Monday, November 22, 2010

Tips nak dapatkan kulit putih melepak yang cantik!

Assalammualaikum!
Tadi bila aku dok bantai belek-belek muka aku dekat cermin, aku tanya lah dekat cermin:-
“mirror mirror on the wall, sapa yang paling cantik dekat dunia ni?”
mirror tu balas balik apa yang aku cakap, ohh aku memang tersangat terkejut lepas tu tercekik pisang yang aku tengah makan bila dapat tahu jawapan dia yang berbunyi macam ni:
“ Buat masa ni aku rasa Megan Fox sebab bagi aku dia yang paling seksi and cantiklah! Nah..plinggg ! Aku bagi gambar Megan Fox sekeping dekat kau. Jangan kecik hati pulak dengan apa yang aku cakap tadi !”
megan-fox-red-04
Pebenda aku meraban tak tentu hala ni. Gila ke hape cermin dalam bilik aku ni nak bercakap. Kalau memang betul lah cermin dalam bilik aku ni bercakap, aku lah orang first yang meraung-raung and lepas tu tergelak lepas tu diam pulak. Sebabnya memang gile lah kalau cermin aku bercakap. Dahlah cermin dalam bilik aku ni da macam-macam tanda ada. dari tanda taik hidung yang aku lekat-lekatkan sampailah kesan lipstik aku. Semua adalah. Lama dah tak polish !
Sebenarnya aku tengah kecewa sebab muka aku ni berlambaklah jerawat lepas tu punyalah nampak malap semacam. Aku pun tak tau kenapa. Nak katakan aku berjemur dekat luar, tak ada pun. Nak jemur kain kat luar pun susah apalagi kalau nak berjemur kat luar tau. Tadi sebab nak sangat tau petua yang boleh putihkan muka, aku bantai google merata tempat. Dekat bawah katil pun aku bantai cari petua. Jangan fikir bukan-bukan pulak, aku cari balik majalah-majalah yang ada banyak petua bawah katil aku lah ! Aissssshh suka nak fikir macam-macam tau !
gambar timun
Eh apasal aku tempek gambar timun tiba-tiba ! Nak tau tak sebenarnya timun ni salah satu bahan untuk memutihkan kulit tau. Kalau korang nak try, bolehlah try petua ni. Memang aku pernah tru dulu tapi tak konsisten kan so hasil dia macam tak memuaskan sangat. Tapi putih jugaklah kulit aku ni nak dibandingkan dengan time sekolah dulu. Ok petua dia ialah:-
  • Isi timun diparut or dicincang or dihancurkan or apa-apa jelah. Asalkan jangan sebiji terus kau pergi tempek dekat muka kau tu. Apa pulak rupa nya kang!
  • Lepas tuh, campurkan isi timun tadi dengan air perahan limau. Jangan pulak orange sunquick kau pergi bubuh dekat dalam isi timun ni..hahaha.
  • Then tunggu dia sampai kering lepas tu bolehlah bilas dengan air bersih or air suam.
  • Buat setiap malam kalau nak cepat hasil dia.
Aku memang suka kalau bab-bab petua ni. Semua kalau boleh aku nak buat. tapi kadang-kadang tu macam malas jugak. Yelah dah namanya petua orang-orang lama kan, so nak buat semua manual. Takda yang express!
st_colgate_f
Hah ! Apahal pulak dengan gambar colgate ni ? nak tau tak sebenarnya colgate boleh hilangkan jerawat tau. Serius tak tipu. Ni semua mak aku yang suruh bila aku dok bising-bising dekat dia yang muka aku dah banyak jerawat. Aku dengan rasa tak percaya lagi ni pergilah try. Wei pedih nak mampus kot ! Berair-air mata aku tahan beranngin dia. Mana lagi dengan muka aku yang pedih. Tapi best wei, esoknya jerawat aku terus kecut and hilang. And lepas tu heboh mak aku bising sebab colgate dekat rumah cepat nau habis ! Hahaha sapa suruh kan aku tpek colgate. So korang bolehlah try semua petua yang aku bagi ni. Memang aku sure mujarab. Tak tipu punya. Oklah tu je kot tips yang aku nak share kat korang. Aku nak pergi tepek colgate kat jerawat aku jap sebab besok nak dating ngan boipren aku. dan dan time ni nak tumbuh banyak pulak jerawat ni. Bebboiii

Kau suka main apa masa kecik-kecik dulu? Aku suka main masak-masak!

Assalammualaikum!

