aku cakap aku pantang tengok baju yang ada riben-riben ni. Mula-mula dulu, aku ingat masa malam Annual Dinner pra-graduan aku dulu, aku nak pakai macam ni. tapi bila fikir bilik. Macam mana agaknya aku nak bawak kereta ehh. Dahlah aku ni driver ! Cettt. Mahunya pintu kereta tak boleh tutup kan.

vera-wang

Kalau aku lah kan beli baju Veraa wang ni. For sure duit PTPTN aku nanti, sampai aku mampos pun tak dapat bayar balik. Hari-hari makan nasi dengan kicap dengan lauk ayam dengan telur goreng. Wah ! Tak nampak macam menu orang yang tak ada duit je Areen. Hahaha

4PurpleVeraWang1

Gaun pengantin yang berwarna ceria ! Serius cantik. Kalau tak tuh, kita tengok most of wedding dress mesti warna putih kan. Tak pun warna cream kan. So disebabkan nak lain daripada yang lain, Vera Wang ni buatlah warna lain pulak. Hehehe

vera-wang-wedding-gowns

See see cantik kan ! Nampak sweet je kan. Aku sukalah. Eleh Areen, kau tembam berangan pulak nak pakaikan. Hei der ! Biarlah akan aku nak berangan ke hape ke kan ! Yang penting aku ada inspirasi untuk kurus. Paham ! Emosi tiba-tiba kan.

vera-wang-white-mermaid-fall-wedding-dresses-4

Cantiknya, cantiknya, cantiknya ! Gaun ni nama apa entah dia. Tapi ada mermaid mermaid lah belakang dia. Biarlah apa-apa pun nama dia kan. yang penting memang gorgeous gila wei !

vera-wang-wedding-dresses

Actually aku suka dengan gaun kembang sebab aku suka bila ada gaun yang sorokkan peha aku yang besar ni. So bila pakai gaun macam ni, bolehlah feeling-feeling selim melim kan. Hahahaha Boleh ?

Oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi. Kalau mak aku baca entry ni mesti dia cakap aku dah gatal nak kahwin tau.

Oklah bebboii !

Saturday, April 23, 2011

Segmen : Saya nak jadi kawan vespa degil !

Assalammualaikum !

Nampak benor nipunya kan ! Tadi aku cakap aku nak study kan, tapi sekarang ni tangan aku tengah galak nak update belog yang tak semenggah ni pulak. Adoi !! Sila berhentikan ketagihan aku ni. Aku nak study ni wei ! Tadi masa lepas update, aku tengok ramai pulak yang singgah dekat belog aku. Rupa-rupanya sebab Abang Ben yang handsome tuh ! Hehehe.

Tapi sekarang bukan nak cerita pasal Abang Ben yang handsome tapi aku nak cerita pasal Abang yang ada Vespa comel sangat-sangat ni. Hehehe.

vespa degil friend

Kalau nak join sila tekan gambar bawah ni atau link yang aku bagi dekat bawah kejap lagi ok !

>   >    >    >   >    >   >  TEKAN    <   <    <   <    <    <  

Actually aku baru je kenal dengan Abang Vespa ni and yang aku nampak lepas baca entry-entry dia yang lepas, dia seorang yang baik and aku rasa boleh jadi kawan aku. Hehehe. Tuh pun kalau Abang Vespa nak jadi kawan aku kan. Kadang-kadang aku suka baca blog dari golongan lelaki sebab diorang ni memang ssesuka hati sesedap gigi akan bagi pendapat masing-masing. Even kadang-kadang pedas tapi memang best bila baca.

Macam belog Abang Vespa ni, dia memang tersangat baik. Sebab apa aku cakap dia baik? Sebab dia follow aku dulu and lepas tuh barulah invite aku untuk join segmen dia. Auwww ! Terharu gile lah. Hehehehe. So dekat sini aku nak cakap dekat Abang vespa yang comel ! Terima kasih sangat-sangat sebab follow Areen Tembam ok ! Tengok dari gaya penulisan Abang Vespa, tak mustahil lepas ni abang memang akan jadi famous amos macam Abang Ben ! Hehehehe. Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

So aku nak tag kawan terbaik saya abad ini : Cik Pelangi !

