Assalammualaikum !
Malam ni memang perasaan aku bercampur-aduk diantara rasa happy and sedih. Huh ! Macam mana tuh boleh rasa dua perasaan dalam satu masa kan. Entahlah lately ni aku rasa macam-macam yang aku dok fikir dalam kepala hotak ni. Kadang-kadang aku rasa aku macam dah jadi orang lain je. Ehhh ! Tak faham ehh korang. Takpelah ada masa nanti aku cerita. Tapi yang penting aku bukannya jadi alien or whatsoever. Aku still manusia, just perasaan ni je. Apa kau merepek ni wei Areen ! Yelah yelah aku tak cakap apa-apa lagi. Cettt !
Tadi aku dok godek-godek youtube sebab nak cari cerita kartun Sailormoon punya pasal. Tapi last-last aku terjumpa cerita pasal Doraemon. Mesti korang akan cakap macam ni kan. Eleh kalau setakat cerita Doraemon, aku pun pernah tengok. Siap ada koleksi DVD lagi tuh. Ye aku tahu kau hebat ! Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal final episod cerita Doraemon ni.
Actually aku sebenarnya tak tahu pun pasal kewujudan final episod Doraemon ni. Yelah aku mana layan sangat Doraemon ni. Yang aku layan Sailormoon je. Tapi entah kenapa bila aku tengok final episod Doraemon ni. Aku rasa sedih sangat. So aku nak bagi korang tengok dulu. Nanti komen lah ehh !
Bila aku dah tengok cerita Doraemon ni, aku rasa macam sedih sangat ! Aku pun tak tahu kenapa emosi aku terlebih sangat sampaikan meleleh air mata aku. Seorang kawan sanggup bersusah payah untuk kawan rapat dia. Aku rasa bersyukur sebab aku ada seorang kawan yang sanggup buat macam-macam untuk aku. Tapi lepas dah habis Diploma ni, masing-masing dah bawa haluan sendiri. Tak dapat dah aku nak menangis depan dia, nak mengumpat dengan dia, nak menyanyi dengan dia, nak baca komik dengan dia. Yang paling penting, aku akan rindu semua yang ada dekat diri dia.
Aku harap sangat, kalau aku ada rezeki untuk sambung degree nanti, Tuhan akan bagi aku kawan yang betul-betul exactly the same macam kawan aku yang satu ni. Amin ! Dah lah, tuh yang aku malas nak layan sedih ni. Memang aku akan jadi teremosi lebih je. Oklah tak tahu nak cakap apa lagi. Aku nak pergi layan cerita Sailormoon.
Bebboii !