Tuesday, June 7, 2011

Bila terjumpa balik gambat time cinonet @ muda-muda dulu ! Serius aku nak comel macam dulu balik ! Ahhhhh.

Assalammualaikum !

Bila ke-busy-an terlampau minggu ni, semakin rajin pulak aku nak update belog ni. Bukan apa, rasa boring kot sebab tengok entry yang sama je. Kadang-kadang tuh kan, rasa malu balik bila baca entry yang di hupdate masa zaman-zaman baru bukak belog dulu. Mana dengan tulisan macam-macam warna. Dahlah macam-macam warna ada lepas tuh kecil pulak tuh size tulisan tuh. Haiyooo ! Diharapkan korang tak ada masa lah nak godek-godek entry lama aku ehh.

So sesi menggodek-godek folder yang berkurun dalam laptop aku ni terjadi lagi. Tengok-tengok aku ada koleksi gambar time aku cinonet je dulu. Ada orang cakap, muka aku time kecil sama je dengan time besar sekarang ni. Tak tahulah ! Tapi boipren aku cakap lain pulak. Entah mana satu lah hai. Jom tengok sama-sama dengan aku and bandingkan muka aku sekarang and masa zaman dulu-dulu. Serius entry ni memang tak ada motif ! Hahahahaha.

6-7-2011 1;56;45 PM

Hah ! Gambar yang ni aku rasa memang sama pun rupa aku. Tak ada yang nak disangkal lagi. Memang sejibik sejiban nak sama dengan muka yang sekarang. Tombam pun dah sama dah just taik lalat aku masa ni tak over shadow sangat. Hehehe !

6-7-2011 1;58;54 PM

Cuba teka aku yang mana satu ????? Hehehehe ! Takkan tak dapat teka kot. Mestilah yang baju hijau tuh. Masa ni aku dengan kakak saudara aku Kak Anis. Masa ni memang kitorang rapat gile lah. Tapi bila dia dah start belajar dekat Canada sana tuh hah, aku dah macam segan-segan kalau jumpa dia time dia balik Malaysia. Hehe ! Cehh mengada-ngada lah kau.

Lepas tuh kan, dulu aku selalu rasa rendah diri bila dengan Kak Anis ni. Sebabnya dia kalau bab study memang stok nak straight A’s je. Tapi aku ? Tak payah cerita lah. Then bila dia dapat sambung dekat oversea, lagilah aku rasa macam nak hantuk-hantuk kepala dekat dinding. Yelah jeles kot ! Hahahaha. Harap Kak Anis tak baca belog aku ni.

6-7-2011 1;54;05 PM

Profile picture Facebook aku buat masa sekarang ni. Hehehe ! Masa ni kalau tak silap aku, aku dekat rumah lama wan aku. Masa ni pakat ramai-ramai dok tidur dekat ruang tamu dengan cousin aku semua.

Memang rasa best kalau difikirkan balik zaman kecil-kecil dulu. Yelah kalau dulu, nak mandi sama-sama pakai seluar dalam dengan cousin lelaki pun tak hairan. Tapi sekarang ni, alahai nak tegur pun malu. Cuma sekarang ni aku lebih rapat dengan cousin lelaki belah mak aku. Kalau belah ayah aku pulak, macam segan nak tegur sebab mostly abang saudara aku semua dah kerja and dah nak kahwin dah pon !

So itu jelah gambar yang aku nak share untuk entry ni. Malas aku nak share banyak-banyak. Oklah aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. Before that jangan lupa vote aku dekat sini page Annas Easkey untuk Project XL tau !

Cara-caranya ialah:-

Dalindareen5653

  • Korang LIKE dulu Fanpage Annas Easkey Photography ni.
  • Then please tekan LIKE dekat picture aku ni.
  • Terima Kacih ! Hehehehe

Bebboiii !

500 orang follower ?? Terima kasih semua !

Assalammualaikum !

Sedar-sedar bila tengok blog balik, lama jugak aku tak dok meng-hupdate belog kesayangan ni. Bukan tak nak update. Nak ! Tapi ke-busy-an yang terlampau buatkan aku malas nak update. Bila dah lama tak update blog, macam-macam lah jadi dekat belog yang tak semenggah ni. Antaranya buffered earning aku dekat Nuffnang dah tinggal dua bijik je. Padahal sebelum ni ada empat buffered earning yang setia betul dengan belog aku ni. Yelah berbulan-bulan kot dia menempekkan diri dekat belog aku yang mengong-mengong ni.

Lepas tuh, bila dah lama tak bukak belog, buatkan aku tak tahu langsung isu semasa yang berlaku dekat belog ni. Antaranya pasal Adinda Evans. Who is she? Aku malas nak cerita. Korang rajin-rajinkan lah diri tuh untuk Google ehh ! Malas nak cetus kontroversi dekat sini. Huahuahua ! Boleh ?

Tapi yang paling best nya, even aku tak bukak blog lama mana pun, follower aku still bertambah and now dah cecah 500 orang dah pun. Bagi blogger otai, angka 500 ni nampak kecil je. But not for me lah ! Susah kot nak taruk orang baca and datang dekat blog kita ni tau. Lagi-lagi blog aku ni banyak sangat cerita yang tak berfedah, so bila follower semakin meningkat dari sehari ke sehari. Itu adalah satu perubahan yang positif. Hehehe. Biarlah lembab mana pon follower tuh nak naik but at least dia bagi perubahan jugak dekat belog aku ni kan. Hehehe.

Oklah aku tak tahu nak cakap apa lagi dah ! Memang betul-betul dah tak ada idea pagi-pagi buta ni. 

Dalindareen7128

Gambar masa pergi holiday hari tuh ! Abaikan kenapa aku semakin debab dan semakin tombam. Makan tak boleh nak control wei sekarang ni ! Pahal entah. Huhuhu. Oklah aku pun dah nak tidur ni.

Sebelum tuh jom beramai-ramai dok Like gambar aku yang dekat bawah ni. Gambar ni untuk Project XL by Annas Easkey !

Dalindareen5653

Cara-caranya adalah :-

  • Korang LIKE dulu Fanpage Annas Easkey Photography ni.
  • Then please tekan LIKE dekat picture aku ni.
  • Terima Kacih ! Hehehehe


Bebboii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...