Bebbooii !

Korang pernah tak ada abang angkat, adik angkat, or kakak angkat ? Terangkat tak ? Huhuhu !

Assalammualaikum !

Huh ! Gusi yang membengkak secara tiba-tiba buatkan aku malas nak senyum, malas nak bercakap and malas lah nak kacau bff aku. Sakit yang amat sampaikan rasa macam nak lempang je orang. Tadi aku tanya bff aku si Wani, dialognya lebih kurang macam ni lah bunyinya:-

Areen Tembam: Wei Wani sakitnya gusi aku ni. Nak lempang kau boleh tak ?

Wani si Bff : Kau lempanglah aku ! Aku lempang kau balik nanti.

Haiyoo semnejak dua menjak ni, Bff aku ni semakin mengganas dengan aku. Kejap-kejap cubit aku, kejap-kejap tampar aku. Entah kenapa entah. Tahulah dah nak habis belajar kan. Kalau ye pun nak balas dendam, janganlah sampai macam tuh sekali kan. Huhuhu.

Oklah panjang bebenor dah aku ni melalut. Mehh sini aku nak tanya. Korang dulu time sekolah ada tak abang angkat or adik angkat or kakak angkat ? Cecite kat aku. Ok mohh le aku cerita. Dulu time sekolah agama Port Dickson dulu, aku adalah seorang kakak angkat tau. Tuh pun kakak angkat aku siap nak hantar notes bagai dekat aku sebab nak suruh aku ni jadi adik angkat dia. So bila dah declare tuh, memang rasa heaven gila lah. Sebabnya aku selalu dapat makanan macam coklat Cadbury. Lepas tuh dekat kertas pembalut tuh mesti ada ucapan dari kakak angkat aku tuh. Auwww ! Memang sweet gile. Kalau dia balik rumah dia, mesti dia akan bawak untuk aku makanan yang dia masak. Memang nak cakap aku gemuk sebab makanan yang dia bagi tuh je lah.

symbol-sign-male-female

Hah ! Yang tuh cerita pasal kakak angkat, mohh dengar pasal abang angkat aku pulak. Dulu masa dekat sekolah agama, kalau lelaki dan perempuan ada hubungan apa-apa. Memang siaplah kau ! Ustaz aku siap buat surat cerai tuh yang tak tahan. So aku dulu ada lah jugak admire dekat seorang abang dari kumpulan nasyid sekolah aku yang memang top lah jugak dikalangan junior-junior macam aku. Aku pandang dari jauh je lah sebab kawan-kawan aku boleh dikatakan semua minat dia.

Satu hari ni, masa tuh aku tengah training netball, aku dulu wakil sekolah and negeri tau. Nada riak kejap. Tapi kalau korang tengok badan aku sekarang mesti tak percaya yang dulu aku ni budak sport kan. So berbalik kepada cerita, masa aku tengah training tuh, abang nasyid yang aku minat tuh pun turun padang jugak. Memang dasarlah ! Yelah ambil kesempatan tengok perempuan terlonjak-lonjak and terlompat-lompat kan.

Then masa tuh boleh dikatakan semua budak netball main dalam keadaan yang ayu nak mampus sebab abang nasyid tuh ada termasuklah dengan aku. Cett ! Entah apa-apa je kan. Sampaikan cikgu aku dok jerit-jerit suruh kejar bola pun, aku still berlari dalam keadaan ayu. So korang bayangkanlah, budak yang tengah berlengas dengan peluh, berlari sambil tunjuk ayu. You got what I mean? Hahaha. Serius memang buruk nak mampos ! Then abang nasyid tuh berambus dari situ sebab cikgu aku suruh. Hahahah keciwa !

Masa dah habis training ni, ada seorang abang nasyid yang kawan kepada abang nasyid yang aku minat tuh panggil aku. Aku macam nervouslah jugak kan. Then abang nasyid tuh bagi aku seketul coklat Cadbury yang paling besar gedabak tuh. Masa tuh kalau kau dah dapat coklat Cadbury dari seorang lelaki dekat sekolah aku tuh, memang kau akan faham terus yang abang tuh nak jadikan kau adik angkat or girlfriend dia. Aku time tuh memang frust habis lah sebab bukan abang nasyid yang aku minat tuh bagi coklah dekat aku. Tapi kawan dia pulak yang bagi. Masa tuh mentality budak-budak yang baru nak up macam aku akan cakap, alah, abang tuh tak handsome. Tak nak lah buat abang angkat ! Serius what the fat wei aku time tuh ! Hahaha.

