Thursday, September 15, 2016

Keajaiban Menjadi Mama.


Assalammualaikum

Memang betul lah kan orang cakap sakit nak bersalin hanya Allah je yang tahu. Masa tengah sakit dalam labour room, tiba aku rasa sedih sangat-sangat. Rasa banyak sangat buat dosa dengan emak aku. Sakit sangat wei ! Tak tipu tau. Bila dah kena tolak operation room, masa tu pulak aku fikir, aku nak jerit kuat-kuat, doktor !! belah lah perut aku cepat !! Tak tahan sangat dah. 

Tapi kan once baby dah keluar kan, even masa tu aku mamai-mamai. Bila doktor tunjuk je baby dekat aku and tanya boy ke girl. Terus nanges sedu-sedu, padahal kalau nanges tu memang sakit tau dekat bahagian perut tu. Tapi aku relax je, tak sakit langsung tau, rasa happy je bila tengok baby. Betul lah cakap orang, sakit bersalin tu akan hilang terus bila tengok baby. Dulu aku tak nak percaya, tapi sekarang aku memang sangat-sangat percaya. 

Bila dah jadi ibu ni kan,

Akan ada satu perasaan,

Yang kau akan jadi bangga gila bila dapat mandikan baby,

Walaupun menggigil-gigil and sabun tak kena pun seluruh badan baby. Huahuahua.

Sekarang dah ada improvement sikit.

Lepas tu,

Kau akan jadi bangga gila bila dapat cuci berak baby for the first time,

Walaupun pakai wet tissue je pun and wet tissue tu habis satu peket bila kau cuci berak baby for the first time.

Gila kan satu peket habis, aku tengok mak aku relax je guna dua tiga helai . Tapi sekarang aku dah pandai dah. Huhu

Lepas tu,

Kau akan jadi bangga gila bila berat badan baby naik and masa tuhlah kau akan fikir, 

ehh susu badan aku ni kira berkesan lah kan dekat baby.

Padahal semua tu normal ye.

Lepas tu,

Kau akan jadi bangga gila bila dapat sendawakan baby lepas breastfeeding, 

padahal berpeluh-peluh jugak aku dukung nak sendawakan dia sebab anak aku ni jenis lambat sendawa.

Lepas tu,

Kau akan rasa bangga gila dapat tidur kan dia lepas dia melalak sampai satu taman ni dengar.

Padahal dia memang dah betul-betul mengantuk. 

Kalau orang lain tepuk-tepuk pun dia memang akan tidur. 

Hahaha kecoh.

Lepas tu,

Kau akan marah sesiapa je yang buat bising lepas kau dah berjaya tidur kan dia. 

Padahal bila orang lain tak nampak, kau akan cium-cium and penyek-penyek kan pipi dia. Huahuahua


Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita. Tapi anak aku dah bangun pulak. Next time lah aku cerita lagi. 

Maafkan lah saya yang jakun jadi mama. Huhuhu

Ok bye ! 



Friday, September 9, 2016

Pengalaman Pertama Kali Bawa Anak Keluar Selepas Pantang.


Assalammualaikum.

Malam-malam buta cenggini mata tak boleh nak lelap pulak. Padahal masa maghrib tadi mata ni bagaikan di gam-gam. Ehh lupa pula nak bagitahu, alhamdulillah aku dah selamat bersalin baby boy secara czer. Nak bersalin normal tapi tak ada rezeki pulak. Takpelah aku tak kisah pun. Yang paling penting anak aku selamat and sihat walafiat. Nanti pengalaman aku bersalin secara czer nanti aku cerita ye. Tapi next entry lah. Bukan sekarang ye kawan-kawan. Itu pun ikut kerajinan jugak. Hehehe.

Ok berbalik dengan kisah pengalaman pertama kali bawak anak keluar ni, jujur aku cakap, sangat huru hara ye. Itu pun huru-hara sebab nak cari tempat menyusu punya pasal. Last-last aku buat muka tak malu je menyusu dekat public. Cuak wei dengar anak melalak ni. Lepas ni kena beli nursing cover, so barulah boleh menyusu dengan confident depan public. khennn !

