Thursday, January 20, 2011

Aku dah tukar header blog ! So aku nak korang bagi komen ok ke tak header aku yang baru ni? Please !!

Assalammualaikum !

Haiyoo ! Kemain rajin aku update blog hari ni. Semuanya sebab otak aku yang dah meong-meong study untuk test esok. Study pulak Cost Control, bab yang kena menghafal and kira-kira. Boleh dikatakan aku memang slow gila kalau bab kira-kira ni. Start dari sekolah lagi aku dah memang slow bab kira-kira ni. Kalau hafal boleh lah. Tapi aku pelik kenapa time exam kat sekolah dulu bab Math aku dapat A yang Sejarah pulak aku dapat B. Pelik-pelik.

Hehehe ! Sengih-sengih kejap sebab kalau korang perasan header belog aku dah bertukar. Thanks dekat kawan blogger aku Ezan yang tolong buatkan header yang comel ni. Rasa macam sedih pulak nak tukar header yang lama kepada yang baru. Sebab header yang lama lah, dekat fb aku tak habis-habis kena panggil Areen Tembam by member blogger aku.

Mehh sini aku nak tunjuk header aku yang lama. Sob sob sedihnya. Dahlah semenjak dua menjak ni asyik selesema dengan batuk. Kejap ! Bagi aku sedut hingus aku jap. Srreetttt ! Ahhh puasnya sedut. Haiyo0 apasal tak senonoh sangat kau ni Areen !

Untitled

Auwww sedihnya aku tengok ! Rasa macam nak peluk-peluk supaya dia tak ter-remove dari header aku yang lama. Tapi tak boleh sebab ada kawan aku cakap. Header yang simple lagi menarik perhatian follower. So aku tukarkan lah dengan header yang baru. Aku tak taulah ok ke tak header aku yang baru ni. Sesuai ke tak dengan blog aku ? Mehh sini tengok header aku yang baru.

areen1

Nice kan kawan blogger aku buatkan. Bagi aku oklah comel jek dengan warna pink favourite aku. Tapi tak taulah kan pandangan korang. Aku saja kekalkan Areen Tembam sebab semua member blogger aku dah kenal aku dengan nama Areen Tembam..huhu.

So dekat sini aku nak tanya komen koranglah. Sesuai ke tak header blog aku ni. Manalah tau tak sesuai kan. Nanti aku boleh tukar dengan yang lain. Sekarang ni pon aku tengah bertungkus-lumus belajar Adobe Photoshop. Tak ada cikgu pun yang ajar aku tapi aku belajar sikit-sikitlah dari blogger-blogger yang buat tutorial pasal Adobe Photoshop ni.

So sila-silalah beri pendapat anda-anda semua pasal header aku yang baru ni. Lepas tuh bagilah pandangan korang jugak pasal apa yang tak sesuai dekat belog aku yang tak semenggah ni. Bagitau apa yang patut letak and apa yang tak patut aku letak. Boleh ehh ? Peluk cium untuk korang semua ! Ekk motif !!!

Bebboiii !

Saya Pelajar Politeknik Merlimau, Melaka. Saya suka belajar dekat sini sebab ramai lelaki ensem. Ramai ke ?

Assalammualaikum !
Aduhai syahdunya bila hari ni tak ada kelas so boleh bangun lewat dengan sesuka hati nya. Bila dah terbangun ni barulah kelam kabut sebab rasa lapar and nasib baik lah ada bff saya yang tolong re-heat balik nasi goreng dua hari lepas. Gile tak gile kan pemalas nak mampos. Mampu re-heat jek. Masaknya malas. Then masa tengah blogwalking aku nampaklah entry dekat Blog Pilihan Malaysia pasal Sahabat Blogger-Pelajar Politeknik. So dengan semangatnya aku nak join lah dari tak ada benda aku nak buat dekat rumah sewa ni even banyak assignment nak kena submit. So mari kita mulakan !! Let’s go bebeyh !

Anda belajar di mana?
Ohh kalau nak tau aku adalah salah seorang student yang belajar kat Politeknik Merlimau, Melaka. Nak katakan poli aku ni kiranya dekat kawasan kampung lah jugak. Satu jam dari Bandar Melaka. What ! korang gelakkan aku ehh ! Hello, bukan ke mostly tempat belajar kita-kira semua memang dekat ceruk-ceruk kampung or pedalaman. So jangan nak gelakkan aku ok ! Nak katakan poli aku ni kira top jugaklah dekat Melaka ni sebab apa-apa event mesti nak buat dekat poli aku. Macam Sukma dulu, semua atlet duduk kat poli aku tau. Jadi tuan rumah lagi. Kau jangan main-main ok !

DSC_0019

Hah ! Ni lah tempat di mana aku belajar. Tempat di mana aku kenal dunia yang penuh pancaroba. Chewah ! Dekat poli ni aku ambil kursus Diploma Pengurusan Hotel and Katering. Memang boleh dikatakan kalau sapa-sapa yang badannya kurus keding bolehlah masuk poli aku and ambil kos aku ni sebab bila kau dah masuk kos aku ni dengan secara automatiknya kau akan jadi tembam ! Samalah macam aku. Sejak masuk poli ni badan aku macam di pam-pam. And poli aku memang korang akan nampak dulu bila dah masuk Merlimau. So tak payah lah kau buat-buat taknak jalan depan poli aku kan. Memang akan jumpa punya poli aku. Percayalah !