Picnik collage

So korang bayangkan macam ni lah ! Aku nak abang nasyid yang hot dan handsome macam Pasha ungu yang sebelah kiri tuh. Tapi sekali dapat abang nasyid yang muka macam unknown person macam sebelah kanan tuh. Kau rasa kau kuciwa tak time tuh? Hahaha. Masuk-masuk je dorm semua kawan aku tanya kenapa muka aku masam and masa tuh jugak aku bagi kawan-kawan aku coklat yang abang nasyid tuh bagi. Siap suruh diorang habiskan lagi. Huhuhu tak boleh tahan.

Sekali tuh satu dorm aku menjerit and kecoh-kecoh. Semua terus terkam aku and siap cakap and melaung-laung “ Aku tak percaya !!”. Gile ke hape ! Masa tuh jugaklah baru aku tahu dekat pembalut coklat tuh ada ucapan yang abang nasyid tuh tulis. Yang buatkan aku lagi terkejut, bukan abang nasyid yang sebelah kanan tuh yang bagi. Tapi sebenarnya abang nasyid yang muka macam Pasha Ungu tuh yang bagi. Kawan aku ada yang siap tak nak bertegur dengan aku lah bila aku declare dengan abang nasid tuh. Yelah, tak boleh terima kenyataan punya pasal. Hahaha. And aku memang betul-betul terangkat dengan dia sebab aku declare dengan dia as couple sampailah aku form 5. Sekarang pun, even dah tak ada apa-apa, dia still contact aku and chating-chating dengan aku dekat FB.

Bila dah masuk Form 4, aku tukar sekolah teknik pulak. Masa ni kalau ada relationshiop dengan kakak angkat and abang angkat, aku rasa macam extreme sikitlah. Yelah dulu masa aku dekat sekolah teknik, kakak angkat aku sepanjang masa nak dating dengan aku dekat tangga asrama. Abang angkat aku pulak, tak habis-habis call aku. Ouppss ! Kantoi dekat asrama bawak handphone kan. Hehehe.

Tapi aku rasa ada kakak angkat, abang angkat and adik angkat dekat sekolah agama lah paling best. Sebabnya kakak and abang aku memang take care gila dekat aku. Even adik angkat aku pun siap bagi makanan macam-macam dekat aku. Haiishh ! Muka aku ni agaknya memang mintak simpati makanan je lah kan. Hahahaha.

Sorilah ehh ! Kali ni entry aku memang panjang sangat. Aku tahu mata korang pun dah berpinar kan. Oklah aku dah nak start pulun study balik. Doakan aku ehh !

290520101661

Bebboiii !

 

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !

Assalammualaikum !

bersantai8

Siapa yang rajin nak join segmen abang Ben handsome ni boleh klik dekat gambar atas ni ok ! Atau pun tekan dekat link bawah ni ok !

>     >     >      >      >       >       >       >       >  TEKAN

Soalan yang perlu dijawab dengan mudah dan tanpa ragu-ragu sambil korek telinga adalah seperti dibawah :-

Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog ? Dan sumber inspirasi anda?

Actually dunia blogging ni aku dah start lama dah since 2008 and masa tuh yang jadi inspirasi aku untuk jadi semangat gile buat belog ialah insan terpilih dekat bawah ni :-

Untitled

Blog Kak Yenadey !!

See see cute kan blog kak Ynaa ni kan, sama dengan tuan punya belog ni. Dulu aku memang excited sangat nak buat belog sebab bila baca semua cerita yang kak Ynaa tulis, rasa macam terbang-terbang di awangan. Kejap rasa nak menangis, kejap rasa nak tergelak. Masa tuh kak Ynaa dia gunakan Blogspot lagi. So masa tuh dia memang banyaklah cerita pasal life dia dengan ex-tunang dia. Memang sweet gile. Sampaikan masa Kak Ynaa ni cerita kenapa dia putus tunang, aku siap dok sreettt sreettt sedut hingus sebab menangis sekali. See ! Boleh nampakkan macam mana dia bagi pengaruh yang besar dekat aku dalam dunia belog ni.