Masa nak menyusu kan anak aku ni cerita lain pulak. Yelah mana taknya aku rasa semua orang dok pandang je aku. Aku pulak rasa segan. Nasib baik aku ada baca tips tips dekat google. Ada akak tu cakap kalau ada orang pandang, kita tenung dia balik. For sure dia akan menundukkan pandangan. Tapi memang menjadilah tips ni. Aku dengan confident je tenung setiap orang yang lalu lalang. Lepas tu semua buat-buat pandang tempat lain. Hehehehe.

Time makan lain pulak ceritanya, haaa macam macam cerita kan dalam ni. Bila dah ada anak ni, nak tak nak memang kena buat sistem giliran ye. Macam aku hari tu, time nak makan tu lah baby nak yakk yakk, nak nangis. Memang dah tak ada perasaan nak makan langsung dah. Memang mencabar betul. First time lah katakan. Padan lah muka kan. Nak sangat jalan jalan lepas habis pantang kan. Shuben aku lah yang gigih menyuap makanan dekat aku. Hehehe. Last-last 2 jam je kitorang keluar jalan-jalan. pecah rekod kot. Huahuahua gile kejap kan.



Budak rambut kinting-kinting ni memang tak boleh behave ye kalau panas-panas dekat luar. Nasiblah kan, nak buat macam mana time mengandung memang panas je badan ni. Cuba lah tengok dalam gambar tu, time ni dia tengah goyang-goyang kan kepala kiri kanan sebab dah rimas peluh-peluh. Cian budak kinting kinting.



Yeahh dia dah start melalak. Orang baru nak bergambar. Aishhh !





Cuba kalau duduk dalam kereta, memang behave je tidur senyap-senyap. Yelah aircond kan. 

Oklah budak kinting-kinting dah melalak. Bebboiiiii. 



Friday, July 8, 2016

Selamat Hari Raya 2016

Assalammualaikum.

Pejam celik pejam celik hari ni dah raya ke 3 dah kan. Selalunya hari raya ke-3 aku still lagi ada dekat kampung tapi almaklumlah company aku tak ambil cuti peristiwa hari ni. So aku dengan malasnya kena lah kerja hari ni. Sunyi sepi je office hari ni, tu pun sebab ada 5 orang je dalam office ni. Kenapa aku tak ambil cuti? Saja je tak nak ambil cuti sebab nak menghabiskan sisa-sisa masa dekat office before maternity leave ni. Baby pun macam syok je duduk dalam perut ni. Tak nak keluar-keluar. Huhuhu.



Kami-kami yang setia bekerja ye hari ni. Abaikan muka aku yang kembang semangkuk tu. Terlebih makan lemang dengan nasi impit kot. Hehehe.


Ok saja lah kan nak cerita lah pasal raya aku tahun ni. Tahun ni first time aku beraya as a wife kepada shuben aku. Mestilah shuben aku, takkan lah shuben orang lain pulak. Tapi raya tahun ni taklah semeriah tahun-tahun zaman aku anak dara dulu. Sebab nya, badan yang memboyot membuatkan aku tak ada semangat langsung nak cari baju raya. Cari kuih raya aku semangat sebab kononnya nak makan puas-puaslah kan. Ingatkan bersalin before raya, tapi nan hadooo ! Baby suka duduk dalam perut aku ni lama-lama. Shuben aku pun tak semangat nak cari baju raya dia sebab dia kena kerja time raya. Simpan cuti siap-siap katanya, takut aku bersalin. Aku dah bersalin nanti dia nak ambil cuti lama-lama katanya. Baju baby dia semangat beli, baju raya shuben aku kata tak penting pun. 




Sangat tak lengkap ye gambar raya tahun ni, sebab shuben aku takda. Sob sob sob. Baby pun tak nak keluar lagi. Tapi still happy jugak sebab raya di samping family tercinta.




Raya tahun rasa sedih sangat sebab tak dapat bawak emak dengan ayah aku jalan-jalan raya macam selalu. Bukannya aku tak larat nak bawak dorang berjalan raya. Tapi emak aku risau bebeno, takut aku bersalin tengah jalan or dalam kereta. So mak ayah aku kata better duduk rumah je. Tunggu tetamu datang. Baiklah saya menurut perintah, padahal dalam hati ni meronta-ronta nak pergi jalan raya.



Pakai je baju apa yang hado !! Takda semangat langsung nak cari baju raya sebab semua macam tak muat je dekat badan aku yang gomok ni.




