Wednesday, October 24, 2018

Cannis App dijangka dalam senarai NASDAQ menjelang 2021

Assalammualaikum,

Ya Allah lama nya aku tak share apa-apa dekat blog ni kan, so aku nak share satu apps yang akan jadi trend tak lama lagi iaitu aplikasi Cannis. So apa aplikasi Cannis ni ?

Aplikasi mudah alih Cannis telah membentuk trend aplikasi baru yang berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Cannis bakal menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat.



Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama dengan rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq tidak lama lagi.



Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon juga menyatakan semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan  preventif dan industri kecantikan.

"Kami sangat berharap perkongsian strategik dengan industri-industri tersebut dalam memenangi kepercayaan pengguna dan meningkatkan pengalaman pengguna akhir lancar O2O."

Muat turun Aplikasi dan Perbelanjaan Pengguna telah mencipta rekod baru dalam sejarah, Cannis dilahirkan pada era yang tepat dan terbaik.

Suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' dimana jumlah muat turun aplikasi yang komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. Walaupun perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, kenaikan 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu, kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru.



Melalui analisis didapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video telah menjadi antara jenis aplikasi  yang paling banyak dimuat turun.

Prestasi yang mengalakkan dari dua jenis Aplikasi yang sama memerlukan kandungan kreatif  bagi memenuhi permintaan pasaran.

Pada keseluruhannya, suku ketiga tahun 2018, App Store dan Google Play kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran App, yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.



Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.

Mod Maya-Realiti yang digabungkan dengan Mod O2O

App Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri tren luar talian, dengan  jangkaan menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian, untuk memulakan membina model O2O, mengadakan promosi pemasaran terdahulu, pembekal ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap, dan perkhidmatan penghantaran barangan 'back-end' menjadi lebih lancar.

Dari segi lencongan ahli, ahli-ahli Cannis boleh menggunakan diskaun dalam talian, termasuk pembelian di kedai runcit dan rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran dalam talian boleh digunakan sebagai diskaun yang membantu pengguna menjimatkan wang. Penyertaan dalam pertandingan yang direka oleh Cannis juga membolehkan ahli memenangi hadiah utama  melalui perkongsian.

Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian, supaya gedung yang sedia ada tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang. Melalui mod Cannis e-commerce dan  keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat, oleh itu memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.



Rakan Strategik Cannis

Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif (凯 优 影视 控股 有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts; Ketua Pegawai Eksekutif (名 资 股份有限公司), Encik (蔡逸群) dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.

Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. Budaya etnik yang kaya di Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, bagi menarik rakan strategik pada masa hadapan. Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, Persembahan mereka sangat luar biasa.


Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan pengguna dengan pelbagai aplikasi App ini, penyiaran langsung, e-dagang,  diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran, semuanya boleh didapati di Cannis App. Cannis yakin bahawa mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya Malaysia sebagai titik permulaan, lebih mudah untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.

Tahniah Cannis !

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, 

sila layari http://cannis.app.

Wednesday, August 8, 2018

Pengalaman Bersalin kan Nur Dahlia Mikayla.

Assalammualaikum


Lamanya tak update blog yang sendu ni kan. Dah berhabuk dah. Tup tup je dah bersalinkan anak kedua, Dahlia. Tup tup je dah kerja balik and now nak cerita pengalaman bersalinkan si adik pulak Dahlia ni. Dulu asyik cerita pasal Zuhair je kan. Cerita pasal bersalinkan Zuhair pun ada aku ceritakan dalam blog ni. Boleh klik dekat entry ni Pengalaman bersalinkan budak kinting. Cerita abang lepas dah. So jom kita start sekarang.