Now, dia dah pakai wordpress. And aku still suka semua entry yang dia update. Kadang-kadang dok tertunggu-tunggu bilalah dia nak update entry baru. Kak Ynaa ! I love u. So stop sampai sini je story mory !

17155_281592222474_119697087474_3550828_3284938_n

Untuk kak Ynaa, sorry sebab copy gambar akak dari FB akak. Apa-apa pun akak akan sentiasa menjadi sumber inspirasi kita dalam dunia blog ni. Terima kasih banyak-banyak sebab sedikit sebanyakbagitahu macam mana life berblogging ni. Semoga akak sentiasa hidup dalam keadaan yang ceria. Aminn !

Bebboiii !

Friday, April 22, 2011

The Finale Episode of Doraemon ! Sob sob sedihnya. Cer tengok !

Assalammualaikum !

Malam ni memang perasaan aku bercampur-aduk diantara rasa happy and sedih. Huh ! Macam mana tuh boleh rasa dua perasaan dalam satu masa kan. Entahlah lately ni aku rasa macam-macam yang aku dok fikir dalam kepala hotak ni. Kadang-kadang aku rasa aku macam dah jadi orang lain je. Ehhh ! Tak faham ehh korang. Takpelah ada masa nanti aku cerita. Tapi yang penting aku bukannya jadi alien or whatsoever. Aku still manusia, just perasaan ni je. Apa kau merepek ni wei Areen ! Yelah yelah aku tak cakap apa-apa lagi. Cettt !

Tadi aku dok godek-godek youtube sebab nak cari cerita kartun Sailormoon punya pasal. Tapi last-last aku terjumpa cerita pasal Doraemon. Mesti korang akan cakap macam ni kan. Eleh kalau setakat cerita Doraemon, aku pun pernah tengok. Siap ada koleksi DVD lagi tuh. Ye aku tahu kau hebat ! Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal final episod cerita Doraemon ni.

Actually aku sebenarnya tak tahu pun pasal kewujudan final episod Doraemon ni. Yelah aku mana layan sangat Doraemon ni. Yang aku layan Sailormoon je. Tapi entah kenapa bila aku tengok final episod Doraemon ni. Aku rasa sedih sangat. So aku nak bagi korang tengok dulu. Nanti komen lah ehh !

Sedihnya- Final Episod Doraemon !

Bila aku dah tengok cerita Doraemon ni, aku rasa macam sedih sangat ! Aku pun tak tahu kenapa emosi aku terlebih sangat sampaikan meleleh air mata aku. Seorang kawan sanggup bersusah payah untuk kawan rapat dia. Aku rasa bersyukur sebab aku ada seorang kawan yang sanggup buat macam-macam untuk aku. Tapi lepas dah habis Diploma ni, masing-masing dah bawa haluan sendiri. Tak dapat dah aku nak menangis depan dia, nak mengumpat dengan dia, nak menyanyi dengan dia, nak baca komik dengan dia. Yang paling penting, aku akan rindu semua yang ada dekat diri dia.

Aku harap sangat, kalau aku ada rezeki untuk sambung degree nanti, Tuhan akan bagi aku kawan yang betul-betul exactly the same macam kawan aku yang satu ni. Amin ! Dah lah, tuh yang aku malas nak layan sedih ni. Memang aku akan jadi teremosi lebih je. Oklah tak tahu nak cakap apa lagi. Aku nak pergi layan cerita Sailormoon.

Bebboii !

Pernahkah kamu-kamu semua melihat hantu ? Grrr…. !

Assalammualaikum !
Actually entry ni aku taip malam tadi. Tapi disebabkan rasa seram semacam je tengok gambar hantu sorang-sorang. Aku pun tak jadilah nak publish malam tadi. Bff aku si Wani pun dah tidur. Karang mana tau kan bila aku tengah-tengah update, ada orang ketuk pintu bilik aku ke, ada benda merangkak-rangkak datang dekat aku ke. Haiishhh ! Seram pulak difikirkan even sekarang ni siang and panas nak mampos !