Ni jelah dua tiga kerat yang ada time pagi raya, makcik pakcik aku yang lain ada yang raya dekat rumah mentua masing-masing. 




Anyonyo omeynya uwan. 
Yang paling best uwan aku ni, malam raya tu dah suruh aku makan lemang makan ketupat bagai. Takut sangat cucu dia bersalin padahal ok je sampai sekarang. Hahaha.




Cousin paling rapat dunia akhirat. Dulu time kecik-kecik selalu je mandi sama-sama, main bunga api sama-sama, tidur sama-sama. Sekarang ni semua heboh bising dekat aku, kakyong carikkan jodoh please !!! Malas aku nak layan, carik sendiri sudah.




Ok yang sebelah pakngah aku yang depan tu, cousin aku nama Hanif, still available lagi and Teacher English lagi youuu ! Dia ni lah yang selalu heboh dekat aku suruh carikkan jodoh. Hekeleh cikgu perempuan yang cantik-cantik kan berlambak sekarang. Cariklah sendiri.




Semalam pakcik aku buat open house, so alang-alang nak balik seremban tu, semua pakat-pakat singgah penuhkan perut. Tak payah masak lagi kat rumah. Huhuhu





Jejaka hot kononnya. Siapa nak isi borang dulu. Kakyong nak buat tapisan dulu.


Okalah selamat hari raya uollls ! Doakan aku dipermudahkan untuk bersalin, balik kerja kejap lagi aku nak suruh shuben aku belikan Subway. Harap-harap sempat lah nak makan. Huahuahua. Selera kemain. Bebboiiii !





Thursday, June 2, 2016

Wedding saya: Dah dekat setahun kahwin baru nak update.

Assalammualaikum

Nak dekat setahun dah kahwin, barulah terhegeh-hegeh nak menulis dalam blog yang sunyi sepi ni. Tapi boleh di maafkan lagi sebab belum pun masuk setahun. Bulan August nanti barulah genap setahun aku kahwin dengan suami tercinta. Aceceh tercinta sangat. Baru setahun boleh lah cakap ayat bunga-bunga macam ni. Cuba kalau sepuluh tahun dah kahwin nanti, kau rasa ada lagi tak aku nak cakap ayat bunga-bunga macam ni ? Insyaallah doa-doakan lah.

Aku pun tak tahu nak start cerita dari mana sebenarnya. Sebab dah lama sangat tak bercerita rasanya. Otak pun dah tepu nak buat ayat cantik-cantik. Yelah kejap lagi kalau ayat tak best korang tak nak pulak baca cerita aku kan. Oklah 28 Ogos 2015 tahun lepas, selamatlah aku menjadi isteri kepada best friend dari zaman politeknik lagi, Fazrul Hisham. Masa dah selamat suami aku lafaz akad nikah tu, memang aku nangis puas-puas. Dahlah time tu ramai orang tengok kitorang, tapi lantaklah, aku menangis jugak. Sayu wei hati ni, orang yang dah kahwin je faham perasaan aku ni. Dalam masa yang sama gembira + lega jugaklah sebab lepas macam-macam dugaan masa bertunang kitorang hadap, at last menjadi jugaklah kitorang kahwin. Dugaan apa? Biarlah aku dan shuben je yang tahu. Mih mih mih ayat bajet retis.



Time ni lepas shuben aku dah selamat lafazkan akad nikah. Masa ni meraung jugak lah aku. Memang over gile aku rasa. Lantaklah orang nak cakap aku hodoh ke apa kan. Lama wei aku tunggu saat-saat ni. Over sangat. Hahahaha




Entah apa lah pak imam cakap dengan shuben aku time ni. Masa tu memang aku tak dengar apa-apa dah. Ohh i miss that moment !



Yeahhh ! We're officially married and halalan toyyiban. Lepas ni dah boleh wat lek wat peace je kalau orang pandang kita semacam je kalau pegang-pegang tangan. Huhuhuhu.

Oklah nanti aku sambung lagi ye dekat mana aku tempah baju, pelamin ambil dekat mana, katering ambil dekat mana, photographer dekat mana, semua benda lah. Kira banyak jugaklah part-part nya nanti. Jangan muntah nak baca dah. Saja nak bagi tips-tips dekat bakal-bakal pengantin. Nak baca atau tidak. Itu terpulang dekat selera masing-masing. Hehehe.

Oklah bye !




To be continue......







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...