12/05/2018 (Sabtu)

Hari ni aku dah start serahkan diri dekat hospital sebab setelah bermacam-macam cara buat untuk natural induce pun still tak berjaya. Register apa yang patut then nurse suruh aku check in terus hospital untuk preparation bersalin. Masa ni doktor dah explain yang akan ada something macam belon yang dorang akan masukkan dekat laluan pintu rahim aku untuk induce. Tujuan dia sebab nak ada laluan lah dekat situ, bila belon jatuh maksudnya dah ada laluan lah di situ ye wahai anak-anak semua. So senang lah baby nak keluar. Anak yang first si Zuhair dulu kan aku czer so yang second ni memang tak boleh masuk ubat dah untuk induce sebab risiko rahim boleh pecah kalau masuk ubat. So nak tak nak aku rela kan je lah.

13/05/2018 (Ahad)

Doktor panggil masuk bilik pemeriksaan apa entah. Dia nak check bukaan dah berapa. Still 1 cm lagi and masa ni jugak doktor masukkan belon. Serius memang tak sakit langsung. Tapi bila dah bangun berdiri tu memang rasa sangat tak selesa ye sebab akan ada tiup panjang berjuntai je dekat bawah. Nak buang air salah, nak baring salah, nak mandi salah. Semua serba tak kena je lah aku rasa. So bermulalah usaha aku nak keluarkan belon tu. Nasib baik ada geng jalan itik, turun naik tangga. Nasib baik tak malu sangat. Huhu

14/05/2018 (Isnin)

Belon still lagi tak keluar and pukul 9 pagi doktor panggil balik masuk bilik pemeriksaan tu. And bila dia tarik belon tu, bukaan memang dah 4 cm. So masa tu doktor dengan nurse dah suruh aku siapkan baju baby siap-siap nak bawak ke labour room. Masa tu memang aku dah cuak dah, yelah asyik fikir, eh dah nak bersalin ke aku ni padahal satu hape sakit pun takda. So macam mana aku nak teran. Masa ni jugak aku bagitau husband yang aku dah nak turun labour room. So apa-apa tanya je security dekat wad bersalin tu. Nervous tu tak payah nak cakap lah. Memang gigil je kaki aku ni sebab aku asyik fikir macam mana nak teran sebab memang tak sakit langsung wei.

Nurse dah panggil untuk turun labour room, aku dengan paksa rela nya naik je lah wheelchair yang nurse dah sedia kan tuh. Masuk je labour room doktor dah start pasang drip ubat induce and dia explain, dia just boleh bagi peluang untuk laluan tu buka dalam masa 12 jam je. Kalau lebih dari tu aku kena czer. Ni semua sebab nak elakkan rahim pecah. Yelah dah pernah czer masa anak yang first kan. So takut parut tu terbukak balik. Eii seram sejuk je masa aku dengar tu. 

Lepas dah masuk ubat induce tu, sakit dia tak payah cakap lah. Allah je yang tahu macam mana sakit nya contraction ni. Dari pukul 10 pagi sampailah 7 petang progress untuk bukaan tu still slow. So boleh bayangkan tak macam mana menggigil nya kaki aku selama tahan contraction berejam tu. Kena seluk tak payah cakap lah berapa kali dengan doktor and nurse. Still jugak bukaan 6 cm. Last-last pukul 12 tengah malam, doktor decide nak czer aku terus sebab memang dah lebih 12 jam. Aku masa tu dah redha habis dah. Tup tup ot room penuh pulak. So menunggu lagi sampai darah aku naik. Gile kau tak pernah naik mendadak, sekali naik mendadak sampai 220/110.


15/05/2018 (Selasa)

Terus dapat masuk ot room and lahirlah Nur Dahlia Mikayla pada 12.34 tengah malam. Tapi cerita nya tak habis sampai sini ye sebab Dahlia nafas laju lah pulak. So kena masuk SCN kiranya nak observe lah. Masa ni hanya husband aku je dapat tengok Dahlia. Aku pulak darah still tak nak turun, pun kena observe jugak. Esoknya pukul 9 pagi baru boleh naik wad. Petang baru Dahlia dapat keluar dari SCN and nurse hantar dekat aku. So aku memang tak merasa ye baby ada dekat atas perut after bersalin macam Zuhair dulu.