So aku nak tanya korang, korang pernah nampak hantu tak? Honestly, aku memang tak pernah langsung nampak benda alah macam ni. Kalau setakat dengar bunyi yang menakutkan tuh ada. Tapi kalau nampak benda alah ni, memang Tuhan tak bukak lagi mata aku untuk tengok benda-benda seram ni. Cett ! Jangan korang pergi doakan pulak supaya tengah-tengah malam karang aku nampak benda alah yang tak sepatutnya pulak. Memang aku menangis malam karang ! Aku nak exam ni wei. Motif tiba-tiba kan. Hahahaha.

Orang pernah cakap, kalau Tuhan dah bukakkan mata kita untuk tengok benda alah tuh semua, memang lepas tuh kau akan senang nampak benda alah tuh. Even kau memang tak nak pun tengok. Tapi sekali kau dah pernah nampak, memang lepas tuh akan selalu lah kau nampak. Aku dengar cakap orang jugak yang sekali seumur hidup kita, mesti kita akan nampak benda alah tuh. Hei ! Kalau boleh aku tak nak lah. Mintak-mintak dijauhkan. Sebab aku ni penakut kot. Tengok cerita Ngangkung pun aku dah tutup mata, apa lagi kalau tengok secara life kan. Huhuhu.

hantu-sekolahan


Saja je nak tempek gambar-gambar ni. Biar bagi effect seram sikit di siang-siang hari. Hehehe. Kalau aku lah yang berada dalam gambar ni. Memang aku tak akan simpan gambar ni. Tak pun aku potong je bahagian yang menyeramkan tuh. Yelah buat apa kalau kita tengok gambar, kita sendiri rasa takut. Elok-elok sepatutnya kau tengok gambar tuh rasa happy je, alih-alih rasa seram pulak kan.


hantu361

Hah ! Yang ni pun aku rasa memang bagi effect seram nak mampos dekat aku. Manalah tahu time tuh ada angin and tutup muka perempuan tuh dengan rambut kan. Tapi aku still rasa seram jugak.


foto-hantu-suster-wanita-kuntilanak


Wei kaki dia terapung wei ! Ahhh even siang macam ni pun, segala bulu dekat badan aku ni dah tegak semacam je. Serius takut gile. Macam mana ehh orang yang tangkap gambar tuh rasa. Tak rasa nak terkencing and nak bakor ke ? Ke dia rasa macam tengok cerita Khurafat je. Jerit-jerit and lepas tuh tutup mata and tutup telinga. Ehh ! Tuh macam gaya time aku tengok cerita Khurafat tuh je.


hantu3551


Mostly gambar-gambar yang aku google semua nya datang dari Indonesia. Negara lain tak ada pulak aku tengok. Ke hantu Indonesia dah datang dekat Malaysia and merebak-rebak pergi seluruh negara. Entahlah. hehehe

Tapi kalau tengok dalam gambar ni pun, tak mustahil dekat belakang tuh memang betul-betul manusia kan. Yelah kadang-kadang orang boleh salah anggap sebab perasaan takut tuh dah menebal dalam diri tuh.

Kalau boleh aku memang mintak dijauhkan dari nampak benda ni semua. Cukuplah aku tengok dalam gambar yang macam ni je. Tak sanggup aku nak tengok secara life. Tapi kalau lah aku ternampak secara life. Aku harap time tuh Tuhan kuatkan semangat aku. Serius aku ni penakut sangat wei ! Adik aku boleh dok gelak-gelak bila aku tutup muka dengan jari and siap tutup telinga sekali. Memang dasar ! Oklah aku nak pergi mandi ni. Doakan aku selamat ehh ! Ekk motif.
Bebboiii !

Thursday, April 21, 2011

Tak menang contest pun tak apa, asalkan aku shortlisted ! Hehehehe.

Assalammualaikum !

