Saturday, December 11, 2010

Setiap kali aku rasa down and rasa tak bersyukur, aku akan ingat semua ini !

Assalammualaikum !

Lamanya tak update blog kan. Ni semua sebab dipengaruhi oleh perasaan malas aku yang makin lama makin membiak dalam badan aku ni. Aku rasa lah kan kalau lah memang ada jual ubat khas untuk orang malas, walau macam mana banyak sekalipun aku makan, aku rasa dah tak ada kesan apa-apa lagi dah dekat aku sebab perangai malas aku ni memang dah tahap serius. Kalau dalam perubatan tuh, aku ni kiranya penghidap kanser tahap ketiga. Dah kritikal dah ! Tunggu masa nak mati je. Bayangkanlah macam mana  tahap pemalas aku tuh kan.

290520101663

Tapi bab-bab mekap aku rajin. Benda yang lain aku tak rajin. Tak tahu lah kena semenjak dua menjak ni aku asyik terfikirkan mak ayah aku dekat Seremban. Semuanya sebab tekanan yang teramat sangat disebabkan terlampau banyak benda yang aku kena bayar untuk final semester ni. See see tak senonoh kan aku. Bila dah susah and pasal duit je, baru aku terfikir dekat emak dengan ayah aku. Memang aku rasa tertekan sangat-sangat. Aku tengah dok pikir-pikir, cukup ke duit loan aku untuk shopping nanti ! Rasa-rasanya memang tak cukuplah sebab mana nak bayar duit MUET lagi, mana nak bayar duit sewa rumah lagi, mana nak bayar duit renew lesen aku lagi, duit aku nak shopping lagi. Haiyoo memang tak cukup aku rasa.

duit

duit ohh duit !

Aku memang rasa down gila-gila bila tengok kawan-kawan aku setiap minggu keluar pergi shopping, tengok wayang even duit loan tak masuk lagi sedangkan bila aku tengok wallet aku just tinggal seringgit dua ringgit je. Memang down sangat-sangat aku rasa. Tapi setiap kali aku rasa down tuh lah aku akan telefon mak aku, chatting dengan ayah aku dekat facebook, kacau-kacau adik aku yang tengah balas-balas comment awek dia. Bila aku dah besar ni rasa macam ada satu perangai yang timbul bila time aku nak mintak duit dekat mak and ayah aku. Nak tau perangai apa yang timbul ? Perangai segan nak mampos ! even memang mak and ayah kau sendiri. Sebab apa aku rasa macam tuh maybe sebab sekarang ni umur aku pun dah duapulohtahun so macam dah sampai masanya aku pulak yang bagi duit dekat mak and ayah aku.

Dalindareen3653

mak saya perempuan yang berbaju biru itu !

Memang setiap kali aku rasa down sebab gaduh dengan boipren or gaduh dengan adik, memang mak aku ni lah yang jadi mangsa dengar semua bebelan aku and masalah aku. Rasa sedih sangat sebab mak aku selalu mengadu dekat aku yang dia penat sangat jadi ketua keluarga semenjak ayah aku sakit. Yelah mana dengan nak bayar bil sorang-sorang dekat tengah-tengah bandar tuh, mana lagi nak hantar adik aku pergi sekolah, mana lagi nak mandikan ayah aku setiap pagi, nak kemas rumah setiap pagi, masak lagi. Pendek kata memang superwoman lah aku cakap mak aku nih.

Dalindareen3652

Dulu masa sebelum ayah aku sakit, memang aku lah yang paling rapat dengan ayah aku. Tapi semenjak ayah aku sakit, aku macam dah tak berapa nak rapat dengan dia. Tak tahu lah kenapa. Tapi ayah aku memang tersangat tabah lah orangnya bagi aku. Walau macam mana susah pun dia still akan usaha kan supaya aku ada duit dekat tempat belajar ni. Sekejap je aku cakap aku tak ada duit, cepat je dia suruh mak aku bank in kan duit even masa tuh kewangan family aku tengah sengkek sangat-sangat.

Dalindareen1791

Dalindareen1785

Terima kasih sangat-sangat untuk semua adik-adik aku. Bila aku tengah sedih diorang ni lah yang sibuk-sibuk tanya aku kenapa kak yong !! Cakaplah dengan adik. Alolo comelnya ! Adik aku yang Angah ni even cacat tapi aku beruntung sangat sebab dapat adik macam dia sebab dia tersangatlah rajin menolong.

Dalindareen4932

Dalindareen4844

Dalindareen4843

Dalindareen4679

Dalindareen2340

Dalindareen4892

Memang bila aku down sangat-sangat. Maybe sebab friendship or whatsoever aku akan cari budak-budak yang kat atas ni dulu. Memang tersangat lega bila semua aku dah luahkan. Aku memang tak ada orang lain selain mereka-mereka semua ni. Aku rasa kalau tak ada dorang ni semua memang aku tak tau nak buat apa dekat Melaka ni. Ohh aku tersangatlah appreciate dengan setiap moment-moment indah yang orang-orang dekat atas ni buat untuk aku. Walau apa pun yang terjadi memang aku tak akan pernah lupakan dorang ni semua.

Sori sangat maybe entry ni macam emo terlebih je kot. Ni semua sebab tekanan yang memang tak boleh dibendung lagi. Mintak maaf sangat-sangat. Kalau-kalau ada nasihat yang boleh melegakan hati aku ni, sila-sila kan lah tulis dekat komen okeyh ! Bebbooii !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...