Politeknik Merlimau 05

So disini lah tempat aku selalu lepak-lepak bila kelas cancel or ada apa-apa event. Kalau dekat universiti orang akan panggil fakulti kan. Berbeza dengan poli, fakulti kitorang akan digantikan dengan Jabatan. So dekat poli ni aku belajar dekat Jabatan Hospitaliti lah. Ada banyak lagi jabatan-jabatan lain tapi malaslah aku nak cerita. Kan ni belog pasal aku so aku cerita pasal aku je lah kan.
Tempoh aku belajar dekat poli ni ialah 3 tahun and aku masuk masa sesi Julai 2008 and now aku dah nak habis belajar dah. Kiranya tahun ni lah aku habis belajar. Babai politeknik ku yang tercinta..sob..sob !

Gambar bersama rakan sekelas anda ?

Nak katakan sepanjang tiga tahun aku belajar dekat sini memang terlampau banyaklah gambar-gambar aku dengan member-member aku. So dengan rajin nya mehh sini aku tempek gambar aku dengan member-member aku start dari sem 1 sampailah aku sem 6 sekarang ni ha ! Sila jangan gelakkan muka aku yang tak semenggah ni ! Kalau nak gelak pun silalah gelak secara diam-diam. Jangan sampai aku tau. Now I presenting you the old version of Areen tembam ! until the new of Areen Tembam !. Tah apa-apa tah nak bagi announcement macam tuh !

Käý_çhümìll051



Hah ! Ni masa aku sem 1. Aku saja letak gambar aku yang jauh-jauh. Nanti tak ada lah korang nak guling-guling gelakkan aku kan. Masa ni sem 1 semua wajib kena duduk asrama. Aku ni manalah suka duduk asrama kan so nak taknak kena lah jugak duduk asrama. Masa ni boleh dikatakan life aku hanya dengan kawan-kawan bilik aku and asrama yang lain. Tak ada masalah nak couple-couple ni. Cehh !

DSC00141

Saja je aku letak gambar aku time sem 2 ni dekat-dekat. Nanti boleh lah korang gelak-gelakkan aku sambil makan popcorn kan. This time memang perangai masing-masing macam budak-budak. Yelah memang budak-budaklah kan sebab baru 19 tahun. Then budak-budak mana suka ceramah kan so terhasil lah gambar aku yang ghoman ehh macam ustazah dah. Gile aku nak keluar then lipat tudung macam ni ghoman ehh. Memang buang tebiat lah.

Image2670

Hah ! Time sem 3 ni lah muka aku dah berubah lah sikit-sikit. Bukan buat plastic surgery or cucuk botox ke hape. Tapi time ni kira dah expert sikitlah bab mekap. Kira kalau muka bangun tidur aku boleh lah ubah kepada muka yang dah mandi. Muahahaha ! Tapi bagi aku sem 3 yang paling best sebab kelas aku ada arrange satu event yang dinamakan Poli Idol then lecturer memang puas hati sangat dengan arrangement event kitorang. Kembang jap ! Ok dah kecut balik dah ! Masa ni wajib tau semua pakai baju P.Ramlee and saloma sebab dah kata temanya begitu. So kenalah ikut rules !

14032010591

Masa sem 4 ni lah paling sedih sebab aku dengan kawan-kawan aku kena praktikal. Tempat pun berbeza-beza so nak jumpa selalu pun memang lah tersangat susah. Then praktikal pulak 6 bulan. Haiy0o memang seksalah aku rasa. Masa time ni badan aku memang dah naik sangat-sangat dah. Yelah dah kata praktikal dekat hotel kan so makan je lah kerjanya.

Dalindareen2746

Sem 5 memang best lah sebab masing-masing baru habis praktikal kan so kira macam lepas rindulah jugak. Dapat duit ptptn je. Masing-masing macam tak ingat dunia berjoli.

Dalindareen5880

And now sem 6 kira sem yang terakhir. Tak lama lagi masing-masing akan bawak haluan masing-masing. Dah tak da nak jalan sama-sama, nangis sama-sama macam, gelak sama-sama macam sekarang. Nanti aku maybe akan further study dekat universiti pulak and akan jumpa ramai kawan lagi. So kawan-kawan dekat poli akan jadi kenangan yang paling best bagi aku. Sob sob sedihnya.

Pengalaman pahit dan manis anda di Politeknik ?

Kenangan paling manis maybe sebab aku dapat ramai kawan kot. Then bila aku dapat kenal boipren aku yang aku kenal dari sem 1 sampai lah sekarang. Ingatkan dulu konon-konon taknak bercinta sampai kerja nanti. Tapi bohong semua tuh ! Alih-alih aku terima jugak lelaki yang ngurat aku time sem 1 dulu. Sekarang dah jadi boipren aku forever ever after kot ! Insyaallah.

Dalindareen5684

Pengalaman pahit pulak bila aku gaduh dengan kawan-kawan rapat aku. Then semua dah berbaik dah sekarang. Kitorang pun happy je menjalankan tugas sebagai kawan-kawan yang rapat.
Oklah aku dah penat dah merepek dari tadi. Aku harap aku akan dapat habiskan sisa-sisa hidup aku dekat poli yang tercinta ni. Oklah bebboiii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...