Wah masing-masing kemain ehh ! Aku tengok dok online memanjang je. Mentang-mentang esok tak ada paper final exam untuk di conteng-conteng. Beronline sakan ye gamaknya. Yelah mana tak nya, sekali aku bukak Facebook aku tadi, seratuslimapuloh orang yang online. Hah ! Gile tak gile. Bila aku bukak nak tengok siapa yang online. Naik jammed fb aku tuh. Eleh, baru seratuslimapuloh dah kecoh nak mampos kan kau Areen ! Aku ni seribulimaratus orang yang inline tak kecoh pun. Wei der, aku bukan nya ramai sangat pun friend dekat facebook ni, so bila nampak seratuslimapuloh yang online. Rasa excited tuh tergedik-gedik keluar. Kau ado ? Nan hado yolah.

Actually tadi aku baru bukak nuffnang and Alhamdulillah, buffered earning aku bertambah walaupun belog aku ni tak adalah semenggah yang mana pun. Duit pun semakin hari semakin naik. Tak ku sangka semua ini akan berlaku. Ni semua sebab contest Nak Kurus ! yang aku join hari tuh. Hari ni ramai bebenor yang aku tengok datang belog aku. So bila godek-godek balik, barulah aku tahu yang aku shortlisted untuk contest tuh. Even tak menang tapi dah jadi finalist pun kira oklah kan. Cehh poyo ! Bagi sesiapa yang nak tengok siapa pemenang bagi contest ni bolehlah klik dekat link yang aku bagi dekat bawah ni ok !

>     >     >      >       >        >       >      >     >TEKAN

Bagi aku pemenang bagi contest ni memang patut menang pun sebab dia memang kreatif gile buat essay bagai. Dah macam pertandingan membuat cerpen pun ada jugak. Aku pun tak retilah nak buat macam tuh. Kepada Abang Joegrimjow ! Terima kasih banyak-banyak sebab buat contest ni. Nanti buatlah contest banyak-banyak lagi. And for sure aku akan masuk and rasuah abang Joegrimjow tuh untuk menang. Hehehehe !

So ok lah aku tak tahulah kenapa malam ni, perut aku bergelodak semacam. Macam ada alien yang dok beranak-pinak dalam perut ni. Tak dapat aku nak cerita berapa kali dah aku masuk toilet. Hehehe. Oklah tak tahu nak cakap apa lagi.

10421_144959486355_125396766355_3186485_4461474_n

Motif letak gambar ni ! Saja je sebab aku minat tengok taik lalat dia. Alah aku tahulah dia dah tunang, tak kan letak gambar pun tak boleh. Adoiyai !

Bebboiii !

Tuesday, April 19, 2011

Betul ke makanan Korea yang dekat Seoul Garden tuh sedap ? Bagitahu aku sat !

Assalammualaikum !

Actually aku memang nak update belog yang tak semenggah ni dari tengah hari tadi. Tapi aku biarkan je jadi draft sebab start tengah hari tadi aku dah pengsan sampailah ke petang tadi. Memang gile lah lama aku tidur. Ni semua sebab exam punya pasal. Satu hari aku tak tidur sebab dok menghafal semua nota-nota tuh semua. Alhamdulillah satu paper iaitu Human Resource Management dah lepas dah ! Subjek yang memang killer nak mampos. Lepas ni lagi banyak subjek killer yang aku kena hadapi. So kawan-kawan silalah doakan aku ehh.

Hah ! Aku nak tanya pasal satu benda ni. Betul ke makanan dekat Seoul Garden atau dipanggil Taman Seoul ni sedap nak mampos ehh ? Aku tak pernah makan tapi bila dengar kawan-kawan aku cerita, aku pun jadi teringin nak makan. Cakap je lah apa-apa pasal makanan, sure aku orang yang first akan berminat nak dengar cerita kau. Hehehe.

Hah ! Ni lah tempat yang aku dok gebang tadi. Kalau keluar dating dengan boipren aku, memang kitorang tengok dari luar je lah. Sebab aku dengan boipren aku lebih prefer nak makan steamboat dekat Johnny’s. Walawei ! Memang serius sedap. Kalau sesiapa yang tak pernah makan dekat Johnny’s, aku nasihatkan korang pergilah try. Dahlah murah lepas tuh makanan dia semua sedap-sedap.