So begitulah cerita bersalinkan Dahlia. Betul orang cakap, ragam setiap anak tu tak sama. And memang ragam Dahlia dengan Zuhair sangat-sangat lah lain. Abang Zuhair memang manja terlebih. Dahlia ni macam independant sikit. Kadang-kadang tengok dia dah tidur sendiri. Dia paham kot mama papa dia kena bagi more attention to abang Zuhair. So far memang senang lah jaga Dahlia ni. And best sangat ada anak dua orang ni. Penat tapi best.


Hai nama saya Dahlia. !

Jangan panggil Dah dah ke..Lia ke..panggil nama penuh tau..Dahlia !


Abang Zuhair & Adik Dahlia

Oklah bye !




Monday, February 12, 2018

Review Produk : Shaklee Hand Dish Wash. Pencuci botol susu yang sangat best dan selamat.

Assalammualaikum

Actually lama dah aku peram cerita ni. Sejak Zuhair setahun kot. Sekarang ni dah setahun 7 bulan dah pun Zuhair anak aku yang bertuah tu. Bukan tak nak update blog yang sendu ni, tapi idea entah pergi mana entah. Menyorok ke dasar lautan yang dalam kekdahnya. So aku biarkan je berhabuk. Alah iolls kan memang begitu. Bila orang sibuk-sibuk tanya bila nak ada story baru, mulalah semangat itu datang kembali. Hehehe.

Ok malas nak bebel banyak, aku nak review satu product pencuci botol yang memang best dari dulu. Kalau aku cakap best, ye memang best. Aku tak tipu and review ni melibatkan anak aku, so buat apa nak tipukan. Hehehe. Pencuci botol dan puting susu yang best dulu kini dan selamanya tak lain tak bukan, Shaklee : Hand dish Wash Liquid Concentrate !!! 

* Drum roll* 

Kenapa aku cakap best ?

Korang yang mak- mak ni mesti pernah merasai puting susu botol yang cepat bebenor berkerak kan padahal baru je beli botol or puting susu tu minggu lepas. Pernah tak ? Pernah tak ? Mengaku cepat ! Tipulah kalau tak pernah langsung kan. Melainkan korang sememangnya kaya, pakai botol susu sekali je lepas tu terus buang. Pakai buang lah kononnya kan. Tapi bagi rakyat marhaen macam aku ni, kalau dah namanya boleh pakai botol susu tu setahun, setahun lah aku pakai. Nasib baik riwayat satu botol susu just 3 bulan je. So nak tak nak kenalah beli baru kan.



Beginilah rupanya pencuci botol brand Shaklee ni. Sebelum nak pakai pencuci botol susu ni memang aku baca semua feedback ibu-ibu yang pernah pakai. So far tak ada pun yang aku jumpa negatif feedback nya. Semua nya positif. And yang paling penting selamat and aku tak perlu risau pun Zuhair keracunan sabun ke hape ke. Harga memang berbaloi sangat sebab bila nak cuci botol susu tu korang just titiskan sikit je, so memang sangat jimat. Satu botol pencuci macam dalam gambar atas ni boleh katakan dekat 6 bulan kot aku pakai. Hanya sebotol okay ! Jimat kan.




Tengoklah memang hilang terus kerak susu dekat puting botol ni. Aku pakai botol susu brand Pigeon. Kalau nak betul-betul hilang korang rendam botol tu semua semalaman dengan campuran air panas + pencuci botol shaklee ni. 




Untuk segala botol pam susu pun aku cuci pakai pencuci botol yang sama. Memang puas hati sangat-sangat lah sebab segala tok nenek kerak susu hilang. Hehehe. So sekian sahaja review aku untuk pencuci botol yang sangat best ni. Trylah uolls. Aku memang ada contact number yang jual pencuci botol susu ni. Kalau nak boleh PM je aku dekat Facebook or DM je dekat Instagram ok. Insyallah benda baik, benda yang jimat aku memang suka nak share sama-sama dengan korang. Hehehe.





Oklah Zuhair kata bye !



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...