Dalindareen5124

Sebelum tuh meh aku tempek dulu gambar aku keluar dengan adik aku hari ni. Takda motif pun sebenarnya tempek gambar ni just aku nak cakap yang adik aku sorang ni memang dengki kalau aku tangkap gambar. Dia mesti nak kacau aku lepas tu tolak muka aku kuat-kuat dengan kepala dia untuk nak pastikan dia boleh masuk dalam gambar. Haa! Mak aku ada dekat belakang tu. Jadi mem besar. Sementara aku ada dekat rumah ni kerja aku jadi driver je lah. Mana mak aku nak pergi aku bawakkan je. Yelah bila lagi nak berbakti kat mak kita kan. Ceyhh ayat ! Kalau ada pertandingan yang khas untuk orang-orang yang berbakti kat parents mesti aku boleh dapat nombor satu kan! Mimpilah kau.

Tadi masa nak pergi beli pizza dengan mak aku, aku pergi lah teman adik aku main playstation. Tah pebenda haram jadahnya tuh! Budak-budak sekarang ni kalau bab main games memang expert nak mampus. Cuba kau suruh dia mengaji, merangkak-rangkak nak mengeja. And sebab tu jugaklah PS2 adik-adik aku yang rosak, mak aku tanak repair langsung sebabnya adik aku masing-masing malas gile nak belajar bila ada playstation ni.

Dalindareen5136

Hahaha padan muka. Setiap kali nak teringin nak main playstation, adik aku pergilah rumah kawan-kawan dia. Tak pun pergilah dekat tempat main game mana-mana, main lah berejam-jam. Sejam 4 hengget! Mahal tak mahal aku cakap ngan kau. Boleh beli nasi ayam sepinggan kalau makan dekat kedai. Alah tu pun kalau mak aku baik nak bagi 4 hengget. Kalau tak jangan haraplah. Tapi selalunya mak aku memanglah tersangat baik. Bila dengan aku je dia jadi tak baik jap !

Aku kalau setakat nak main playstation ni memang macam failed sikitlah. Yelah game yang aku main pun mesti game fashion-fashion ni. Mana aku reti nak main game yang lawan-lawan ni. Yang aku reti main ialah:-

Dalindareen5138

Ohh sangat best nak mampus bila dapat main benda ni balik. Dulu kalau time kecik-kecik, kalau ada permainan masak-masak macam ni memang dah kembang semangkuk lah. Bangga je tunjuk kat anak jiran sebelah yang ayah aku belikan benda ni. Ko ado? Masa ni kawan-kawan mulalah mainkan peranan. Yang budak lelaki jadi suami tak pun anak. Yang budak perempuan pulak jadi isteri tak pun jiran sebelah rumah. Masa ni lah masing-masing dok panggil-panggil watak masing-masing macam ayahnya….mak nya..anaknya…jirannya..(eh ada ke jiran! ). Mak aku paling marah kalau setiap kali aku main masak-masak. Yelah habis bunga mak aku, aku pergi petik sebabnya nak buat sayurlah konon. Budak-budak sekarang tak pandang permainan macam ni. Kalau budak perempuan, patung barbie lah yang dipandangnya. takpun plastisin yang playdoh tuh! Mahal kot benda tu.

playdough

Mahal kot benda-benda ni semua. Aku pernah tengok harga dia. Memang macam nak menangis lah aku bila tengok. Rasa macam nak hentak-hentak kepala dekat dinding. Yelah permainan je dah sama harga dengan baju aku sehelai. Gile ahh! Haishh macam mana lah budak-budak masa depan nanti. Entah hape lah permainan yang dorang nak pulak kan. 

TAH wedding 2007 003

Dulu zaman aku kecik-kecik aku memang suka lah main benda alah dua ekor ni. Satu Ding Dang satu lagi Tora. Iklan dekat tv lagilah. Semua nak gempak-gempak je and membuatkan aku nak sangat beli tau. Lagi satu yang bestnya permainan yang ada dalam kotak dia ni, kita kena pasang sendiri tau. Kira adventure lah jugak. Dulu aku selalu suruh ayah aku je pasangkan sebab setiap kali aku try nak pasang mesti tak jadi macam dalam gambar. Menyumpah-nyumpah aku tak dapat pasang lepas tuh mesti nangis-nangis dekat ayah aku suruh ayah aku pasangkan.  Mainan paling best yang pernah aku dapat masa beli kotak-kotak ni adalah burung yang boleh tergantung kat hujung paruh dia tu. Ala...kalau korang ingat, bila letak paruh burung tu kat hujung jari ke, pensil ke die boleh tergantung(macam tengah terbang). Ingat tak?

Tapi serius wei aku nak main kawin-kawin lagi. Sebabnya rasa time tuh macam malu-malulah dengan budak lelaki yang jadi pengantin lelaki untuk kita tuh, padahal kawan ko sendiri je. Masa tuh lah habis alas meja mak aku, aku jadikan bajulah,letak atas kepalalah..macam-macam. Oklah penat dah aku meraban tulis tah hape-hape. Bebboiii…

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...