Tapi sekarang ni aku bukan nak cerita pasal Johnny’s tapi nak cerita pasal Seoul Garden. Aku tadi pergilah dok godek-godek google and bila search Taman Seoul, terus tak keluar. Hahaha apa ke bengong kan. Mana nak keluar kan. Aku tipu je, bila aku search Seoul Garden macam-macam gambar makanan yang sedap keluar. Serius lepas exam ni aku nak ajak semua bff aku makan dekat situ. Mehh sini aku nak tunjuk gambar hasil ke-google-an aku.

dsc00150

Wei asal kau nampak sedap sangat hah ! Ni yang aku tak sabar nak terjah kau lepas exam ni. Aku dah terjah nanti siaplah. Memang aku tak bagi can. Aku nak balun semua makanan yang ada dekat situ. Kan dia buffet, so dah masuk dalam terms All You Can Eat lah kan.

Hot Plate and Steamboat

Sedap gilelah wei ! Aku tak pergi lagi pun, dah nampak macam sedap. Nanti dekat sana nanti aku nak melantak puas-puas. Boleh ? Hahahaha !

So sesiapa yang pernah makan dekat Seoul Garden, silalah bagi tahu macam mana rate dia dekat sana, macam mana sedapnya makanan tuh. Bagitahu tau. So mehh sini aku nak tempek gambor masa aku makan dekat Johnny’s. Dah lama dah makan dekat sana, tapi saja je nak tempek.

Dalindareen5553

Nampak sedapkan wei ! Please lah cakap sedap. Tapi memang sedap pun sebab sampai balik dating tuh pun aku rasa kenyang gile ! Oklah aku nak sambung study balik sebab tak tahu nak cakap apa.

Bebboiii !

 

Monday, April 18, 2011

New blogger yang macam aku, sila baca entry ni kalau nak orang lain follow korang balik !

Assalammualaikum !

Bila final exam dah makin dekat and hari yang sepatutnya pulak berlaku final exam adalah esok. Makin bertambah gerun aku nak hadapi hari esok tuh ! Rasa macam ilmu tak cukup lagi kat dada nak jawab exam esok. Mak tolong !! Eleh kau Areen , pergi dok update belog, mana taknya ilmu tak penuh lagi kat dada kan. Actually aku tengah pening-pening lalat, tuh yang aku stop study kejap. Kejap lagi lepas dah habis update entry ni aku study lah balik. Haiiyoo !

So bila dah bukak belog yang tak semenggah ni, rasa rajin pulak nak tengok follower aku. Tersenyum sorang-sorang sebab follower semakin bertambah. Tapi bila nak follow balik, aku tengok tak ada pun diorang letak link. Hadoiii ! Macam mana aku nak follow kalau korang tak letak link. Nasib baik chat box aku tuh ada, boleh jugak klik balik link orang yang dok singgah. So kepada new blogger especially kawan-kawan aku yang baru buat belog, mehh sini aku nak ajar macam mana nak menyenangkan orang lain untuk follow belog kau balik ok !

Untitled

Sorry Fiq ! Actually aku nak bagi contoh je lah. Korang pernah tak, bila korang klik balik dekat gambar yang follow belog korang dia tak ada letak link. And keluar macam dekat atas ni. Langsung tak ada link kan. So mehh sini aku nak ajar macam mana nak pastikan kita ada ke tak letak link dekat situ.

gggg

So mula-mula pergi dekat Dashboard macam biasa and tekan dekat Edit Profile tuh ok ! Pastikan betul-betul tekan dekat Edit Profile tuh tau. Huhuhu.

follow

So bila dah tekan Edit Profile tuh, dia akan keluar macam ni ok ! And korang tekan pulak dekat “Select Blogs to Display” tuh ok.

follow22

Then dia akan appear macam ni. So korang tick lah dekat kotak kecil tuh ok. Ikutlah kalau korang ada lebih dari satu belog, pun boleh tick banyak-banyak jugak ok. So lepas tuh tekan Save Setting ! Dah siap. Senang je kan.

Actually benda ni memang dah banyak dah blogger-bloger yang faymous bagitahu. Aku ni je poyo nak bagitahu sekali lagi. Sebenarnya aku bukanlah nak poyo ke hape. Tapi benda ni selalu berlaku dekat newbie macam aku ni. So apa salahnya tolong kawan kan. Mana tahu ada blogger faymous perasan yang korang follow diorang, then benda alah ni dah senangkan diorang untuk follow korang balikkan. Benda ni secara tak langsung akan ramaikan follower korang jugak kan. Huhuhu.

So oklah aku pun nak sambung study balik. Aku harapkan korang semua doakan aku supaya hati aku tenang masa jawab paper esok. Amin !

Dalindareen6251

Peace not war !

Saja je letak gambar yang kelabu asap. Doakan aku ok !

Bebboiii !

Sunday, April 17, 2011

Makanan yang selalu aku makan ketika exam final menjelang !

Assalammualaikum !

Yeehooo ! Sekarang aku dah ada semangat sikit untuk study for final exam yang tak lama lagi je akan menjelang. Aku start exam hari Selasa ni, kiranya tinggal satu hari je lah lagi yang boleh pulun baca semua bab. Cett ! Dah last-last minute baru ada kesedaran nak study. Kalau tak melangok je lah kau depan laptop tengok cerita Jepun kan Areen. Baru semalam kot aku semangat nak study. Siap mesej mak aku bagai sebab nak mintak restu punya pasal.

Actually aku sekarang ni tengah lapar yang teramat tapi aku tak tahu nak makan apa even ada lagi stok mihun yang boleh dimasak. So bila dah lapar ni, macam-macam lah makanan yang sedap-sedap muncul dalam kepala hotak aku ni. Bila terbau orang kat belakang rumah masak, kejap-kejap aku bau and rasa macam nak makan French Fries Mcd. Kejap-kejap nak makan hashbrown Mcd. Kejap-kejap nak makan maggi goreng mamak tiba-tiba. Haishhh !

So bila dah exam ni kan, makin malas lah jawabnya aku nak masak. Tapi disebabkan tak nak biarkan perut aku ni menyanyi lagu Rock, selalunya aku akan makan benda-benda seperti di bawah !

kismis

Kismis ni memang wajib aku makan setiap pagi and setiap malam. Selalunya aku makan setiap pagi lepas tuh dengan susu satu kotak. Aku ni jenis yang tak suka sangat kismis warna hitam tuh, aku lebih prefer kismis yang warnak kuning macam ni. Kalau dah dapat kismis ni, memang aku dok melahap lah tak henti-henti.

938b198d89c5fbef761f3d34a577c25c

Walawei ! Mengidam pulak susu ni bila aku tengok gambar ni. Disebabkan terlampau malas nak masak, untuk mengenyangkan perut aku so berkotak-kotaklah air susu aku minum. Lagi syiookk bila kau tengah kumam-kumam kismis tuh, lepas tuh telan sekali dengan air susu ni. Wahh ! Syiookk gile lah wei. Cubalah try. Serius sodap !

blogfarhanyusof_roti-gardenia60sen

Roti gardenia yang selalu menjadi peneman aku bila duit tengah sesak gile. So kawan-kawan kalau nampak aku dok melahap roti ni, tahu lah yang aku tengah sesak and kering kontang. So jangan ngada-ngada nak ajak aku tengok wayang. Motif tiba-tiba nak cakap macam tuh kan ! Lagi syiookk kalau dapat roti yang dekat bawah ni:-

blog2382

Butterscotch yang menjadi idaman kalbu. Dulu mak aku selalu marah kalau aku makan roti ni sebab mahal katanya. So tak boleh mintak selalu. Tapi aku ni degil. Hari-hari aku mintak tau. Gile hebatkan aku sebab hari-hari beli roti ni. Cepat betul habis kan.

Bila dah lapar ni, macam-macam lah yang timbul dalam kepala hotak aku ni. Serius rasa lapar tuh makin mencengkam perut. Sabar je lah. Tuh lah kau Areen ! Siapa suruh kau pemalas nak masakkan. Oklah aku nak sambung study balik. Kalau boleh semester last ni, aku nak dapat kan pointer 4 flat. Doakan lah aku yang kuat berangan nak mampos ni supaya dapat pointer yang bagus lagi semester ni. Aminn !

Dalindareen5541

Doakan aku wei !

Bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...